Assalamualaikum semua!!!
Apa khabar? maaf lama sangat tak update. Tengah busy sangat2... Cerpen baru???
Ada tu ada, tapi asyu join satu projek ni. Kalau ada rezeki adalah. Nanti Asyu up kat sini kalau tak ada rezeki ye?
Oh ya. ada satu cerpen baru ni.... Nantilah Asyu up. Paling lewat cuti bulan ni. Okay?
Tajuk dia >>>> MILIK SIAPAKAH HATI INI?
Jeng jeng jeng hahaha.... SABAU TAUUUUUU!!! Cuti ni Asyu UPDATE!
Untuk korang yang sudi jenguk blog yang dah bersawang ni.... Cerpen pendek untuk tatapan korang
CERPEN PENDEK : ADIK
Askara bermain di hujung pena,
Meluahkan segala yang tersirat,
Melakar sebuah tulisan,
Mengimbau sebuah ingatan.
-
1994
“Ibu! Ibu! Tengok ni, kakak dapat A untuk bahasa Inggeris!” jerit riang seorang kanak-kanak perempuan. Mata melilau ke sana sini, mencari kelibat ibu tercinta.
“Ya, sayang. Ibu ada di dapur, Yaya.” Sahut si ibu yang sedang sarat menanti hari. Yaya pantas memeluk leher ibunya. Dikucup mesra pipi si ibu. Si ibu membalas dengan membelai lembut rambut yang cantik beralun.
“Pandainya anak ibu ni. Macam nilah baru jadi kakak yang terbaik untuk adik ni.” Kata Ibu sambil mengusap perut yang kadang-kala terasa ketat. Tangan si anak ikut melekap ke perut ibu.
“Ibu, apa nama adik Yaya ni ya ibu?” tanya Yaya yang membulat matanya tatkala terasa gerakan si adik yang bakal menjengah dunia.
“Nama dia.. Hm... kalau perempuan ibu suka nama Siti Nur Zulaikha, dekat-dekat dengan nama Yaya, Siti Nur Nadiah.” Kata ibu sambil mengucup lembut dahi si anak. Sudah hampir 12 tahun kehadiran Yaya di dunia ini barulah adiknya menjelma.
“Kalau lelaki?” tanya Yaya yang masih teruja dengan kehadiran bakal adiknya. Sudah lama dia keseorangan akhirnya, doanya dijawab. Dia bakal berteman, bakal mempunyai teman bermain.
“Ibu ikut ayah pulak. Yaya suka adik lelaki atau perempuan?” duga si ibu. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.
“Hm... Yaya lagi suka adik perempuan. Nanti dia jadi bestfriend Yayakan ibu?” tanya Yaya penuh berharap.
“Ya sayang, kalau perempuan dia boleh jadi bestfriend Yaya, tapi, ibu tak kisah lelaki atau perempuan sebab, rezeki ni...” tangan menyentuh perutnya.”...Allah yang beri sayang. Kalaulah Allah tak beri kita kesempatan ini, boleh ke Yaya nikmati nikmat bakal ada adik ni?” tanya ibu sambil mengerdipkan matanya. Yaya tertawa.
“Betul kata ibu. Yaya pun tak kisah dapat adik lelaki atau perempuan, yang penting adik dengan ibu sihat-sihat je!” balas Yaya dengan riangnya.
“Nanti, kalau adik dah keluar, Yaya kena sayang adik. Kena jaga adik. Kalau ibu tak ada, Yaya yang kena ganti tempat ibu, faham?” pesan si Ibu. Muka Yaya berkerut, tidak suka dengan permintaan si ibu.
“Kenapa muka tu? Tak sayang ibu, adik?” tanya ibu sambil mencuit dagu Yaya.
“Sayang. Hm... mestilah Yaya jaga. Yaya faham. Tapi ibu pun ada kan?” tanya Yaya tak puas hati.
“Bagus anak ibu ni...” Ibu mengangguk perlahan. ‘Jika diizikan-Nya’ Tiba-tiba, dahi si ibu berkerut seribu. Bagai menahan kesakitan yang amat sangat. “... Argh... Yaya panggilkan ayah sayang.” Kata si Ibu perlahan. Yaya mengangguk faham. Terus anak kecil itu berlari mendapat si ayah. Tahu si ibu dalam kesakitan.
“Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar...” nama Allah meniti di bibir si ibu. Air mata bergenang. Menahan kesakitan yang luar biasa sakitnya.
“Ya Allah, selamatkanlah anak ini, berikanlah dia kesempatan.” Ujar si ibu perlahan.
-
“Ayah, ibu macam mana?” tanya Yaya yang baru terjaga dari tidur. Tidur dikerusi hospital sememangnya tidak seselesa katil di rumahnya.
“Adik dah selamat dilahirkan.” Kata ayah perlahan. Tetapi suara itu bagai dalam kesedihan. Yaya kegelisahan. Ibunya, ibunya bagaimana?
“Ibu?” tanya Yaya lagi. Ayahnya masih sepi.
“Ibu?!” jerit Yaya. Hatinya semakin takut. Takut dengan sebarang kemungkinan.
“IBU!!!” jerit Yaya sekuat hatinya. Semoga jeritan itu mampu membuat ibunya muncul dengan senyuman.
“Yaya... Maafkan ayah... ibu... ibu...” Ayah menangis teresak-esak. Saat itu Yaya tahu Ibunya sudah tiada lagi. Dia terduduk tanpa kata.
-
“Yaya, mari sini. Tengok adik ni.” Panggil si ayah penuh berharap. Sudah hampir dua minggu arwah meninggalkan mereka, tetapi Yaya tetap tidak mahu menatap wajah adiknya.
“Tak nak! Dia yang buat ibu meninggal!” kata Yaya, lantang. Air mata laju mengalir.
“Yaya!” ayahnya pantas berdiri, tidak dapat menahan sabar dengan kerenah Yaya. Tiba-tiba, deringan telefon rumah mereka kedengaran. Ayah pantas berlari ke bawah. Si bayi kecil itu diletakkan di atas katil di apit bantal kecil yang comel berwarna merah jambu.
Yaya menjeling sahaja si adik yang gebu putih itu. Comel. Tetapi kecomelan itu tidak dapat membuat rasa sedihnya hilang.
“Uwa... uwaaa... Uwaaa!” suara tangisan yang pada awalnya perlahan semakin kuat. Yaya semakin gelisah. Ayahnya masih tidak kelihatan. Muka si adik yang putih mula kemerahan.
Perlahan, tanpa disedari, kakinya laju melangkah mendekati katil itu. Tangan yang tidak berapa kuat itu cuba memangku si adik, tangan kanan mencapai botol susu yang tersedia ditepi bantal si adik. Dengan penuh rasa ketakutan, keterujaan, dan kegelisahan yang bermain di minda Yaya. Dia menyuakan botol susu itu ke mulut mungil si adik. Laju si adik menghisap. Suara tangisan tidak lagi kedengaran.
Yaya tersenyum melihat telatah si adik. Mata sepet itu mula terbuka, memandang tepat ke mata Yaya. Yaya tergamam.
“Adik... kakak, Siti Nur Zulaikha.”sebut Yaya perlahan, bergetar hebat. Air mata menitis, jatuh ke pipi gebu si adik. Adiknya bergerak sedikit mungkin kegelian terkena air mata si kakak.
“Yaya...” namanya diseru perlahan. Bagai terdengar suara ibu. “...Yaya kakak yang baik ya...”
“Yaya...” suaranya diseru lagi. Kepalanya diangkat. Pandangannya kabur dek air mata. Kelihatan ayah tersenyum dengan linangan air mata. Terus dia dan adiknya dipeluk erat oleh ayah.
“Apa nama adik? Yaya nak letak nama apa?” tanya si ayah yang ternyata bersyukur dengan perubahan anak sulungnya itu.
“Siti Nur Zulaikha. Ibu yang pilih nama tu.” Ujar Yaya dalam esakkan. Ayah menyambut bayi kecil yang sudah kekenyangan. Diusap perlahan belakang si comel. Sedawa kecil kedengaran.
“Alhamdulillah. Baguskan Zulaikha ni, Nadiah?” tanya ayah dengan senyuman. Yaya mengangguk laju. Ya, Zulaikha.
-
“Ika! Ika!” jerit ayah. Penuh dengan perasaan marah. Anak bongsunya itu amat nakal. Kali ini nakalnya melampau-lampau. Habis kucing jiran mereka mati dibuat si bongsu.
“Kenapa ni ayah?” tanya Yaya yang tadinya asyik memasak. Masakkannya ditinggalkan begitu sahaja, apabila mendengar jeritan si ayah. Takut adiknya bakal terima ‘hadiah’ lagi dari ayah mereka.
“Adik kamu tu, melampau sungguh! Habis dia dera kucing kesayangan Mira. Sampai mati dibuatnya!”muka ayah merah, bagai mahu meletup. Yaya mampu menggeleng kepala.
“Sabarlah ayah. Adik tu budak lagi.” Bela Yaya, walaupun dia tahu amarah ayah tidak mudah hilang.
“Budak apanya? Dah 10 tahun! Mana budak tu? Kalau perempuan tu buat perangai perempuan, ni macam jantan, habis dikerjakan kucing tu!” tangan laju mencapai rotan yang disorok diatas almari, kaki membawa ke ruangan berehat. Melihat ayahnya begitu terus Yaya berlari ke tingkat atas. Mencari si adik.
“Kenapa kakak ni? Main serbu je!” marah Ika yang terkejut dengan kemunculan tiba-tiba kakaknya.
Yaya pantas menarik tangan si adik. Membawa ke biliknya. Hanya dibilik itu ayahnya tidak akan masuk. Kerana semua kunci sudah dia sorokkan.
“Kenapa ni kakak?” tanya Ika yang ternyata rimas dengan perlakuan kakaknya.
“Syuh! Diam. Menyorok dekat sini. Ayah tengah marah tu. Dia dapat tahu adik bagi kucing Mira mati.” Kata Yaya dalam nada berbisik. Takut ayah mereka dengar.
“Alamak! Ish, Mira ni kecoh! Siap dia!” rungut Ika tidak puas hati. Penumbuk digenggam kuat.
“Adik! Jangan berani buat apa-apa dekat Mira. Kalau akak tahu, siap adik!” Yaya laju memberi amaran. Takut adiknya membuat sesuatu diluar batas lagi.
Mata Ika galak menjeling kakaknya. Reaksi marah ditayang. Tak suka kakaknya masuk campur dalam urusan hidup dia.
“Kalau adik buat, kakak nak buat apa?” tanya Ika kuat, seakan menengking kakaknya. Nampak sangat tidak ada rasa hormat pada tempat dia menumpang kasih.
“Kakak... kakak...” Yaya kehilangan kata. Walaupun usianya 22 tahun tetapi bila berhadapan dengan adiknya yang berusia 10 tahun dia kalah. Dia tak mampu menidakkan kata si adik kesayangan.
“Jangan kakak tanya, kenapa adik jadi macam ni. Adik tak ada ibu. Kakak dapat juga belaian ibu. Adik ni...” Ika lantang berkata-kata.
“Maafkan kakak kalau adik rasa macam tu. Kakak tak mampu buat adik bahagia” Yaya tak mampu berkata apa-apa. Hanya itu yang terluah dari benaknya.
Zulaikha menjeling kakaknya keluar dari bilik itu. Entah kenapa dia sering sahaja merasakan dirinya tidak mendapat layanan sama rata dengan kakaknya.
-
“Ayah... Yaya dah tak tau nak buat macam mana. Mungkin ini salah Yaya, Yaya tak mampu memenuhi permintaan arwah ibu.” Kata Yaya yang jelas terluka dengan kata-kata si adik kesayangan.
“Yaya, tak salah. Ayah yang salah. Ayah yang tak mampu buat kamu dua beradik bahagia.” Kata Ayah sambil mengusap lembut rambut si anak.
“Kita cuba Yaya. Kita cuba hingga akhirnya.” Kata ayah perlahan. Menusuk tepat ke hati Yaya. Ya... cuba hingga akhirnya.
-
“Kenapa? Kenapa kakak kahwin?” tanya Ika selepas 2 hari Yaya bernikah. Umur Yaya sudah mencapai 27 tahun, selepas adiknya habis peperiksaan PMR barulah dia berani mengutarakan niatnya untuk berkahwin. Ayah mereka gembira dengan keputusan Yaya. Sudah lama mereka bertiga, tiba masanya keluarga kecil mereka berkembang.
“Kakak... nak juga merasa kasih sayang orang lain dik.” Balas Yaya sedikit takut-takut.
“Kenapa? Kakak tak dapat kasih sayang ke? Apa kami ni beban kakak ke?” tanya Ika sedikit beremosi. Terasa dirinya beban. Hanya membuat hidup kakaknya sengsara.
“Bukan macam tu dik. Maafkan kakak. Kakak sayang adik dengan ayah. Tapi akak jugak sayangkan abang Qhalish.” Terang Yaya dengan linangan air mata. Salahkah dirinya ketika ini?
“Huh! Tipu je. Ika benci kakak! Benci! Benci!” jerit Zulaikha melepaskan rasa sedihnya. Yaya terhenyak mendengar kata adiknya itu. Benci. Benci. Benci.
“Astagfirullahalazim! Ika! Apa kena dengan kamu ni!?” tengking ayah. Ika segera dipeluknya. Kalau tak dipeluk mahu berdarah kepala si kakak.
“Ika benci kakak! Kakak la punca segala-galanya!” marah Ika sepuas hatinya. Dia pantas berlalu dari situ.
-
“Salahkah Yaya ayah?” tanya Yaya dengan linangan air mata.
Ayah menggeleng pantas. Bukan salah sesiapa. Mungkin salah dia. Kurang asuhan dan tumpuan diberikan kepada Zulaikha.
“Sabarlah Yaya. Satu hari nanti dia akan terbuka hati dengan semua ini.” balas ayahnya sambil menutup pintu bilik Yaya. Yaya menangis lagi.
-
“Kakak, Ika nak kahwin.” Bisik Ika tiba-tiba. Yaya yang sedang mengandung tersentak mendengar permintaan si adik. Baru sahaja habis SPM sudah mahu berkahwin? Sudahlah dirinya baru 4 bulan mengandung.
“Tapi Ika muda lagi sayang.” Kata Yaya penuh kasih sayang. Mulut Ika tercebik bosan.
“Itu jelah yang kakak mampu kata. Ini permintaan Ika. Tak akan kakak tak mampu tunai kan?” tanya Ika kasar.
Yaya tersenyum dalam luka. Tangan adiknya diraih. Diusap lembut.
“Untuk adik kakak, apa sahaja kakak akan lakukan.” Kata Siti Nur Nadiah ikhlas seikhlas-ikhlasnya.
“Terima kasih kakak!” ucap Ika riang. Yaya tersenyum penuh bermakna. Ini kali pertama Ika mengucapkan terima kasih kepadanya. Ya Allah terasa sungguh gembira hatinya ketika ini.
-
“Ika... Maafkan kakak ye. Kakak gagal jadi kakak yang baik untuk Ika. Allah... Sakitnya... Agaknya sakit ibu melahirkan kita, macam ini agaknya...” kata Yaya yang sedang sakit melahirkan. Tangan ika digenggam erat. Air mata Ika mula mengalir.
“Ika yang minta ampun. Ika buta, buta menilai kasih sayang akak dan ayah. Ampunkan Ika akak!” raung Zulaikha.
“Kakak sentiasa mengampunkan adik kakak ni. Ikalah adik kakak, dunia akhirat. Hanya Siti Nur Zulaikha adik Siti Nur Nadiah.” Kata Yaya dalam kesakitan.
“Ya. Hanya kakak yang mampu jadi kakak Ika.” Kata Ika sambil mengucup pipi kakaknya.
“Abang cepatlah! Kakak sakit ni!” jerit Ika kepada suaminya, Razak. Suami kakaknya jauh berada di negara orang. Razak mula memijak pedal minyak.
“Kakak sayang adik.” Kata Yaya sebelum matanya tertutup.
“Kakak!!!” jerit Ika sambil memeluk erat tubuh kakaknya.
-
Ingatan bermain dipinggir minda,
Membuat diri ini merindui mu,
Membuat diri ini rindu dengan belaian mu,
Hanya kamu yang mampu membuat diri ini bahagia,
Kakak... adik sayang kakak.
Pen diletakkan. Anaknya yang sedang nyenyak tidur dijenguk.
Pintu terbuka perlahan.
“Adik, mari, kakak ada masakkan sup ikan haruan.” Kata Yaya dengan senyuman.
Ika tersenyum bahagia. Kini dia sedar akan kepentingan kakaknya. Apakah makna kakaknya itu. Dia sayang akan kakaknya.
“Eh, Ika menangis ye?” tanya Yaya sedikit panik. Sudahlah adiknya sedang berpantang, menangis pula.
“Jangan macam ni. Adik kena kuat jangan menangis. Esok Razak jenguklah adik.” Ujar Yaya sedikit bergurau.
“Kakak ni...” nafas dilepas perlahan “... Adik sayang kakak.” Ujar Ika buat sekian kalinya.
“Ya, Kakak pun sayang adik.” Balas Yaya sambil memeluk adiknya.
“Ibu! Nak syusyu!” muncul Siti Nur Ariana, puteri Yaya yang sudah berusia 2 tahun. Yaya tergelak kecil. Ika turut tergelak.
“Pergilah kakak.” Kata Ika sambil menghirup sup yang dibuat penuh kasih sayang oleh kakaknya.
“Ya. Adik.” Balas Yaya. Perkataan adik disebut lagi. Perkataan yang paling dia sukai. Perkataan yang paling dia gemari.
Adik.
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)