Monday, 6 April 2015

Dalam kebencian ada kasih untukmu, suamiku! ~23~



ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

He he he ramai yang mintak sambung so kita kasi up ke bab 23. Tapiiiii.... hanya bab prolog, 1, 2, 20, 21, 22, dan bab ni akan dipamerkan di blog ni.
 Yang lain Asyu dah delete. harap maklum.
Ni pun atas nasihat beberapa kenalan Asyu.
Asyu pun buat jelah.
Btw maaf sebab lama tak up bab baru dlm blog  ni.
Terima kasih sudi baca dan mengikuti kisah DKAKUS ini!!!!

Bab 23

Sejak dua menjak ini Ahmad sering sahaja muncul di kedai kek Tasha. Afifah dapat merasakan ada sesuatu  yang disembunyikan lelaki itu.

            “Ahmad... sebenarnya... awak ni kerja apa ya?”tanya Afifah tiba-tiba. Ahmad yang sedang asyik menyuap kek tersedak. Soalan itu yang paling dia ingin elakkan. Dia takut Afifah akan semakin menjauh pabila mengetahui apa yang sebenarnya motif dia.

            “Erm... kerja biasa-biasa je. Makan gaji... kenapa?”tanya Ahmad cuba mengalih arah.

            “Saja tanya. Yelah awak ni asyik datang duduk sini... tak marah ke bos awak tu?”tanya Afifah pelik.

            “Tak...dia okay je. Lagi pun saya memang banyak buat kerja luar pun. So bos tak ada hal...” Ahmad menghirup air coco panasnya. Dahi Afifah berkerut pelik. Betul ke ni? Kenapa macam tak boleh percaya je...

            “Oh tak pelah. Saya minta diri dulu. Ada customer.” Afifah berlalu meninggalkan Ahmad sementalah ada dua, tiga orang pelanggan yang menunggu giliran untuk membayar.

            Ahmad menarik nafas lega. Kalaulah Afifah tahu... kenapalah dia perlu menyimpan rahsia yang sebegini besar?


            -

            Ai Lin tersenyum suka. Bahagia sahaja yang dia rasakan kini. Ya... bahagia yang bakal dia kecapi bila-bila masa sahaja. Harris Lee pasti jatuh ke dalam genggamannya.

            “You ni kenapa Ai Lin?”tanya Janice sedikit gerun. Sudah seperti orang gila sahaja lagak Ai Lin ketika ini.

            “Hm? Who, me? Tak ada apa.” Balas Ai Lin sambil tergelak kecil.

            “Okay...” balas Janice agak ragu-ragu. Kuku dibelek. Malas nak layan Ai Lin yang macam orang tak betul itu.

            “But... Janice.... You think... me and Harris is perfect right?”tanya Ai Lin teruja tiba-tiba. Janice mengerut dahi. Apa kes? Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar.

            “Hm... yes. You two suit each other.” Balas Janice sambil lewa. Ai Lin ketawa mengekek. Seronok benar dia rasa.

            “But... bukan hari tu You kasi tahu I, You dah tak nak dengan mamat tu?”tanya Janice pelik. Baru beberapa hari lalu, Ai Lin telefon dia sambil menangis-nangis yang dia tak nak dengan Harris, sebab tak ada peluang untuk Ai Lin menyelah dalam hubungan rumah tangga Harris.

            “Yup. Tapi I dah jumpa penyelesaian untuk masalah I tu.” Balas Ai Lin dengan ketawa riang. Janice mendekatkan dirinya dengan Ai Lin.

            “Apa caranya?”tanya Janice berbisik. Ai Lin ketawa lucu, gelagat Janice bagaikan ada manusia lain di situ melainkan mereka.

            “Well... a secret will not be a secret if I tell you, my dear friend.” Kata Ai Lin tenang. Janice mencebik bibir.

            “Eleh... dah tau jangan mention. Buat orang tertanya-tanya sahaja.” Rungut Janice.

            “But... sebab you are a great friend. I bagi tahu. Money.”

            “Money?”tanya Janice. Masih tidak faham.

            “Yes, money. I ada duit... so... benda yang menghalang itu bukan halangan lagi. Bila ada duit. Petik jari pun setel la beb.” Kata Ai Lin angkuh. Menyampah pula Janice dengan Ai Lin mentang-mentang kaya. Tapi sebab kaya jugalah, Janice jadi rapat dengan Ai Lin ni. Kalau tak ada duit, jangan ingat ada orang sanggup nak kawan dengan Ai Lin. Dahlah sombong, mental, garang, ikut cakap dia saja, pentingkan diri. Tak akan ada orang yang boleh menerima Ai Lin ni.


            “Oh. Jadi lepas ni you kahwinlah ya?” tanya Janice sekadar melayan Ai Lin.

            “Of courselah dear. Nanti you jadi my bridesmaid. Mesti grand gila wedding I tu.” Terpejam-pejam mata Ai Lin membayangkan majlis kahwinnya.

            “Okay.” Janice buat gaya nak termuntah dibelakang Ai Lin. Tolonglah, tak sedar diri betul perempuan ni!

            “Okaylah. Jom ke spa. Nak jadi isteri jutawan muda kenalah jaga kecantikan yang sedia ada ni...” kata Ai Lin bongkak.

            “Spa? Yes! Lets go princess!” balas Janice riang. Ini yang dia suka bila bersama Ai Lin. Lengan Ai Lin dipaut erat. Untung-untung, benci ke tak suka belakang kira yang penting peluang keemasan ini jangan dilepaskan!!!

            -

            Riss memandang kosong wajah ‘pelanggan’nya. Masuk kali ini, sudah 5 kali dia berjumpa ‘pelanggan’ terbaik mereka ini.

            Vincent memandang wajah Riss. Bila nak siap kerja mereka ni? Dah dekat dua jam terlonggok depan mamat yang seorang ni.

            “Riss bila kita boleh blah? Aku ada date pukul 10 ni.” Rungut Vincent. Kayu besbol ditangan di hentak-hentak perlahan ke lantai. Kalau macam ni punya lama mesti adalah benda yang Riss nak ‘sekolah’kan pelanggan mereka ni.

            “Kau nak blah, blah jelah. Aku nak bagi sesi pembelajaran dekat mamat tak sedar ni kejap.” Kata Riss dengan nada sebalnya. Wajah pelanggan, berkulit sawo matang ditenung. Sebangsa, seagama tetapi, pelanggannya itu seperti sebangsa dan seagama dengan Vincent pula. Tak sedar diri. Sudah lima kali dia memberi peluang. Namun lelaki melayu didepannya acapkali membazirkan peluang yang diberikan.

            “Okay fine. Muka mamat ni pun aku nak termuntah dah tengok. Baik aku pergi tengok muka awek aku. Bye!” Vincent dengan senang hati melangkah meninggalkan Riss. Terbayang-bayang wajah sang pujaan hati.

            Lelaki melayu yang bernama Hasrul itu merengus tak puas hati. Wajahnya sebal. Sesekali dia mencuri pandang Riss yang sedang merenungnya tajam. Rasa bersalah kerana mempermainkan peluang yang diberikan Riss??? Memang tidak! Hanya rasa tidak suka, menyampah, dan benci yang lelaki yang sering mengutip hutangnya itu. Dah jahat tu, jahat jelah ni sibuk nak menceramahkan orang lain pula! Rungut Hasrul. Memang dia menyampah dengan Riss, dia merasakan Riss ni talam dua muka. Depan lain belakang lain.

            “Kau tahu tak apa salah kau?”tanya Riss kasar.

            “Tahu.” jawab Hasrul malas.

            “Dah tahu benda tu salah kenapa kau buat? Awek taiko aku jugak la kau nak buat taik! Dah la pinjam duit dengan taiko aku! Pastu kau boleh pulak buat dajal dengan dia!” tengking Riss memang dia marah. Sudah lima kali dia menangkap Hasrul dengan awek taiko a.k.a Leong. Girlfriend baru Leong yang bernama Sally itu pun  tak kurang gatal juga. Pelanggan tetap Leong pun jadi dilayannya.

            Bukannya dia sibuk menjaga tepi kain Hasrul. Cuma dia kasihankan lelaki itu. Lelaki teruk itu punya keluarga, isteri dan anak-anak. Kalau Leong tahu Hasrul membuat onar kepadanya mahu Hasrul dibunuh. Bagaimana pula dengan keluarga Hasrul? Sudahlah menanggung hutang kini sengaja mencari padah!

            “Aku suka dekat dia.” Balas Hasrul.

            “Suka? Bodohnya kau ni! Nak rasa kepala tertanggal dari badan? Hah, teruskan sesi suka menyuka kau tu! Nanti bini dengan anak-anak kau dapat kepala kau je. Badan? Dah buang ke laut bagi jerung makan!” kalau Hasrul tak gentar juga, memang tak dapatlah Riss menolong.

            “Maaf, aku janji aku tak kacau awek dia dah.” Pinta Hasrul dengan suara bergetar. Siapa tak tahu kumpulan kongsi gelap yang satu itu sangat menakutkan. Dia bagaikan dapat membayangkan kepalanya putus dari badan. Dan wajah isteri yang mulus dan anak-anaknya yang polos menangis meratap tatkala kepalanya yang hanya tinggal kepala berada di depan mereka.

            “Aku bukan nak menyibuk. Aku tak kesah kalau kau nak mati! Tapi aku pernah jumpa bini kau dan anak-anak kau. Jangan buat mereka macam ni! Hargailah bila mereka ada depan mata. Jangan sampai satu hari nanti kau akan jadi rindu untuk menatap wajah mereka tu.” Nasihat Riss penuh ikhlas. Dia sendiri tahu betapa peritnya rasa kehilangan orang yang tersayang.

            Lelaki melayu itu terus menangis teresak-esak. Sungguh dia takut, bukan takut kerana menyesal tetapi takut tatkala membayangkan nyawanya direntap sang malaikat maut.

            Riss menepuk-nepuk bahu Hasrul. Dalam sepi Riss meninggalkan Hasrul. Semoga lelaki seagama dan sebangsanya itu akan sedar dari fantasi yang melalaikan mereka.

-

            “Assalamualaikum. Adik along apa khabar?”tanya Faizul yang baru muncul di kedai Tasha itu. Afifah tersenyum lebar melihat kelibat along tersayangnya itu.

            “Waalaikumusalam. Lama along tak muncul. Tak rindu Ifah ye...” manja sahaja Afifah merajuk. Faizul tergelak kecil. Kepala adiknya diusap penuh kasih. Ya sekarang Afifah nampak bahagia namun dia tahu dalam sudut hati adiknya itu kesakitan memenuhi.

            “Rindu. Along sibuk. Bengkel kecil along tu dah mula ada pelanggan.” Terang Faizul sambil melihat kaki adiknya yang mula membengkak. Kasihan jika suami ada disisi boleh juga menolong Afifah mengurangkan kesakitan yang ditanggung.

            “Maafkan Along, Ifah.” Kata Faizul tiba-tiba. Wajahnya sayu. Ya ini semua salahnya. Kalau bukan kerana dia Afifah tak akan merasai kesakitan ini.

            “Eh, along ni kenapa? Afifah main-main je tadi. Janganlah serius sangat.” Afifah pantas mengusap tangan abangnya.

            “Maaf kalau bukan sebab along, mesti Afifah tak akan menderita. Kerana along Afifah kenal dan kahwin dengan Harris. Kerana along kini Afifah terluka.” Kata Faizul penuh duka. Kerana dia adiknya menderita.

            “Ya Allah apa yang along merepek ni? Afifah okay. Along jangan risau. Allah tak akan menduga Ifah kalau Ifah tak mampu. Jangan salahkan takdir Allah, kerana ianya dah tertulis sebaik-baiknya untuk manusia. Malah Afifah dah sangat-sangat bersyukur kerana along, kerana kenalnya Harris, ada dua nyawa di dalam diri Afifah saat ini.” Kata Afifah dengan senyuman manisnya.

            Faizul tanpa sedar mengalir air mata. Adiknya sungguh tabah. Kuat. Lebih kuat dari dirinya.

            “Okay tak maulah sedih-sedih. Along... babies dalam perut ni teringin pulak nak makan dekat Nasi Ayam Penget.” Kata Afifah dengan senyuman colgatenya. Air mata segera dikesat Faizul. Dia tertawa kecil.

            “Amboi, asal makan je babies. Padahal mak babies yang melebih tu.” Kata Faizul mengusik adik kesyangannya.

            “Eh, mana tau?! Babies ni memang satu geng dengan mak dia tau! Jangan nak ajak jadi geng along plak!” gurau Afifah membuat mereka tersenyum. Faizul memandang wajah mulus adiknya. Semoga terus tabah, dan semoga kesabaran adik along ini membuahkan hasil yang lumayan.

8 comments:

  1. tak sabar nak tunggu sambungaan ���� hope akak dapat publish story ni �� heee keep it up �� -r

    ReplyDelete
  2. Npe delete nye bab 3 n seterusnye tu? Ptt la xde cri...

    ReplyDelete
  3. N cter2 yg lain byk y spruh jln... Mcm puteri hatiku... Yg dulu2 pye cter.., da lme t'biar.. Yg lain ad jgk up slow2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan x nak sambung. Sekrang x smpat first sbb kerja, second sbb lappy asyik meragam... And third sbb kita dpt masuk u... Huhu sorry sgt2 T^T

      Delete
  4. N cter2 yg lain byk y spruh jln... Mcm puteri hatiku... Yg dulu2 pye cter.., da lme t'biar.. Yg lain ad jgk up slow2..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. DKAKUS dah ade dlm versi cetak ke? x sabar utk tau ke sudahan cerita...

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)