Thursday, 5 February 2015

Demok tu aku punye! part Three!

Assalamualaikummm

Bismillahirahmanirahim

Maaf lama tak update :(
sibuk leeee.... he he he okay ini dia yang dinantikannnn

Part 3

       “Ha ha ha awak ni lawak betullah mak su... eh silap, Siti.” Ujar Irwan yang sudah merah mukanya menahan tawa. Siti mencebik, tapi dalam hati dia lega, ingatkan nak kena marah ke buang kerja ke. Manalah tahu dia terpilih memiliki record pekerja paling cepat dipecat dalam dunia.

       “Apa yang lawaknya?”tanya Siti kerek. Dia memang kerek pun. Kerek sokmo he he he.

       “I don’t know. You just funny. Looking at you make me want to smile and laugh. Walaupun kita baru dua kali jumpa, tapi saya rasa awak ni... is something.” Kata Irwan dengan senyuman manisnya. Su ternganga. He say what?! Not again.

       “Ehem. Ye ye saya admit. Muka saya ni macam clown tu yang orang duk tengok je gelak. Sikit-sikit gelak. Dah la, jangan tengok muka saya ni encik Irwan karang kena sawan gelak kang susah.”balas Su dengan hati tak tentu arah. Dahlah encik Izwan ni tengok dia macam nak telan. Ngeri...

       “Eh, siapa kata muka awak macam clown. Awak lawa sangat sampai saya rasa jantung saya dah lebih speed limit degupannya.”balas Irwan dalam lawaknya tapi romantik. Muka Su mula berblushing.

       Aduhai...dahlah encik Irwan ni handsome melampau. Buat dia sesak nafas.

       “Er...ha ha ha,la..lawak betul encik Irwan ni.” Gelak Su yang kedengaran sangat janggal.

       “Lawak ke tapi saya tak melawak pun. Saya serius.” Tak berkelip mata Irwan memandang Su membuat Su terkulat-kulat sendirian.

       “Ehem. Ehem. Korang buat apa ni?” tanya Suhaimi yang muncul mengejut. Irwan terbatuk-batuk,terkejut punya pasal terus dia tersedak air liur sendiri. Su hanya berdiri kaku. Tak tahu nak respon apa.

       “Hah! Buat salah ye?! Itu yang terbatuk-batuk tu.” Usik Suhaimi.

       “Eh,hehehe mana ada. Kan Sitikan?” ujar Irwan meminta backup. Siti masih kaku. Tak percaya apa yang sedang terjadi. Dah biol agaknya Encik Irwan ni, sesuka hati nak cakap macam tu.

       “Betul ke Su?”tanya Suhaimi. Siti masih lagi kaku.

       “Apa kau dah buat dekat adik aku ni. Ir?” sergah Suhaimi. Siti terus tersedar apabila suara alongnya memetir. Terus dia menarik tangan abangnya itu keluar dari bilik Irwan.

       “Su okaykan?”tanya Suhaimi sambil membelek tubuh adik kesayangannya. Siti mengangguk. Suhaimi melepaskan nafas lega.

       Suhaimi membuka pintu bilik Irwan,

       “Nasib baik adik aku okay. Kalau tak nahas kau!” ugut Suhaimi. Irwan menelan liur. Garangnya abang Siti ni.

-

       “Hah, apa macam, kerja dengan along kamu tu?”tanya cik Imah. Siti menayang muka masam.

       “Kenapa ni? Along?” tanya Cik Imah, risau pulak tengok reaksi anak manjanya ini.

       “Ada orang tu kena ngorat. Tu yang muncung ke main tu.” Ujar Suhaimi memerli.

       “Ish... Tak adalah mak. Along tu. Malu orang. Dia pergi sound bos atas orang tadi.” Siti mengadu manja. Cik Imah tergelak. Haih, susah ada anak cantik comel ni. Ada saja yang berkenan.

       “Apa susah... terima je. Mak kalau orang tu okay, mak setuju je.” Usik Cik Imah. Siti sudah merah mukanya menahan tangis.

       “Yelah mak tak sayang Su dah... tak payah tunggu Su kahwin, nanti Su pindah je keluar.” Rajuk Siti. Geram pulak Cik Imah mendengarnya.

       ‘Ketup!’ sedas luku dah selamat sampai ke kepala Siti.

       “Sakitlah mak! Sampai hati... Along!” jerit Siti memanggil abang kesayangannya. Suhaimi ketawa sepuas hati tatkala Siti memeluk tubuhnya. Manja betul adik bongsunya ini.

       “Cengeng betul Su ni. Malu dengan Raykal tahu! Dia pun jarang nangis. Mak Su dia bukan main lagi, kena usik sikit dah leleh.” Ujar Suhaimi menambahkan kelajuan air mata Siti.

       “Jahatlah!” rungut Siti selepas mati akal nak meminta orang membelanya.

       “Alo-lo kesian anak mak ni. Meh sini, meh. Mana ada mak tak sayang... sayang sangat. Tapi kalau lelaki tu baik hati, sayang anak mak, budi pekertinya elok, sopan santun, hormat orang tua, ada pendapatan tetap, ada rumah, taat dengan agama, boleh bimbing anak mak ni... Mak setuju je. Betul tak along?”tanya Cik Imah. Suhaimi mengangguk setuju.

       “Ei... korang ni. Merajuk la macam ni!” sentap habis Siti kali ni.

       Cik Imah angkat bahu. Apa pasal peel anaknya ni lain macam... macam... berkenan je...


       -

       “Assalamualaikum, demok uit! Buat apa tu?” sibuk Zuhir di petang-petang hari ini. Siti yang sedang ambil angin petang mendengus perlahan. Memang hari-hari dia dah tak ada ketenangan dah gamaknya.

       “Waalaikumusalam. Hm... nak apa lonjong uit?” balas Siti tanpa nada

       “Saja menggedik nak kacau kau. Pe citer kerja dengan along kau tu?” tanya Zuhir sambil selamba ambil tempat di tepi Siti.

       “Hm.... best je.” Jawab Siti perlahan. Pipi mula merah bila terkenang bos keciknya.

       “Ada kawan baru ke?”

       “Hm..” jawab Siti yang hanyut dengan lamunan

       “Lelaki ke perempuan?”tanya Zuhir dengan rasa ingin tahu yang tersangat tinggi.

       “Hm..”

       “Kau suka aku?”

       “Hm...” jawapan separa sedar Siti membuat Zuhir tersenyum lebar. Tanpa disedari dia tergelak riang. Tersentak Siti dibuatnya.

       “Sorry... kau kata apa tadi?”tanya Siti yang blur.

       “Hm.. kau kena ngorat lagi ke?”tanya Zuhir dengan muka poyonya. Perasaan sukanya disoroknya rapi.

       “Eh, mana kau tau?! Along kasi tau kau ke? Nak kena along ni!” marah Siti tanpa sedar wajah Zuhir sudah berubah.

       “Dah lah aku nak masuk dulu. Nak maghrib ni.” Kata Siti sambil menonong masuk ke dalam rumah. Zuhir masih kaku disitu.

       Tangan dibawa ke dada. Sakitnya. Kenapalah dia tak pernah nak nampak aku yang setia di sini? Soal Zuhir dalam hatinya.

-

       “Zuhir, kau kata apa dekat Siti tu? Habis dia balun aku tadi.” Tanya Suhaimi tak puas hati. Memang tak puas hatilah tiba-tiba je adik kesayangannya datang membalunnya. Sakit kut!

       “Hurm?”blur. Zuhir dah macam tak pijak bumi yang nyata.

       “Kau ni okay tak ni?”tanya Suhaimi yang sedikit risau. Macam kena sampuk pun ada. Dah la duduk dekat luar ni maghrib-maghrib.

       “Mi... betul ke adik kau tu kena ngorat?”tanya Zuhir tanpa nada. Macam robot.

       “Haah. Kenapa? Tulah kau aku dah cakap dari dulu lagi. Bukan main tak nak lah apa lah. Sekarang putih mata lah bro. Dah la selalu buli adik aku tu.” Kata Suhaimi memprovok temannya itu.

       “Weih... kau kenal akukan? Aku susah nak luahkan perasaan aku. Aku ni... lain yang aku nak luahkan lain yang aku buat. Macam sekarang ni... buli dia tu... sebenarnya.... sebenarnya...” Zuhir kehilangan kata. Suhaimi menepuk bahu Zuhir. dia faham. Dulu... dia pun macam Zuhir juga.

       “Yup. I know. You love her, my sister. Tapi... kau tak boleh terus pasif macam ni... adik aku tu. Walaupun gebu... people love her! Personaliti dia memang membuat semua orang rasa senang dengan dia. Aku takut kalau kau lambat... mungkin. Kau akan terlepas peluang yang tersedia di depan mata kau ni.” Kata Suhaimi sambil memandang Zuhir. Zuhir tertunduk memandang tanah. Kalaulah dia ada keberanian yang satu itu.

       “Okay. Aku sayang adik aku tu. Dan aku tahu kau sangat sayangkan dia. Sebab tu aku sanggup nak tolong kau. Lagipun dulu kau jugak yang tolong aku mengorat kakak ipar Siti tu... bakal biras kau kalau jadi.” Suhaimi tersenyum. Kelakar pulak teringatkan kenangan mereka dahulu.

       “Betul ke ni?” tanya Zuhir meminta kepastian.

       “Betul.” Jawab Suhaimi menyakinkan Zuhir.

       “Thanks along!” terus dipeluknya Suhaimi.

       “Eh, eh, jangan nak beralong-along dengan aku. Selagi tak sah, panggil aku Mi.” Kata Suhaimi dengan gaya geli-geliman.

       “Okay so apa perancangannya?”tanya Zuhir.

       “Macam ni...”

       “Babah!!!”jerit Raykal. Anak kecil itu berlari-lari keriangan. Terjerit-jerit dia apabila mak sunya mengacah mengejar.

       Terbantut terus Suhaimi nak beritahu plan terbaik dari ladang itu.

       Anak kecil itu sudah bersembunyi di sebalik Zuhir.

       “Hah, mana budak buchuk tu!” Siti membuat suara garau. Macam monster pun ada.

       “Shuuu...  shuuu pak cik jangan kasi tau mak su!” tangan kecil itu menutup matanya sendiri. Comel!

       Zuhir menahan tawa. Ingat orang tak nampak dialah tu kalau dia tutup mata. Suhaimi dah larik masuk rumah. Nak kasi chance la katakan.

       “Huarghhh makan budak nama Raykal tu!” acah Siti lagi. Makin kuat teriakkan teruja Raykal.

       Siti cuba menangkap si kecik. Namun cepat betul si kecik ini bergerak. Tup-tup Siti terjatuh terduduk atas riba Zuhir. Oh mai gad!!!

       Mata bertentang mata. Liur ditelan. Rasa... rasa... pelik. Rasa pelik yang indah. Rasa macam ada beribu kupu-kupu dalam perut ni...

       Dekat seminit jugaklah mata mereka bertentang. Raykal yang geram tak dilayan menolak Zuhir kuat. Marah kerana menjadi gangguan ketika dia bermain dengan mak su kesayangannya.

       Siti yang baru tersedar terus bangun. Pipi dah merah macam buah tomato. Terus dia dukung Raykal bawak masuk rumah.

       “Oit! Tak reti nak balik ke Zuhir oit?”laung Suhaimi dari pintu rumah. Dah jauh malam ni karang betul-betul kena sampuk karang pe citer? Citernya... terlepaslah dia, cik Siti sayang tu penakut hantoo...

-

Maka pelan bermulalah...

2 comments:

  1. akhirnya penantian yang lama..haha.. best ,, tak sabar nak tunggu part seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  2. Arrhhh best sngt...sweet gituu

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)