Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday, 29 December 2012

pengubat hatiku 14

huhuhu ni baru betul sambungannya.. tadi tu saja je main2... jangan marah...


BAB 14


Sememangnya Abdullah berasa gembira dapat berjumpa dengan keluarga arwah isterinya yang telah lama terpisah. Tetapi sebaik sahaja mengetahui yang Aina dan Raisul merupakan tunang dan bakal berkahwin dalam jangka waktu terdekat membuatkan rasa gembiranya hilang.

Kedengaran ketukan di pintu pejabatnya. Ikutkan hati malas dia mahu bekerja tetapi sudah tanggungjawabnya. Dengan nada suara yang tak rela dia menyuruh orang itu masuk. Tersembul wajah Khalisya yang menyengih macam kerang busuk. Ingat dia lawa sangat la tu.

“Hah, ada apa? Kalau setakat nak tayang sengih yang tak berapa manis tu sila keluar. Saya ada banyak lagi kerja ni.”ujar Abdullah setelah sepuluh minit Khalisya menyengih didepannya. Hilang gentlemen dia. Kalau dengan minah sengal ni tak de makna nak gentlement sangat. Khalisya mula la tayang muncung dia. Ingat comel sangat kot.

“Ni, tadi Aina datang. Dia mc. Ni mc dia.”ujar Khalisya dengan suara yang bergetar. Merajuk la kononnya. Abdullah mula kelam kabut. 'Aina sakit?!' hatinya mula gelisah semacam.

“Dia sakit apa?”tanya Abdullah dengan suara yang dikawal. Macho habis la kiranya tu..

“Hm.. dia? Owh, dia demam sikit je. Tadi saya tengok tak ada la teruk sangat.”kata Khalisya sebal. Tadi sempat dia berangan naik pelamin dengan bosnya itu, last-last keluar soalan pasal Aina? 'Oh please aku lagi cun'kata-kata tu diluah dalam hati je. Karang dia jerit satu pejabat, ada yang kata dia sewel.

“Hm, okey awak boleh keluar.”ujar Abdullah. Lega sebenarnya Aina tak sakit teruk. Kalau teruk nak je dia terbang pergi rumah ayah dan mak. Khalisya sebagai setiausaha yang baik menurut je kata-kata bosnya.. hehehe baik la sangat. Abdullah rasa bosan. Jam hampir pukul 1. Lagi 10 minit je lagi. Hatinya berkira-kira. 'nak blah ke nak stay? hm.. blah la... menyampah aku dok sini.. ubat aku bukan datang pun. Yang ada ulat terlebih berbulu...hish gerun aku..' dengan langkah yang bersemangat Abdullah keluar dari ofisnya.

“Khalisya batalkan semua appointment saya. Saya pening pulak.”kata Abdullah tanpa memandang Khalisya yang asyik ber'fb' itu. Belum sempat Khalisya nak buka mulut, Abdullah dah lesap. Laju betul macam lipas kudung.


****************************************


“Hai princess...”ucap Abdullah dengan suara yang sengaja diceriakan sebaik melihat Asyikin.

“Assalamualaikum la papa... “Asyikin mula mencebik bibirnya. Abdullah tergelak kecil.

“Ops.. Sorry princess waalaikumsalam sayang.”ujar Abdullah ceria tetapi tetap kedengaran hambar ditelinga puterinya. Asyikin memandang papanya curiga.

“Kenapa princess ni asyik tenung papa ni?”tanya Abdullah sambil mencuit dagu puterinya.

“Papa, kalau papa ada masalah jangan malu nak share dengan ikin tau. Ikin tak suka tengok papa moody-moody macam ni...”kata Asyikin perlahan. Merajuk la tu...

“Eh.. sapa kata papa ada masalah? Mana ada moody tengok ni papa asyik senyum je..”kata Abdullah dengan senyuman. Tetapi itu tetap tidak mampu mengamburi mata Asyikin.

“Papa ustazah cakap tak baik bohong tuhan marah.. Allah marah. Nanti papa berdosa nak?”tanya Asyikin mengunakan teknik psikologi. Jangan sangka kecil tu kecil aja. Kecl-kecil cili padi tau.

“Tak ada apa-apa la princess.”suara Abdullah sedikit kasar. Geram kepada puterinya tidak mahu memahami. Asyikin terkejut mendengar nada suara papanya.

“Okey tak mahu cakap tak apa. Kita tak mau kawan dah dengan papa.”kata Asyikin. Mukanya dipalingkan ke arah lain. Abdullah hanya mampu mengeluh.


************************************



“Bye-bye princess. Meh sini papa nak cium.”ujar Abdullah sebaik sahaja sampai di depan sekolah rendah Seri Aman. Asyikin buat derk aja. Tetapi dia tetap mencapai tangan papanya. Mahu menyalami papanya itu. Abdullah hanya mampu mengelengkan kepalanya. Asyikin masih merajuk dengannya.

“Hai Ikin..”kata Luqman sebaik sahaja melihat kelibat rakannya itu.

“Apa hai-hai. Assalamualaikumlah. Itu pun nak kena Ikin bagitau...”ujar Asyikin dengan suara yang malas. Luqman memdang Asyikin tidak percaya. Yalah jarang mood Asyikin pagi-pagi macam ni. Macam bini kena tinggal dengan laki seminggu. 'hahaha.. comel la pulak muka Ikin ni..'hati Luqman mula menggatal. Ish..ish..ish... baru umur 7 tahun dah jadi macam ni... Luqman baru nak bertanya kenapa mood Asyikin jadi macam tu tapi tiba-tiba guru matapelajaran pertama masuk, Cik Laili cikgu bahasa melayu. Cantik orangnya.

“Cikgu cantik sangat la hari ni..”puji Luqman ikhlas. Laili hanya tersenyum. Asyikin tak payah cakap la, muncungnya mula memanjang. Cemburu kot...

************************


Waktu yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak pun tiba. Waktu REHAT!!! Luqman bukan main lagi dengan senyuman manisnya melangkah ke arah Asyikin yang duduk termenung bawah pokok buluh cina belakang kantin sekolah mereka itu.
“Ala, Luqman ni jangan la senyum macam tu. Ikin tengok comel sangat geram ikin dibuatnya..”ujar Asyikin berbisik sendiri. Kalau Luqman dengar ni mesti dah kembang hidung macam nak pecah.

“Assalamualaikum... Ikin”Asyikin hanya tersenyum. Tahu Luqman takut kena sound macam pagi tadi.

“Hai... pagi tadi bukan main lagi perli Luqman suruh ucap assalamualaikum. Last-last dia yang tak jawab salam. Dosa tau tak?”kata Luqman apabila Asyikin buat derk je dekat dia dari tadi.

“Dah jawab la. Dalam hati..”ujar Asyikin perlahan. Luqman tersenyum akhirnya keluar jugak
suara Asyikin yang mahal tu.

“Hm.. yelah. Awak kenapa awak masam je dari tadi?”tanya Luqman. Penat nak tahan diri dari tanya. Last-last keluar jugak soalan tu.

“Hish.. sibuk je dia ni..”Asyikin buat muka menyampah.

“Hm.. tak pa la... dah dia tak nak cerita. Tak mau kawan dengan awak dah.”kata Luqman bersungguh-sunggguh. Asyikin kelihatan kalut. Takut kehilangan kawan sebaik Luqman ni.

“Tak la pasal papa kita je..”kata Asyikin cepat-cepat. Takut Luqman betul-betul tak kawan dengan dia dah.

“Owh kenapa dengan papa awak, ikin?”tanya Luqman lagi. Asyikin pun cerita la dari waktu papa dia ambik dari sekolah semalam sampai la papa dia hantar pergi sekolah pagi ni.

“Awak ni Ikin tak baik tau buat macam tu kat papa awak. Berdosa!”mendengar perkataan 'dosa' tu buat Asyikin takut. Mula la nak nangis.

“Eh, awak jangan nangis. Awak nak apa awak cakap je saya bagi...”kata Luqman bersungguh-sunggguh takut kala Asyikin meraung di situ.

“Em.. isk..isk, saya nak kahwin dengan awak boleh?”tanya Asyikin dengan sendunya. Luqman dah ternganga. Gatalnya Asyikin ni..

“Eh, mana boleh. Kita kecik lagi la..”Luqman berkata tegas. Asyikin mula teresak-esak.

“Jangan nangis. Kita tak boleh kahwin dengan awak la. Awak ni cengeng. Kita nak kahwin dengan cikgu Laili. Dia tak cengeng.”kata-kata Luqman menambahkan volume tangisan kepada Asyikin. Dalam teresak-esak itu, Asyikin pergi ke telefon awam. Mahu menelefon papanya.

“Papa, Luqman tak mahu kahwin dengan kita.. hua!!!”cerita Asyikin kepada papanya. Beria-ria dia menangis. Abdullah terkejut mendapat panggilan dari anaknya. Ingatkan apa rupanya anaknya kena reject dengan boyfriend... Boyfriend?! Gulp!

“Asyikin. Ikinkan kecil lagi. Tak mau kahwin-kahwin ye...”kata Abdullah memujuk. Takut jugak dia, kecil-kecil dah ada boyfriend.

“Ala Ikin ajak dia main kahwin-kahwin je...”Asyikin mula marah bila papanya pun 2x5 je dengan Luqman tu. Abdullah ketawa mengekek mendengar kata anaknya itu. Lega ingatkan kahwin betul-betul tadi.

“Hish, papa ni orang cerita betul-betul. Dia boleh gelak pulak. Okey la bye-bye.”dengan pantas Asyikin meletakkan telefn apabila terpandang Luqman berjalan bersama-sama cikgu Lailinya. Takut bebenor...


*************************


“APA AINA DEMAM!!!”bergema suara Raisul di lapangan terbang KLIA itu. Baru sehari dia oustation Aina demam?! Ni tak boleh jadi! Raisul membatalkan hasratnya mahu ke ofis dahulu. Yang penting buah hatinya. Buah hatinya tengah sakit. Sampai hati mereka baru bagitahu hari ni...

Raisul memandu sederhana laju. Kalau terlebih laju tak sempat dia nak jumpa Aina. Yelah dah dia 'jalan' dulu. Akhirnya dia tiba dia rumah Aina. Dengan tergesa-gesa dia keluar dari keretanya. Hampir-hampir dia jatuh tersungkur. Mak Izah yang asyik menyiram bunga itu terkejut. Hampir-hampir getah paip itu menghala ke arah Raisul. Kalau tak berhujan la Raisul.

“Assalamualaikum!!!!”ujar Raisul kuat. Bukan ujar dah tu, ni dah kira menjerit. Tersampuk penyakit Aina la tu. Penyakit tak boleh jumpa pintu.

“Lah yang kau terpekik tu kenapa Risul masuk jelah..”kata Azwan yang kebetulan cuti hari ni.

“Oh ada orang ingatkan tak de...”kata Raisul menutup malu.

“Mana Aina?”tanya Raisul tidak sabar.
“AdikNa? Dia rehat dekat atas. Nak jenguk dia ke?”tanya Azwan. Tak sempat Raisul nak kata apa-apa, Azwan dah menjerit panggil Aina.

Aina turun perlahan-lahan. Demamnya sudah hampir kebah. Adam dari tadi asyik bergesel dengannya. Suka sangat mak sunya tidak pergi kerja.

“Awak ni demam, demam pun turun. Tak payah la turun..”ujar Raisul prihatin. Azwan yang dari tadi tahan gelak dah terhambur ketawanya. Melihat gelagat Raisul yang melayan Aina macam orang tengah pantang memang kelakar....

Tanpa mereka sedar, waktu berjalan pantas. Tup,tup dah sampai waktu isyak. Aina meminta diri untuk solat dan tidur. Walaupun demamnya sudah kebah tetapi dia rasa sangat letih. Raisul turut tumpang solat dirumah Aina. Selesai solat hujan turun dengan lebat. Raisul duduk lagi dengan Azwan menyambung borak yang terhenti tadi.

Hujan berlarutan. Azwan mengesyorkan Raisul tidur sahaja dirumah mereka. Raisul tidak menolak. Dia tidur disofa ruang tamu itu. Tengah dia menyedap melayan tidur dia terdengar orang batuk-batuk di dapur. Raisul berjalan dengan perlahan. Tangannya memegang penyapu. Takut kalau-kalau pencuri.

“Ar...”tak sempat Aina nak menjerit. Raisul sudah menutup mulutnya. Mata mereka bertentangan. Buat pertama kali Raisul melihat rambut lembut Aina. Malah tanpa sedar dia telah menyentuh rambut wanita yang dicintainya.

“Ma cu... kenapa lame sangat...”ujar Adam yang baru turun dari tingkat atas. Tadi dia tidur dengan mak sunya. Lambat sangat mak sunya mengambil segelas air. Adam tak sabar turut join sekaki.
Pantas Raisul melepaskan Aina. Aina tergesa-gesa mengheret tangan anak buahnya ke tingkat atas. Malu tak terkata.

#bersambung.. lepas ni konflik.. pastu tamat... hhuhuu maknanya lagi 2 entri la lagi...

2 comments:

  1. boleh x buat cerpen tentang asyikin dan luqman? serius, suka sgt dgn diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe iznya inzzy memang nak buat tapi tunggu dulu ye... nanti ada citer pasal asyikin dapat ibu baru!!

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)