Sunday, 16 March 2014

DYH 10

DYH 10

“Zrucx! Kau kena bantu aku!” kata Leon yang kelihatan lemah. Tak pernah selama dia wujud, dia merasa lemah. Tenaganya seakan disedut keluar apabila berjauhan daripada Azalina.

“Leon! Kenapa dengan kau?!” tanya Zrucx seraya menangkap batang tubuh Leon yang hampir tumbang di depan rumahnya. Hanya mulut Leon bergerak-gerak namun tiada satu apa pun yang keluar dari mulut itu. Zruxc yang menyentuh Leon tersentak. Ya, dia dapat melihat sejarah atau apa yang berlaku kepada Leon... dan.. seorang manusia yang bernama Azalina.

“Kenapalah kau mencari bala Leon?” tanya Zruxc kepada Leon yang sudah terkulai lemah. Tubuh rakannya itu dipapah masuk ke dalam kediamannya.

Sementara itu, di sebuah gunung yang amat indah.

“Hai, Azalina.” Kedengaran suara yang enak didengar. Azalina yang merenung kosong ke arah bilik berhias indah itu tersentak. Dia pantas melihat siapakah gerangannya yang masuk ke bilik ini.

“Kau? Kau siapa?” tanya Azalina yang bingung dengan kehadiran lelaki kacak itu.

“Aku? Akulah Vxirius.” Ujar lelaki kacak itu seraya tersenyum indah.

“Mustahil! Vxirius yang aku kenal mempunyai raut wajah yang hodoh, mengerikan!” kata Azalina yang mula ketakutan. Membayangkan raut wajah makhluk semalam membuat dia menggigil ketakutan.

“Ha ha ha.. Itulah manusia.. sekadar wajah semalam.. Hump.. kau dah mampu menggigil. Kalaulah aku tayang muka yang lebih teruk dari itu mungkin... nyawa kau terus melayang..” kata Vxirius yang tertawa sinis.

“Kau cakap apa ni?” marah Azalina dalam ketakutan. Dia terasa bagai disindir. Lantas diberanikan diri.

“Ya.. wajah semalam tu, baru sikit wahai gadis rupawan.. Aku boleh sahaja ubah wajah aku menjadi seperti semalam atau lebih teruk. Yang mana yang kau nak?” tanya Vxirius dengan nada suara yang agak romantis. Azalina pantas ke belakang. Takut pula melihat aksi makhluk yang dicurigai ini.

“Erk.. tak nak. Aku.. aku lebih senang dengan wajah kau yang sekarang.” Ujar Azalina yang semakin menjauhi Vxirius.

“Ha ha ha. Kenapa kau menjauh? Kau takut?” tanya Vxirius yang bergerak ke dinding. Disentuh dinding itu. Lalu terbentuk sebuah balkoni yang sangat cantik.

“Ma... mana ada. Aku.. aku cuma gementar saja.” Ujar Azalina kalut. ‘Gementar? Apa yang kau merepek ni Azalina?!’ marah Azalina kepada dirinya sendiri.

“Owh... gementar.. maksudnya kau suka aku?” tanya Vxirius dengan mata yang bersinar-sinar. Ugh.. gerun Azalina!

“Mana ada. Aku.. aku tak suka kau!” jawapan Azalina itu mengundang rasa marah di hati Vxirius.

“Jadi kau suka siapa? Kenapa diam? Tak ada sesiapa? Jadi kau boleh sukakan aku!” kata Vxirius yang mula tersenyum kembali.

“Mana ada! Aku.. aku suka... Hurm.. suka Leon! Hah, Leon!” ujar Azalina bersungguh-sungguh. Terkeluar pula nama Leon di saat ini. Tangan dibawa ke dada. Rasa pelik pula bila mengaku dirinya ada perasaan kepada Leon. Rasa... macam... betul.

“Huh! Asyik-asyik nama makhluk penghisap darah itu juga yang kau sebut!” teriak Vxirius melampiskan marahnya. Azalina terpaku. Bila masa pula dia menyebut nama Leon?

“Masa kau pengsan pun kau sebut nama dia! Patutlah.. dia dah mengambil tempat dihati kau!” Wajah Vxirius mula berubah. Azalina semakin panik, kalut. Air mata mula bergenang. Lalu menitis dengan deras.

“Ja.. jangan!!” jerit Azalina yang ketakutan menjerit. Vxirius yang mendekati Azalina terhenti. Dia kaku melihat air jernih yang jatuh dari tubir matanya Azalina.

Wajahnya diubah kembali menjadi Vxirius yang kacak. Lalu dia melangkah meninggalkan Azalina yang masih memeluk lutut. Kelihatan manusia itu sangat ketakutan. Ya.. sangat ketakutan. Jahat ke dia? Bukan ke itu yang sepatutnya dia lakukan kerana dia ialah anak kepada ketua kegelapan? Kenapa pula dia harus merasa berbelah bahagi saat Azalina menangis?

“Aku.. Apa yang tak kena dengan aku?” desis Vxirius sendiri. Takut pula dengan perubahan dirinya itu. Kalaulah bapanya tahu, pasti dia akan dibuang ke dunia manusia. Dunia yang penuh dengan kekejaman itu.

“Isk.. isk..”Azalina menangis kesedihan. Dia Cuma mahu pulang. Jika tidak dapat ke pangkuan ibu bapa, cukuplah sekadar ke sisi Leon. Ya, makhluk penghisap darah itu seolah-olah pelindungnya, penjaganya ketika berada di dunia ini.

“Leon..”serunya yang masih menangis. Tanpa disedari matanya mula kuyu lalu dia lena dengan linangan air mata yang kian mengering.

***
“AZALINA!” jerit Leon yang baru sedar dari pengsannya. Zruxc yang setia menanti Leon, terus mendapatkan rakannya. Dibantu Leon duduk sambil bersandar dikepala katil.

“Leon, Leon. Kau minum air ni dulu.” Ujarnya sambil menghulurkan segelas air yang berwarna ungu kehijauan. Leon yang masih lemah hanya mampu menurut. Diteguk rakus. Namun sebaik sahaja air itu menyentuh tekaknya, Leon pantas mahu memuntahkan semula. Tetapi Zruxc lebih pantas, ditekan dada Leon menggunakan jari ibu, telunjuk dan hantunya.

Rasa mual yang dirasai Leon seakan-akan diubati. Leon kembali merebahkan badannya. Badannya terasa makin panas tetapi masih terasa lemah. Zruxc yang memahami sekadar mengeleng. Itulah akibatnya apabila terlalu dekat dengan manusia. Benda ini bukannya tidak boleh dielak. Cuma.. ikatan diantara Leon dan Azalina terlalu kuat.

“Kau ni, Leon. Bukan ke aku pernah kasi tahu.. yang kau dan manusia yang ditakdirkan datang ke dunia ini mempunyai ikatan yang luar biasa. Aku dah kasi tahu, jangan sesekali kau tengok manusia tu.. tapi kau degil! Inilah akibatnya! Kau.. bila dah terpisah dengannya untuk satu jangka masa setelah bersama, pasti akan mengalami kesakitan yang teramat!” keluh Zruxc. Dahi Leon yang berpeluh dingin dikesat dengan tuala kering yang hangat. Kasihan pula melihat makhluk penghisap darah itu.

“Aku.. aku.. kena pergi.” Kata Leon yang cuba bangkit dari pembaringannya. Tetapi dia masih tidak cukup kuat. Mahu mengangkat badannya untuk duduk juga tidak mampu.


4 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)