Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday, 18 December 2012

penngubat hatiku 10


BAB 10



“Taniah sayang...”ucap Raisul seraya memberikan sejambak bunga ros berwarna pink. Aina menyambut dengan senyum yang termanis. Untuk seketika mereka terkaku, apabila mata mereka bertembung. Bagai terdengar-dengar lagu dari kerana mata. Aina pantas menoleh mencari suara sumbang yang menyanyikan lagu itu. Ingatkan khayalan rupa-rupanya memang betul ada dua makhluk tuhan yang sedang menyedap menyumbangkan suara. Siapa lagi kalau bukan abang-abangnya, Azwan dan Ilya, mereka dua orang ni memang suka menyumbangkan suara tak kira tempat.

“Along, abang Ilya!!! malu la sikit, ramai kawan-kawan Aina dekat sini.”sedikit menjerit Aina menyuruh abang-abangnya diam. Raisul sudah menunduk-nundukkan kepala kepada yang orang melihat, mungkin meminta maaf. Kedua abangnya itu sekadar menayang sengihan. Aina semakin geram, dia pantas mengeluarkan senjata semulajadinya, cubitan maut........

“Sakit la dikNa. Sorry-sorry janji tak buat lagi..”ucap Azwan dalam kesakitan. Ilya bernasib baik dia sempat melarikan diri. Raisul sekadar tertawa kecil dengan perilaku kekasih hatinya itu. Dalam benak fikirannya, ada sesuatu yang ingin ditanya kepada Aina.

“Aina, sekarang ni Aina dah habis belajar dah konvo pun. Aina kerja dengan abang ye...”ujar Raisul begitu lembut. Aina kelihatan teragak-agak. Dia melepaskan keluhan perlahan.

“Abang bukan Aina tak sudi. Tapi, biarlah Aina mencuba dengan syarikat orang lain dulu ye...”Aina sudah mula bermai dengan hujung tudungnya. Gelisah.

“Hm... tak pelah.. Dah orang tu tak sudi..”Raisul sudah menarik muka. Ilman yang kebetulan mahu memberi mereka minuman sudah tersenyum-senyum. Pantas dia berlalu. Ada la agenda dia tu. Tak lama lepas tu, Ilman muncul bersama-sama adik-beradiknya yang lain.

“Ayo... tak tahu... Abang Am dia dah marah... Ayo... tak tahu..”ujar mereka serentak dengan tangan dan mimik muka sekali. Aina merengus geram.

“Dah... shoh..shoh.. pergi sana jangan nak menyibuk dekat sini..”kata Aina sambil menolak tubuh abang-abangnya. Raisul sedari tadi mengintai perbuatan mereka adik-beradik. Mahu ketawa, tapi ditahan. Dia mahu dipujuk oleh Aina.

“Hm.. abang... Aina betul-betul minta maaf. Aina memang akan kerja dengan abang tapi bagilah peluang dekat Aina nak cari pengalaman. Bukan lama pun lepas kahwin Aina terus kerja dengan abang ye...”ujar Aina lemah lembut.

“Okey, tapi janji satu hal dengan abang...”kata Raisul sambil menyembunyikan senyumannya.

“Jangan melayan lelaki-lelaki dekat tempat kerja Aina itu.”sambung Raisul tegas.

“Habis tu, kalau bos Aina lelaki macam mana?”tanya Aina lurus. Raisul sudah terketar-ketar menahan tawa, tidak sangka tunangannya lurus sebegitu.

“Tak boleh... Kalau macam tu tak payah kerja.. kita terus kahwin.. Nak tak?”tanya Raisul dengan senyuman meleret. Aina pantas mencubit Raisul. Geram bercampur malu mendengar kata-kata Raisul itu.

“Ala, abang ni Aina cakap yang betul abang boleh bergurau lagi.. gatal la abang ni” Aina mula mencebikkan bibirnya. Giliran dia pulak merajuk. Raisul ketawa kecil. Dia suka dengan perubahan Aina yang manja-manja ayu itu.

“Okey, okey abang kasi Aina kerja.. dengan syarat kalau ada yang mengorat, Aina jangan layan.”ujar Raisul. Ada bunyi cemburu di dalam ayatnya itu.

“Abang ni dah tentu-tentulah abang la satu-satunya lelaki yang akan Aina jadikan suami Aina tau. Abang seorang je yang bertahta di hati Aina ni. Tak ada maknanya lelaki-lelaki di luar sana tu...”kata Aina serius.

“Hm.. kalau betul Aina sayang abang cakap kuat-kuat..”ujar Raisul sedikit berbisik. Aina sudah merenungnya tajam. 'Mengada-ngada betul la abang ni...'bisik hati Aina.

“Biar betul... Kitakan dekat tempat public ni.. Ramai orang la.. segan la abang..”Aina seakan-akan merungut. Raisul menggeleng kepala, tanda dia masih mahu mendengar ayat itu dari mulut Aina.

“Saya sayangkan Raisul Amri..”ucap Aina berbisik.

“Apa? Tak dengarlah..”Raisul ni demand betul...

“Saya sayangkan Raisul Amri..”ujar Aina sedikit kuat.

“Hm.. Nyamuk ke yang cakap tu.. Tak dengarlah..”kata Raisul mengundang geram dihati Aina.

“SAYA, NUR AINA NATASHA SAYANGKAN RAISUL AMRI!!!”semua mata-mata yang ada berhampiran mereka mula memandang-mandang sambil tersenyum. Raisul tersenyum malu namun masih ada rasa puas terselit di hatinya.

“Oit.. agak-agaklah bercinta. Takkan kau nak bagitahu satu kampus ni kot Cik Aina, opss Puan Aina..”ujar Lily sedikit mengusik. Merah padam muka Aina mendengar usikkan kawan baiknya itu.

“Entah dikNa ni... tak payah la menjerit malu abang-abangmu yang macho tapi belum berpunya ni..”ujar Ilman. Ilya menggangguk setuju. Aina mencbik bibir. 'Ala, saja je tu, nak bagitahu yang mereka ni bujang.. Mesti abang Ilman nak tackle Lily yang cantik ni..'setakat terluah dihati jelah. Nanti kalau cakap kuat-kuat tersentap la pulak abangnya itu.

Raisul dan kaum kerabat Aina ketawa melihat kelakuan Aina, yang pada Aina kira habis cun la.
Raisul menjeling Aina. Menghantar isyarat 'Aku cinta padamu Aina..'. Aina tersenyum tersipu-sipu. Baru bertunang dah ada telepati, belum kahwin.. kalau kahwin entah-entah ada super power pulak..
Aina sungguh gembira hari ini. Yang pastinya diari kesayangannya(hadiah Raisul) akan di coret tentang hari ini. Hehehe biasa orang bercinta dalam hati ada taman bungalah, kupu-kupulah, rama-ramalah..


*************************************************

Pagi ini, Aina bangun dengan bersemangat. Hari ini, dia mula bekerja. Semalam, kakak iparnya, kak Liza dan Kak Wani telah menghadiahkan sepasang baju kurung. Walaupun Aina bekerja sebagai pereka dalaman. Dia tetap tidak suka menyarungkan skirt atau pun kot. Dia lebih selesa dengan baju kurung dan tudung lilitnya. Baju kurung pink berbunga kecil berwarna putih dari kain jenis cotton itu dipadankan dengan tudung pink lembut. Bibirnya dioles sedikit lipgloss dan mukanya sekadar disapu bedak tipis. Namun semua itu tetap dapat menonjolkan kecantikkan Aina yang sudah sedia cantik ini.

Aina melangkah turun dengan lemah lembut, sekali pandang dah macam bidadari sahaja gayanya, dua kali pandang baru nampak macam anak en Amin. Semua mata-mata diruang makan itu terpaku kepada Aina. Tanpa Aina sedar, terdapat sepasang mata yang asyik menghayati keindahan Tuhan itu. Raisul terpaku, mulutnya ternganga. Entah kenapa dia rasa Aina sangat cantik hari ni.. namun terselit juga rasa tidak senang. Takut ada yang menaruh hati kepada gadis kesayangannya itu.

“Erk.. kenapa semua tengok Aina macam pelik je?”tanya Aina perlahan. Segan dengan Raisul yang tidak sudah-sudah memandangnya tetapi Aina lihat Raisul seakan-akan hanyut dengan dunianya sendiri. Semua kembali sedar dengan teguran Aina itu, kecuali Raisul. Memang Aina nampak sangat memukau.

“Ehem..ehem..”kedengaran en Amin sengaja berdehem mahu menyedarkan Raisul yang masih terpukau itu. Azwan menepuk-nepuk perlahan bahu Raisul. Barulah Raisul sedar yang kini dia jadi tumpuan. Raisul tersipu-sipu malu.

“Hah, baru tengok adik aku pakai macam gini. Belum baju pengantin. Kalau baju pengantin tak tahu la nak kata. Tak keluar bilik gamaknya.”ujar Azwan kuat sengaja mahu mengusik adik dan bakal adik iparnya. Kata-kata Azwan itu mengundang tawa semua dimeja makan itu. Kecuali Aina dan Raisul yang sudah merah wajahnya.

Aina pantas bangun. Dia menyalami semua yang ada disitu. Raisul turut mengikuti jejak Aina. Dia sudah berjanji mahu menghantar Aina ke tempat kerja.

**********************************************

“Kenapa abang pandang Aina macam tu?”tanya Aina selepas beberapa ketika mematikan diri didalam kereta milik tunangnya itu. Raisul berdehem membetulkan tekak. Rasa kering pulak tiba-tiba Aina tanya begitu.

“Erm.. sebab hari ni Aina tersangat-sangat cantik..”ujar Raisul malu-malu. Aina menarik sengih idea nakalnya dah muncul.

“Ye ke? Kalau macam tu.. mesti ramai nak mengorat Aina nantikan?”tanya Aina dengan nada riang. Sengaja mahu menduga Raisul.

“Hurm.. memang la. Apa kata kita patah balik?”tanya Raisul yang mula tak sedap duduk itu.

“La kenapa pulak?”tanya Aina lurus. Dia terpinga-pinga. Dia yang start dia yang blur.. Aina, Aina...

“Aina balik la tukar baju.. Tak sedap pula hati abang ni..”kata Raisul menyatakan kegusarannya.

“Hem.. ingatkan kenapa.. Tak payah la. Aina dah lewat ni. Dah la hari ni first day Aina kerja. Tak payah nak patah balik..!”Ujar Aina tegas apbila Raisul sudah memberi signal ke kanan, mahu membuat u-turn. Raisul merungut-rungut perlahan. Aina ketawa kecil.

“Abang ni.. cuba percaya sikit dekat Aina..”pinta Aina perlahan. Matanya bertembung dengan Raisul sesaat dua, kalau lama-lama eksiden pulak mereka. Raisul menggangguk. Aina tersenyum riang. Gembira diberi kepercayaan oleh lelaki kesayangannya.

“Okey, terima kasih abang..”ucap Aina sejurus membuka pintu. Sampai juga dia di syarikat ModernOk itu. Raisul menghulurkan tangan. Aina memandang pelik.

“Abang.. Nanti dah sah Aina salam tangan abang sampai abang puas ya..”ucap Aina dengan tawanya. Raisul tersipu-sipu. Malu dengan tindakan spontannya. Lupa mereka belum sah disisi agama.


***********************************************


Aina melangkah penuh semangat. Dia diminta melapor diri di pejabat ketuanya. Tanpa melihat nama yang terpampang dipintu itu. Aina pantas mengetuk pintu itu. Kedengaran suara garau menyuruh dia masuk, dengan khalimah bismillah Aina melangkah masuk. Kelihatan kerusi bosnya bergoyang-goyang. Dia tidak dapat melihat wajah bosnya itu kerana bosnya menghadap ke dinding.

“Ada apa?”tanya bosnya yang dia sendiri tidak tahu apa namanya.

“Saya nak melapor diri tuan.”ucap Aina sopan.

“Oh, budak baru tu ye.. sila memperkenalkan diri kamu.”ujar bosnya lagi tanpa berpaling ke arah Aina.

“Nama saya Nur Aina Natasha binti Amin. Lulusan degree dalam bidang Interior design.”kata Aina penuh semangat. Dengan segera kerusi itu berpaling. Seakan-akan terkejut mendengar perkenalan diri Aina itu.

“AWAK?!”ujar mereka serentak.


teng..teng..teng.. bersambung hohoho
nanti jangan segan-segan nak komen.. komen-komen anda amat dialu-alukan... kalau macam pelik ke apa tanya je.. insyaallah saya akan balas...

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)