Bab 15
Pelik. Nada berasa
hairan melihat Amir, ayah dan juga mamanya melayannya bagaikan tuan
puteri. Nak kata hari jadi dia.. lagi dua bulan. Ish.. ish.. pelik
ni. Mesti ada udang disebalik batu. Lantak la malas nak fikir dah...
Baik dia buat benda lain. Nada rasa teringin pula nak tengok wayang.
Hehe.. iklan di kaca televisyen menarik perhatian. Cerita hantu dari
negara orang putih itu menjadi pilihannya. Tak sedar diri tu boleh
tahan penakutnya.
“Mama.. Nada nak
pergi tengok wayang boleh tak?” tanya Nada dengan suara yang manja.
Linda mengusap lembut kepala anaknya sambil tersenyum.
“Wah! Cerita apa
kak Nada?” tanya Danial dengan riak wajah yang teruja.
“Ish... sibuk
saja budak ni! Orang nak pergi tengok cerita hantu. Best.. memang
menakutkan o.. Tapi Nada nak pergi tengok seorang je.. hehehe” kata
Nada sambil menjelirkan lidahnya. Terus Danial menayang muka masam.
“Hah, seorang
je?! Kalau seorang mama tak kasi. Nak pergi.. pergi dengan Danial ke
Amir ke Johan ke tak pun Izwan. Kalau si Aiman ada pun tak pe..”
ujar Linda sambil memotong sayur yang bakal dimasak untuk mereka
sekeluarga tengahari itu.
“Ala... mama ni..
Nada nak keluar seorang sekali sekala je.. Lagipun Nada dah besar dah
17 tahun..” ujar Nada dengan cebikkannya.
“Tak de, kalau
nak keluar. Keluar dengan kami semua!” kata Amir sambil menunjukkan
adik-adiknya yang lain. Nada mengeluh.
“Ala... ni yang
tak best ni!” Nada menghentakkan kakinya.
“Tak de tak
best.. tak best! Along belanja wayang sekali makan cum bolling kalau
nak karok pun boleh, asalkan dengan kitaorang semua!” ujar Amir
tegas. Mata Nada mula bersinar mendengar tawaran alongnya itu.
“Hurm.. tapi..
Nada nak Secret recipe tau!!” ujar Nada menjual mahal. Amir
tersenyum lalu mengangguk. Nada pantas berlari ke biliknya mahu
bersiap-siap. Amir ketawa kecil melihat telatah adiknya itu. Izwan,
Johan dan Danial turut berlumba menuju ke bilik masing-masing. Sampai
bertolak-tolak merebut tangga.
“Haih! Jangan nak
tolak-tolak! Jatuh nanti!!” laung Linda yang seakan ngeri melihat
telatah anak lelakinya. Ketiga-tiga berhenti berebut dan memberi
tabik hormat kepadanya. Sekali lagi Amir dan Linda ketawa melihat
telatah mereka. Amir juga menuju ke biliknya takut nanti dia pula
yang lambat. Adik-adiknya boleh tahan garang juga, lebih-lebih lagi
Nada.
“Assalamualaikum!!”
tegur satu suara. Linda yang asyik mengemas meja menjawab perlahan.
Lantas dia ke hadapan.
“Owh, Huzairil,
masuklah. Nada tengah bersiap nak keluar dengan abang-abangnya dan
Danial.” kata Linda tenang.
Huzairil berdiri
diluar. Masakan dia mahu masuk. Rumah itu milik Huzairil dan dia
berkata yang dia tidak akan sesekali masuk ke dalam rumah itu
cukuplah sekadar diluar. Kelihatan Nada muncul dengan baju kasualnya.
Anak gadis itu memang tidak suka bersiap seperti anak gadis lain.
Jika anak gadis lain pastinya akan menilik muka dicermin tapi Nada
berbeza, dia unik. Memang uniklah anak siapa? Anak Huzairil.
“Eh, daddy...”
Nada nyata terkejut melihat kelibat daddynya.
“Hm.. Nada nak ke
mana ni?” tanya Huzairil dengan penuh kasih. Sayangnya pada
satu-satunya zuriat dia yang masih ada tidak terkata. Kalau boleh
diundurkan waktu tidak mungkin dia tinggalkan Nada didepan rumah
Huzairil. Dia kehilangan banyak waktu yang berharga bersama anaknya.
Masa anaknya mula bertatih, mula menyebut 'Daddy' mula berlari dan
mula menjejakkan kaki ke sekolah.
“Nada.. Nada nak
keluar dengan along, angah, achik dengan Danial. Hurm.. daddy ada apa
datang sini?” tanya Nada perlahan. Huzairil sedikit tersentak
dengan pertanyaan anaknya.
“Maaf.. Maksud
Nada.. Daddy.. erk..” Nada menayang muka serba-salah. Sungguh dia
tidak bermaksud mahu melukai hati ayah kandungnya itu.
“Hm.. tak apa.
Daddy tahu Nada tak bermaksud macam tukan?” Nada mengangguk
perlahan masih merasa bersalah.
“Hah, ada kau
dekat sini!” kata Amir dingin. Nada terkejut mendengar kata-kata
alongnya. Pelik selama ini Amir tidak pernah meninggi suara apatah
lagi menutur kata-kata yang agak kurang sedap didengar kepada orang
yang lebih tua.
“Along!” tegur
Linda. Dia takut anak lelakinya itu akan hilang kawalan. Dia tahu
Amir kecewa dengan tindakan Huzairil yang mahu merampas Nada
kembali.
“Apa? Mama nak
along hormat dia? Hump.. along mintak maaf. Dengan orang macam ni
memang along tak boleh nak hormat!” kata Amir tegas. Langsung dia
tidak memandang Huzairil. Huzairil terkulat-kulat melihat Amir. Pelik
dengan perubahan anak muda itu, adakah dia sudah tahu mengenai
niatnya?
“Along ni kenapa?
Diakan daddy Nada!” ujar Nada cuba menyedarkan Amir.
“Sekarang ni Nada
nak menangkan dia pulak? Nada tahu tak dia nak buat apa? Tahu tak
yang dia..”
“Along! Cukup
Along!” ujar Linda dengan linangan air mata. Huzairil mengurut
dadanya yang terasa sesak. Janganlah anak muda itu menutur hal itu.
Biarlah dia sendiri yang membicarakan hal itu dengan anak gadisnya.
“Apa yang Daddy
dah buat? Apa? Cerita pada Nada! Kenapa semua orang pelik hari ni?
Nada tak faham!” Nada mula menangis. Runsing dengan aksi ahli
keluarganya. Apa yang berlaku? Apa yang daddynya dah buat?
“Dia.. Dia nak
ambik Nada balik! Dia nak rampas Nada dari kami!” suara Amir
seumpama guruh yang membelah bumi. Nada terduduk. Tak mungkin
daddynya mahu memisahkan dia dengan keluarganya. Huzairil jatuh
terlentang tangan masih di dada.
“Huzairil!”
“Daddy!!!”
Nada pantas
memangku kepala Daddynya. Menangis tidak tahu mahu bertindak
bagaimana. Biarpun Huzairil begitu, dia masih daddynya. Ayah
kandungnya.
'Ya Allah,
lindungilah daddyku..' pinta Nada dalam hatinya.
Best sambung ya tqn
ReplyDeletethanks kirah.. dah smbung dah.. jemput baca ye.. sori lambat >_<
Deletesmbung lagi eh..best sngt..
ReplyDeletebaru sambung je nufina..
DeleteNangis Del baca.
ReplyDelete