Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday, 15 September 2013

Kerana Kau Anjelku {KKA} 15

Bab 15


Pelik. Nada berasa hairan melihat Amir, ayah dan juga mamanya melayannya bagaikan tuan puteri. Nak kata hari jadi dia.. lagi dua bulan. Ish.. ish.. pelik ni. Mesti ada udang disebalik batu. Lantak la malas nak fikir dah... Baik dia buat benda lain. Nada rasa teringin pula nak tengok wayang. Hehe.. iklan di kaca televisyen menarik perhatian. Cerita hantu dari negara orang putih itu menjadi pilihannya. Tak sedar diri tu boleh tahan penakutnya.

“Mama.. Nada nak pergi tengok wayang boleh tak?” tanya Nada dengan suara yang manja. Linda mengusap lembut kepala anaknya sambil tersenyum.

“Wah! Cerita apa kak Nada?” tanya Danial dengan riak wajah yang teruja.

“Ish... sibuk saja budak ni! Orang nak pergi tengok cerita hantu. Best.. memang menakutkan o.. Tapi Nada nak pergi tengok seorang je.. hehehe” kata Nada sambil menjelirkan lidahnya. Terus Danial menayang muka masam.

“Hah, seorang je?! Kalau seorang mama tak kasi. Nak pergi.. pergi dengan Danial ke Amir ke Johan ke tak pun Izwan. Kalau si Aiman ada pun tak pe..” ujar Linda sambil memotong sayur yang bakal dimasak untuk mereka sekeluarga tengahari itu.

“Ala... mama ni.. Nada nak keluar seorang sekali sekala je.. Lagipun Nada dah besar dah 17 tahun..” ujar Nada dengan cebikkannya.

“Tak de, kalau nak keluar. Keluar dengan kami semua!” kata Amir sambil menunjukkan adik-adiknya yang lain. Nada mengeluh.

“Ala... ni yang tak best ni!” Nada menghentakkan kakinya.

“Tak de tak best.. tak best! Along belanja wayang sekali makan cum bolling kalau nak karok pun boleh, asalkan dengan kitaorang semua!” ujar Amir tegas. Mata Nada mula bersinar mendengar tawaran alongnya itu.

“Hurm.. tapi.. Nada nak Secret recipe tau!!” ujar Nada menjual mahal. Amir tersenyum lalu mengangguk. Nada pantas berlari ke biliknya mahu bersiap-siap. Amir ketawa kecil melihat telatah adiknya itu. Izwan, Johan dan Danial turut berlumba menuju ke bilik masing-masing. Sampai bertolak-tolak merebut tangga.

“Haih! Jangan nak tolak-tolak! Jatuh nanti!!” laung Linda yang seakan ngeri melihat telatah anak lelakinya. Ketiga-tiga berhenti berebut dan memberi tabik hormat kepadanya. Sekali lagi Amir dan Linda ketawa melihat telatah mereka. Amir juga menuju ke biliknya takut nanti dia pula yang lambat. Adik-adiknya boleh tahan garang juga, lebih-lebih lagi Nada.

“Assalamualaikum!!” tegur satu suara. Linda yang asyik mengemas meja menjawab perlahan. Lantas dia ke hadapan.

“Owh, Huzairil, masuklah. Nada tengah bersiap nak keluar dengan abang-abangnya dan Danial.” kata Linda tenang.

Huzairil berdiri diluar. Masakan dia mahu masuk. Rumah itu milik Huzairil dan dia berkata yang dia tidak akan sesekali masuk ke dalam rumah itu cukuplah sekadar diluar. Kelihatan Nada muncul dengan baju kasualnya. Anak gadis itu memang tidak suka bersiap seperti anak gadis lain. Jika anak gadis lain pastinya akan menilik muka dicermin tapi Nada berbeza, dia unik. Memang uniklah anak siapa? Anak Huzairil.

“Eh, daddy...” Nada nyata terkejut melihat kelibat daddynya.

“Hm.. Nada nak ke mana ni?” tanya Huzairil dengan penuh kasih. Sayangnya pada satu-satunya zuriat dia yang masih ada tidak terkata. Kalau boleh diundurkan waktu tidak mungkin dia tinggalkan Nada didepan rumah Huzairil. Dia kehilangan banyak waktu yang berharga bersama anaknya. Masa anaknya mula bertatih, mula menyebut 'Daddy' mula berlari dan mula menjejakkan kaki ke sekolah.

“Nada.. Nada nak keluar dengan along, angah, achik dengan Danial. Hurm.. daddy ada apa datang sini?” tanya Nada perlahan. Huzairil sedikit tersentak dengan pertanyaan anaknya.

“Maaf.. Maksud Nada.. Daddy.. erk..” Nada menayang muka serba-salah. Sungguh dia tidak bermaksud mahu melukai hati ayah kandungnya itu.

“Hm.. tak apa. Daddy tahu Nada tak bermaksud macam tukan?” Nada mengangguk perlahan masih merasa bersalah.

“Hah, ada kau dekat sini!” kata Amir dingin. Nada terkejut mendengar kata-kata alongnya. Pelik selama ini Amir tidak pernah meninggi suara apatah lagi menutur kata-kata yang agak kurang sedap didengar kepada orang yang lebih tua.

“Along!” tegur Linda. Dia takut anak lelakinya itu akan hilang kawalan. Dia tahu Amir kecewa dengan tindakan Huzairil yang mahu merampas Nada kembali.

“Apa? Mama nak along hormat dia? Hump.. along mintak maaf. Dengan orang macam ni memang along tak boleh nak hormat!” kata Amir tegas. Langsung dia tidak memandang Huzairil. Huzairil terkulat-kulat melihat Amir. Pelik dengan perubahan anak muda itu, adakah dia sudah tahu mengenai niatnya?

“Along ni kenapa? Diakan daddy Nada!” ujar Nada cuba menyedarkan Amir.

“Sekarang ni Nada nak menangkan dia pulak? Nada tahu tak dia nak buat apa? Tahu tak yang dia..”

“Along! Cukup Along!” ujar Linda dengan linangan air mata. Huzairil mengurut dadanya yang terasa sesak. Janganlah anak muda itu menutur hal itu. Biarlah dia sendiri yang membicarakan hal itu dengan anak gadisnya.

“Apa yang Daddy dah buat? Apa? Cerita pada Nada! Kenapa semua orang pelik hari ni? Nada tak faham!” Nada mula menangis. Runsing dengan aksi ahli keluarganya. Apa yang berlaku? Apa yang daddynya dah buat?

“Dia.. Dia nak ambik Nada balik! Dia nak rampas Nada dari kami!” suara Amir seumpama guruh yang membelah bumi. Nada terduduk. Tak mungkin daddynya mahu memisahkan dia dengan keluarganya. Huzairil jatuh terlentang tangan masih di dada.

“Huzairil!”

“Daddy!!!”

Nada pantas memangku kepala Daddynya. Menangis tidak tahu mahu bertindak bagaimana. Biarpun Huzairil begitu, dia masih daddynya. Ayah kandungnya.


'Ya Allah, lindungilah daddyku..' pinta Nada dalam hatinya.

5 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)