Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday, 13 August 2016

DKAKUS 6,7,8 Reupload


Bab 6



“Sayang, tak nak kenalkan abang?” tanya Harris dengan suara menggoda.



“What?! Oh My Allah! Kau dah nikah ke beb?” tanya Leila dengan nada tidak percaya. Afifah menyiku perut suami yang tidak direlainya itu. Mulut suaminya ini memang tak reti nak senyap.  Senyuman tak berapa nak menjadi ditayang ke arah Leila. Leila menelan air liur. Oh my, oh my, so handsome... nasib baik laki kau Ifah kalau tak aku dah  ngap tau... desis hati Leila



“Yup. Aku ada jemput kau dulu... Tapi PM dekat FB je... yelah mana la aku tau alamat rumah kau yang baru tu...” ujar Afifah dengan muka yang sengaja dimaniskan. Rasa bersalah juga tidak mengajak temannya dengan serius.



“Okey... I will leave you two for girls talk for a while.. But please don’t be too long. Because i will miss my sweet petite wife...” kata Harris seraya bangun. Mata dikenyitkan. Lidah Afifah kelu saat Harris mengucup dahinya. Bibir dikemam, geram bercampur malu diperlakukan seperti itu di depan kawan baiknya. Leila hanya mampu tersipu-sipu. Segan dengan tindak tanduk suami rakannya itu. Memang terlebih romantik. Mahu kena diabetes kalau setiap hari manis macam ni.



“Wow... sweet and romantic... Hai...cair aku dibuatnya...” kata Leila dengan lentok-lentoknya sekali. Hampir termuntah Afifah mendengarnya. Afifah membuat reaksi nak muntah. Leila membulatkan matanya.



“Hah! Jangan kata kau mengandung Ifah?! Sampai hati semuanya kau rahsiakan dari aku...” tersedak Afifah yang sedang minum air itu.



“Choi! Mana ada mengandung. Tak sampai seminggu kahwin. Baru sehari kot aku nikah dengan dia. Kenduri pun esok baru buat. Kau ni jangan merapu boleh tak?” marah Afifah yang mengurut dadanya yang terasa senak.



“La... aku ingat dah lama kahwin. Nampak serasi sangat. Esok ke? Aku nak pergi....please... aku nak pergi. Kat mana Ifah?” ujar Leila dengan suara yang mendayu. Tersenyum Afifah melihat temannya itu. Manjanya memang tak pernah berubah. Mengalahkan tuan puteri manjanya itu.



“Serasi ke? Kau nak datang, datang la. Dekat hotel Lexure je... Dua-dua belah pihak buat serentak. Aku malas nak buat dekat kampung. Yelah tinggal aku dengan abang aku je pun...”
 ujar Afifah sambil mengeluarkan kad perkahwinannya. Dia mana ambil port dengan majlis kahwinnya. Semuanya diserah bulat-bulat kepada wedding planner yang diupah mama. Seminggu sahaja semua persiapan ini dibuat. Dia yakin wedding planner tu pasti hampir botak kepala buat kerja tergesa-gesa.



“Wah, grand la wedding kau! Hotel Lexure tu... mesti laki kau tu kaya gilakan?” tanya Leila dengan mata yang bersinar-sinar. Wah... pakej la yang si Afifah dapat ni. Handsome plus romantic plus wealthy so it will be JACKPOT! Hahaha dah macam main judi pula si Leila ni.



“Huh...” keluh Afifah perlahan. Kalau la kau tahu Leila apa yang jadi dekat aku... segrand mana pun tak kan mampu buat aku ketawa senang. Tapi sebenci-benci aku dekat laki aku tu... aku tahu aku kena simpan buruk dia... tak sanggup aku nak menanggung dosa. Aku rasa dah bertimbun dosa aku dekat si Harris tu.



“Jangan lupa datang tau. Nanti boleh kita sembang panjang lebar...” pesan Afifah dengan wajah yang sugul. Leila terdiam. Sedikit pelik dengan perubahan Afifah yang sangat ketara. Tak mungkin badai sudah melanda pantai? Muda sangat usia perkahwinan mereka ini, kalau dibandingkan dengan usia manusia, masih bayi, masih merah lagi. Tak boleh jadi ni! Kena korek jugak rahsia si Ifah ni!



‘Troot.. Troot..’Bergegar meja mereka akibat vibrate telefonnya Leila. Leila pantas membuka pesanan ringkasnya. Alahai... bertangguh lagi la misi Sherlock Holmes aku ni... Mikail ni memang tak pandai pilih masa betul. Kacau daun la mamat ni!



“Okey. Aku kena pergi dulu... Ada hal sikit...” ujar Leila tergesa-gesa selepas melihat mesej pesanan ringkas di telefon pintarnya.



Afifah sekadar mengangguk. Mereka bersalaman dan berpelukan. Kalau boleh nak sahaja dia buka pekung di dada. Mahu sahaja dia luahkan tangisan kepada teman baiknya itu. Tapi apakan dayanya.



“Bye... Jumpa esok tau!” lambai Afifah sehinggalah Leila betul-betul hilang dari pandangan matanya. Sedih pula rasanya. Air mata mula berkumpul ditubir matanya.



“Ehem!” dehem Harris apabila Afifah hanyut dalam lamunan yang panjang. Macam berpisah untuk selamanya saja dua orang kawan ini.



“Er... dah ke? Jom balik!” ajak Afifah laju. Tangannya pantas mengesat air mata yang hampir mengalir.



“La... cepatnya nak balik. Ni makanan ni macam mana? Kau tahu tak... kalau aku datang McD konfem kena makan dulu.. kalau tak mahu menangis 3 hari 2 malam...” ujar Harris cuba melawak. Afifah memandang wajah Harris tanpa rasa. Lelaki ni tak pernah cuba faham dia kan?



“Apa-apa jelah. Cepat makan. Aku nak kena jugak tolong mama.”



“Hm.., yalah-yalah. Kau pun makan sama. Kalau tak lambatlah kita balik.” Harris sengaja mengunyah burger ayamnya seperlahan yang mungkin.



Afifah mencapai juga burger yang berada di dalam dulang itu. Dijeling-jeling Harris yang makan macam tak makan itu. Haish... ada jugak yang kena lambung masuk lombong ni... gumam Afifah perlahan.



“Apa? Nak tambah lagi?” tanya Harris yang bagaikan terdengar sesuatu dari Afifah. Pantas sahaja Afifah mengelengkan kepala. Nak mampus? Dia bukan suka sangat dengan fast food ni. Dia suka lepak McD sebab boleh refill air and free wifi. He he he... malulah kalau orang tahu pasal rahsia dia ni.



“Dah belum?” tanya Afifah yang sudah selesai. Laju sahaja dia mengunyah. Satu sebab dah janji dengan mama. Dua sebab hati sendiri dah tak kuat bila berdepan dengan si suami. Sejak tadi mata Harris melekap diwajahnya. Rasa seriau tahu tak?



“Hurm... kejap la. Nak minum air ni.” Ujar Harris sengaja melambat-lambatkan masa. Air disedut seperlahan yang mungkin. Sengaja.



Wahai hati sabarlah! Ada juga yang akan basah bermandikan air pepsi ni! Afifah yang sudah meluat pantas bangun meninggalkan Harris. Ingat kau tak ada aku tak reti nak balik ke? Berlambak-lambak la teksi dalam bandar ni!



Tangan Afifah pantas disambar Harris. Marah sungguh bini aku ni. Baru nak berlama-lama dengan dia. Nak menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T... Harris melemparkan muka comel. Muka minta belas kasihan ala-ala kucing dalam cerita kartun Shrek itu.



Ayo... cair hati aku dengan laki ni! Ish, tak boleh jadi ni! Kuatkan semangat kau, Afifah!



“Aku nak balik! Kalau kau tak nak balik tak apa. Aku boleh naik teksi.” Afifah merentap kuat tangannya dari pegangan Harris. Terpinga-pinga Harris dibuatnya.



“Kejap!” laung Harris bila Afifah sudah jauh ke depan.



“Hump... nasib kau la Harris, dapat bini brutal cam gitu. He he he... brutal-brutal pun dalam hati ada taman, dan aku akan pastikan taman itu akan penuh dengan rama-rama yang indah.”kata Harris kepada dirinya sendiri. Afifah yang sudah menyandar di tepi keretanya dipandang penuh kasih.



Dalam lambat-lambat Harris melangkah juga ke Afifah. Masing-masing berdiam diri. Harris hanya merenung wajah Afifah, tajam. Sampai nak gugur Afifah menahan getaran yang dirasainya. Afifah menjatuhkan pandangannya ke tanah. Terlalu kuat kuasa pandangan Harris itu.



‘PIN!’ hon Harris. Termelatah Afifah dibuatnya. Mata dijegilkan ke arah suaminya. Grr... geramnya dia dengan mamat jahat ni!! Dah masuk kereta rupanya mamat ni!



“Tunggu apa lagi. Masuklah cepat! Tadi nak cepat sangat...” dalam senyap Harris mengenakan Afifah. Dia suka dengan reaksi spontan Afifah,comel! Afifah segera memboloskan dirinya ke dalam kereta. Pintu kereta mahal itu dihempasnya sekuat hati.



“Amboi! Tercabut pintu tu, nak ganti ke?” tanya Harris dengan suara yang sengaja digarangkan.



“Hump!” Afifah menggigit bibir menahan kata-kata dari keluar dari mulutnya. Karang asyik kena sindir dengan marah je... baik tak payah buka mulut.



Jangankan pintu, dengan kau,kau sekali aku nak cabut lepas tu humban dalam lombong! Afifah, Afifah tak habis-habis dengan lombong dia tu.









Bab 7



“Assalamualaikum, mama.” Harris memberi salam. Lantas dipeluk tubuh ibunya itu.



“Waalaikumsalam. Haih, dah kahwin pun nak peluk mama bagai ke? Tak malu dengan isteri kamu? Anak mak betul kamu  ni! Shuh.. shuh.. pergi peluk isteri kamu tu. Kacau mama je..” Puan Sakina mengusik si anak. Tangan masih ligat mengacau bubur pengat pisangnya.



“Huh... tak apa la.. dah mama tak sudi... “ rajuk Harris. Di bawa diri duduk di bangku dapur. Aroma pengat pisang mula memenuhi ruangan itu. Dah lama tak makan pengat mama ni, mesti sedap menjilat jari J.



“Hurh... merajuk la tu. Itu sajalah kerja kamu ni. Bila masa kamu balik ni? Mama tak dengar pun bunyi kereta kamu tu...” mangkuk berisi bubur di letak di atas meja. Harris menelan air liur. Lalu Puan Sakinah melabuhkan dirinya di sebelah anaknya. Sesudu bubur dibawa ke bibir. Ump... la masakan aku ni.



“Nak sikit ma...” ujar Harris sambil menelan air liur.



“Huh, pergi ambik sendiri malas betul la suami orang ni!” ujar Puan Sakinah sambil melarikan buburnya.



“Tak pe.. tak pe mama kedekut...! Orang balik pun mama tak sedar. Padahal dekat 2 jam dah orang dalam rumah ni. Mama memang tak sayang Harris.” Harris memalingkan wajahnya. Memang sebijik kanak-kanak riang. Puan Sakinah mengeleng kepala. Alahai.. manjanya anak lelaki aku ni.



“Nah. Mengada betul! Mana la mama sedar dah asyik memasak pengat kamu ni. Hah, mana si Afifah? Pergi panggil dia minum petang.” Puan Sakinah meletakkan dua mangkuk berisi pengat pisang di depan anaknya.



“Sayang!” jerit Harris yang mula menyudu bubur itu. Tangan Harris dilepuk Puan Sakinah. Tak senonoh betul! Pakai jerit saja kerjanya.



“Pergi panggil elok-elok. Selagi tak panggil selagi tu mama tak kasi bubur ni!” ugut Puan Sakinah. Mangkuk bubur anaknya di tarik mendekatinya. Bukan boleh percaya si Harris ni.



Harris menghentakkan kakinya. Namun, dia melangkah juga ke tingkat atas. Mama ni pilih kasih betul... aku ke Afifah anak dia sekarang ni? Rungut Harris di dalam hati.



Kaki Harris terhenti di depan biliknya. Pintu yang tak bertutup rapat itu ditolaknya perlahan. Terbuntang matanya melihat Afifah tidur dalam pakaian yang agak seksi. Isterinya itu hanya memakai singlet bertali halus berwarna hitam  dan seluar pendek takat peha yang berwarna jingga. Haila... menduga iman betul bini aku ni... Liur ditelan rakus.



“Afifah.. Ifah... bangunlah mama ajak minum petang tu. Sayang.. o.. sayang bangunlah cepat. Mama dah tunggu tu.” Mata dipejam. Semakin seksi semakin seksa dibuatnya. Tangan mengoncang bahu Afifah.



Afifah mengeliat perlahan. Mulut yang menguap ditutup dengan tangan. Afifah yang masih mamai segera duduk apabila menyedari Harris dihadapannya.



Pelik pula Afifah tengok lelaki ini. Kenapa dia pandang arah lain selalunya pandang orang macam nak telan. Afifah melihat dirinya. Alamak, seksanya aku! Selimut di hujung kaki segera ditarik. Melitupi tubuhnya.



Tapi lawak pula tengok muka mamat ni merah semacam. Seronok pula. Afifah pantas mengambil t-shirt yang berada dikepala katil lalu dipakainya senyap-senyap. Idea nakal muncul di benak fikiran Afifah.



“Ehem. Kau kenapa macam ni? Merah semacam. Sakit ke?” usik Afifah. Tangannya mendemah dahi Harris. Harris semakin kalut. Lagi dia cuba melarikan diri dari Afifah yang ‘seksa’ lagilah si Afifah ni nak mendekatinya.



“Ma.. mana ada. A... Aku s.. sehat je... la.” Tergagap-gagap Harris menahan gelora dihatinya. Mata terpejam-pejam. Bauan Afifah yang baru bangun tidur membuai-buai naluri lelakinya.



“Erm... ye ke?”tanya Afifah dengan suara menggoda. Sekali lagi Harris menelan air liur yang terasa tersekat dikerongkong.



“Ha... Haah. Cepatlah mama dah lama tunggu tu. Nak ajak minum petang sekali bincang majlis perkahwinan kita.” Ujar Harris sambil cuba melarikan diri. Tetapi Afifah lebih tangkas, Harris sempat keluar dari bilik saja, lalu ditangkap pergelangan tangan suaminya.



“Cak! Ha ha ha takut sangat! Bluerk!!” Afifah menjulurkan lidahnya. Tergamam Harris. Dah pakai baju rupanya budak ni! Aish... budak kecik ni memang nak kena ni! Harris segera mengejar Afifah. Terjerit kecil Afifah dibuatnya. Geram betul Harris dengan si isteri.



Tapi Afifah lagi pantas. Segera ditutup pintu bilik. Lalu dikunci. Harris terkejut beruk. Hampir saja hidungnya yang manjung menjadi penyek dihimpitnya pintu.



“Tunggulah, aku dapat tangkap kau baru kau tahu nasib kau!” ugut Harris. Sengaja dia membuat hati isterinya gundah. Biar dia rasa pulak. Huh! Pandai nak mainkan orang ya... tunggu dan lihat, apa yang abang macho ni boleh buat pulak. Harris tersengih penuh bermakna.





###





“Hah, apa yang bising-bising tadi tu Harris?” tanya Puan Sakinah yang baru menuang teh panas ke cawan anak-anaknya. Lama benar si Harris ni pergi memanggil menantunya.



“Tak ada apa-apalah. Ala... biasalah ma.. adat orang baru kahwin. He he he” Harris tergelak nakal. Puan Sakinah mencubit geram lengan anaknya. Dah kahwin ni guraunya merapu-rapu.



“Hi, ma.” Afifah mengucup pipi Puan Sakinah. Seronok juga bila ada mak mentua ni. Boleh menumpang kasih.



“Hi, sayang. Jom makan pengat pisang ni. Mama masak khas untuk Ifah.”ujar Puan Sakinah penuh kasih. Kepala Afifah diusap penuh kasih sayang. Sudah lama dia idamankan anak perempuan akhirnya dapat juga menantu. Kira anak perempuan jugalah tu.



“Huh, mama ni pilih kasih!” rajuk Harris kembali bertandang. Dah la geramnya dengan Afifah tak habis lagi.



“Bluerk! Jeles la tu mama sayang Ifah.” Afifah menjulurkan lidahnya. Harris yang pada mulanya geram tergelak kecil. Comel pulak budak ni.



“Hei, budak ni! Gelakkan Ifah pulak. Dah Ifah tak payah layan dia ni. Lepas ni Afifah ikut mama pergi spa manjakan diri. Esok awak tu nak naik pelamin.”



“Ala.. Habis tu.. Harris tinggal sorang je ke?” tanya Harris dengan muka sedih. Ingin mengikuti mereka berdua.



“Yes. Jangan nak mengada. Kalau takut bosan, you can go out with your bestfriend, Iz.” Harris menarik muka mendengar kata-kata ibunya itu.



“And... malam ni Afifah tidur dengan mama. Kamu jangan nak usik-usik dia lagi.” Ujar Puan Sakinah tegas. Muka Harris sudah bertukar tegang bercampur sedih. Hurm... batallah agenda dia nak mengusik si isteri malam ni. Afifah menyembunyikan senyuman. Seronok dapat melepaskan diri daripada Harris.



>>>> 



“Well, well, well. Look who here? Our groom is here la guys.” Usik Izhan kawan baiknya Harris. Harris masuk ke kedai kek milik Natasha, teman wanitanya Iz dengan wajah yang masam.



“Alahai, dah jadi suami orang pun masam lagi ke?” tanya Natasha. Iz tersengih lebar. Hanya dia tahu yang Harris mengilai Afifah sejak zaman universiti lagi, dan rahsia itu disimpan rapi olehnya. Dia gembira untuk rakannya itu.



“Biasalah tu. Mesti ada yang kena perintah halangan 1 meter ni.” Kata Iz sambil ketawa berdekah-dekah. Harris menarik muka. Lagi buruk dari gorila dalam zoo, mukanya sekarang ini.



“You, perangai tu jaga sikit. Macam mana nak jumpa papa I kalau gelak pun begitu. Tak semegah betul.” Natasha memerli Iz. Tergelak Harris melihat kerenah mereka berdua ni. Manis je pasangan ni.



“Sorry la sayang. Hah, yang kau sibuk dekat sini kenapa Harris?” Iz cuba mengalihkan tumpuan yang ditumpukan kepadanya. Segan pula rasanya.



“Aku bosan. Isteri aku dah kena angkut dengan mama pergi spa. Nak manjakan diri katanya. Hu hu hu... dah la malam ni aku tak dapat tidur dengan dia.” Adu Harris seakan anak kecil. Iz dan Natasha tergelak mendengar Harris merengek seperti anak kecil.



“Kesian... Kau dah ehem.. ehem ke? Kalau tak melepas la kau...”tanya Iz dengan muka nakal.



“Ish! Merapulah korang ni!” bahu Iz dilepuk kuat. Dengan muka yang memerah Natasha masuk ke bahagian dapur. Kalau duduk dengan dua orang jejaka terhangat ni memanglah rosak fikirannya. Harris ketawa mengekeh, nakal betul kawannya ini.



“He he he. Malu sudah kekasih hati aku tu. Hm.. kau tak nak share apa-apa ke dengan aku?” tanya Iz prihatin. Muka Harris serabut benar bukan kerana tidak dapat tidur dengan isteri tercinta tapi seakan-akan punya masalah yang lebih berat.



“Hurm... aku... aku tak tahulah Iz. Banyak sangat yang aku fikirkan. Dengan daddy. Bisnes aku. Mama. Afifah. Rumit kau tau tak?” Harris mengusutkan rambutnya.



“Sabarlah Harris. Allah takkan duga kau kalau kau tak mampu.” Ujar Iz sambil menepuk bahu rakannya itu. Harris mengangguk perlahan.



Hai.. hati sabar-sabarlah. Tak lari ke mana pun si pujaan hati.



“By the way, tak de tips ke untuk aku?” tanya Iz sambil menjongket-jongketkan keningnya.



“Merepek betul kau ni Iz! Aku ni suci murni lagi. Nak share tips apa kebendanya?” kata Harris sambil tergelak kecil. Iz ikut ketawa. Kan bagus gelak-gelak macam ni. Baru betul pengantin baru.

































BAB 8



Afifah kelihatan cantik dengan baju pengantin ala-ala barat tetapi masih mempunyai ciri-ciri seorang muslimah. Wajah yang biasanya hanya dicalit bedak bayi dan lips bam kini kelihatan sangat indah dengan make up yang tidak terlalu tebal. Kelihatan wajah kemelayuan yang asli. Mata bundar, bibir penuh dan hidung yang elok letaknya biar pun tidak terlalu mancung membuat Afifah kelihatan sangat-sangat sempurna di mata Harris.



Afifah kelihatan tersipu-sipu malu. Leila yang mengiringi Afifah sudah tergelak kecil. Yelah selalu Afifahkan gagah perkasa dan brutal orangnya. Ini jadi gadis melayu terakhir... eh silap wanita melayu terakhir he he he sebab dia dah kahwin.



“Ehem.. ehem.. aku keluar dulu la. Malu pulak aku bila korang main tenung-tenung ni..” Leila segera ke dalam dewan. Malu apanya... saja nak beri ruang untuk pengantin baru ini.



Harris masih tergamam melihat wajah isterinya. Selalunya wajah itu biasa-biasa sahaja namun bisa mengentarkan jiwa lelakinya. Kini melihat wajah  isterinya yang lebih berseri-seri itu mampu membuat dia berasa seolah-olah berada dikayangan. Syurga yang disediakan Allah untuknya di dunia ini.



“Cantik...” perlahan bibir Harris mengungkapkan kata itu tanpa sedar. Pipi Afifah yang hanya dicalit sedikit blusher semakin memerah apabila dipuji sang suami. Menampakkan lagi keindahan seorang wanita yang bernama Nur Afifah. Namun Harris tidak kurang hebatnya, kacak bergaya dalam tuksedo berwarna putih. Memang sepadan dengan wajah arab, kulit putih kemerahan seperti orang cina dan rambut tebal hitam tanda melayunya seorang Harris Lee.



“Mesti la you alls I yang mekapkan. Tapi si Ifah ni dah semula jadi lawanya. Jadi I tak perlu susah-susah nak mekapkan dia. But korang ni la pengantin yang paling gergeous bak kata mak. Mana pernah lagi orang jumpa suami tinggi, isteri ketot tapi bila jalan seiring nampak sangat sepadan. Sama cantik, sama padanlah... kelebihan you  menutup kelemahan pasangan you. Tak payah si Ifah ni nak pakai highheels berinci-inci.” Panjang lebar pula pak andam si Afifah ni bercakap. Harris mengintai wajah Afifah yang tersipu-sipu malu dipuji pak andamnya.



“Ya... dia memang cantik. Kurniaan Allah yang tercantik untuk saya.” Kata Harris dengan suara yang romantis.



“Alahai... romantik you! Untung la you Afifah dapat suami pakej macam ni! Susah tau nak dapat! Kalaulah mak ni ada anak perempuan dah lama mak kahwinkan dengan suami you ni!” ujar pak andam berlebih-lebih. Afifah terbatuk kuat. Harris menahan tawa. Tahu isterinya sedikit tidak selesa dengan kata-kata itu.



Amboi, mentang-mentang la suami aku melampau-lampau segaknya, ada hati nak kahwinkan anak dia. Entah ada ke tidak anak dia tu pun... Astaghfirullahalazim... termengata pulak. Hati ni memang la... tak fikir dosa pahala. Afifah memukul dadanya perlahan. Geram dengan apa yang disuarakan hatinya.



“Erm, kau okey ke?” tanya Harris yang mula merapati sang isteri. Risau pula dengan kelakuan aneh sang isteri.



“Hah? Oh, okey je. Erm.. er... panas la. Kau tak rasa panas ke?” tanya Afifah yang mula mengipas mukanya yang terasa panas. Merah benar wajah Afifah ketika ini. Kening Harris terjongket pelik.



“Panas? Mana ada panas. Aircond terpasang. Sejuk betul ni. Kau demam ke?” tangan mula mendekati mahu mendemah dahi sang isteri. Tanda kasih dan prihatinnya.



“Eh.. tak.. tak adalah. Jomlah cepat. Mesti mama, along dengan para tetamu dah tunggu lama tu.” Ujar Afifah cuba menutup malu. Dia lebih pantas. Sebelum Harris sempat mendemah dahinya dia lebih dulu bangun dari duduknya. Dalam kekalutan itu, Afifah tanpa sedar terpijak kain gaunnya yang labuh ke lantai. Dia menutup mata erat, menunggu masa tersembam ke lantai mamar yang sejuk.



Eh, pelik pulak. Kenapa aku rasa badan aku macam terangkat ye? Afifah pantas membuka mata. Hampir terkeluar biji matanya melihat wajah sang suami begitu dekat dengan wajahnya. Dia pantas meronta, mahu dilepaskan dari dukungan Harris.



Lagak mereka seperti Tuan Putera mengendong sang Puteri sahaja. Pak andam dan anak-anak buahnya menepuk tangan kuat. Sudah seperti menonton persembahan teater sahaja. Cuma ini persembahan teater berbaloi-baloi, sebab dapat upah.



“Duduk diam-diam. Jalan pun boleh terjatuh. Susah aku kalau kau buat malu. Duduk diam-diam. Jangan risau. Aku tak makan orang.” Bisik Harris ke telinga Afifah. Afifah terkaku mendengar bisikan Harris. Bukan sebab takut tetapi kerana dadanya rasa nak pecah!



Lebih kecoh apabila teman Harris, Iz yang diupah menjadi juru gambar mereka mengambil kesempatan untuk merakamkan detik-detik bahagia itu. Entah dari mana munculnya si Iz ni Harris tidak tahu. Tapi dia juga nak kenangan manis ini terakam. Bagus juga si Iz ni, cekap, pantas dan efisien.



“Hei korang ni! Orang ramai dah tunggu lama tau nak tengok sang mempelai.... Oh... My.... Allah...” Marah Leila hilang diganti senyap apabila berjaya menyerbu masuk ke bilik persediaan mereka.



“So... fairy tales! Weih... seronoknya kena dukung! Romantik giles... aku pun nanti nak suruh bakal suami aku nanti buat aku macam ni la!” ujar Leila yang teruja dengan aksi mereka sekarang ini.



“Banyak la kau Leila! Harris turunkan ak.. erm.. ehem.. turunkan I sekarang jugak! Tetamu kita dah ternanti-nanti.” Afifah sempat menukar panggilan yang biasanya digunakan. Nasib baik. Kalau tidak mesti jadi bualan mulut orang.



“Kenapa kena turun. Jom cepat semua. Semua orang dah tunggu tu.” Ujar Harris sambil melangkah ke dewan hotel Lexure sambil mendukung Afifah.



Pada mulanya Afifah meronta-ronta minta dilepaskan tetapi selepas banyak mata memandangnya sepanjang perjalanan ke dewan membuatkan dia terdiam malu. Merah mukanya. Afifah hanya mampu tertunduk menahan rasa malu yang bertandang di hati. Kepala dilekapkan ke dada Harris.



‘Dup! Dap! Dup! Dap!’ laju benar rentak irama jantung Harris ketika ini. Afifah mengulum senyum, menahan tawa dari terlepas. Ingatkan berani benarlah si Harris ini, rupa-rupanya menahan rasa gementar dalam diam.



Kemunculan mereka dengan aksi sang putera mendukung sang puteri mendapat perhatian yang sangat hebat. Cahaya flash dari camera wartawan mula menyilaukan mata. Afifah menyorokkan wajahnya di dada bidang Harris, mencari perlindungan. Harris melangkah dengan lebih bersemangat dengan Afifah didukungannya. Makin mantap langkahnya apabila sang isteri bagai meminta dia melindungi.



Puan Sakinah tersenyum senang. Dia pasti Harris sangat-sangat bahagia ketika ini. Manakala alongnya Afifah ternganga. Tidak menyangka Afifah dilayan kelas pertama oleh si pemiutang a.k.a. suami adiknya itu.



Harris mendudukkan isterinya dikerusi yang berada di pelamin yang terhias indah untuk mereka. Afifah mengulum bibir. Rasa seperti orang kurang upaya pula diperlakukan seperti itu oleh Harris.



“Senyum. Jangan kasi aku malu hari ni.” Ugut Harris dengan senyuman diwajah. Terangkat wajah Afifah menahan marah. Apa dia ingat aku ni tak ada air muka ke? Tak mungkinlah aku nak buat onar dengan orang ramai di sini. Desis hati Afifah, geram.



Persandingan mereka diteruskan dengan penuh adat melayu. Aktiviti merenjis air mawar dimulakan oleh mama Harris, Puan Sakinah. Tangan puan Sakinah di salam penuh sopan dan dikucup Harris dan Afifah penuh hormat. Dahi Harris di kucup kasih. Manakala pipi Afifah dan dahinya menjadi sasaran ciuman kasih seorang ibu.



Seterusnya seorang lelaki cina yang asing muncul merenjis mereka. Muka Harris berubah menjadi kelat namun segera dimaniskan. Terketar tangan Harris menyambut tangan lelaki yang nampak sedikit berusia. Afifah yang kehairanan hanya memaniskan wajah. Pasti ada sesuatu diantara lelaki itu dan suaminya.Kemudian aktiviti itu diteruskan oleh along Afifah dan saudara mara Harris.



Tamat sahaja majlis merenjis. Harris bangun apabila dijemput pengacara majlis untuk naik ke atas pentas. Afifah kelihatan blur dengan apa yang berlaku. Harris berdiri ditengah pentas dengan senyuman yang lebar. Membuat berpuluh-puluh hati wanita berdegup deras. Spotlight ditumpukan kepada Harris. Seluruh dewan digelapkan.



“Assalamualaikum,  as you all might have known I'm the groom of course. Saya berdiri di sini hanya untuk menyampaikan sebuah lagu yang saya pilih khas untuk menyampaikan perasaan saya. Nur Afifah, I love you from bottom of my heart.” Ujar Harris dengan pandangan romantis yang menikam tepat ke hatinya Afifah.



Dia cintakan aku? Tak mungkin. Ini mungkin hanya gimik untuk menunjukkan dia bahagia dengan aku kepada mamanya. Hati Afifah mula menidakkan tindak tanduk Harris yang sangat  berterus-terang itu.



Lagu mula kedengaran. Menggunakan live band Harris mula menyanyikan lagu Tetap Menantimu dengan penuh perasaan.



“ Terimalah, Tetap menantimu.



Aku menyedari telah jatuh cinta

Tapi aku tak bisa mengungkapkan

Terasa bahagia ku mencintaimu

Walaupun kau belum mencintaiku



Aku di sini kan selalu menunggu

Yang selalu ada di setiap waktumu

Selalu menanti jawapanmu

Untuk cinta yang terakhir



Semakin ku bisa untuk menyayangi

Semakin ku bisa untuk mengerti

Dari semua hidupmu yang ku mimpikan

Kan ku hapus semua menjadi indah



Tak akan pernah hilang rasaku

Cinta yang membawa dalam hatiku

Bagai mata yang tak terpejam

Aku tetap menantimu



Aku di sini kan selalu menunggu

Yang selalu ada di setiap waktumu

Selalu menanti jawapanmu

Untuk cintamu



Tak akan pernah hilang rasaku

Cinta yang membawa dalam hatiku

Bagai mata yang tak terpejam

Aku tetap menantimu

Aku kan tetap menantimu



Nur Afifah, ketahuilah lelaki yang bernama Harris Lee ini akan setia menantimu, sepanjang hayat ini.” Kata-kata Harris itu mampu membuatkan seribu wanita cair begitu juga hati Afifah. Hampir menitis air matanya namun cepat-cepat dia menyedarkan diri sendiri, agar tidak jatuh ke dalam permainan seorang Harris Lee.



^^^



“Bahagia kamu sekarang ni. Jangan lupa dengan janji kamu tu. Kalau kamu nak mama dan isteri kamu tu bahagia, kamu mesti teruskan kerja itu, Harris Lee. Kamu tahukan, Hazwan Lee, daddy kamu ni memang tak suka orang yang tidak menepati janji.” Ujar Hazwan Lee yang tiba-tiba mendekati Harris yang baru keluar dari tandas.



Harris tergamam. Tangannya mengeletar menahan amarah yang membukit di hati. Kalau tidak mengenangkan majlis kahwinnya pasti daddynya itu sudah terlantar di hospital.



Lelaki yang sepatutnya menjadi contoh kepadanya itu merupakan lelaki yang menyebabkan dia terjebak dalam dunia ceti haram atau peminjam wang tanpa lesen. Dia cukup benci dengan lelaki itu. Lelaki yang membuat air mata mamanya tidak pernah kering sehinggalah ke hari ini. Bukannya dia tidak nampak betapa terkejutnya mamanya melihat kelibat daddynya itu. Dia dan Puan Sakinah tidak pernah sekali-kali menjemput lelaki durjana itu ke majlisnya.



-



Baru Harris nak lepaskan nafas lega setelah daddynya pergi, bahunya ditepuk kuat. Terlompat Harris. Dengan perasaan sebal Harris menoleh ke belakang.



“Eh... kau Ahmad? Bila kau datang. Lama gila tak jumpa kau!” bahu lelaki yang digelar Ahmad dirangkul kasar. Diluku kepala lelaki itu.



“Woi! Woi! Hilang kemachohan aku. ish... baru tadi aku sampai. Kena datanglah ke wedding of the year Harris Lee.” Kata Ahmad dengan senyuman manis.



            “Ha ha ha... well... akukan femes. Kau tak jumpa Iz ke? Budak tu kalau jumpa kau mahu lompat bintang.” Harris mula mencari-cari kelibat Iz.



            “Aku tahu... akukan femes. Ha ha ha. Tak payah la cari budak tu... aku kat sini bukan lama pun. Kejap je. Nak balik dah. Kerja aku tu bukan boleh tangguh-tangguh. Karang jadi masalah pula.” kata Ahmad sambil menepuk lembut bahu Harris.



            “Ha ha ha.. yelah.. aku faham. Nanti datang la jumpa aku dekat rumah aku yang baru tu.” Kata Harris sambil mengunjukkan satu kad peribadinya. Ahmad menyambut kad itu sambil mengangguk.



            “Okay. Nanti aku datang aku roger kau. Aku minta diri dulu ya.” Selepas bersalaman, Ahmad terus berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)