Friday, 1 May 2015

Nerdku Romantik 2 sebuah Cerpen

Nerdku Romantik 2



            Ingat lagi tak dengan kisah Nerdku Romantik ? kalau ingat bagus sangat. Memang koranglah pembaca setia blog Asyu yang tak berapa nak cun ni. Sebab ramai yang request... makanya wujudlah Nerdku Romantik 2. Btw mungkin cerita ni tak menepati cita rasa korang soooooo...... Asyu mintak maappppppp!!!! =n=.

Dengan ini bermulalah kisah mereka....

---

“What Syahlina nak kahwin?” jeritan lelaki yang kacak itu mengejutkan rata-rata pelanggan Kafe D’SY yang ada. Menyedari berpuluh pasang mata terpaku kepadanya, terus dia menunduk memohon maaf.

“Kau biar betik? Tak kan minah tak laku tu nak kahwin?” tanya Shamier, lelaki kacak yang baru sebentar tadi membuat lontaran vokal.

“Betullah. Buat apa aku nak tipu kau. Minah yang macam budak lelaki, a.k.a. minah yang kau mainkan hati dia masa zaman sekolah dulu nak kahwin dah!” jelas Kairil. Khairil merupakan pelanggan tetap kedai kek Syahlina. Sebab itu dia tahu. Kebetulan  masa dia beli kek hari itu, dia tertengok Syahlina kena lamar.

“Ish... ada ke orang nak dia?”tanya Shamier tak percaya.

“Adalah! Depan mata aku kot dia kena lamar.” Kata Khairil sedikit penat.

“Habis dia terima ke?”tanya Shamier lagi.

“Yup. Dia terima. Why? Tak percaya ke? Dia bukan macam dululah bro... walaupun nampak macam jantan tapi sekarang ni makin ayu kot.” Khairil pelik dengan Shamier ni. Dah jodoh... kalau jauh mana, huduh mana pun orang tu, dah datang jodoh dia kahwinlah dia.

“Huh! Lantaklah. Yang kau nak kasi tahu aku ni kenapa?” marah Shamier. Hatinya terasa sakit pula ketika ini. Kenapa?

“Aish... garangnya bro! Relaks la... kau cemburu ke?”tanya Khairil dalam nada bergurau.

“Apa? Tak ada maknanya!” terus Shamier menamatkan panggilan Khairil. Sakitnya hati dia sekarang ni!

“Kau kahwin ke tak ke? Lantak kaulah!” marah Shamier seorang diri. Dia meninggalkan not RM50 diatas meja. Sempat dia menyepak kaki bangku di meja yang dia duduki. Ouch! Yang sakitnya kaki dia... huhuhu kan ke bengong namanya tu...

-

“Wargh!!! Dia dah datang! Tengku Ilham Zaquan dah muncul!!!” jerit salah seorang perempuan yang dari tadi menunggu di depan kek Syahlina. Kalah retis Korea. Macam drama Korea pulak. Macam kat Korea masa zaman G.O.D. dulu, peminat tunggu depan tempat konsert idol Korea yang sangat terkenal di negara tersebut. Erk... awat keluar pasal G.O.D. ni??? Gara-gara layan ROOMMATE la ni... alahai... *abaikannn kikiki :P*

Intan Syahlina mula membuat muka ‘tangan dibahu mata ke atassss’ nya. Ilyana ketawa kecil. Macam-macamlah bosnya ini.

“Lambat datang.” Dingin je suara Syahlina. Sentap kot... janji pukul 10 pagi nak pergi jumpa mak dia... sekarang dah pukul 1 tengahari. Siapa tak sentap?!

“Sorry sayang... ni... peminat a.k.a yang gedik-gedik ni asyik halang abang keluar rumah. Susahlah macam ni... Abang rasa nak upah bodyguard. Sayang rasa macam mana?”tanya Ilham dengan nada manja. Manja sangat... sampai rasa nak ambik mesin duit ni hempuk kat muka seorang insan bernama Tengku Ilham Zaquan! Sabar... sabar Syahlina... sabar... kalau kau buat macam tu... nanti kau jugak yang mampus! Peminat dia ni HARDCORE! Bukan boleh buat main-main...

Dia pun pelik. Nak kata Ilham ni retis... memang tak la... mungkin sebab dia superb duper punya kaya kot. Kalau jadi pelakon ni... mesti lagi ramai yang jadi peminat dia... ohmy... tolonglah jangan! Tengku Ilham Zaquan milik Intan Syahlina tahu!

“Please!!! Jangan nak bersayang abang selagi kita belum sah ye encik Tengku Ilham Zaquan!” marah Syahlina. Ala... marah-marah manja je pun...

“Amboi... sombong!” rungut Ilham perlahan. Namun tetap didengari Syahlina. Terus Ilham menerima satu jelingan yang teramaatttt tajam.

“Sombong tak sombong! Pasal bodyguard tu saya setuju. Kalau boleh ambik dari Syarikat Bodyguard tau... ala.. company dia dekat je dengan kedai saya ni...” ujar Syahlina teruja.

“Kenapa pulak?”tanya Ilham pelik.

“Sebab bodyguard dia tough!” kata Syahlina teruja tanpa menyedari reaksi cemburu Ilham dah muncul. And... sebab bodyguard depe handsome bebenor!!! Teriak Syahlina dalam hati. Ada 5 orang bodyguard handsome-handsome yang suka makan kek dekat kedai dia ni.

“Hai... habis tu saya ni tak tough ke cik Intan Syahlina uit?”tanya Ilham dalam nada cemburu.

“Eh, siapa kata awak tak tough?! Awak lah yang paling tough dalam hati saya ni!” ujar Syahlina bersungguh-sungguh. Ayat cover je ni... takut si terchenta merajuk... Kalau nak tahu si Ilham ni kalau merajuk... alamatnya lima hari berturut-turutlah Intan Syahlina terpaksa bermadah pujangga.

Ilham tersenyum suka. Nasib baiklah awek tercinta puji... kalau tak mau dia makan hati untuk 10 tahun mendatang ni.

“Eh, kita dah lambatlah awak!” jerit Syahlina. Tersentak Ilham dibuatnya.

“Lambat kenapa?”tanya Ilham blur.

“Ya Allah! Masa nilah awak nak bluringnya! Mak saya dah tunggu lama tu! Entah-entah dia dah siap masak dah!” marah Syahlina. Ikutkan hati nak saja dia piat-piat telinga bakal suami dia ni! Bakal suami? Sedap pulak dia dengar.

“Oh my mother-in-law! Jom, jom... makin merajuklah mak mentua saya tu!” bising Ilham. Syahlina ketawa kecil. Aduhai... baru jumpa 3 kali... terus mak mentua saya tu! Nasib baik mak dah luluskan pinangan awak tu, tapikan... Ilham ni sejak tarikh nikah mereka makin dekat makin terserlah keromantikkan dia , Nerdku Romantik!

-

“Assalamualaikum!” laung Ilham kuat sebaik sahaja keluar dari kereta. Syahlina menepuk dahi. Tak tahu malu betul lelaki ni.

“Waalaikumusalam! Eh, sampai pun menantu mak!” jawab Puan Muslina. Syahlina tarik muka. Sama naik je bakal menantu dengan mak dia ni.

“Mak sihat ke? Maaf Ilham lambat.” Kata Ilham sopan. Kalah anak dara sopannya dia ni.

“Eh, tak apa... Mak saja panggil nak tanya. Baju kamu berdua dah siap ke? Maaflah mak tak dapat nak tolong... kedai dobi arwah ayah Lina ni mak kena tengok-tengokkan.”  Ilham mengangguk faham.

“Mak... tak kan nak tanya je? Kalau macam sms pun boleh...” rungut Syahlina, ingatkan ada hal buruk dah jadi dekat mak dia... atau pun mak dia ubah fikiran pasal perkahwinan dia ni.

“Ada ke pulak kamu ni... mak panggil ni nak tanya sekaligus nak jamu bakal menantu mak ni makan-makan...” kata Puan Musliha seraya mencubit sedikit peha anaknya. Berkerut-kerut dahi Syahlina menahan sakit.

“Entah. Jelouslah tu... jom mak kita makan sama-sama. Kita tinggal je budak kuat cemburu tu dekat sini.” Ilham mengiringi Puan Musliha ke meja makan. Sempat lagi dia menjelir lidah ke arah Syahlina.

Syahlina tertawa kecil. Cemburu sangat... awak baru dapat kasih sayang mak saya seminggu dua ni.. saya ni dari dalam perut lagi, mak dah limpahkan kasih sayangnya untuk saya.

‘Tett! Tett!’ telefonnya bergetar tanda mesej masuk.

‘Aslm, hye... rindu sy x?’ Dahi Syahlina berkerut-kerut. Siapa pulak yang nak berindu-rindu dengan aku ni?

‘Wslm, siapa ni?’ balas Syahlina pendek.

‘La... Boyfriend sndiri pun x knl dh ke?’

‘Boyfriend? Merepek! Bakal suami sy ada je kt sblh mk sy ni. Awak ni siapa?’ Syahlina dah mula bengang.

‘(ikon menangis) sy ingt awk tunggu sy. Smpai ati awk ada pgganti lain... siap nk kahwin lagi tu..’

‘(ikon marah) siapa awk ni?!!! Tlg jgn ganggu sy!’ Ikutkan hati nak sahaja Syahlina memaki hamun orang yang mesej dengan dia ketika ini.

‘BF tercinta awk. Shamier. (ikon kenyit mata)’ Mata Syahlina terbeliak. Shamier???

‘Tlg jgn ganggu sy lag! Sy dah nk kahwin!’ Mental betul Shamier ni! Shamier ialah ex-boyfriend Syahlina di sekolah menengah. Eh... sebenarnya bukan ex-boyfriend pun... Shamier hanya mempermainkan perasaan dia. Buat dia jatuh cinta lepas tu malukan dia depan kawan-kawan mereka.

‘Ada sy kesah. Apapun awk milik sy!’ muka Syahlina sudah masam mencuka. Gila... gila betul Shamier ni.

“Sayang... kenapa masam ni?”tanya Ilham yang muncul tiba-tiba disebelah Syahlina. Terus telefon ditangan disorak dicelah sofa.

“Aip! Kan dah kata jangan nak bersayang-sayang kalau belum kahwin...” ujar Syahlina cuba mengalih perhatian Ilham. Bukan dia nak berahsia dengan Ilham, tapi... Ilham ni kuat sangat cemburu dekat dia.

“He he he... marah ke suka?” usik Ilham. Syahlina tergelak kecil. Siapa tak suka kalau buah hati panggil sayang?

“Memang la suka. Tapi biarlah panggilan tu jadi istimewa... jadi eksklusif... Kita guna panggilan tu bila dah sah ya awak...” ujar Syahlina manja. Ilham menelan liur. Tinggal lagi sebulan je mereka nak disatukan... tapi dia rasa tak sabar nak dengar Syahlina gelarkan dia abang.

“He he he... ni yang saya tak sabar ni... selamat je kita nikah... awak terus kena panggil saya abang!” ujar Ilham dengan senyuman nakalnya. Syahlina menolak bahu Ilham... sengal betul bakal suami dia ni.

“Awak... dah edarkan ke kad kahwin kita?”tanya Ilham tiba-tiba. Syahlina mengangguk kecil.

“Baru sikit. Kenapa?”

“Ehem! Jangan jemput ex-boyfriend awak...” perlahan sahaja bunyinya tetapi mampu membuat Syahlina ketawa mengekek.

“Eh... suka hati sayalah! Mesti awak jemput ex-ex awak yang lainkan? Kenapa saya tak boleh?” sengaja Syahlina menambah minyak ke atas api yang marak. Nak mengusik sahaja kerjanya.

“Cubalah kalau berani!” tinggi sahaja suara llham. Amboi garangnya!

“Marah ke cik abang?” muka masam Ilham terus bertukar manis.

“Kenapa senyum pulak ni?”tanya Syahlina pelik dengan tingkah laku tunangnya itu.

“Yelah... Awak akhirnya panggil saya Abang!!!” kata Ilham teruja. Terus tersedak Syahlina. Dia panggil abang ke? Erk... terlopas sudahhh...

“Eh... eh saya silap panggillah!” merah sahaja muka Syahlina menahan malu. Ilham ketawa senang.

“Tak kira... yang penting apa yang saya nak dengar dah terucap dari bibir awak tu.” Kata Ilham nakal. Kening dijongket-jongket. Comelnya rupa Ilham ketika ini!

-

Shamier melangkah masuk ke dalam kedai kecil itu. Haruman kek yang baru dimasak memenuhi deria baunya.

Siti pekerja baru Syahlina sudah terlopong melihat jejaka kacak itu. Dengan hanya berbaju t-shirt POLO dan berseluar pendek takat lutut, membuat Shamier menjadi perhatian ramai. Kaca mata hitamnya dibuka. Mata melilau mencari kelibat yang telah lama tidak dijumpainya.

“Bo... Boleh saya bantu?”tanya Siti tergagap-gagap.

“Hurm... saya nak jumpa dengan bos awak ada?”tanya Shamier dengan lagak orang kaya.

“Bos? Cik Syahlina or Cik Fatimah?”tanya Siti sedikit pelik. Tak akan Cik Syahlina punya skandal kot? Encik tengku Ilham tu bukan main lagi segak dari mamat depan dia ni. Tapi mamat ni boleh tahan jugalah handsome dia tu.

“Cik Syahlina.” Balas Shamier mendatar. Bukan dia tak perasan macam mana pandangan mata Siti ni.

“Ma... af.” Tak sempat dia nak beritahu Syahlina keluar, dah muncul empunya nama.

“Eh... Syahlina. How I mi...” mati kata-kata Shamier saat kelibat Ilham muncul dibelakang Syahlina. Syahlina yang terkejut tahap babun cuba mempamerkan reaksi biasa.

“Erk... hi. Lama tak jumpa. Kenalkan ni TUNANG saya, Tengku Ilham Zaquan. Sayang... ni kawan lama saya, Shamier.” Syahlina memperkenalkan Ilham kepada Shamier. Perkataan tunang ditekan kuat. Biar Shamier tu sedar diri. Ingat dia ni boneka ke? Asyik nak dipermainkan saja.

“Oh ye ke?”balas Ilham. Dia pelik dengan perubahan tiba-tiba Syalina. Ini mesti ada some thing wrong some where ni. Walaupun ada yang terdetik difikirannya, Ilham tetap menyalami Syamier. Tangan bertaut rapat, kejap dan kuat hingga menimbulkan urat-urat dilengan masing-masing.

Ini mesti ada sesuatu ni! Desis hati Ilham. Nampak sangat Shamier syiok dengan bakal isteri dia ni!

“Ehem! Ehem!” dehem Syahlina kuat mematikan pertarungan dalam diam diantara dua orang jejaka ini.

“Oh ya. Sementelah kita berjumpa ni. Eloklah sayang jemput kawan sayang ni datang majlis kita.” Ujar Ilham manja.

Oh i see what goes around. Syahlina turut tersenyum manja. Dia mengangguk setuju.

“Yelah hubby. Lupa pulak. My old friend... Shamier... jemput datang ya... sebulan sahaja lagi. 12 haribulan 12 nanti. Jangan tak datang pulak. Bawak la wifey awak.. tak akan tak kahwin-kahwin lagi kot?” kata Syahlina sambil menghulurkan kad kahwin mereka.

Shamier menyambut teragak-agak. Sakit betul hati dia ketika ini. Argh... dia yang bodoh... dulu buat anak dara orang macam orang bodoh... sekarang dia pula yang terasa macam orang bodoh.

“Erk... okay la. Sorry Shamier... but i must take my bride to be ni fitting baju. Tak lama dah majlis kami. Pejam celik pejam celik tiba juga hari yang ditunggu-tunggu ni.” Kata Ilham sambil menepuk bahu Shamier. Memberi amaran sebenarnya. Kalau tak faham memang bodoh la jawabnya.

  “Yup. Thanks datang jenguk Shamier. See you in a month.” Balas Syahlina sambil tertunduk sopan. Shamier tersenyum kelat.

“Okay... hope... semua berjalan lancar.” Balas Shamier pahit. Syahlina dan Ilham tersenyum. InsyaAllah semuanya akan selamat dan berjalan lancar.

-

          Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Syahlina duduk malu-malu ayu di atas kusyen khas di dalam biliknya. Majlis akad nikahnya bakal dijalankan bila-bila masa sahaja.

          “Ya Allah anak mak ni, gabra benau!” kata Puan Muslina sambil mengesat peluh yang mengalir di dahi Syahlina. Ni memang betul-betul peluh seram sejuk.

          “Mak ni... orang nervous ni.” Rajuk Syahlina. Macamlah mak dia tak pernah merasa jadi pengantin.

          “Relaks la... Pak Usu kamu tu insya-Allah, urusan akad nanti lancar. Lagipun mak dah pesan banyak kali dekat Ilham banyakkan istighfar.” Kata Puan Muslina cuba menghilangkan keresahan anak tunggalnya. Kesian pula tengok Syahlina berpeluh kalah orang masuk hutan.

          “Hm... yelah mak.” Syahlina tersenyum, tapi tak berapa nak jadi senyumnya.

          “Assalamualaikum. Ni saya, tok kadi nak tanya dekat pengantin perempuan. Betul ka kahwin atas rela hati?”tanya tok kadi dengan gaya tak boleh blah. Nak terlambak ketawa Syahlina melihat tok kadi menjenguk kepala di celah pintu biliknya.

          “Rela tok.” Jawab Syahlina dengan sengih kerangnya. Puan Musliha mencubit kecil paha anaknya. Cover sikit. Awak tu pengantin.

          “Ikhlas sungguh ni tuk!” kata Syahlina terkuat apabila terkejut dengan cubitan halus ibunya menyinggah di pahanya.

          “Hai, bersungguh pengantin perempuan ni. Okay baiklah saya mulakan, karang lambat mau pengantin perempuan merajuk ni.” Usik tok kadi. Amboi, tok kadi bukan main.... Merah muka Syahlina menahan rasa segan.

          Syahlina menunggu dengan sabar. Tak sampai 20 minit Ilham sudah pun muncul di pintu biliknya. Syahlina jadi kaku. Nak senyum tak boleh, nak nangis pun tak boleh. Matanya terpaku terus di wajah Ilham. Imamnya di masa-masa mendatang.

          “Assalamualaikum isteri, Abang.” Kata Ilham berbisik tatkala dia bersimpuh di depan Syahlina untuk acara menyarung cincin.

          “Waalaikumusalam, suamiku.” Jawab Syahlina yang tersipu malu.

          “Eh, malu-malu kucing pulak cik pengantin perempuan kita ni! Salah pulak... Puan la..” usik Fatimah yang sedari tadi melihat disebalik pintu bilik.

          Tangan Ilham segera Syahlina salam. Dikucup dengan rasa yang tidak dapat digambarkan. Air mata mula bergenang. Cincin disarung. Terletak indah diantara jari-jari Syahlina yang ketot-ketot itu.

          Ilham segera menyeka air mata yang baru jatuh ke pipi Syahlina.

          “Abang tak izin mata ni mengeluarkan air duka. Kalau air bahagia, abang izinkan.” Bisik Ilham ditelinga Syahlina. Dahi Syahlina dikucup syahdu.

          “Lamanya, encik jurugambar ni pun dah penat nak menangkap gambar korang.” Kata Tengku Nata a.k.a. ibu mertua terchenta Syahlina.

          Terus Ilham menjarak dirinya. Muka Syahlina tak usah katalah. Memang merah menyala.

          “Sorry, sayang. Nanti kita sambung balik ya...” Bisik Ilham menggoda. Meremang bulu roma Syahlina. Oh my... kalau gini tak taulah nasib dia nanti.

---

          Disuatu tempat pada masa yang sama...

          Bunyi bising muzik bernada retro memenuhi ruangan telinga segenap manusia yang ada di dalam kelab itu.

          Shamier meneguk air kencing syaitan dengan rakus. Bahunya dielus lembut. Seorang wanita berambut kuning setia menuangkan air kencing syaitan ke gelas Shamier.

          “You, kenapa hari ni you nampak tension?”tanya wanita itu dengan suara kuat. Shamier hanya mendengus kasar.

          “Hm... bad mood bukan main. Ni mesti kes... girlfriend kawen dengan orang lain.” Kata Lisa kononya mahu mengubah mood. Tapi sayang tekaannya mengena tepat.

          “Kau diam boleh tak?!”tengking Shamier. Terhenjut bahu Lisa. Kebetulan dia duduk betul-betul rapat dengan Shamier.

          “Huh, betullah tekaan I? You nak marah kenapa? Banyak cara sekarang ni. Alah... yang berkahwin boleh bercerai you...” kata Lisa cuba mengumpan Shamier untuk memberinya perhatian. Bosan kalau duduk sahaja.

          “Apa cara yang you maksudkan?”tanya Shamier. Kening terjongket-jongket. Lisa membisikkan sesuatu ke telinganya.

          “Apa??? Sihir pembenci? Syirik tu!” kata Shamier kuat.
         
          Eh, mamat ni, teguk air setan ni dia okay pulak... rungut Lisa dalam hati.

          “Alah you. Nanti taubat je la bila you dah dapat gf you tu...” kata Lisa semakin membuat Shamier ingin melaksanakan saranan Lisa.

-

          Sebulan sudah Syahlina menjalani hidup dengan suaminya. Bahagia? Memang dia bahagia. Tetapi semenjak dua menjak ni, dia terasa-rasa bagaikan ada yang setia memerhatikan dirinya.

          “Sayang!” Ilham memberinya kucupan dipipi. Terkejut Syahlina dibuatnya. Rasa nak marah pula.

          “Apa ni? Tak sukalah!” kata Syahlina tiba-tiba. Ilham tersentak.

          “Sayang datang bulan ke?”tanya Ilham sedikit sedih.

          Syahlina makin menyampah. Entah kenapa, pagi ni dia rasa sakit hati sangat melihat wajah Ilham di depan matanya. Bagaikan suaminya itu mengejek-ngejek dia.

          “Hish!” desis Syahlina sebelum berlalu pergi

          Ilham jadi pelik. Tak pernah-pernah isterinya buat perangai.

          “Sayang abang pergi dulu ya.” Kata Ilham seraya menunggu Syahlina menyalaminya seperti biasa. Syahlina masih membelek majalah di ruang tamu.

          “Tak nak salam abang ke sayang?” Ilham sudah berkerut tidak senang hati.

          “Ish, nak pergi, pergi jelah. Sibuk je...” kata Syahlina kuat. Tangan Ilham disalam juga tetapi tidak dikucup seperti biasa.

          “Kalau tak ikhlas tak payah.” Kata Ilham yang tengah panas hati. Terus dia berlalu pergi. Elok sahaja Ilham pergi, Syahlina jadi sejuk. Pelik pula Syahlina rasa. Pantas dia mendail nombor ibunya.

          --

          “Hm... mak rasa tak sedap hati. Cuba kita tanya dengan ustaz Saiful yang ajar mengaji di sekola agama kain hijau tu.” Cadang puan Muslina.

          “Eh, mak ni. Bukannya serius pun.” Kata Syahlina berdolak-dalik

          “Kalau tak ada apa pun apa salahnya jumpa ustaz tu. Dulu dia jugak yang mengajar kamu mengaji.” Kata puan Muslina memujuk.

          “Hm... okaylah. Ikut mak je.” Kata Syahlina perlahan.

--

          Makin hari hubungan Ilham dan Syahlina makin renggang. Syahlina masih tidak memberitahu mengenai dia terkena sihir.  Macam mana nak beritahu kalau pandang sahaja wajah Ilham, Syahlina mahu melenting.

          Mujur selepas membuat rawatan dengan ustaz Saiful, Syahlina semakin terkawal perasaannya. Kini dia boleh menyiapkan makan minum Ilham namun perasaan tidak senang dengan kehadiran Ilham tetap ada

          “Sayang... are you really okay?”tanya Ilham yang ternyata sudah tidak tahan dengan layanan endah tak endah Syahlina. Nak kata datang bulan, kenapa lama benor? Dekat dua bulan jugalah Syahlina membeku tahap ais kutub.

          “Hm... tak ada apa.” Balas Syahlina malas. Dia cuba berisghtifar di dalam hati. Sedih melihat air muka Ilham. Ternyata Ilham suami yang cukup baik. Masih bersabar dengannya. Kalau dia ditempat Ilham pada ketika ini mungkin dia sudah berputus asa.

          -

          Syahlina akhirnya pulih dari gangguan yang dihadapi. Dia tahu siapa yang menghantar sihir pebenci kepadanya. Shamier. Lelaki itu sedari dia dibangku sekolah hinggalah dia sudah berkahwin masih tidak putus-putus menganggu hidupnya.

          Apa salahnya pada lelaki itu? Kenapa dia yang harus menjadi mangsa? Dahulu mujur ketika itu dia sudah hampir habis spm, walaupun malu teramat sangat, dia bertahan hingga ke akhirnya.

          Syahlina mengatur langkah ke bangunan yang tersergam indah. Pejabatnya Shamier. Perhitungan harus dibuat. Bukan sedikit. Yang terima akibatnya, Ilham suami yang dia cintai. Mujur Khairil sudi memberitahu alamat tempat kerja Shamier.

          Kaki melangkah penuh semangat. Ungkapan basmallah membasahi bibir. Perasaan serba tidak kena cuba dihapuskan. Ilham tidak tahu menahu yang dia pergi ke sini. Kalau tahu memang tiada maaf bagiku jawabnya.

          “Eh, Syahlina!” Shamier mempamer senyuman manisnya. Pastinya dia ingat yang Syahlina datang untuk kembali ke pangkuannya. Syahlina mempamer senyuman palsu. Tak hinggin dia kembali ke lelaki mental ini. Tidak sedar diri punya lelaki. Tak ada maknanya dia nak tinggalkan suaminya yang hot itu. Walaupun nerd, tapi machonya... fuh! Kalau tak masakan Ilham mempunyai kelab peminat walaupun dia bukan seorang artis.

          “Hai Shamier. Sibuk?” tanya Syahlina yang sedaya upaya mempamerkan senyuman kelatnya.

          “Tak. Kenapa? Rindu?”tanya Shamier gatal

          Yuck! Rasa nak muntah Syahlina mendengarnya. Memang betul dah mental lelaki ni.

          “Haah rinduuuuu sangat! Boleh kita pergi pejabat Shamier?”tanya Syahlina lembut, selembut yang mungkin. (kalau kita dengar, macam suara orang bercakap masa tengah membuangggg)

          “OK. Jom.” Bukan main lagi Shamier menarik tangan Syahlina, tak sedar diri betul mamat mental ni.

          “Duduklah. Kopi?” tanya Shamier sambil turut melabuhkan punggung disebelah Syahlina.

          Syahlina menggelengkan kepala. Tak nak dia minum, karang bukan setakat pembenci silap-silap dia terus hilang ingatan kalau minum air yang mamat mental ni beri.

          “Shamier. Aku nak cakap sekali je. Jangan kacau kebahagian aku!” kasar Syahlina menutur kata. Marah, sakit hati, benci dah tunggu masa nak meletus dari mulut Syahlina.

          “Apa? Syahlina jangan main-main. Awak datang untuk bersama saya kembali kan?”tanya Shamier dengan perasaan gemuruh.

          “Bersama dengan kau? Memang tak! Kau kenapa, hah? Kacau hidup aku? Dah bertahun... dulu kau buat aku malu! Sekarang kau nak tengok aku derita pulak?!”tengking Syahlina. Dia sudah berdiri. Beberapa orang pekerja sudah menjenguk ke tingkap bilik Shamier. Syahlina tak kira, malu ke apa ke, yang penting dia harus lepas dari cengkaman mamat mental ni!

          “Aku... aku...” Shamier raup rambutnya kasar.

          “Kenapa? Kau dah tahu aku nak kahwin kau mula tergila-gilakan aku? Tu bukan cinta tu ego! Dulu kau kata aku ni tak ada sesiapa nak! Tu yang kau buat aku macam ni! Kau buat aku benci suami aku. Sampai hati kau tak cukup ke yang kau dah malukan aku dulu?”tanya Syahlina yang kini menangis. Dia pelik. Apa yang Shamier inginkan darinya.

          “Aku... cintakan kau.” Kata Shamier memohon pengertian Syahlina.

          “Cinta? Kalau kau cinta aku. Kau tak buat aku macam ni. Kau seksa aku. Ilham suami aku terseksa sama. Aku ni isteri orang. Haram kau buat macam ni!” Syahlina cuba menyedarkan mamat mental yang terlebih mental ni. Moga-moga mamat mental ni waras ketika mendengar taklimat Syahlina ketika ini.

          “Tapi... aku nak bersama kau! Kau tu milik aku!” suara Shamier dah mula meninggi.

          “Aku bukan milik kau! Aku ni dah jadi milik Tengku Ilham Zaquan! Isteri dia yang sah! Kau dan aku tak ada kaitan. Kalau ada pun kau tu musuh aku. Faham?!”Syahlina sudah bangun ingin meninggalkan pejabat Shamier.

          Shamier merentap tangan Syahlina membuat wanita itu terus berada di dalam dakapan Shamier. Syahlina meronta cuba melepaskan diri. Shamier sudah dirasuk syaitan , dicium Syahlina yang sedang cuba menyelamatkan dirinya.

          ‘BUM!’ pintu bilik Shamier yang dikunci. Ditendang kuat dari luar. Kelihatan Ilham berlari laju ke arah Shamier. Serentak itu kaki Shamier disepak kasar.

          Syahlina yang sudah meraung dibawa ke pelukkannya. Syahlina masih meronta-ronta tidak sedar bahawa yang memelukknya ketika itu adalah suaminya, suami yang dia rindui.

          “Sayang, sayang. Its okay. Ni abang ni. Please open your eyes.” Kata Ilham sambil mengucup dahi si isteri.

          “A...a...bang?”tanya Syahlina dengan suara terketar-ketar. Mata dibuka. Melihat kelibat Ilham. Terus Syahlina memeluk erat suaminya itu.

          “Ma... maaf ni semua sebab Lina tak beritahu abang, yang Lina nak pergi jumpa Shamier.” Kata Syahlina dengan sendu sendanya.

          “Okay. Okay. Sayang sabar. Semua dah okay. Tarik nafas, lepas.” Ilham panik melihat Syahlina seakan tidak mampu bernafas.

          “Huh, bahagia sangat! Aku benci tengok korang! Blah dari sini!” jerit Shamier yang hilang kawalan. Habis segala cawan, frame gambar dicampak ke arah Ilham. Terjerit-jerit Syahlina melihat suaminya dihentam Shamier.

          Terus dia bangun dan menampar muka Shamier. Shamier terpana.

          “Tu untuk suami aku! Kurang ajar! Untung aku tak report kau! Kalau sekali lagi kau buat kami macam ni, aku dan suami aku tak teragak-agak nak sumbat kau dalam penjara!” jerkah Syahlina.

          “Apa? Aku boleh buat lagi teruk dari inilah Syahlina!” Shamier terasa tercabar.

          “Hoi, ni Tengku Ilham Zaquan, kalau aku nak, aku boleh buat kau hilang dari bumi Malaysia ni!” Ilham tidak dapat menahan sabar. Berubah muka Shamier. Dia tahu kuasa Ilham amat besar.

          “OK. Ok. Aku minta maaf. Aku janji tak ganggu korang lagi.” Kata Shamier terketar-ketar. Baru dia sedar, orang yang dia ganggu bukan calang-calang orang.

          Ilham memeluk Syahlina. Segera mereka beredar dari situ. Bos besar Shamier memohon maaf berulang kali. Mungkin kerjasama mereka tidak akan berlaku.

          “Buang dia atau kerjasama ini tidak akan terjadi.” Kata Ilham tegas. Bos besar Shamier terangguk-angguk. Setakat kehilangan pekerja yang seperti Shamier itu tak apa. Banyak lagi orang yang boleh bekerja dengannya.

-

          “Abang, Lina minta ampun. Mungkin ini balasan Lina sebab membuat abang derita.” Kata Syahlina dengan linangan air mata. Ilham yang memandu mengerling isterinya.

          “Hah, balasan! Tau pun. Abang kecik hati tau. Mujur abang pergi pejabat Shamier untuk berjumpa encik Zuhir. Selama ni, sampai hati sayang sembunyikan sayang sakit. Mati-mati abang ingat sayang dah benci abang.” Kata Ilham menayang wajah masam.

          “Maaf. Sayang tak boleh nak beritahu. Mulut sayang ni macam terkunci bila nak beritahu abang. Eh, mana abang tahu?”tanya Syahlina.

          “Ustaz Saiful tu kawan abang sayang. Sayang, jodoh kita sudah tertulis sejak azalinya lagi. Abang tahu ada yang tak kena dengan sayang.” Kata Ilham tenang. Dia tahu betapa terseksanya isterinya beberapa bulan ini.

          “Maaf abang.” Pinta Syahlina buat sekalian kalinya. Ilham tersengih nakal.

          “Abang maafkan. Tapi.. ada syarat. Abang nak tuntut dengan sayang.” Kata Ilham dengan nada menggoda.

          “Tuntut?”blur pula Syahlina. Tuntut apa? Dia ada janji apa-apa ke?

          “Tuntut le. Abang dah teringin nak dengar baby menangis kat rumah kita tu.” Kata Ilham sambil melirik ke Syahlina, menggoda. Merah padam muka Syahlina. Pantas jari jemarinya berkerja. Owh! Padan muka!

          “Tak malulah abang ni! Tak padan dengan nerd!” kata Syahlina sambil memaling muka ke luar tingkap. Malu.

          “Eh, nerd-nerd pun. Nerd nilah yang sayang panggil Nerdku Romantik! Mana nak carik nerd macam abang ni? Dalam sejuta belum tentu jumpa tau!” kata Ilham sambil menggenggam tangan Syahlina. Dalam diam Syahlina membalas genggaman Ilham.

          Memang rare. Nerdku romatik ni hanya milik seorang Syahlina tau! Jangan berani nak usik!


          Dan... Syahlina hanya milik Ilham, kalau usik, memang M.I.A la jawabnya!

7 comments:

  1. awesome no coment lh haha comel je

    ReplyDelete
  2. Best. cukup rencah.tapi tulisan tu jgn bold kn pening :D
    jemput dtg baca novel baru saya pula... n support no feeling girl
    ->http://norashaisyasiah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. AWWWWWW ������������ SUPERB! keep it up kak -r

    ReplyDelete
  4. bagus sangat, oya jangan lupa kunjungi http://share-afriadi.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  5. Comel la dorang ni..Sweet. Btw,best story. Caiyookk! Jgn lupa singgah
    zarinsigadisbiasa.blogspot.com

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)