DYH
10
“Zrucx!
Kau kena bantu aku!” kata Leon yang kelihatan lemah. Tak pernah selama dia
wujud, dia merasa lemah. Tenaganya seakan disedut keluar apabila berjauhan
daripada Azalina.
“Leon!
Kenapa dengan kau?!” tanya Zrucx seraya menangkap batang tubuh Leon yang hampir
tumbang di depan rumahnya. Hanya mulut Leon bergerak-gerak namun tiada satu apa
pun yang keluar dari mulut itu. Zruxc yang menyentuh Leon tersentak. Ya, dia
dapat melihat sejarah atau apa yang berlaku kepada Leon... dan.. seorang
manusia yang bernama Azalina.
“Kenapalah
kau mencari bala Leon?” tanya Zruxc kepada Leon yang sudah terkulai lemah.
Tubuh rakannya itu dipapah masuk ke dalam kediamannya.
Sementara
itu, di sebuah gunung yang amat indah.
“Hai,
Azalina.” Kedengaran suara yang enak didengar. Azalina yang merenung kosong ke
arah bilik berhias indah itu tersentak. Dia pantas melihat siapakah gerangannya
yang masuk ke bilik ini.
“Kau?
Kau siapa?” tanya Azalina yang bingung dengan kehadiran lelaki kacak itu.
“Aku?
Akulah Vxirius.” Ujar lelaki kacak itu seraya tersenyum indah.
“Mustahil!
Vxirius yang aku kenal mempunyai raut wajah yang hodoh, mengerikan!” kata
Azalina yang mula ketakutan. Membayangkan raut wajah makhluk semalam membuat
dia menggigil ketakutan.
“Ha
ha ha.. Itulah manusia.. sekadar wajah semalam.. Hump.. kau dah mampu
menggigil. Kalaulah aku tayang muka yang lebih teruk dari itu mungkin... nyawa
kau terus melayang..” kata Vxirius yang tertawa sinis.
“Kau
cakap apa ni?” marah Azalina dalam ketakutan. Dia terasa bagai disindir. Lantas
diberanikan diri.
“Ya..
wajah semalam tu, baru sikit wahai gadis rupawan.. Aku boleh sahaja ubah wajah
aku menjadi seperti semalam atau lebih teruk. Yang mana yang kau nak?” tanya
Vxirius dengan nada suara yang agak romantis. Azalina pantas ke belakang. Takut
pula melihat aksi makhluk yang dicurigai ini.
“Erk..
tak nak. Aku.. aku lebih senang dengan wajah kau yang sekarang.” Ujar Azalina
yang semakin menjauhi Vxirius.
“Ha
ha ha. Kenapa kau menjauh? Kau takut?” tanya Vxirius yang bergerak ke dinding.
Disentuh dinding itu. Lalu terbentuk sebuah balkoni yang sangat cantik.
“Ma...
mana ada. Aku.. aku cuma gementar saja.” Ujar Azalina kalut. ‘Gementar? Apa
yang kau merepek ni Azalina?!’ marah Azalina kepada dirinya sendiri.
“Owh...
gementar.. maksudnya kau suka aku?” tanya Vxirius dengan mata yang
bersinar-sinar. Ugh.. gerun Azalina!
“Mana
ada. Aku.. aku tak suka kau!” jawapan Azalina itu mengundang rasa marah di hati
Vxirius.
“Jadi
kau suka siapa? Kenapa diam? Tak ada sesiapa? Jadi kau boleh sukakan aku!” kata
Vxirius yang mula tersenyum kembali.
“Mana
ada! Aku.. aku suka... Hurm.. suka Leon! Hah, Leon!” ujar Azalina
bersungguh-sungguh. Terkeluar pula nama Leon di saat ini. Tangan dibawa ke
dada. Rasa pelik pula bila mengaku dirinya ada perasaan kepada Leon. Rasa... macam...
betul.
“Huh!
Asyik-asyik nama makhluk penghisap darah itu juga yang kau sebut!” teriak
Vxirius melampiskan marahnya. Azalina terpaku. Bila masa pula dia menyebut nama
Leon?
“Masa
kau pengsan pun kau sebut nama dia! Patutlah.. dia dah mengambil tempat dihati
kau!” Wajah Vxirius mula berubah. Azalina semakin panik, kalut. Air mata mula
bergenang. Lalu menitis dengan deras.
“Ja..
jangan!!” jerit Azalina yang ketakutan menjerit. Vxirius yang mendekati Azalina
terhenti. Dia kaku melihat air jernih yang jatuh dari tubir matanya Azalina.
Wajahnya
diubah kembali menjadi Vxirius yang kacak. Lalu dia melangkah meninggalkan
Azalina yang masih memeluk lutut. Kelihatan manusia itu sangat ketakutan. Ya..
sangat ketakutan. Jahat ke dia? Bukan ke itu yang sepatutnya dia lakukan kerana
dia ialah anak kepada ketua kegelapan? Kenapa pula dia harus merasa berbelah
bahagi saat Azalina menangis?
“Aku..
Apa yang tak kena dengan aku?” desis Vxirius sendiri. Takut pula dengan
perubahan dirinya itu. Kalaulah bapanya tahu, pasti dia akan dibuang ke dunia
manusia. Dunia yang penuh dengan kekejaman itu.
“Isk..
isk..”Azalina menangis kesedihan. Dia Cuma mahu pulang. Jika tidak dapat ke
pangkuan ibu bapa, cukuplah sekadar ke sisi Leon. Ya, makhluk penghisap darah
itu seolah-olah pelindungnya, penjaganya ketika berada di dunia ini.
“Leon..”serunya
yang masih menangis. Tanpa disedari matanya mula kuyu lalu dia lena dengan
linangan air mata yang kian mengering.
***
“AZALINA!”
jerit Leon yang baru sedar dari pengsannya. Zruxc yang setia menanti Leon,
terus mendapatkan rakannya. Dibantu Leon duduk sambil bersandar dikepala katil.
“Leon,
Leon. Kau minum air ni dulu.” Ujarnya sambil menghulurkan segelas air yang
berwarna ungu kehijauan. Leon yang masih lemah hanya mampu menurut. Diteguk
rakus. Namun sebaik sahaja air itu menyentuh tekaknya, Leon pantas mahu
memuntahkan semula. Tetapi Zruxc lebih pantas, ditekan dada Leon menggunakan
jari ibu, telunjuk dan hantunya.
Rasa
mual yang dirasai Leon seakan-akan diubati. Leon kembali merebahkan badannya.
Badannya terasa makin panas tetapi masih terasa lemah. Zruxc yang memahami
sekadar mengeleng. Itulah akibatnya apabila terlalu dekat dengan manusia. Benda
ini bukannya tidak boleh dielak. Cuma.. ikatan diantara Leon dan Azalina
terlalu kuat.
“Kau
ni, Leon. Bukan ke aku pernah kasi tahu.. yang kau dan manusia yang ditakdirkan
datang ke dunia ini mempunyai ikatan yang luar biasa. Aku dah kasi tahu, jangan
sesekali kau tengok manusia tu.. tapi kau degil! Inilah akibatnya! Kau.. bila
dah terpisah dengannya untuk satu jangka masa setelah bersama, pasti akan
mengalami kesakitan yang teramat!” keluh Zruxc. Dahi Leon yang berpeluh dingin
dikesat dengan tuala kering yang hangat. Kasihan pula melihat makhluk penghisap
darah itu.
“Aku..
aku.. kena pergi.” Kata Leon yang cuba bangkit dari pembaringannya. Tetapi dia
masih tidak cukup kuat. Mahu mengangkat badannya untuk duduk juga tidak mampu.
best ah kk..cepatlah smbgnye erk.. :D
ReplyDeleteterima kasih. insya-allah
Deletewaaaa seronoknya ^^ nak agii ^^ >.< best bace
ReplyDeletecuak gilerrr...
ReplyDelete