Bab
6
“Sayang,
tak nak kenalkan abang?” tanya Harris dengan suara menggoda.
“What?!
Oh My Allah! Kau dah nikah ke beb?” tanya Leila dengan nada tidak percaya.
Afifah menyiku perut suami yang tidak direlainya itu. Mulut suaminya ini memang
tak reti nak senyap. Senyuman tak berapa
nak menjadi ditayang ke arah Leila. Leila menelan air liur. Oh my, oh my, so
handsome... nasib baik laki kau Ifah kalau tak aku dah ngap tau... desis hati Leila
“Yup.
Aku ada jemput kau dulu... Tapi PM dekat FB je... yelah mana la aku tau alamat
rumah kau yang baru tu...” ujar Afifah dengan muka yang sengaja dimaniskan.
Rasa bersalah juga tidak mengajak temannya dengan serius.
“Okey...
I will leave you two for girls talk for a while.. But please don’t be too long.
Because i will miss my sweet petite wife...” kata Harris seraya bangun. Mata
dikenyitkan. Lidah Afifah kelu saat Harris mengucup dahinya. Bibir dikemam,
geram bercampur malu diperlakukan seperti itu di depan kawan baiknya. Leila
hanya mampu tersipu-sipu. Segan dengan tindak tanduk suami rakannya itu. Memang
terlebih romantik. Mahu kena diabetes kalau setiap hari manis macam ni.
“Wow...
sweet and romantic... Hai...cair aku dibuatnya...” kata Leila dengan
lentok-lentoknya sekali. Hampir termuntah Afifah mendengarnya. Afifah membuat
reaksi nak muntah. Leila membulatkan matanya.
“Hah!
Jangan kata kau mengandung Ifah?! Sampai hati semuanya kau rahsiakan dari
aku...” tersedak Afifah yang sedang minum air itu.
“Choi!
Mana ada mengandung. Tak sampai seminggu kahwin. Baru sehari kot aku nikah
dengan dia. Kenduri pun esok baru buat. Kau ni jangan merapu boleh tak?” marah
Afifah yang mengurut dadanya yang terasa senak.
“La...
aku ingat dah lama kahwin. Nampak serasi sangat. Esok ke? Aku nak pergi....please...
aku nak pergi. Kat mana Ifah?” ujar Leila dengan suara yang mendayu. Tersenyum
Afifah melihat temannya itu. Manjanya memang tak pernah berubah. Mengalahkan
tuan puteri manjanya itu.
“Serasi
ke? Kau nak datang, datang la. Dekat hotel Lexure je... Dua-dua belah pihak
buat serentak. Aku malas nak buat dekat kampung. Yelah tinggal aku dengan abang
aku je pun...”
ujar Afifah sambil mengeluarkan kad perkahwinannya. Dia mana ambil port dengan majlis kahwinnya. Semuanya diserah bulat-bulat kepada wedding planner yang diupah mama. Seminggu sahaja semua persiapan ini dibuat. Dia yakin wedding planner tu pasti hampir botak kepala buat kerja tergesa-gesa.
ujar Afifah sambil mengeluarkan kad perkahwinannya. Dia mana ambil port dengan majlis kahwinnya. Semuanya diserah bulat-bulat kepada wedding planner yang diupah mama. Seminggu sahaja semua persiapan ini dibuat. Dia yakin wedding planner tu pasti hampir botak kepala buat kerja tergesa-gesa.
“Wah,
grand la wedding kau! Hotel Lexure tu... mesti laki kau tu kaya gilakan?” tanya
Leila dengan mata yang bersinar-sinar. Wah... pakej la yang si Afifah dapat ni.
Handsome plus romantic plus wealthy
so
it will be JACKPOT! Hahaha dah macam main judi pula si Leila ni.
“Huh...”
keluh Afifah perlahan. Kalau la kau tahu Leila apa yang jadi dekat aku...
segrand mana pun tak kan mampu buat aku ketawa senang. Tapi sebenci-benci aku
dekat laki aku tu... aku tahu aku kena simpan buruk dia... tak sanggup aku nak
menanggung dosa. Aku rasa dah bertimbun dosa aku dekat si Harris tu.
“Jangan
lupa datang tau. Nanti boleh kita sembang panjang lebar...” pesan Afifah dengan
wajah yang sugul. Leila terdiam. Sedikit pelik dengan perubahan Afifah yang
sangat ketara. Tak mungkin badai sudah melanda pantai? Muda sangat usia
perkahwinan mereka ini, kalau dibandingkan dengan usia manusia, masih bayi, masih
merah lagi. Tak boleh jadi ni! Kena korek jugak rahsia si Ifah ni!
‘Troot..
Troot..’Bergegar meja mereka akibat vibrate telefonnya Leila. Leila pantas
membuka pesanan ringkasnya. Alahai... bertangguh lagi la misi Sherlock Holmes
aku ni... Mikail ni memang tak pandai pilih masa betul. Kacau daun la mamat ni!
“Okey.
Aku kena pergi dulu... Ada hal sikit...” ujar Leila tergesa-gesa selepas
melihat mesej pesanan ringkas di telefon pintarnya.
Afifah
sekadar mengangguk. Mereka bersalaman dan berpelukan. Kalau boleh nak sahaja
dia buka pekung di dada. Mahu sahaja dia luahkan tangisan kepada teman baiknya
itu. Tapi apakan dayanya.
“Bye...
Jumpa esok tau!” lambai Afifah sehinggalah Leila betul-betul hilang dari
pandangan matanya. Sedih pula rasanya. Air mata mula berkumpul ditubir matanya.
“Ehem!”
dehem Harris apabila Afifah hanyut dalam lamunan yang panjang. Macam berpisah
untuk selamanya saja dua orang kawan ini.
“Er...
dah ke? Jom balik!” ajak Afifah laju. Tangannya pantas mengesat air mata yang
hampir mengalir.
“La...
cepatnya nak balik. Ni makanan ni macam mana? Kau tahu tak... kalau aku datang
McD konfem kena makan dulu.. kalau tak mahu menangis 3 hari 2 malam...” ujar
Harris cuba melawak. Afifah memandang wajah Harris tanpa rasa. Lelaki ni tak
pernah cuba faham dia kan?
“Apa-apa
jelah. Cepat makan. Aku nak kena jugak tolong mama.”
“Hm..,
yalah-yalah. Kau pun makan sama. Kalau tak lambatlah kita balik.” Harris
sengaja mengunyah burger ayamnya seperlahan yang mungkin.
Afifah
mencapai juga burger yang berada di dalam dulang itu. Dijeling-jeling Harris
yang makan macam tak makan itu. Haish... ada jugak yang kena lambung masuk
lombong ni... gumam Afifah perlahan.
“Apa?
Nak tambah lagi?” tanya Harris yang bagaikan terdengar sesuatu dari Afifah.
Pantas sahaja Afifah mengelengkan kepala. Nak mampus? Dia bukan suka sangat
dengan fast food ni. Dia suka lepak McD sebab boleh refill air and free wifi.
He he he... malulah kalau orang tahu pasal rahsia dia ni.
“Dah
belum?” tanya Afifah yang sudah selesai. Laju sahaja dia mengunyah. Satu sebab
dah janji dengan mama. Dua sebab hati sendiri dah tak kuat bila berdepan dengan
si suami. Sejak tadi mata Harris melekap diwajahnya. Rasa seriau tahu tak?
“Hurm...
kejap la. Nak minum air ni.” Ujar Harris sengaja melambat-lambatkan masa. Air
disedut seperlahan yang mungkin. Sengaja.
Wahai
hati sabarlah! Ada juga yang akan basah bermandikan air pepsi ni! Afifah yang
sudah meluat pantas bangun meninggalkan Harris. Ingat kau tak ada aku tak reti
nak balik ke? Berlambak-lambak la teksi dalam bandar ni!
Tangan
Afifah pantas disambar Harris. Marah sungguh bini aku ni. Baru nak berlama-lama
dengan dia. Nak menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T... Harris melemparkan
muka comel. Muka minta belas kasihan ala-ala kucing dalam cerita kartun Shrek
itu.
Ayo...
cair hati aku dengan laki ni! Ish, tak boleh jadi ni! Kuatkan semangat kau,
Afifah!
“Aku
nak balik! Kalau kau tak nak balik tak apa. Aku boleh naik teksi.” Afifah
merentap kuat tangannya dari pegangan Harris. Terpinga-pinga Harris dibuatnya.
“Kejap!”
laung Harris bila Afifah sudah jauh ke depan.
“Hump...
nasib kau la Harris, dapat bini brutal cam gitu. He he he... brutal-brutal pun
dalam hati ada taman, dan aku akan pastikan taman itu akan penuh dengan
rama-rama yang indah.”kata Harris kepada dirinya sendiri. Afifah yang sudah
menyandar di tepi keretanya dipandang penuh kasih.
Dalam
lambat-lambat Harris melangkah juga ke Afifah. Masing-masing berdiam diri.
Harris hanya merenung wajah Afifah, tajam. Sampai nak gugur Afifah menahan
getaran yang dirasainya. Afifah menjatuhkan pandangannya ke tanah. Terlalu kuat
kuasa pandangan Harris itu.
‘PIN!’
hon Harris. Termelatah Afifah dibuatnya. Mata dijegilkan ke arah suaminya.
Grr... geramnya dia dengan mamat jahat ni!! Dah masuk kereta rupanya mamat ni!
“Tunggu
apa lagi. Masuklah cepat! Tadi nak cepat sangat...” dalam senyap Harris
mengenakan Afifah. Dia suka dengan reaksi spontan Afifah,comel! Afifah segera
memboloskan dirinya ke dalam kereta. Pintu kereta mahal itu dihempasnya sekuat
hati.
“Amboi!
Tercabut pintu tu, nak ganti ke?” tanya Harris dengan suara yang sengaja
digarangkan.
“Hump!”
Afifah menggigit bibir menahan kata-kata dari keluar dari mulutnya. Karang
asyik kena sindir dengan marah je... baik tak payah buka mulut.
Jangankan
pintu, dengan kau,kau sekali aku nak cabut lepas tu humban dalam lombong!
Afifah, Afifah tak habis-habis dengan lombong dia tu.
Bab
7
“Assalamualaikum,
mama.” Harris memberi salam. Lantas dipeluk tubuh ibunya itu.
“Waalaikumsalam.
Haih, dah kahwin pun nak peluk mama bagai ke? Tak malu dengan isteri kamu? Anak
mak betul kamu ni! Shuh.. shuh.. pergi
peluk isteri kamu tu. Kacau mama je..” Puan Sakina mengusik si anak. Tangan
masih ligat mengacau bubur pengat pisangnya.
“Huh...
tak apa la.. dah mama tak sudi... “ rajuk Harris. Di bawa diri duduk di bangku
dapur. Aroma pengat pisang mula memenuhi ruangan itu. Dah lama tak makan pengat
mama ni, mesti sedap menjilat jari J.
“Hurh...
merajuk la tu. Itu sajalah kerja kamu ni. Bila masa kamu balik ni? Mama tak
dengar pun bunyi kereta kamu tu...” mangkuk berisi bubur di letak di atas meja.
Harris menelan air liur. Lalu Puan Sakinah melabuhkan dirinya di sebelah
anaknya. Sesudu bubur dibawa ke bibir. Ump... la masakan aku ni.
“Nak
sikit ma...” ujar Harris sambil menelan air liur.
“Huh,
pergi ambik sendiri malas betul la suami orang ni!” ujar Puan Sakinah sambil
melarikan buburnya.
“Tak
pe.. tak pe mama kedekut...! Orang balik pun mama tak sedar. Padahal dekat 2
jam dah orang dalam rumah ni. Mama memang tak sayang Harris.” Harris
memalingkan wajahnya. Memang sebijik kanak-kanak riang. Puan Sakinah mengeleng
kepala. Alahai.. manjanya anak lelaki aku ni.
“Nah.
Mengada betul! Mana la mama sedar dah asyik memasak pengat kamu ni. Hah, mana
si Afifah? Pergi panggil dia minum petang.” Puan Sakinah meletakkan dua mangkuk
berisi pengat pisang di depan anaknya.
“Sayang!”
jerit Harris yang mula menyudu bubur itu. Tangan Harris dilepuk Puan Sakinah.
Tak senonoh betul! Pakai jerit saja kerjanya.
“Pergi
panggil elok-elok. Selagi tak panggil selagi tu mama tak kasi bubur ni!” ugut
Puan Sakinah. Mangkuk bubur anaknya di tarik mendekatinya. Bukan boleh percaya
si Harris ni.
Harris
menghentakkan kakinya. Namun, dia melangkah juga ke tingkat atas. Mama ni pilih
kasih betul... aku ke Afifah anak dia sekarang ni? Rungut Harris di dalam hati.
Kaki
Harris terhenti di depan biliknya. Pintu yang tak bertutup rapat itu ditolaknya
perlahan. Terbuntang matanya melihat Afifah tidur dalam pakaian yang agak
seksi. Isterinya itu hanya memakai singlet bertali halus berwarna hitam dan seluar pendek takat peha yang berwarna
jingga. Haila... menduga iman betul bini aku ni... Liur ditelan rakus.
“Afifah..
Ifah... bangunlah mama ajak minum petang tu. Sayang.. o.. sayang bangunlah
cepat. Mama dah tunggu tu.” Mata dipejam. Semakin seksi semakin seksa
dibuatnya. Tangan mengoncang bahu Afifah.
Afifah
mengeliat perlahan. Mulut yang menguap ditutup dengan tangan. Afifah yang masih
mamai segera duduk apabila menyedari Harris dihadapannya.
Pelik
pula Afifah tengok lelaki ini. Kenapa dia pandang arah lain selalunya pandang
orang macam nak telan. Afifah melihat dirinya. Alamak, seksanya aku! Selimut di
hujung kaki segera ditarik. Melitupi tubuhnya.
Tapi
lawak pula tengok muka mamat ni merah semacam. Seronok pula. Afifah pantas
mengambil t-shirt yang berada dikepala katil lalu dipakainya senyap-senyap. Idea
nakal muncul di benak fikiran Afifah.
“Ehem.
Kau kenapa macam ni? Merah semacam. Sakit ke?” usik Afifah. Tangannya mendemah
dahi Harris. Harris semakin kalut. Lagi dia cuba melarikan diri dari Afifah
yang ‘seksa’ lagilah si Afifah ni nak mendekatinya.
“Ma..
mana ada. A... Aku s.. sehat je... la.” Tergagap-gagap Harris menahan gelora
dihatinya. Mata terpejam-pejam. Bauan Afifah yang baru bangun tidur
membuai-buai naluri lelakinya.
“Erm...
ye ke?”tanya Afifah dengan suara menggoda. Sekali lagi Harris menelan air liur
yang terasa tersekat dikerongkong.
“Ha...
Haah. Cepatlah mama dah lama tunggu tu. Nak ajak minum petang sekali bincang
majlis perkahwinan kita.” Ujar Harris sambil cuba melarikan diri. Tetapi Afifah
lebih tangkas, Harris sempat keluar dari bilik saja, lalu ditangkap pergelangan
tangan suaminya.
“Cak!
Ha ha ha takut sangat! Bluerk!!” Afifah menjulurkan lidahnya. Tergamam Harris.
Dah pakai baju rupanya budak ni! Aish... budak kecik ni memang nak kena ni!
Harris segera mengejar Afifah. Terjerit kecil Afifah dibuatnya. Geram betul
Harris dengan si isteri.
Tapi
Afifah lagi pantas. Segera ditutup pintu bilik. Lalu dikunci. Harris terkejut
beruk. Hampir saja hidungnya yang manjung menjadi penyek dihimpitnya pintu.
“Tunggulah,
aku dapat tangkap kau baru kau tahu nasib kau!” ugut Harris. Sengaja dia membuat
hati isterinya gundah. Biar dia rasa pulak. Huh! Pandai nak mainkan orang ya...
tunggu dan lihat, apa yang abang macho ni boleh buat pulak. Harris tersengih
penuh bermakna.
###
“Hah,
apa yang bising-bising tadi tu Harris?” tanya Puan Sakinah yang baru menuang
teh panas ke cawan anak-anaknya. Lama benar si Harris ni pergi memanggil
menantunya.
“Tak
ada apa-apalah. Ala... biasalah ma.. adat orang baru kahwin. He he he” Harris
tergelak nakal. Puan Sakinah mencubit geram lengan anaknya. Dah kahwin ni
guraunya merapu-rapu.
“Hi,
ma.” Afifah mengucup pipi Puan Sakinah. Seronok juga bila ada mak mentua ni.
Boleh menumpang kasih.
“Hi,
sayang. Jom makan pengat pisang ni. Mama masak khas untuk Ifah.”ujar Puan
Sakinah penuh kasih. Kepala Afifah diusap penuh kasih sayang. Sudah lama dia
idamankan anak perempuan akhirnya dapat juga menantu. Kira anak perempuan
jugalah tu.
“Huh,
mama ni pilih kasih!” rajuk Harris kembali bertandang. Dah la geramnya dengan
Afifah tak habis lagi.
“Bluerk!
Jeles la tu mama sayang Ifah.” Afifah menjulurkan lidahnya. Harris yang pada
mulanya geram tergelak kecil. Comel pulak budak ni.
“Hei,
budak ni! Gelakkan Ifah pulak. Dah Ifah tak payah layan dia ni. Lepas ni Afifah
ikut mama pergi spa manjakan diri. Esok awak tu nak naik pelamin.”
“Ala..
Habis tu.. Harris tinggal sorang je ke?” tanya Harris dengan muka sedih. Ingin
mengikuti mereka berdua.
“Yes.
Jangan nak mengada. Kalau takut bosan, you can go out with your bestfriend,
Iz.” Harris menarik muka mendengar kata-kata ibunya itu.
“And...
malam ni Afifah tidur dengan mama. Kamu jangan nak usik-usik dia lagi.” Ujar
Puan Sakinah tegas. Muka Harris sudah bertukar tegang bercampur sedih. Hurm...
batallah agenda dia nak mengusik si isteri malam ni. Afifah menyembunyikan
senyuman. Seronok dapat melepaskan diri daripada Harris.
>>>>
“Well,
well, well. Look who here? Our groom is here la guys.” Usik Izhan kawan baiknya
Harris. Harris masuk ke kedai kek milik Natasha, teman wanitanya Iz dengan
wajah yang masam.
“Alahai,
dah jadi suami orang pun masam lagi ke?” tanya Natasha. Iz tersengih lebar.
Hanya dia tahu yang Harris mengilai Afifah sejak zaman universiti lagi, dan
rahsia itu disimpan rapi olehnya. Dia gembira untuk rakannya itu.
“Biasalah
tu. Mesti ada yang kena perintah halangan 1 meter ni.” Kata Iz sambil ketawa
berdekah-dekah. Harris menarik muka. Lagi buruk dari gorila dalam zoo, mukanya
sekarang ini.
“You,
perangai tu jaga sikit. Macam mana nak jumpa papa I kalau gelak pun begitu. Tak
semegah betul.” Natasha memerli Iz. Tergelak Harris melihat kerenah mereka
berdua ni. Manis je pasangan ni.
“Sorry
la sayang. Hah, yang kau sibuk dekat sini kenapa Harris?” Iz cuba mengalihkan
tumpuan yang ditumpukan kepadanya. Segan pula rasanya.
“Aku
bosan. Isteri aku dah kena angkut dengan mama pergi spa. Nak manjakan diri
katanya. Hu hu hu... dah la malam ni aku tak dapat tidur dengan dia.” Adu
Harris seakan anak kecil. Iz dan Natasha tergelak mendengar Harris merengek
seperti anak kecil.
“Kesian...
Kau dah ehem.. ehem ke? Kalau tak melepas la kau...”tanya Iz dengan muka nakal.
“Ish!
Merapulah korang ni!” bahu Iz dilepuk kuat. Dengan muka yang memerah Natasha
masuk ke bahagian dapur. Kalau duduk dengan dua orang jejaka terhangat ni
memanglah rosak fikirannya. Harris ketawa mengekeh, nakal betul kawannya ini.
“He
he he. Malu sudah kekasih hati aku tu. Hm.. kau tak nak share apa-apa ke dengan
aku?” tanya Iz prihatin. Muka Harris serabut benar bukan kerana tidak dapat
tidur dengan isteri tercinta tapi seakan-akan punya masalah yang lebih berat.
“Hurm...
aku... aku tak tahulah Iz. Banyak sangat yang aku fikirkan. Dengan daddy.
Bisnes aku. Mama. Afifah. Rumit kau tau tak?” Harris mengusutkan rambutnya.
“Sabarlah
Harris. Allah takkan duga kau kalau kau tak mampu.” Ujar Iz sambil menepuk bahu
rakannya itu. Harris mengangguk perlahan.
Hai..
hati sabar-sabarlah. Tak lari ke mana pun si pujaan hati.
“By
the way, tak de tips ke untuk aku?” tanya Iz sambil menjongket-jongketkan
keningnya.
“Merepek
betul kau ni Iz! Aku ni suci murni lagi. Nak share tips apa kebendanya?” kata
Harris sambil tergelak kecil. Iz ikut ketawa. Kan bagus gelak-gelak macam ni.
Baru betul pengantin baru.
BAB
8
Afifah
kelihatan cantik dengan baju pengantin ala-ala barat tetapi masih mempunyai
ciri-ciri seorang muslimah. Wajah yang biasanya hanya dicalit bedak bayi dan
lips bam kini kelihatan sangat indah dengan make up yang tidak terlalu tebal. Kelihatan
wajah kemelayuan yang asli. Mata bundar, bibir penuh dan hidung yang elok
letaknya biar pun tidak terlalu mancung membuat Afifah kelihatan sangat-sangat
sempurna di mata Harris.
Afifah
kelihatan tersipu-sipu malu. Leila yang mengiringi Afifah sudah tergelak kecil.
Yelah selalu Afifahkan gagah perkasa dan brutal orangnya. Ini jadi gadis melayu
terakhir... eh silap wanita melayu terakhir he he he sebab dia dah kahwin.
“Ehem..
ehem.. aku keluar dulu la. Malu pulak aku bila korang main tenung-tenung ni..”
Leila segera ke dalam dewan. Malu apanya... saja nak beri ruang untuk pengantin
baru ini.
Harris
masih tergamam melihat wajah isterinya. Selalunya wajah itu biasa-biasa sahaja
namun bisa mengentarkan jiwa lelakinya. Kini melihat wajah isterinya yang lebih berseri-seri itu mampu
membuat dia berasa seolah-olah berada dikayangan. Syurga yang disediakan Allah
untuknya di dunia ini.
“Cantik...”
perlahan bibir Harris mengungkapkan kata itu tanpa sedar. Pipi Afifah yang
hanya dicalit sedikit blusher semakin memerah apabila dipuji sang suami.
Menampakkan lagi keindahan seorang wanita yang bernama Nur Afifah. Namun Harris
tidak kurang hebatnya, kacak bergaya dalam tuksedo berwarna putih. Memang
sepadan dengan wajah arab, kulit putih kemerahan seperti orang cina dan rambut
tebal hitam tanda melayunya seorang Harris Lee.
“Mesti
la you alls I yang mekapkan. Tapi si Ifah ni dah semula jadi lawanya. Jadi I
tak perlu susah-susah nak mekapkan dia. But korang ni la pengantin yang paling
gergeous bak kata mak. Mana pernah lagi orang jumpa suami tinggi, isteri ketot
tapi bila jalan seiring nampak sangat sepadan. Sama cantik, sama padanlah... kelebihan
you menutup kelemahan pasangan you. Tak
payah si Ifah ni nak pakai highheels berinci-inci.” Panjang lebar pula pak
andam si Afifah ni bercakap. Harris mengintai wajah Afifah yang tersipu-sipu
malu dipuji pak andamnya.
“Ya...
dia memang cantik. Kurniaan Allah yang tercantik untuk saya.” Kata Harris
dengan suara yang romantis.
“Alahai...
romantik you! Untung la you Afifah dapat suami pakej macam ni! Susah tau nak
dapat! Kalaulah mak ni ada anak perempuan dah lama mak kahwinkan dengan suami
you ni!” ujar pak andam berlebih-lebih. Afifah terbatuk kuat. Harris menahan
tawa. Tahu isterinya sedikit tidak selesa dengan kata-kata itu.
Amboi,
mentang-mentang la suami aku melampau-lampau segaknya, ada hati nak kahwinkan
anak dia. Entah ada ke tidak anak dia tu pun... Astaghfirullahalazim...
termengata pulak. Hati ni memang la... tak fikir dosa pahala. Afifah memukul
dadanya perlahan. Geram dengan apa yang disuarakan hatinya.
“Erm,
kau okey ke?” tanya Harris yang mula merapati sang isteri. Risau pula dengan
kelakuan aneh sang isteri.
“Hah?
Oh, okey je. Erm.. er... panas la. Kau tak rasa panas ke?” tanya Afifah yang
mula mengipas mukanya yang terasa panas. Merah benar wajah Afifah ketika ini.
Kening Harris terjongket pelik.
“Panas?
Mana ada panas. Aircond terpasang. Sejuk betul ni. Kau demam ke?” tangan mula
mendekati mahu mendemah dahi sang isteri. Tanda kasih dan prihatinnya.
“Eh..
tak.. tak adalah. Jomlah cepat. Mesti mama, along dengan para tetamu dah tunggu
lama tu.” Ujar Afifah cuba menutup malu. Dia lebih pantas. Sebelum Harris
sempat mendemah dahinya dia lebih dulu bangun dari duduknya. Dalam kekalutan
itu, Afifah tanpa sedar terpijak kain gaunnya yang labuh ke lantai. Dia menutup
mata erat, menunggu masa tersembam ke lantai mamar yang sejuk.
Eh,
pelik pulak. Kenapa aku rasa badan aku macam terangkat ye? Afifah pantas
membuka mata. Hampir terkeluar biji matanya melihat wajah sang suami begitu
dekat dengan wajahnya. Dia pantas meronta, mahu dilepaskan dari dukungan
Harris.
Lagak
mereka seperti Tuan Putera mengendong sang Puteri sahaja. Pak andam dan
anak-anak buahnya menepuk tangan kuat. Sudah seperti menonton persembahan
teater sahaja. Cuma ini persembahan teater berbaloi-baloi, sebab dapat upah.
“Duduk
diam-diam. Jalan pun boleh terjatuh. Susah aku kalau kau buat malu. Duduk
diam-diam. Jangan risau. Aku tak makan orang.” Bisik Harris ke telinga Afifah.
Afifah terkaku mendengar bisikan Harris. Bukan sebab takut tetapi kerana dadanya
rasa nak pecah!
Lebih
kecoh apabila teman Harris, Iz yang diupah menjadi juru gambar mereka mengambil
kesempatan untuk merakamkan detik-detik bahagia itu. Entah dari mana munculnya
si Iz ni Harris tidak tahu. Tapi dia juga nak kenangan manis ini terakam. Bagus
juga si Iz ni, cekap, pantas dan efisien.
“Hei
korang ni! Orang ramai dah tunggu lama tau nak tengok sang mempelai.... Oh...
My.... Allah...” Marah Leila hilang diganti senyap apabila berjaya menyerbu
masuk ke bilik persediaan mereka.
“So...
fairy tales! Weih... seronoknya kena dukung! Romantik giles... aku pun nanti
nak suruh bakal suami aku nanti buat aku macam ni la!” ujar Leila yang teruja
dengan aksi mereka sekarang ini.
“Banyak
la kau Leila! Harris turunkan ak.. erm.. ehem.. turunkan I sekarang jugak!
Tetamu kita dah ternanti-nanti.” Afifah sempat menukar panggilan yang biasanya
digunakan. Nasib baik. Kalau tidak mesti jadi bualan mulut orang.
“Kenapa
kena turun. Jom cepat semua. Semua orang dah tunggu tu.” Ujar Harris sambil
melangkah ke dewan hotel Lexure sambil mendukung Afifah.
Pada
mulanya Afifah meronta-ronta minta dilepaskan tetapi selepas banyak mata
memandangnya sepanjang perjalanan ke dewan membuatkan dia terdiam malu. Merah
mukanya. Afifah hanya mampu tertunduk menahan rasa malu yang bertandang di
hati. Kepala dilekapkan ke dada Harris.
‘Dup!
Dap! Dup! Dap!’ laju benar rentak irama jantung Harris ketika ini. Afifah
mengulum senyum, menahan tawa dari terlepas. Ingatkan berani benarlah si Harris
ini, rupa-rupanya menahan rasa gementar dalam diam.
Kemunculan
mereka dengan aksi sang putera mendukung sang puteri mendapat perhatian yang
sangat hebat. Cahaya flash dari camera wartawan mula menyilaukan mata. Afifah
menyorokkan wajahnya di dada bidang Harris, mencari perlindungan. Harris
melangkah dengan lebih bersemangat dengan Afifah didukungannya. Makin mantap
langkahnya apabila sang isteri bagai meminta dia melindungi.
Puan
Sakinah tersenyum senang. Dia pasti Harris sangat-sangat bahagia ketika ini.
Manakala alongnya Afifah ternganga. Tidak menyangka Afifah dilayan kelas
pertama oleh si pemiutang a.k.a. suami adiknya itu.
Harris
mendudukkan isterinya dikerusi yang berada di pelamin yang terhias indah untuk
mereka. Afifah mengulum bibir. Rasa seperti orang kurang upaya pula
diperlakukan seperti itu oleh Harris.
“Senyum.
Jangan kasi aku malu hari ni.” Ugut Harris dengan senyuman diwajah. Terangkat
wajah Afifah menahan marah. Apa dia ingat aku ni tak ada air muka ke? Tak
mungkinlah aku nak buat onar dengan orang ramai di sini. Desis hati Afifah,
geram.
Persandingan
mereka diteruskan dengan penuh adat melayu. Aktiviti merenjis air mawar
dimulakan oleh mama Harris, Puan Sakinah. Tangan puan Sakinah di salam penuh
sopan dan dikucup Harris dan Afifah penuh hormat. Dahi Harris di kucup kasih.
Manakala pipi Afifah dan dahinya menjadi sasaran ciuman kasih seorang ibu.
Seterusnya
seorang lelaki cina yang asing muncul merenjis mereka. Muka Harris berubah
menjadi kelat namun segera dimaniskan. Terketar tangan Harris menyambut tangan
lelaki yang nampak sedikit berusia. Afifah yang kehairanan hanya memaniskan
wajah. Pasti ada sesuatu diantara lelaki itu dan suaminya.Kemudian aktiviti itu
diteruskan oleh along Afifah dan saudara mara Harris.
Tamat
sahaja majlis merenjis. Harris bangun apabila dijemput pengacara majlis untuk
naik ke atas pentas. Afifah kelihatan blur dengan apa yang berlaku. Harris
berdiri ditengah pentas dengan senyuman yang lebar. Membuat berpuluh-puluh hati
wanita berdegup deras. Spotlight ditumpukan kepada Harris. Seluruh dewan
digelapkan.
“Assalamualaikum,
as
you all might have known I'm the groom of course. Saya berdiri di sini hanya
untuk menyampaikan sebuah lagu yang saya pilih khas untuk menyampaikan perasaan
saya. Nur Afifah, I love you from bottom of my heart.” Ujar Harris dengan
pandangan romantis yang menikam tepat ke hatinya Afifah.
Dia
cintakan aku? Tak mungkin. Ini mungkin hanya gimik untuk menunjukkan dia
bahagia dengan aku kepada mamanya. Hati Afifah mula menidakkan tindak tanduk
Harris yang sangat berterus-terang itu.
Lagu
mula kedengaran. Menggunakan live band Harris mula menyanyikan lagu Tetap
Menantimu dengan penuh perasaan.
“
Terimalah, Tetap menantimu.
Aku
menyedari telah jatuh cinta
Tapi
aku tak bisa mengungkapkan
Terasa
bahagia ku mencintaimu
Walaupun
kau belum mencintaiku
Aku
di sini kan selalu menunggu
Yang
selalu ada di setiap waktumu
Selalu
menanti jawapanmu
Untuk
cinta yang terakhir
Semakin
ku bisa untuk menyayangi
Semakin
ku bisa untuk mengerti
Dari
semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan
ku hapus semua menjadi indah
Tak
akan pernah hilang rasaku
Cinta
yang membawa dalam hatiku
Bagai
mata yang tak terpejam
Aku
tetap menantimu
Aku
di sini kan selalu menunggu
Yang
selalu ada di setiap waktumu
Selalu
menanti jawapanmu
Untuk
cintamu
Tak
akan pernah hilang rasaku
Cinta
yang membawa dalam hatiku
Bagai
mata yang tak terpejam
Aku
tetap menantimu
Aku
kan tetap menantimu
Nur
Afifah, ketahuilah lelaki yang bernama Harris Lee ini akan setia menantimu,
sepanjang hayat ini.” Kata-kata Harris itu mampu membuatkan seribu wanita cair
begitu juga hati Afifah. Hampir menitis air matanya namun cepat-cepat dia
menyedarkan diri sendiri, agar tidak jatuh ke dalam permainan seorang Harris
Lee.
^^^
“Bahagia
kamu sekarang ni. Jangan lupa dengan janji kamu tu. Kalau kamu nak mama dan
isteri kamu tu bahagia, kamu mesti teruskan kerja itu, Harris Lee. Kamu
tahukan, Hazwan Lee, daddy kamu ni memang tak suka orang yang tidak menepati
janji.” Ujar Hazwan Lee yang tiba-tiba mendekati Harris yang baru keluar dari
tandas.
Harris
tergamam. Tangannya mengeletar menahan amarah yang membukit di hati. Kalau
tidak mengenangkan majlis kahwinnya pasti daddynya itu sudah terlantar di
hospital.
Lelaki
yang sepatutnya menjadi contoh kepadanya itu merupakan lelaki yang menyebabkan
dia terjebak dalam dunia ceti haram atau peminjam wang tanpa lesen. Dia cukup
benci dengan lelaki itu. Lelaki yang membuat air mata mamanya tidak pernah
kering sehinggalah ke hari ini. Bukannya dia tidak nampak betapa terkejutnya
mamanya melihat kelibat daddynya itu. Dia dan Puan Sakinah tidak pernah
sekali-kali menjemput lelaki durjana itu ke majlisnya.
-
Baru
Harris nak lepaskan nafas lega setelah daddynya pergi, bahunya ditepuk kuat.
Terlompat Harris. Dengan perasaan sebal Harris menoleh ke belakang.
“Eh...
kau Ahmad? Bila kau datang. Lama gila tak jumpa kau!” bahu lelaki yang digelar
Ahmad dirangkul kasar. Diluku kepala lelaki itu.
“Woi!
Woi! Hilang kemachohan aku. ish... baru tadi aku sampai. Kena datanglah ke
wedding of the year Harris Lee.” Kata Ahmad dengan senyuman manis.
“Ha ha ha... well... akukan femes.
Kau tak jumpa Iz ke? Budak tu kalau jumpa kau mahu lompat bintang.” Harris mula
mencari-cari kelibat Iz.
“Aku tahu... akukan femes. Ha ha ha.
Tak payah la cari budak tu... aku kat sini bukan lama pun. Kejap je. Nak balik
dah. Kerja aku tu bukan boleh tangguh-tangguh. Karang jadi masalah pula.” kata
Ahmad sambil menepuk lembut bahu Harris.
“Ha ha ha.. yelah.. aku faham. Nanti
datang la jumpa aku dekat rumah aku yang baru tu.” Kata Harris sambil
mengunjukkan satu kad peribadinya. Ahmad menyambut kad itu sambil mengangguk.
“Okay. Nanti aku datang aku roger
kau. Aku minta diri dulu ya.” Selepas bersalaman, Ahmad terus berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)