Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday, 4 April 2019

Qis dan Along ~ Part 3 ye, ye part 4 otw


Part 3

Qistina melangkah perlahan ke dalam cafe yang dinyatakan Kyaliq semalam. Matanya melilau mencari kelibat abang macho/kacak semalam. Melihat kelibat Kyaliq tiada, Qistina main duduk sahaja di meja kosong. Jam ditangan ditilik. 2.05 petang, kejap lagi sampai la tu. Desis hati Qistina.

Qistina membelek-belek telefonnya.

‘Ting!’ bunyi pesanan Whatsapp kedengaran. Qistina membuka aplikasi itu. Adik Iz? Nak apalagi lah adik dia yang seorang ni. mesti nak kirim apa-apa.

‘Kak Qis kat mana?’ – Adik Iz

‘Jumpa orang kejap. Kenapa?’

‘Tak ada apa. Siapa?’ – Adik Iz

‘Adalah.’

‘Cakap lah kak Qis -_- ‘ – Adik Iz

‘Kawan baru. Kenapa?’

‘Lelaki ke perempuan?’ – Adik Iz

‘Lelaki. Kenapa banyak tanya ni?’

‘Nama dia apa?’ – Adik Iz

‘Kyaliq. Adik Iz ni kenapa ni? banyak tanya mengalahkan along si komander tu.’

‘Hm... handsome tak?’ – Adik Iz

‘Boleh tahan lah. Macho dia tu... kacak pulak tu. Tapi... sayang’

‘sayang kenapa?’ – Adik Iz

‘Garang nak matey!’

‘Siapa lagi handsome? Along ke dia?’ – Adik Iz. Qistina sudah ternaik keningnya sebelah. Lain macam je si Izreen ni. Betul ke Izreen yang mesej ni? Qistina terus membuat panggilan video.

“Hai, Kak Qis!” terlebih semangat Izreen menjawab panggilan video Qistina.

“Adik Iz dah kenapa? Tanya banyak-banyak soalan. Betul ke adik Iz yang tanya?” Qistina mula masam. Rasa macam tak kena.

“Hah? Soalan?” Izreen mengerut dahi. Puk! Bunyi sesuatu ditepuk kuat. Izreen mengeliat dengan wajah berkerut.

“Kenapa tu dik?” Qistina pun terikut kerut dahi.

“Nyamuk besar gajah tu.” Kedengaran suara along menyampuk. Qistina menayang muka faham. Sah along yang lebih-lebih tanya nak jumpa dengan siapa, lelaki ke perempuan, yang paling tak boleh blah dia boleh tanya siapa lagi handsome . =_= (my gad mestilah Along handsome! Ke Kyaliq  *.* ? Huhuhu itu semua ikut citarasa Qistinalah kan?)

“Cakap dekat orang yang tukang tepuk Nyamuk besar gajah tu... Kenapa nak kena go through phone adik? Apa dah tak ada phone sendiri ke? Sah tak nak Kak Qis ada nombor dia. Cakap lagi, Kak Qis rasa Kyaliq a.k.a. abang macho kacak bergaya lagi handsome 100 kali dari along! Pastikan adik sampai pesanan-pesanan ni dekat Along!” ujar Qistina dengan muka toyanya. Baru puas hati!

“Perasan lah! Tak ada makna aku nak tanya kau macam-macam!” kuat suara Hakim membalas kata-kata Qistina. Memang sah Hakim yang hantar. ‘Thump! Thump! Thump! Thump!... Bang!’ Hakim sentaplah tu! Hentak-hentak kaki dekat tangga siap hempas pintu. Izreen sudah ketawa mengekek. Qistina tersengih melihat Izreen. Macam kelakar sangat. Sampai mengalir air mata adiknya itu.

“Hah kenapa dengan abang kamu tu Izreen? Apa dia ingat pintu tu murah? Nak kena betul anak teruna seorang ni!” kedengaran pulak suara Laila memarahi Hakim. Tak lama kemudian kedengaran bunyi ketukan pintu, kuat betul macam guna speaker.

“Yang? Dah kenapa tu?” suara ayahnya pula masuk frame. Qistina memasang telinga.

“Tah anak teruna awak ni! hempas-hempas pintu. Dia ingat apa? Nak hempas-hempas, jangan sampai saya hempas dia karang!” marah betul Laila.

“Sabar, sabar jangan macam tu. Jom kita minum dulu. Laila nak air apa? Biar abang yang buat. Jangan ketuk pintu tu kuat sangat yang. Karang tak sempat rosak kena hempas dah berlubang pintu anak teruna kita tu.” Ujar Naim cuba memujuk. Izreen ketawa mengekek melihat telatah ibu bapanya.

“Hah! Kamu gelak apa tu Izreen? Kamu bersubahat dengan along kamu ni ke? Apa yang dia marahkan sangat tu?” tanya Laila kepada Izreen. Muka Izreen berubah cuak. Qistina yang melihat perubahan reaksi adiknya itu boleh menganggak yang kemarahan si ibu nak beralih arah.

“Mana ada! Bye kak Qis, ibu godzilla nak menyerang! Aaaa!” Izreen bangun berlari sambil mematikan panggilan video itu. Qistina ketawa mengekek. Habislah! Harus rentung along dengan Izreen kena fire dengan ibu.

Sekali lagi mata Qistina memandang jam tangannya. 2.30 petang. Hm... lambat pula mamat ni. Jamn ke?

--

Hakim rasa nak baling sahaja barang-barang dalam biliknya ketika ini. Apa Qis kata tadi? ‘Kak Qis rasa Kyaliq a.k.a. abang macho kacak bergaya lagi handsome 100 kali dari along.’ Hei pleaselah! Dia yakin dia lagi kacak!

“Kau sengaja je kan Qis? Kau tunggulah!” Hakim mengepal-ngepal tangannya. Dia menarik sengihan nakal. Yang dia beria nak membalas Qistina ni kenapa? Bukan dia tak suka ke? Ke... suka tapi mulut kata tak?( >v<)

--

Hampir satu jam Qistina menunggu tetapi lelaki itu tidak muncul-muncul. Dengan rasa sakit hati yang menebal, Qistina bangun dan menuju ke arah kaunter. Minumannya dibayar.

“Eh, awak kan budak yang jatuh atas saya tu?” tanya satu suara garau dari arah belakang Qistina. Qistina terus berpaling melihat gerangan manusia bertuah itu. Kyaliq dengan muka selamba bahagia tersenyum menampakkan gigi-giginya yang sempurna. Qistina menjegilkan matanya. Ewah-ewah senang hati nampaknya dia ni! Dahlah lambat sejam!

“Kenapa diam?” tanya Kyaliq dengan senyuman tak lekang-lekang. Ada lesung pipi pulak tu, tapi sebelah je, belah kanan. Eh, sempat pula Qistina menilik wajah si mamat lembab ni. Mamat lembab sesuai sangat nama tu dengan lelaki ni. lambat!

Qistina buat bodoh dan berjalan melintasi Kyaliq selepas selesai membayar dikuanter. Kyaliq mengekori Qistina.

“Hello! Annyeonghaseyo! Moshimosh! Sentap kenapa pula dia ni...” Kyaliq pelik dengan tingkah laku Qistina. Ditarik pergelangan tangan si gadis. Berpusing 180 darjah Qistina dibuatnya. Mulut Qistina ternganga tanda tak percaya lelaki itu berani memegang tangannya siap menarik dia pulak tu!

“Hello mr Kyaliq a.k.a. mamat lembab tak tepati masa! Awak dah kenapa suka-suka tarik tangan orang hah? Apa awak ingat ibu ayah saya memang suka orang tak kenal buat saya macam ni?” nyaring suara Qistina. Nasib baik mereka dah keluar dari perkarangan cafe. Kalau tak memang jadi tontonan pengunjung cafe. Tapi apa kurangnya di tepi jalan tetap menjadi tontonan.

“Awak ni dah kenapa terjerit-jerit ni. malulah!” Kyaliq mula menunduk-nunduk memberi isyarat tiada apa yang berlaku kepada penonton mereka di situ.

Qistina menarik nafas panjang. Boleh ye lelaki ni tanya soalan terlebih bijak macam tu dekat dia. Ada juga yang kena fire dengan dia. Dia dah hampir-hampir nak bertukar jadi Ultrawomen dah ni!

“Encik Kyaliq. Saya bukannya seorang perempuan yang selalu buat perangai gila dekat tepi jalan macam ni tau. Saya pelik dengan encik ni. Boleh ye encik datang-datang tersengih happy macam encik tak buat salah. Encik suruh saya datang pukul berapa semalam? Encik sampai pukul berapa? Dah la suka-suka tarik tangan saya.” Qistina bercakap tanpa henti. Kyaliq naik semput melihat Qistina berkata-kata macam tak ambil nafas langsung. Robot ke apa perempuan ni?

“Er... apa kata kita masuk cafe balik. Relaks minum air dulu.” Kata Kyaliq dengan suara tak berapa nak macho dah. Takut pulak dengan perempuan ni.

“Tak payahlah encik. Apa kata encik whatsapp je berapa duit yang encik nak sebagai ganti rugi dan details bank akaun encik. Tak perlulah kita nak jumpa-jumpa.” Kata Qistina tegas.

“Eh janganlah macam tu. Okay. Maaf memang salah saya. Saya datang lambat. Tapi saya bukan sengaja cik... er nama cik pun saya tak tahu. Serius bukan saya saja-saja datang lambat. Saya terlampau khusyuk buat kerja. Then pembantu saya tanya tak lunch ke. Rupanya dah dekat jam 2.40 dah. Sorry sangat. Boleh tak kita masuk dalam cafe. Duduk minum air kasi tenang hati dan perasaan dulu.” Bersungguh Kyaliq menjelaskan. Kalau Qistina berkeras nak settle guna Whatsapp je terlepaslah peluang Kyaliq nak memikat.

“Encik...”

“—Dah jom masuk cafe. Saya tak makan lagi ni. Kesian saya. Aduh, pening pulak rasanya.” Dan dan Kyaliq buat jalan bengkok-bengkok. Dengan tangan di kepalanya. Terus Qistina memapah lelaki itu masuk ke dalam kedai itu.

“Adik bagi abang ni air kosong dulu dik!” jerit Qistina bila melihat Kyaliq terpejam-pejam mata. Sampai sahaja air kosong Qistina suakan kepada Kyaliq. Dengan tangan yang sengaja diketarkan Kyaliq menyambut air itu. Diminum seteguk. Qistina membantu meletakkan balik gelas itu ke atas meja.

“ Encik okay tak ni?” tanya Qistina apabila Kyaliq kelihatan masih lemah.

“O...okay. Cik... Apa nama cik?” tanya Kyaliq perlahan.

“Qistina. Encik ni okay tak ni?” Qistina mengambil menu dan mengipas-ngipas Kyaliq.

“Okay. Okay. Panggil saya Kyaliq je.” Kyaliq terus duduk tegak.

“Kalau okay saya balik dulu la ye Encik Kyaliq.” Kata Qistina sambil bangun dari kerusi itu. Terasa macam orang bodoh pula berialah dia risaukan si Kyaliq ni sekali lelaki ni menipu je. Kyaliq terus berdiri.

“Cik Qistina. Boleh kita cakap sekejap. Sekejap je. Please.” Ujar Kyaliq dengan muka kesiannya. Qistina kelihatan teragak-agak. Melihat wajah Kyaliq penuh berharap terus Qistina duduk kembali.

Lembut pula hati dia melayan mamat lembab ni. Qistina memeluk tubuh. Kyaliq memanggil pelayan kedai itu. Selesai memesan makanannya. Kyaliq kembali menumpukan perhatian kepada Qistina.

“So...”

“Saya minta maaf pasal dalam panggung wayang tu. So encik Kyaliq nak ganti rugi berapa ya? Tapi untuk makluman encik saya baru grad so kerja tak ada lagi. Harap encik faham if encik minta jumlah yang tinggi, saya bayar ansur-ansur. If encik oklah.” Kata si Qistina mukanya serius sepanjang berbicara.

Kyaliq menahan ketawa. Mana mungkin la kan dia nak minta duit dengan Qistina. Dia nak minta hati Qistina boleh tak?

“Ada saya kata nak duit ke?” tanya Kyaliq serius. Siap mengangkat kening ala-ala Ning Baizura.

“Habis tu encik nak apa? Saya bukannya kaya, pandai pun tak sangat. Tapi jangan ingat encik boleh ambik kesempatan dekat saya. Saya report karang encik jangan main-main!” merapu-rapu si Qistina ni. Jauh dia memikir, tapi yang negatif-negatif sahajalah. Terburai juga ketawa Kyaliq dengan imaginasi si Qistina.

“First of all,  saya ni gentlemen  cik Qistina. Jarang risau ye. Saya tak akan ambik kesempatan ke atas cik. By the way, panggil saya Kai je. Rimas la encik-encik ni.” Kata Kyaliq sambil menghirup airnya.

Qistina memandang Kyaliq atas bawah. Tak percaya langsung dengan lelaki itu. Kalau tak ambik kesempatan kenapa ajak jumpa? Mesti ada apa-apa ni.

“Okay for now saya percaya. So ‘Kai’ macam mana ya kita nak settle masalah kita ni?” tanya Qistina. Dia tak sabar-sabar nak blah dari sini. Kyaliq tarik sengih nakal.

“Senang je. Give me your parents address.”

“What?! Nak buat apa?” Qistina sudah ke depan. Kalau boleh besar lagi matanya, memang dibesarkan!

“Nak masuk meminang.” Simple je ayat yang keluar dari mulut Kyaliq tapi mampu membuat Qistina meletup.

“Astaghfirullahalazim! Ya Allah kurniakanlah aku kesabaran melayan perangai tak betul manusia di depan ku ini ya Allah!” doa Qistina perlahan tapi didengari Kyaliq.

“Awak ingat saya main-main ke? I’m serious.” Kyaliq tergelak melihat wajah Qistina sudah memerah.

“Awak ni dah kenapa? Tak betul ke? Perlu ke saya telefon Tanjung Rambutan? Nak saya call 999? Ya Allah gila ke dia ni?” Qistina dah bangun dan mahu beredar. Namun cepat sahaja Kyaliq menarik tangannya.

“Okay tarik nafas lepas, tarik nafas lepas.” Kyaliq memberi arahan apabila wajah Qistina berubah pucat seperti tidak cukup udara. Qistina mengikut arahan itu. Memang dia rasa nak pitam melayan mamat lembab ni.

“Qis, may i call you that? So, Qis... Saya jatuh cinta pandang pertama bila saya nampak awak dengan kawan awak dalam kereta tu. Bertambah-tambah jatuh cinta bila awak terjatuh atas saya. Saya serious. Deadly serious dan saya ikhlas nak kenal awak lebih rapat dan ambil awak sebagai isteri saya. I means if you don’t want it is okay... Tapi saya nak kenal awak. Please jangan tolak saya mentah-mentah.” Terang Kyaliq. Sungguh dia jatuh hati dengan Qistina. Entah apa yang ada pada gadis itu. Tapi dia sangat sukakan gadis itu. Walaupun tak tahu nama Qistina tapi dia terbayang-bayang wajah Qistina semalaman. Tak boleh tidur dibuatnya.

“But still awak ni terlebih extreme. Saya boleh mati sakit jantung! Kita tak kenal pun. Semalam pun terserempak je. Kebetulan. Awak patut jumpa doktor. I means its not normal!” kata Qistina tegas.

“Who are you to say its not normal? Hati saya, saya tahulah. Thats why saya nak kenal awak, nak awak kenal saya. Ye saya faham hubungan tak boleh wujud macam tu je. Tapi saya serious, sebab tu saya nak jumpa parents awak. Nak minta izin mereka. Please. Kalau awak tolak saya, saya akan pastikan saya akan dapat kenal awak juga.” Ayat hujung Kyaliq membuat Qistina gerun. Bahaya lelaki ini, Qistina mula buntu. Tengok gaya Kyaliq macam berduit. Confirm lelaki itu akan buat sesuatu jika Qistina tolak mentah-mentah permintaannya.

“Fine. Give me time. I have your number. Nanti i akan whatsapp or whatever and give you the date and address to my parents home. But! Kita hanya akan kenal sahaja. Berkawan. Not more than that. Saya tak nak beri harapan palsu. Awak kena sedar saya tak nak berkahwin dengan awak or anyone. I will get married when i want with my family blessing. Faham?” Qistina memutuskan untuk memberi peluang. Lagi bagus Kyaliq jumpa family dia kan? Yelah kalau jadi apa-apa ibu ayah dia dah tahu siapa patut dicari.

“Okay! Deals! Jangan risau saya tak akan paksa awak untuk kahwin dengan saya. Tapi saya akan pastikan awak akan jatuh cinta dengan saya. Will charm you with my attitude, my life, and myself.” Beria benau si Kyaliq ni mempromote diri. Yakin sangat. Just wait and see Kyaliq, siapa yang akan menang Qis or you.

Qistina mengangguk mengiakan. Malas melayan sebenarnya. Kyaliq tersenyum lebar melihat anggukkan Qistina. Terus laju dia menyuap makanan ke mulut. Qistina hanya memerhati. Tolonglah cepat habis makan. Aku nak blah!!!

--

Qistina terus menghempaskan dirinya ke sofa. Izreen yang sedap menyandar di kaki sofa tersentak. Izaty tergelak melihat Kak Iznya terkejut macam kucing kena sergah. Melompat setempat gitu.

“Apa ni kak Qis? Terkejut Iz.” Kata Izreen dengan muka masamnya.

“Hm....” hanya bunyi itu yang keluar dari Qistina. Mukanya tersembab ke sofa. Rasa nak pecah kepala memikirkan kejadian tadi.

“Kak Qis kenapa?” Izaty mula menghampir kak Qisnya. Pelik. Jarang kak Qis berperangai macam ni. selalu dia duk mengusik Izreen lagi adalah.

“Tak ada apa lah...” Qistina bangun dan menyandarkan dirinya ke sofa itu. Memberi ruang kepada baby besarnya untuk duduk disebelah.

“Ye ke? Ke bergaduh dengan boyfriend?” getus Izreen dengan senyuman nakal.

“Boyfriend? Hah, baby tak tau pun! Kak Qis kenapa kak Iz tau baby tak tau ni?” Izaty sudah memuncungkan mulut. Sedih bila diketepikan. Qistina menjeling Izreen.

“Bila masanya kak Qis ada boyfriend? Memandai je Adik Iz ni!”

“Habis tu tadi apa? 100 kali lagi handsome dari along... Hah apa tu apa?” semakin galak si Izreen memprovok Qistina.

“100 kali lagi handsome? Tak adil nak tengok! Nak tengok!” bising si Izaty join sekali. 100 kali lagi handsome dari si along komander, mesti ala-ala prince charming dah ‘boyfriend’ kak Qis ni.

“Merepek la korang ni! Kak Qis dahlah tengah pening dengan malaun tadi tu.” Qistina memegang kepalanya. Izreen dan Izaty berpandangan.

“Hm... kenapa kak Qis. Ce share. Tak sukalah baby tengok kak Qis stress-stress macam ni.” Ujar Izaty lembut. Izreen mengangguk laju. Tak suka tengok kakaknya begitu.

“Hm... korang janji tak bagitau along komander tu?” tanya Qistina memandang serius ke arah adik-adiknya. Mereka berdua mengangguk.

“Okay... kak Qis kena lamar.” Lemah betul suara Qistina. Perlahan nak tak nak je keluar.

“Hah lamar? Lamar as in lamaran ke? Propose?” tanya Izreen teruja. Izaty sudah ternganga.

“Yup.” Balas Qistina lemah.

“What!!! OMG Kak Qis so apa kak Qis kata?” Izreen menepuk-nepuk peha si Izaty, teruja punya pasal.

“Nak kata apa? Gila! Kita orang tak kenal langsung. Semalam terjumpa as kebetulan je. And kak Qis ada buat something yang buatkan kak Qis kena jumpa dia tadi.”

“Kak Qis buat apa?” Izaty mula memeluk tangan Qistina. Kesian pula tengok Qistina stress begitu.

“Kak Qis terjatuh atas dia masa nak duduk dalam panggung.” Merah muka Qistina memberitahu hal itu.

“OMG! OMG! Drama sangat ni! And love at the first sight! OMG so sweet!” suara Izreen semakin nyaring. Membuatkan Qistina memcubit si adik. Mampus dia kalau ibu atau ayah dengar. Lagi teruk kalau si Along tu dengar.

“Tak payah drama sangat. Nak kojol kak Qis dengar request dia tu. Nak address rumah ni because nak masuk meminang! Gila!” Qistina mula melepaskan marahnya. Geram tak terhingga dengan manusia yang baru dikenali itu.

“Okay apa kak Qis. Kak Qis pun dah makin tua.” Selamba saja Izreen berkata-kata.

“Apa? Okay? Makin tua? Nak kena adik Iz ni! Baby pegang dia!” Qistina mendekati Izreen. Izaty sebagai adik yang baik terus memegang Izreen. Qistina mengeletek Izreen sepuas hati. Sampai mengalir air mata si Izreen ketawa dan menahan dirinya dari terkuncil.

“Okay-okay Stop! Sorry kak Qis!” jerit Izreen menyerah kalah.

“Hah tau takut! Ni kuasa gabungan kami tau! Kak Qis and baby!” ujar Izaty dengan bangganya. Qistina tergelak melihat Telatah adik-adiknya.

“Ehem, ye, ye korang memang deboom!” ujar Izreen tanpa perasaan.

Izreen berpaling dan melihat Qistina yang masih galak ketawa.

“So berbalik kepada topik tadi... kak Qis kata apa?” terdiam Qis mendengar soalan Izreen. Izreen tersengih kemenangan.

“Nak kata apa. Kalau tak bagi dia nak cari kak Qis ke lubang cacing tau. So i said, yes but as friend. And its better dia jumpa ibu dan ayah. As in if la... kak Qis tiba-tiba hilang dari radar. You guys dah tahulah siapa nak dicari.” Kata Qistina selamba. Izreen ternganga. Tiba-tiba rasa gerun.

“Kak Qis dia tu normal ke? Scarylah baby dengar.” Izaty memeluk tubuh, terasa bulu romanya tegak.

“Tau pun scary. Sebab tu lagi ramai orang yang rapat dengan Kak Qis tahu pasal Kyaliq lagi selamat Kak Qis.” Qistina mendekati adiknya dan memeluk Izaty.

“Betul tu. Bijaklah Kak Qis ni.” ujar Izreen pula.

“Yup i know. By the way, 23 masih muda ye. Jangan memandai nak suruh kak Qis kahwin.” Ujar Qistina mengerlung ke Izreen.

“Alah... tapi Iz nak anak saudara!”

“Nak anak saudara suruh si komander tu kahwin dulu. After that baru kak Qis akan fikirkan.” Qis menayang muka kemenangan.

Izreen sudah menggaru kepala. Kalau alongnya kahwin dulu. Maknanya bertahunlah dia kena tunggu. Along tu dah la garang lepas tu tak sosial pun dengan perempuan. Kawan along yang dia kenal semua lelaki. Itu pun baru dua tiga orang yang kahwin.

“Lambat lagilah... siapa je nak dekat along tu kan? Garang macam askar pencen!” berdekah mereka ketawa mendengar celoteh Izaty.

“Siapa yang tak nak dengan along?” suara garau muncul tiba-tiba mematikan ketawa mereka.

“Oh o. Opss!” kedengaran adik Izaty berkata.

“Oh o, opps ye. Suka hati je kata tak ada orang nak dekat along. Hei along ni jejaka paling kacak tau diantara kawan-kawan along.” Ujar Hakim dengan tangan mahu mencubit si Izaty. Pantas Izaty menyorok di belakang kak Qisnya. Along mana nak sentuh kak Qis. Memang terbaiklah kak Qis ni jadi shield dia.

“Yelah tu along. Abang Zack yang paling tak semengah tu pun dah kahwin dah.” Balas Izreen ternyata tak heran dengan jegilan si along.

Hakim mendengus kasar.

“Hello umur along baru 27 tau! Lelaki expired date dia lambat lah!” ujar Hakim dengan tangan mengusap dagunya. Bangga.

“Boo!” habis kena boo dengan ketiga-tiga gadis di situ. Terkejut Hakim.

“Ceit! Jealouslah tu expired date korang ada!” ujar Hakim lalu melarikan diri. Qistina, Izaty dan Izreen sudah mencapai bantal empat segi nak dibaling ke muka tak semegah along tu. Harap muka je handsome tapi perangai kalah budak-budak.

Qis dan Along ~ Part 2 (erm mungkin lebih dari 3 part... kita tunggu dan lihat)


Part 2

Hakim menjeling ketiga-tiga gadis yang seronok berbual di tengah ruang tamu. Matanya menjeling geram, jelas tak suka bila mereka berselerak di tengah rumah. Lagi-lagi si Qistina yang elok berbaring di riba Izreen. Si Izaty elok berbaring bersama mereka, kepalanya beralas perut Qistina. Izreen seronok bermain dengan rambut hitam lebat si kakak. Sesekali kedengaran gelak ketawa mereka dan rengekan manja si Izaty. Ketiga-tiga gadis tersebut masih tidak perasan dengan kehadiran si abang sulung. Semua buat hal sesama mereka.

“Kak, kenapa ye along tu kan... garang macam komander dengan kak Qis?” tanya si bongsu. Tangannya ralit bermain jari si kakak.

“Entah! Tak sukalah along tu. Suka buat kak Qis. Sampai kak Qis merajuk pergi belajar dekat Sabah kan? Macamlah orang tak tahu.” Kata Izreen sambil mencubit pipi kakaknya saat menyebut tentang rajuk si kakak.

“Mana ada. Korang ni tak baik tau kutuk along tu. Kak Qis tak merajuk pun. Saja je nak tukar angin. Bukan selalu kak Qis berjauh dengan keluarga. Pertama kali kak Qis sambung belajar, so akak pilih la jauh sikit. Biar korang rindu lebih dekat akak.” Balas si kakak yang kini memejamkan mata. Seronok pulak bila tangan orang belai, rambut orang belai. Macam dekat spa pulak dimanja-manja begini.

“Yelah tu. Ni kak Qis stay sini kan? Kerja sini?” tanya si Izreen yang sudah berhenti bermain rambut kakaknya. Risau pula kakaknya hanya singgah sementara.

Hakim sudah merapatkan diri sekat mungkin di tangga itu. Telinga tu kalau boleh nak bukak besar lagi.

“Erm... Adik Iz dengan Baby rasa? Patut ke kak Qis duduk sini?” tanya Qistina dengan muka sedih. Saja buat gabra adik-adik.

“Patutlah!” nyaring suara Izaty. Takut sangat kakaknya akan pergi tinggalkan dia.

“Tapi... kalau kak Qis kata, kak Qis dah apply kerja dekat sana...” Qistina sudah bangun menjauhi adik-adiknya.

Wajah Izreen dan Izaty sudah berubah. Izaty sudah mengalir air mata tak dapat menerima hakikat itu. Izreen menayang muka masam, sampai hati kak Qis dia nak duduk jauh lagi sekali. Rindu tau tak?

“Eh kenapa Baby nangis ni?” Qistina memeluk adik bongsunya itu.

“Kak Qis ni suka lari jauh-jauh dari kita orang. Tak pelah. Pergi jelah. Mesti kak Qis nak lari dari along lagi kan?” Izreen sudah berdiri membelakangi Qistina. Air mata sudah jatuh ke pipi.

“Mana ada. Ish, korang ni, kak Qis kata applied kerja kat sana bukan bermakna dapat kerja kat sana. Nanti kak Qis mintak kerja dekat sini jugak. Mana cepat kak Qis terima je. Adik Iz pun asyik-asyik kata along yang buat kak Qis belajar jauh-jauh.” Rungut Qistina. Kedua-dua adiknya ditarik ke dalam pelukan. Baru nak menyakat tapi dua-dua dah meleleh. Tak boleh usik lebih-lebih.

“Betul?” soal Izaty

“Sungguh?” tambah Izreen.

“Ye! Betul! Sungguh ni!” tegas suara Qistina. Hakim yang mencuri dengar sudah memegang dadanya. Jantungnya berdegup over limit ni. huish kalau Qistina jawab ‘ Ya, nak lari dari along.’ Mau tercabut jantung dia.

“Haih, long, kenapa tertunduk dekat tangga ni?” soal Laili apabila melihat Hakim tertunduk-tunduk di anak tangga. Hampir-hampir dia terjatuh terkejut dengan perilaku si anak.

“Omak den jatuh tepi tangga! Eh! Omak sayang den! Ya Allah! Ibu apa ni, terkejut tau along. Nasib baik tak jatuh tangga.” Latah Hakim, muka kemerahan menahan malu, sempat lagi dia sound ibu dia. Laili dah ketawa terbahak-bahak. Aduhai, hodoh benar rupa anak teruna badan boleh tahan sasa ni melatah. Adakah benar anak teruna ini anak dia? Mungkin kelebihan melatah ni diturunkan Naim kepada Hakim, semestinya bukan dari dia! Laili kan, yang baik-baik je harus dari dia!

“Hakim, Hakim, teruk betul latahnya. Kenapa terkejut sangat ni? skodeng ek?” tanya Laili dengan kening terangkatnya.

Hakim menggaru kepala yang tidak gatal. Ibu dah start soal. Bahaya ni. Bahaya sangat-sangat! Abort mission now! Lari Hakim! Sepantas mungkin Hakim melarikan diri ke dapur. Tiga dara pantas menoleh melihat si abang lari macam tak cukup tanah.

“Hah, kenapa dengan anak lelaki awak tu?” Naim muncul tiba-tiba di belakang Laili. Laili yang terkejut terus menumbuk perut Naim.

“Adoi!” Naim tertunduk memegang perutnya. Senak weih! Boleh tahan brutal dan kuat jugak isteri dia ni. Qistina, Izreen dan Izaty sudah ternganga melihat ibu mereka menumbuk si ayah. Dah macam tengok rancangan seni pertahankan diri, MMA.

“Alamak! Sorry abang. Tak sengaja la sayang, terkejut sangat tu tertumbuk tu. Maaf sangat-sangat.” Laili terus mengusap belakang Naim. Naim menayang ibu jarinya.

“Tak pe yang. Asalkan bukan tempat lain yang awak tumbuk. Abang okay.”

Laili membantu Naim turun dari tangga ke ruang tamu. Muka jelas menunjukkan dia rasa bersalah. Itulah suka sangat Hakim melatah, sekali dia melatah. Hah! Jelas dah siapa yang menurun siapa sekarang ni.

-

“Ibu! Orang dah nak keluar dah ni. Qis balik lambat sikit, dalam pukul 10 ke 11 Qis balik. Nak tengok wayang sekali!” Jerit Qistina dari ruang tamu. Baju blaus putih berbunga pink itu dikibas-kibas, penat gosok tapi berkedut balik. Mana tak kedut dah memang fesyen bajunya begitu.

Hakim yang berdiri di belakang Qis sudah memeluk tubuh. Bukan main anak dara seorang ni. Berani kau nak keluar ye... ni komander garang dah mai!

“Ib...u...!” jeritan Qis mula menjadi perlahan saat matanya menangkap susuk tubuh si sulung. Muka masam yang menggerunkan ditayang Hakim. Dasar mamat ais! Qistina menelan liur. Apa lagi yang along dia ni tak puas hati? Boleh tak kasi cuti dekat along ni! Supaya Qistina boleh relaks sepuas hati. Spoil la along ni!

“Erm... kenapa ek along?” tanya Qistina yang kini dah berjalan menuju ke pintu rumah.

Hakim dengan sepantas ‘Flash’ telah berdiri di depan Qistina. Qistina terus kekal membeku dengan Hakim di hadapannya. Hakim dengan muka ‘kau nak pergi mana?’ mencekak pinggangnya. Qis memandang pelik along a.k.a. mamat ais a.k.a. komander yang memandangnya macam nak telan.

“Ye?” penuh kekeliruan nada suara Qistina.

“Nak pergi mana?” suara Hakim tegas semacam.

“Keluar?” lebih kepada soalan, jawapan Qistina tu.

“Dengan sapa?” masih serius tetapi pipi cerah Hakim dah mula kemerahan.

“Erm... kawan.” Qistina sudah berkerut dahi. Dah kenapa dengan alongnya ni. Sihat ke tak? Pelik semacam je. Selalu nak tegur dia pun susah. Tup tup banyak pula soal si along ni. Terasa diri ini dihargai. Alamak terkeluar tagline iklan!

“Nama?”

“Qistina.” Selamba je Qistina menjawab soalan bijak Hakim.

“Kawan-kawan kaulah pandai!” marah Hakim mendengar jawapan Qistina.

“Faiz, Daniel, Syam, Ri...” tak sempat habis nama disebut Hakim mencelah masuk.

“Lelaki semuanya?” Qistina mengeluh. Dengan muka malas dia menyambung jawapannya.

“Faiz, Daniel, Syam, Rina, Wahida, Mia dengan Syamimi. Tu nama kawan-kawan Qis. 3 lelaki, 4 perempuan.” Kata Qis dengan muka ‘puas hati kau?’

“Oh. Ehem. Okay. Balik pukul berapa?” tanya Hakim lagi cuba menutup malu sebab terlalu tergopoh-gapah.

“10 atau 11 malam ni.” Qistina sedang menyarung kasut itu langsung tak perasan muka Hakim kini merah semerahnya menahan marah.

“Apa pasal kau nak balik lewat ni?” kuat suara Hakim kedengaran. Sampai terangkat bahu Qis menahan terkejut. Terus Qis menjeling Hakim. Lantaklah dia nak marah ke tak. Sakit hati dia asyik kena ragging macam ni.

“Kenapa nak kisah? Suka hati orang lah. Dah lama tak jumpa kawan-kawan so Qis buat lah plan dengan dia orang.” Jawab Qistina berani.

“Oh... dah lama tak jumpa so kau boleh la balik malam? Tak sedar kau tu perempuan?” Hakim cuba mengawal nada suaranya. Namun getaran marah tetap kedengaran.

“Oh orang ni perempuan. Baru tahu. Selama ni, 3 tahun orang dekat Sabah tu, orang bukan perempuan ke? Langsung sekali pun along tak pernah jenguk Qis. Yelah Qis tahu. Qis ni anak sedara ayah. Sepupu along, adik Iz dengan Baby. Tapi Qis dah duduk dekat sini dari umur Qis 3 tahun. Sebelum adik-adik lahir lagi. Kenapa baru sekarang along nak pertikaikan yang Qis ni perempuan? Kenapa?” tanya Qistina dengan linangan air mata. Hakim terdiam. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

“Ak... aku. Aku...”

“Dahlah! Qis dah kahwin nanti baru along nak layan Qis macam adik along kot.” Habis berkata-kata, Qistina terus beredar dari situ. Kebetulan kereta kawannya sudah berada di luar pagar. Memang berguna betul si Faiz pada saat-saat macam ni.

“Adoi! Apa la kau ni Hakim!” marah Hakim pada dirinya sendiri.

---

Qistina mendengus buat sekian kalinya. Faiz menjeling-jeling dari hujung matanya. Nak tegur tapi takut kena sembur dengan Qistina. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta. Bibir menguman lagu yang sedang dimainkan di radio. Kenapalah lambat sangat traficc light ni? Wajah cemburut Qistina diintai sekali lagi.

“Hape?” kuat suara Qistina bertanya. Marah sungguh. Faiz yang terkejut terus tertekan hon sekuat hati.

“Woi! Kau ni dah kenapa?” Qistina dah menahan malu apabila kereta-kereta di sekeliling kereta dia naik ni menekan hon tanda tidak puas hati. Tangan diangkat memberi isyarat meminta maaf.

“Kau ni Qis! Aku hampir-hampir kena pergi wad kecemasan tau. Jantung nak berhenti berdegup 10 saat.” Faiz memegang dadanya. Qis memeluk tubuh, muncung itiknya sudah kelihatan. Sah ada benda tak kena dengan si Qis ni desis hati Faiz. Melihat Qis kembali diam, Faiz mengurut tengkuknya. Dia pulak yang terasa stress. Haish... Spoil la mood nak berjimba dengan kawan-kawan kalau macam ni.

‘Puk!’ sedas tepukan mantap dilepaskan ke belakang Faiz. Faiz tersedar dari lamunannya memikirkan punca Qistina berubah masam seperti asam gelugor. Mengeliat Faiz menahan sakit yang terasa di belakangnya. Kebas siot!

“Berangan je kau tau! Jalanlah dah hijau!” garang suara Qistina. Faiz segera menukar gear dan menekan pedal minyak.

“Sorry la Qis. Aku termengelamun pulak.” Ujar Faiz perlahan. Takut betul dia si Qistina ni mengamuk dalam kereta mau lebam satu badan dia nanti.

Qistina mengeluh. Tangan mula memicit kepala yang terasa berat. Stress dia memikirkan si komander. Tambah pulak dengan si keding Faiz ni! Geram tau tak! Bukannya dia tak suka Along dia tu mula bercakap dengan dia. Mula ambik berat tapi... apa kes nak soal-soal macam tu? Selama ni tak pernah nak ambik kisah! Ingat apa, dia terhegeh-hegeh nak berkomunikasi dengan along tu?

“Kau sebenarnya dah kenapa Qis? Mengeluh lah apa la, dengan masam muka tu. Cuba cerita. Aku tak nak lah kau punya mood ni effect kawan-kawan yang lain. Bukan selalu kita buat reunion macam ni.” Ujar Faiz yang sudah masuk ke petak meletak kereta. Tak sedar Qistina bila mereka sampai di mall itu.

“Hm... tak ada apalah. Jangan risau. Urm... Huargh!!!” kata Qistina disusuli dengan jeritan sekuat hati. Faiz sudah melekat di pintu kereta. Terkejut ya amat dengan jeritan ala-ala tarzan Qistina tu.

‘Tok, tok.’ Cermin kereta diketuk mengembalikan nyawa Faiz yang hampir melayang keluar kereta. Mujur nyawa dia sempat masuk kembali ke tubuhnya. Dengan tangan bergetar dia menurunkan tingkap kereta.

“Cik okay? Saya dengar ada orang menjerit tadi?” tanya seorang lelaki yang macho melampau. Lagi handsome dari along dia. Qistina ternganga melihat ketampanan lelaki itu.

“Er... tak ada apa bang. Kawan saya ni ada problem sikit dekat sini.” Faiz menunjukkan kepalanya. “ Tapi dia okay je. Ikut suka hati dia nak jerit. Mujurlah saya ni lelaki jiwa kental. Kalau tak mau kiok sebelum sempat kahwin bang.” Ujar Faiz merapu-rapu menutup malu dan risau kalau-kalau lelaki berbadan besar itu ingat dia nak buat benda tak elok dengan Qis.

Lelaki itu menggaru kepala yang tidak gatal. Melihat kekalutan Faiz dan wajah melopong Qistina itu membuatkan ketawanya bergema di kawasan parking itu.

“Er... terima kasih bang datang tengok kami.” Kata Faiz dengan muka yang semakin merah. Lelaki kacak itu mengangguk dengan bibir terukir sengihan. Lalu dia beransur pergi. Faiz menutup tingkapnya. Tangan menekup muka. Rambutnya ditarik geram. Kalaulah dia boleh belasah si Qistina ni dah lama dia belasah. Nasib baiklah perempuan!

“Qis! Kau dah kenapa hah? Menjerit macam tu. Malu gila aku dengan bro tadi. Mesti dia ingat aku buat benda tak elok dekat kau!” Faiz memandang tajam wajah Qis yang kini tersengih bagaikan kerang buruk.

“Yang kau tersengih tunjuk gigi dah kenapa?” Faiz bertanya. Melihat kawannya tiada reaksi Faiz memetik jari. Qistina tersentap dari igauan wajah kacak lelaki tadi.

“Huh?” tanya Qistina dengan wajah blur.

“Heilah perempuan ni! Kau dah sangkut dengan mamat tadi ke? Kau tau tak aku malu gila sekarang ni! ada juga yang aku call along kau suruh ambik ni karang!” ugut Faiz. Qistina segera menggeleng.

“Sorry! Sorry! Sorry, sorry, sorry Faiz! Aku tak sengaja. Tak sangka kuat pulak aku menjerit.” Ujar Qistina yang kini membuat wajah comel. Faiz merengus geram.

“Dahlah! Jom cepat masuk dalam. Mesti dah lama dia orang tunggu dekat tempat bowling tu.” Ujar Faiz yang masih geram. Tapi dilayan geram ni bukan dapat apa pun. Karang datang aura si singa Qistina, dia juga yang kena balik.

Qistina mengikut bagaikan lembu dicucuk hidung. Baik terus Qistina ni! Dahsyat aura abang macho/kacak tadi.

--

Jam dah menunjukkan jam 8 lebih, lama juga mereka bermain dan berborak. Qistina mengerling jam tangannya. Lagi 5 minit je lagi wayang dah nak start. Dahlah tempat duduk kena pisah-pisah! Dia kena duduk dengan Faiz lagi. Semua orang tak nak duduk dengan si lelaki ni sebab dia jenis yang ‘alahai bodoh la mamat tu, dah tau hantu suka tempat gelap duduk tempat gelap...’ jenis yang sibuk bagi komen masa cerita tengah best. Jadi sebagai kawan yang baik Qistina pun terpaksa mengalah.

“Manalah lelaki ni! Kalah perempuan la dia ni. nak kencinglah nak popcornlah! Dahlah tiket aku dekat dia!” bebel Qistina sendirian.

Faiz muncul tersengih-sengih dengan combo singlenya. Qistina menarik nafas panjang. Rasa nak baling je air minuman Faiz tu dekat muka kawan dia ni. Qistina pantas menarik tiket dari celah ketiak Faiz dan diberikan kepada budak wayang.

Keadaan yang gelap menyukarkan Qistina melihat. Dengan mata yang tak berapa nak terang sangat Qistina mencari tempat duduknya. Dia memberi Faiz lalu dahulu kerana mereka perlu melintasi 3 kerusi yang sudah diduduki orang. Biar mamat lambat ni buat laluan untuk dia. Faiz dengan tangan yang penuh dan muka berkerut (anggapan Qis sahaja, gelapkan!) melangkah ke tempat duduk mereka.

Qistina mula mengikuti langkah rakanya itu. Tanpa disedari Qistina, tali begnya tersangkut di kerusi kedua. Menyebabkan dia tertarik lalu terjatuh ke atas seorang penonton.

“Aduh!” jelas suara garau lelaki menahan sakit. Qistina ni nampak je kurus tapi tulang dia tu macam pisau. Tajam! Qistina terkebil-kebil menahan malu dan terkejut. Faiz yang sedang minum airnya tersedak teruk. Nak menolong Qistina tu pun dia tak mampu.

“Ehem. Awak... kawan saya ni hampir-hampir nak ke hospital ni.” ujar orang diseat sebelah lelaki yang dia terjatuh tu. Qistina terus berdiri tegak.  Kedengaran suara-suara tak puas hati kerana cerita sudah mula dimainkan.

Faiz menarik lengan baju Qistina. Qistina terus duduk disebelah lelaki itu dengan wajah tertunduk malu.

“Kau okay tak ni?”bisik Faiz. Dia nak ketawa sebenarnya tapi tak sampai hati pulak nak gelakkan Qistina yang tengah menahan malu itu.

“Hm...” Balas Qistina yang masih tertunduk bermain dengan jari-jarinya.

Hampir 20 minit berlalu, terasa orang disebelah kirinya menyiku Qistina perlahan. Qistina cuba buat bodoh. Tapi setelah dekat lima kali kena siku Qistina mengerling lelaki itu. Alamak! Abang macho/kacak tadi! Bertambah merah muka Qistina.

“Sorry...” bisik Qistina perlahan. Namun didengari lelaki itu.

“Sorry je? Saya rasa tulang rusuk saya ni dah hilang tau!” ujar lelaki itu separuh berbisik separuh menjerit. Qistina hampir menangis.

“Awak nak saya buat apa?” tanya Qistina dengan suara yang teramat perlahan.

“Bak nombor telefon. Lepas saya pergi klinik saya claim dengan awak. Kalau tak kita pergi balai.” Kata lelaki itu. Terus tegak kepala Qistina. Balai! Takkan sampai ke balai kot?

“Meh phone awak saya masukkan nombor saya.” Bisik lelaki itu lagi. Perlahan Qistina menghulurkan telefonnya.

Setelah menekan dan menyimpan nombor telefon ke dalam telefon Qistina lelaki itu menyerahkan kembali kepada Qistina. Mereka terus diam hinggalah tayangan tamat. Qistina hanya duduk memandang ke lantai. Bila orang sebelahnya terasa seperti sudah bangun dan menuju ke pintu keluar barulah Qistina melepaskan nafas lega.

“Kau kenapa dol? Buat lawak tak bertempat.” Ujar Faiz yang kini bangun merenggangkan otot-ototnya. Tinggal mereka berdua je dalam panggung. Kawan-kawan yang lain pun dah beransur balik.

“Aku bukan sengaja. Beg senget ni boleh pulak nak sangkut-sangkut!” Qistina memukul beg yang diletak di atas pehanya.

“Dahlah jom. Karang bising pulak along kau tu. Kau lambat balik.” Qistina bangun dan keluar dari panggung. Faiz menggeleng kepala melihat telatah Qistina. Makin pelik kawan dia ni sejak belajar dekat Sabah.

Qistina menyandar ke dinding tempat parking menunggu Faiz pergi membayar tiket. Telefonnya dibelek-belek. Kenalan ditekan. Kyaliq rupanya nama lelaki macho/kacak tetapi boleh tahan garang tadi tu. Qistina mengeluh panjang.

Macam mana kalau nanti lelaki tu buat report polis? Matilah dia!

“Tuan puteri tunggu apa lagi? Jomlah kita beransur ke rumah tuan puteri!” suara Faiz mengembalikan Qistina. Pantas dia masuk ke dalam kereta.

--

“Assalamualaikum.” Lemah suara Qistina memberi salam. Tanpa dia sendiri di sebalik pintu rumah berdiri tegak Hakim dengan tangan memeluk tubuh.

“Ya Allah! Masya Allah!” jerit Qistina apabila lembaga berbentuk sasa bergerak ke arahnya. Dengan lampu bertutup itu menambahkan lagi rasa terkejut Qistina.

“Hoi! Diamlah! Ni akulah!” desis Hakim. Terus Qistina mengurut dada. Terasa jantungnya masih belum stabil lagi.

“Apa yang along buat dalam gelap ni? Kalau Qis sakit jantung dah lama jalan tau!” marah Qistina selamba. Apa dia kisah along tu mamat ais ke komander? Dia penat mental fizikal tau tak hari ni!

“Kau tu apasal balik lambat hah?” tanya Hakim dengan tangan memegang pinggang. Qistina mengerling jam di tangan. Pukul 10.30 malam. Lambat sangat ke? Dia janji nak balik before jam 11 malam kan? Kira oklah ni.

“Lambat apanya? Qis dah cakap before 11 Qis balik. Ni belum pukul 11 lagi.” Balas Qistina garang. Dia mengambil beg dan mula berjalan ke arah tangga. Dia nak mandi lepas tu nak tidur je! Tak nak fikir apa dah!

“Ah! Kalau lepas jam 10 tu lambat dahlah! Kau berjimba tak ingat dunia ek? Ingat sikit kau tu anak dara!” bising Hakim. Qistina memekakkan telinganya. Tangga didaki perlahan. Hakim mengikut langkah Qis.

“Kenapa diam? Betullah kau berjimba tak ingat dunia sebab tu balik lambat?” tanya Hakim lagi. Sengaja mencari pasal dengan Qistina.

Qistina berhenti mendadak. Mengejutkan Hakim. Hampir-hampir hidung mancung Hakim terkena tempat yang tak sepatutnya.

“Tak sekarang ni apa masalah along? Qis balik lambat pun kenapa? Ibu ayah tak marah pun! Qis dekat Sabah tu balik pukul 1 tak ada orang nak marah pun!” sengaja Qistina menokok tambah mengenai dia balik jam 1 di Sabah. Hakim diam dan hanya memandang tajam wajah Qistina.

“Kau dah melampau ye sekarang ni? pantang lepas sikit kau buat perangai!” bidas Hakim. Dadanya membuak-buak rasa marah mendengar kata-kata Qis. Balik jam 1 pagi? Apa yang Qistina buat di Sabah selama 3 tahun ni?

“Kalau Qis buat perangai pun dah kenapa? Along tak ada hak nak masuk campur urusan Qis! Dahlah!” Qistina melangkah dah mencapai tombol pintu biliknya. Hakim dengan pantas menghalang Qistina.

“Along nak apa lagi? Jangan sampai Qis jerit panggil ibu dengan ayah!” kata Qis memandang tepat ke mata Hakim. Hakim memberi laluan setelah hampir tiga minit bertentang mata dengan Qistina.

Hilang sahaja Qistina ke bilik Hakim memegang dadanya. Hampir tercabut jantungnya menahan debaran. Hakim tersengih nakal.

“Tak ada hak ye Qistina? Kau tunggu jelah!” Hakim berkata sendiri lalu melangkah ke bilik tidurnya.

--

Qistina menghempaskan badan ke atas katilnya. Nikmat betul dapat berbaring di atas katilnya ini. Kedengaran bunyi pesanan Whatsapp masuk di telefonnya.

‘Esok jam 2 jumpa di Cafe Qayla.’- Kyaliq

Qistina menekup mukanya ke bantal dan menjerit. Dia memandang telefonnya. Perlahan dia menaip membalas pesanan itu.

‘Okay.’ – pendek sahaja balasan Qsitina. Dia bangun dan melangkah ke bilik air.

--

Kyaliq tersenyum gembira apabila pesanan Whatsappnya berbalas. Dia ketawa kembali mengingati peristiwa dengan gadis yang dia tidak tahu nama itu. Yang pasti gadis itu memang fun! Kelakar. Boleh buat dia terus ketawa. Hm... terdetik rasa lain pula di hati Kyaliq. ehem... ehem, ada apa-apakah yang berputik > <



P/s : bab 3 dah ada kat Wattpad LINK Tekan je perkataan 'link' yang caps lock tu. 
LINK