ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
HI... JUMPA LAGI. ^_^ KHAS UNTUK READER KESAYANGAN DKAKUS BAB 21.
Bab
21
“Kau nak buat apa lagi ni Ai
Lin?”tanya Janice sambil menyilang kakinya. Pelik dengan Ai Lin yang semakin
agresif mengejar seorang lelaki muslim.
“Hm... Aku nak dia melutut dekat
aku,merayu pada aku.”kata Ai Lin. Dia rakus meneguk air arak itu. Pahit
menerjah kerongkongnya.
“Hm... adalah. Tip top punya
planning. Jutawan muda dalam genggaman aku. Well, do you want to help me or
not?”tanya Ai Lin dengan riak bangga.
Janice sudah terjuih-juih mulutnya. Perasan diva betullah dia ni, untunglah
bapak kau gengster kalau tak tak hingin aku kawan dengan kau. Rungut Janice di
dalam hatinya.
“Erk... perlu ke?”tanya Janice
dengan muka bosannya.
Ai Lin menjeling marah. Tak sedar
diri agaknya Janice ni... kalau bukan sebab bapak dia yang tolong memang kau
dah merempatlah, Janice. Mahu sahaja Ai Lin menghambur kata-kata itu.
“Kenapa? Kau tak nak ke?” tanya Ai
Lin. Matanya merenung tajam wajah Janice. Janice menelan liur. Ai Lin ni kadang-kadang
keluar juga aura gangsters ayahnya itu.
“Mana ada aku cakap tak nak. Of
courselah. I will join. You’re my bestfriendkan...” ujar Janice laju. Nak gugur
jantung dia tengok renungan Ai Lin itu.
“Good. Because I will need your
help.” Ai Lin mengenggam tangan, erat.
-
“Weih, Vincent! Bangunlah!
Terbongkang tengah-tengah jalan ni kenapa?” Riss menggerak Vincent menggunakan
hujung jari kakinya. Vincent mengeliat kecil.
“Hm... what?” Vincent bertanya
kasar. Rambut yang kusut masai dikusutnya lagi.
“Bangunlah. Kita kena pergi area
CidXin. Budak dia buat hal. Bos besar suruh tolong.” Ujar Riss bosan.
Vincent terus terduduk, gerun pulak
dengar ‘bos besar’ itu. Hari Ahad pun kena kerja. Bosan betul. Riss sudah masuk
ke bilik air. Vincent duduk menyandar ke sofa lusuh yang zaman bila punya pun
dia tak tahu.
“Weih, Riss kalau aku tak follow tak
boleh ke?”tanya Vincent. Mengharapkan pengecualian dalam kerja kali ini.
“Banyak cantik kau! Tak de, tak
de... ikut aku. Kalau tak, tahulah nasib kau!” ugut Riss dalam bilik air.
Vincent melepaskan nafas kasar. Sikit-sikit ugut, ugut. Bosanlah. Dah nasib.
Follow jelah...
-
“Mama, Afifah nak pergi ni. Nanti
lambat pula first day Ifah ni.” Afifah melangkah laju. Beg sandang dicampai
begitu sahaja. Puan Sakinah mengurut dada. Seram melihat telatah menantunya
yang ligat mengalahkan dara sunti.
“Afifah cuba berjalan, kamu tu tak
pada dengan mengandung ligat semacam saja.” Rungut Puan Sakinah. Tangannya mula
memainkan peranan, memegang erat lengan si menantu, takut benar jika sesuatu
berlaku kepada menantu kesayangannya itu.
“He he he... Sorry ma. Afifah
nervouslah. Nasib baik Tasha girlfriend si Iz tu ada. Boleh kerja dengan dia.
Tapi Afifah kerja cashier je ma... ingatkan nak la belajar buat kek, tapi Si Tasha
tu siap marah Ifah lagi. Dia kata ibu buyung sesuai duduk jaga duit aja.”
Cerita Afifah dengan muncung-muncungnya. Puan Sakinah tergelak kecil.
“Hah, elok sangatlah! Tak adalah
mama risaukan sangat pasal kamu and baby dalam tu.” Kata Puan Sakinah sambil
membantu Afifah memakai seat belt. Besar betul perut Afifah ni. Memang patut
pun tengoklah berapa di dalam.
“Hm... mama ni. Yelah- yelah Afifah
janji Ifah akan jaga diri ni baik-baik. Babies ni pun... okay mama... Afifah
pergi dulu. Assalamualaikum. Bye-bye granny!” kata Afifah seusai menyalami ibu
mertuanya. Puan Sakinah tergelak lagi. Pandai betul Afifah membuat dia ketawa.
Afifah memandu dengan cermat. Risau
juga dengan keadaan jalan raya di sini. Tingkap dibuka luas. Sejak kandungannya
ini masuk 6 bulan, dia mula alami alahan dengan bau penyaman udara.
‘PIN!!!’ Afifah terus menekan brek
sekuat hatinya. Mujur dia memandu dengan cermat, jika tidak pasti kandungannya
di dalam bahaya. Dia terkaku ditempat pemandu. Terkejut yang teramat.
“Woi! Gila punya driver! Are you
okay?” tanya seorang lelaki.
“You? Afifah are okay?”tanya Ahmad
sekali lagi. Risau apabila tiada respon dari wanita itu.
“Hah? Hah, yes I’m okay.” Balas
Afifah dengan suara menggigil.
“Really? Awak nampak pucat. Hm...
okay awak duduk sebelah. Saya hantarkan.” Kata Ahmad prihatin.
“Hm... ta... tak menyusahkan
ke?”tanya Afifah teragak-agak. Memang waktu ini dia tidak mampu memandu. Terasa
lututnya masih goyang.
“Its okay. Trust me. I ni kawan
husband you. Boleh keluar tak ni?” Melihat Afifah seperti tidak mampu berdiri
membuat Ahmad membantu wanita itu berdiri.
“Thanks. Tapi kereta you macam
mana?” Kata Afifah tatkala dia sudah selamat duduk diseat sebelah pemandu.
“Jangan risau nanti I suruh
budak-budak I datang ambik. You nak pergi mana ni?” Ahmad sudah mula
menggerakkan kereta.
“Hm... Taman Sip Im... nak pergi
kedai kek Tasha.” Jawab Afifah sambil membetulkan duduk.
“Tasha? Oh... girlfriend Iz tu ke?”
berkerut kening tebal Ahmad memikirkan Tasha.
“Yup. Girlfriend Iz.” Balas Afifah
ala kadar.
“Owh... kenapa pergi sana? Mengidam
ke?”tanya Ahmad pabila Afifah seperti nak tak nak sahaja melayan dirinya.
“Tak lah. Nak kerja.”
“Hah, kerja?! Gilalah Harris ni,
isteri dah susah nak berjalan pun suruh bekerja lagi ke?” luah Ahmad tanpa
sedar. Marah benar apabila Afifah terpaksa bekerja dalam keadaan begitu.
“Eh, awak ni kenapa?! Yang awak kata
gila tu suami saya tau! Tak ada maknanya dia yang suruh. Saya yang tak boleh
duduk diam. Rasa rimas. Kenapa awak yang melebih ni?” marah Afifah. Memang dia
sukar mengawal perasaannya bila berbadan dua ini.
“Er... er... sorry. Terlepas kata.
Terkejut sangat. Ingatkan Harris yang suruh. Pelik jugak bila si jutawan muda
suruh isterinya yang sarat bekerja.” Kata Ahmad dengan nada bersalah. Gerun pun
ada. Janganlah berani nak buat orang mengandung ni naik angin.
“Huh, lain kali jangan nak memandai
aja.” Kata Afifah dengan kasar. Hilang traumanya melayan cakap Ahmad ni. Rasa
marah pulak yang timbul.
“Okay. Maafkan saya. Baiklah tuan
puteri buyung... destinasi yang dituju sudah pun tiba... Maafkan saya sekali
lagi ya. Ampunkan patik...” Ujar Ahmad meminta maaf dalam gurau. Afifah
tersenyum tipis.
Nasib baik minta maaf kalau tak
memang nak makan fire ultraman la
jawabnya.
“Hm... okay. You’re forgiven. And
sorry too sebab marahkan awak. Walhal awak dah tolong saya.” Kata Afifah seraya
menyambut kunci keretanya dari Ahmad.
“Tak apa. Saya faham. Emosi ibu
mengandung ni tak boleh nak duga. Jangan risau. Saya tak ambil hati.” Kata
Ahmad dengan senyuman manis. ‘Tapi awak yang ambil hati saya, curi hati saya...
buat saya rasa serba tak kena...’
“Okay. Kosong, kosong ya. Terima
kasih daun keladi nanti harap buat la lagi...” gurau Afifah dengan comel
sekali. Membuat Ahmad jatuh... jatuh cinta buat sekian kalinya dengan isteri
temannya itu.
“Ha... ha... ha... er... okaylah.
Saya masuk dulu.” Gelak Afifah janggal. Mana tak janggal, asyik kena tenung macamlah
dia ni alien dari negara lain.
Ahmad hanya merenung tajam diri Afifah
hinggalah wanita itu hilang dari pandangannya. Barulah dia tersedar. Dahi ditepuk
kuat, kenapalah diri ini asyik buat malu depan Afifah?
-
“Lambat you sampai Ifah...” kata Tasha
yang sibuk menyusun kek dan roti ke tempat yang sepatutnya.
“Sorry. Ada kemalangan kecil tadi.” Balas
Afifah penuh rasa bersalah. Dia yang beriya-iya nak kerja. lepas tu datang lambat
pula.
“Hah, kemalangan? Are okay? Ada cedera?
Kenapa datang kerja kenapa tak pergi klinik?” tanya Tasha bertubi-tubi. Dibelek-belek
tubuh Afifah. Risau pula dia.
“Tasha... tasha.. Natasha! I’m fine.
Jangan pegang-pegang... rasa geli. Naik keras perut I tahan ketawa.” Kata Afifah
yang kelelahan.
“Ops sorry. Kesian babies. Auntie is
so sorry okay...” kata Tasha ke arah perut Afifah. Sekali lagi Afifah ketawa. Bersungguh-sungguh
Tasha meminta maaf.
“You ni asyik ketawa saja. I risau tau
tak. Lain kali kalau kecemasan tak payah datang. I tak kisah. Yang penting you and
babies sihat walafiat.” Ujar Tasha tegas. Mak buyung seorang ni semua dia nak buat
main.
“Okay... so sorry my dear. Buat you risau
saja. But I’m totally fine. Sihat. Babies pun cergas sahaja. Don’t worry to much,
I nak kerja... bukan you yang paksa. Okay?” kata Afifah sambil memegang tangan Tasha.
Walaupun baru kini mereka bersembang mesra.
Tetapi terasa Tasha ini seperti kawan karibnya Leila.
“Okay. So... sekarang you pergi duduk
dekat peti cash tu, youkan cashier. I nak bake lagi sikit. Do a good job okay my
dear friend.” Ujar Tasha sebelum hilang ke dalam dapur.
Afifah turut mula sibuk apabil pelanggan
tetap Tasha mula masuk ke kedai kek itu.
-
“You betul ke boleh balik sendiri ni?”tanya
Tasha serius. Afifah tersenyum manis.
“Yup. I okay. Don’t worry pergi je. Iz
dah tunggu lama dekat restoran tukan. Kesian dia.” Ujar Afifah sambil melangkah
ke keretanya.
“Iz tu I tak kisah sangat. Lantak dialah.
Mengada-ngada nak makan kat restoran hari ni... you tu... I risau.” Ujar Tasha muram.
“Natasha, I.... Really.... Really....
okay my dear. Please go. You buat I rasa macam I orang kurang upaya saja.” Afifah
buat muka tak puas hati.
“Hm... okay. Bye-bye. Assalamualaikum.
Tunggu Iz tu. Nanti I piat-piat telinga dia. Gedik nak makan tempat lain. Kesian
you.” Kata Tasha sambil melakonkan dia memiat-miat telinga si kekasih hati. Afifah
tergelak kecil. Dia memandang Tasha pergi dahulu. Yalah bukan boleh percaya sangat
minah tu. Karang dia iringnya Afifah sampai depan rumah.
Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang
berlari. Laju. Sepertinya dia di kejar seseorang. Dalam kekalutan dia melarikan
diri, dia tidak sedar Afifah yang berada di depannya. Ketakutan dikejar orang suruhan
ceti haram itu membuat dia melanggar Afifah tanpa sedar
“Argh!” jerit Afifah tatkala dirinya
terasa melayang.
Afifah terasa dirinya di dalam pelukan
seseorang. Pantas dia membuka mata. Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur bayinya
selamat. Dia memandang wajah penyelamatnya.
‘Ha... Harris?’ Air mata Afifah tumpah
melihat wajah yang cukup dia rindui itu.
BERSAMBUNG...
LAGI SATU BAB.... BAB 22... LEPAS TU HANYA TEASER YANG AKAN DIUP ITUPUN DI PAGE DAN GROUP ASYU SAHAJA. KALAU NAK BACA SILA KE FB ASYU YE... ^_^
Best...best sgt kak asyu... :)
ReplyDeleteNice one! Very nice!! (y)
ReplyDelete