Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim.
Apa khabar semua... hehehe sorry lama tak update. Asyu dah susah nak aktif macam dulu-dulu. Lagi-lagi mak tengah tak sihat ni.
Apa pun asyu nak ucapkan Selamat Datang 2015!!! hahaha yeay! Semoga tahun baru ini sentiasa dilimpahi Rahmat dan Lindungan-Nya.
And terima kasih kepada pembaca DKAKUS... setia membaca hingga bab 22 ni. Doakan supaya Asyu dapat banyak idea dan dapat siapkan DKAKUS dalam tahun ini ya!
okay... jom layan bab 22.
semoga anda berpuas hati dengan entri ini
------
Bab
22
“Abang?” terkeluar sepatah kata yang dirinduinya itu.
“Hah? Erk... sorry saya ada kerja
ni. Awak duduk sini elok-elok ya.” Ujar Riss. Afifah hanya mampu melihat
kelibat lelaki itu hilang dari pandangan matanya. Betulkah lelaki tadi tu
Harris? Kenapa dia macam tak kenal Afifah? Ya Allah, kalau betullah dia
Harris... terima kasih ya Allah... terima kasih! Ucap Afifah di dalam hati.
Air mata mula menitis perlahan
dipipinya. Tolong jangan hilang dari pandangan Ifah, abang. Ifah rindu abang
sangat-sangat! Kepala terasa berat. Mungkin impak dari kemunculan si pelanduk
dua serupa.
“Abang...” Pandangan matanya gelap.
Tubuh mula layu. Sebelum sempat tubuhnya menyentuh tanah terasa ada yang
menyambut. Siapa? Harris ke? Abang ke tu? Namun itu hanya bergema dalam fikiran
Afifah. Pandangannya semakin gelap. Akhirnya dia tidak sedarkan diri.
-
“Awak okay ke?” tanya Ahmad. Afifah
yang baru tersedar terpinga-pinga. Mimpi ke dia? Khayalan sahajakah semua yang
dia lihat tadi? Bilik yang serba putih itu kelihatan asing sekali. Bauan yang
tidak dia sukai menusuk hidung. Hospital? Jadi... ini semua mimpi? Tadi tu
bukan abang?
Air mata menitis laju. Kali ini
diiringi esakkan yang kuat. Afifah sudah tidak dapat menahan kekecewaannya.
Rindunya kepada Harris semakin menggebu. Abang... abang... abang... Ifah rindu...
“Awak? Awak okay ke ni? Kenapa
menangis? Please... tell me...” tanya Ahmad yang jelas kerisauan. Afifah masih
asyik menangis, dia langsung tak mempedulikan Ahmad yang tidak senang duduk
ditepinya.
“Kenapa saya perlu bangun dari mimpi
ini? Kenapa tak biarkan saja saya terus bermimpi? Ni... sakit sangat...” tangan
menepuk-nepuk dada. Ahmad hanya mampu memandang.
“Afifah, sayang! Mama dapat call
dari Ahmad... kenapa menangis ni?” tanya Puan Sakinah yang panik melihat
menantunya menangis. Nasib baik jantungnya kuat, kalau tidak mahu dia kojol,
mana taknya, sedang dia asyik buat kerja di rumah, tiba-tiba Ahmad call
beritahu yang menantu kesayangannya masuk hospital.
“Mama... I... Ifah... rindu...” Puan
Sakinah terkesima. Terus tubuh menantunya dipeluk erat.
“Menangislah kalau itu mampu membuat
Ifah lega...” ujar Puan Sakinah lembut. Tangan mengusap belakang Afifah.
Ikutkan hati dia juga mahu menangis meluahkan rasa dihati ini.
“Abang... baliklah! Ifah rindu!”
tangis Afifah semakin kuat. Ahmad yang tidak sampai hati melihat situasi itu
terus keluar dari bilik yang diduduki Afifah.
Mata Ahmad menangkap kelibat seorang
lelaki yang menyorokkan diri. Dia mengeluh kecil.
Kalau tahu Afifah akan jadi begini
kenapa dia harus muncul? Argh! Yang menjadi mangsa ialah Afifah. Kalau tak nak
lepaskan saja, dia sedia menunggu!
Kelibat lelaki itu menghilang saat
terlihat kemunculan Ahmad.
“Lari lagi. Pengecut!” kata Ahmad
perlahan.
-
“Afifah! Hei, Afifah tengok mama! Tengok mama,
sayang!” kata Puan Sakinah selepas 10 minit Afifah menangis tidak henti. Afifah
mendongak memandang wajah mentuanya.
“Afifah... Afifah sayang mamakan?
Sayang babies?”tanya Puan Sakinah menahan sebak. Afifah mengangguk perlahan.
Sayang... dia teramat sayang.
“Harris?” tanya Puan Sakinah lagi.
Afifah mengangguk sekali lagi. Lelaki itu yang amat dia cintai... yang tak
mungkin hilang dari hatinya ini.
“Kalau sayangkan kami... please
jangan menangis sayang. Babies dalam tu mesti lagi sedih... jaga kesihatan
Afifah. Kalau Afifah sakit, siapa nak jaga babies? Nak tunggu Harris?”tanya
Puan Sakinah. Air mata yang ditahan sejak tadi menitis juga.
“Janji dengan mama sayang. Kalau
Afifah lemah, mama turut lemah...” kata Puan Sakinah dalam tangisnya. Afifah
mengangguk laju.
Dia tak boleh lemah, dia kena kuat
untuk orang-orang yang sentiasa menyayanginya. Air mata dipipinya segera
dihapus.
“Afifah janji ma. Mama pun jangan
nangis ya. Kita tunggu abang sama-sama.” Ujar Afifah sambil mengelap air mata
di pipi Puan Sakinah.
“Ya... kita tunggu Harris
sama-sama.” Jawab Puan Sakinah. Terus mereka berpelukan.
“Babies pun kata kat mama. Mama stay
strong! Nanti abang dengan adik keluar, we will protect you! Betul tak cucu-cucu nenek dalam tu?”
Puan Sakinah cuba memecah kesedihan yang masih terasa. Afifah ketawa kecil.
“Ouch!” jerit Afifah perlahan.
“Kenapa?”tanya Puan Sakinah sedikit
kalut.
“Babies kicking! Haha mereka pun
setuju dengan apa yang nenek kata tu...” balas Afifah sambil mengusap perutnya.
Puan Sakinah turut tertawa. Dia meletakkan tangan ke perut Afifah. Sekali lagi
cucu-cucunya menendang.
-
“Damn! Vincent macam mana lelaki tu
boleh terlepas?”tanya Riss marah-marah. Vincent cuba menahan marah. Ingat dia
punya marah sahaja, habis, Vincent yang ditinggalkan macam tu je, tak marah?
“Aku lost track dia. Masa tu ramai
sangat orang. Aku nak buat macam mana. Aku cuba jejak dia, okay! Kau pergi
mana? Kalau kau ada mungkin kita tak lepas jejak dia!” marah Vincent kembali.
Siapa tak berang bila dimarahi begitu sahaja. Salah itu bukannya tergalas
dibahunya sahaja, Riss turut terlibat!
“Aku... aku... argh! Whatever!
Jangan risau.” Balas Riss yang mulai hilang kata-kata. Dia terus berbaring
disofa panjang. Vincent bangun, mula ke hulu ke hilir, rambut yang serabut diserabutkan
lagi.
“Jangan risau? Jangan risau kau
kata! Habis Leong tu? Kalau dia penggal kepala aku macam mana?” kata Vincent
yang jelas ketakutan.
Riss bangun mendekati rakannya itu.
Bahu Vincent ditepuk lembut.
“Don’t worry. Kau under aku... so
jangan risau. Aku tahulah nak deal dengan Leong tu.” Kata Riss yakin.
“Hm... okay aku percaya. Apa-apa
jadi kau kena protect aku!” kata Vincent menuntut janji. Riss mengangguk.
Vincent walaupun orang nampak dia gangsters... tapi dia lemah dengan Leong. Sebenarnya
dia memang lemah. Cuma bila bekerja dalam kumpulan begini dia jadi kuat.
Riss mengulum senyum.
\
-
“Leong... you buat apa tu?”tanya Ai
Lin yang tergedik-gedik ditepi Leong yang sedang duduk bersilang kaki dibangku
membaca surat khabar.
“Mandi.” Jawab Leong bosan. Ai Lin
memukul bahu Leong manja.
“Kau ni nak apa sebenarnya? Datang
apartment aku, sibuk-sibuk dekat sini! Pergilah dekat Harris kau tu!” tengking
Leong yang mula rimas.
“Eii... you cemburu ye...” tanya Ai
Lin sambil mencuit pipi Leong. Leong menepis kasar. Tak ada maknanya nak
cemburu.
“Pleaselah. Aku tak terdesak
sangat.” Balas Leong kasar. Ai Lin menarik muka. Huh, sombong!
“Well, I pun tak kisah you cemburu
atau tak... Hm... Leong kau tahu pasal Harris tak?”tanya Ai Lin.
“Hm...” Leong membalas tanpa nada.
“I nak mintak tolong you ni...
please!” rayu Ai Lin dengan lengok-lengoknya.
“Apa? Kalau tak kacau aku tak boleh
ke?”marah Leong.
“Okay kalau you tolong I kali ni...
I janji tak akan ganggu you lagi!” ikrar Ai Lin. Leong mula
menimbang-nimbangkan hal itu. Ini peluang baik untuk melepaskan diri dari Ai
Lin.
“Okay. Apa yang kau nak tahu?” tanya
Leong.
“Hah! Ini baru alright! Hm... i want
to know all about him!” balas Ai Lin teruja.
“Aku pun bukan kenal sangat dengan
dia tu. Kalau basic-basic ni aku tahulah.” Balas Leong sebal. Ingat dia
bestfriend apa dengan Harris tu. Musuh adalah!
“Okaylah tu dari tak ada.” Balas Ai
Lin ceria.
“Okay.. he is know as Harris. Anak
kepada taiko besar Hazwan Lee. Ibu dia masih hidup... and for your information.
They all muslim! He also know as jutawan muda...”
“Wait... itu i pun tahu! Ni... dia
ada girlfriend tak selain wife dia tu?”tanya Ai Lin.
“Girlfriend? Tak ada...”
“Really?! Hehehe it will be a lot
easier!” Ai Lin sudah merancang cara memikat Harris.
“Chill! Dia tak ada teman wanita
tapi dia ada isteri and she pregnant..” Kata Leong memotong keterujaan Ai Lin.
“What? Pregnant? Kenapa i tak pernah
tau pun? You ni betul ke? Atau you jealous?”tanya Ai Lin tidak percaya.
“For God Sake! I’m not jealous with
you! Betullah! Kau aja yang tak ikut perkembangan semasa. Aku rasa masa wife
Harris preggy hari tu, bukan main besar liputannya!”balas Leong. Dia sudah
bangun, mahu beredar dari rumahnya. This will happen if you trust your
girlfriend. Bagi password rumah bagai... now... no privasi for you even after
you break up!
“Huh... pregnant ya... Damn!” Ai Lin
segera keluar dari rumah Leong. Geram apabila hanya dirinya sahaja yang tidak
mengetahui hal yang besar ini!
Leong kembali terduduk malas
dikerusinya. Atlast! Peace! Lepas ni wajib tukar password rumah.
-
Afifah terduduk kepenatan. Hari ini
ramai juga pelanggan di kedai kek Tasha. Walaupun dia sekadar menjaga mesin
duit, penatnya tetap terasa.
“Akak are you okay?”tanya Mimi,
rakan sekerjanya.
“Okay... sengal pinggang saja. Jom
cepat-cepat kemas. Boleh kita balik awal hari ni.” Kata Afifah yang sudah
bangun dari kerusi untuk turut sama mengemas. Mimi mencekak pinggang.
“No! No! No! Preggy women kena duduk
je jadi mandur. Lagipun sikit je ni. Akak rehat je Mimi kemas okay?” kata Mimi
yang ligat membuat kerja. Afifah tersenyum manis.
“Yup, dear! Preggy woman should just
sit tight!” sampuk Tasha. Afifah menayang muka masam. Konon-kononnya merajuk.
“Alololo... comel muncung you
Afifah.” Usik Tasha.
“Hahaha... akak memang comel betul.
Mesti babies akak comel dan kacak macam mama dan ayah dia.” Ujar Mimi tanpa
sedar mendung sudah mula mendatangi Afifah. Tasha menelan liur.
“Hah! Haah, mesti comel macam mama
dia yang ayu nikan Mimi!” ujar Tasha cuba mengusir awan mendung Afifah. Mimi
yang tidak tahu menahu mengangguk setuju. Bukan tadi dia dah kata ke?
“Hish, awak berdua ni... asyik
bercakap bila kita boleh baliknya?”tanya Afifah cuba menceriakan diri.
“Hah! Cepat-cepat! Karang preggy
woman ni mengamuk habis kita kena pujuk bagai!” usik Mimi pula. Pecah ketawa
mereka bertiga.
Afifah tersenyum sendiri.
-
“Daddy! Kenapa Ai Lin tak tahu yang
Harris bakal dapat baby?”tanya Ai Lin kegeraman. Lim menggaru kepala botaknya.
“Huh? Penting ke?”tanya Lim endah
tak endah.
“Penting! Its important for me!”
kata Ai Lin sedikit menengking.
“Baby... dia akan tinggalkan wife
dia tu...” balas Lim malas. Anaknya ini memang banyak songeh.
“Huh! Ai Lin dengar dia cinta mati
dengan isterinya itu! And bila dah expecting... i sure he will not leave his
wife!” kata Ai Lin sedikit gusar.
“Sayang... dia akan tinggalkan
isterinya. Daddy diakan berkuasa. And about the baby... benda tu kecil saja
sayang.” Kata Lim sambil mengeluarkan rokoknya.
“Benda kecik daddy kata? I’m not
sure about that!”
“Kecik sajalah Ai Lin. Petik jari
hulur sikit... setellah.” Kata Lim sambil ketawa senang.
Ai Lin berkerut-kerut dahi cuba
memahami apa yang dimaksudkan daddynya itu. Sebaik sahaja dia memahami apa yang
dimaksudkan Lim dia tersenyum senang.
Daddy is right. Petik jari je Ai
Lin, penat je kau risau! Desis hati kecilnya.
-
“Kenapa baru sekarang kau bagitahu aku?
Kan dah ada masalah sekarang!” tengking Leong. Riss masih teguh berdiri tidak goyang
dengan tengkingan lelaki itu.
“Relakslah.” Balasnya sepatah. Namun
sepatah kata itu membuat darah Leong mendidih.
Tumbukan hampir melayang mengenai pipi
Riss.
“Chill! Kita ada perjanjian bukan?! Ingat!”
Riss mengingatkan Leong. Leong mendengus kasar.
“Memanglah! Tapi itu bukan tiket untuk
kau buat kerja sambil lewa!” marah Leong lagi.
“Motif aku datang sini bukan untuk kerja!
tapi untuk benda yang kita dah setuju tu!”ulang Riss sambil menghempuk meja. Leong
memandang tajam wajah Riss.
“Fine! Tapi tolong undercover sikit!
Buat kerja kau elok-elok agar tak ada syak rancangan kita ni!” kata Leong perlahan.
Riss menangguk faham.
“Deal.” Balas Riss. Leong beredar selepas
berpuas hati dengan jawapan Riss.
oh my... ai lin. hrmm...
ReplyDeletemacam cute pulak dengar perkataan preggy xD
hehehe cutekannnn.... thanks sudi baca Tee Xennov
Deleteanda di tag
Deletehttp://cikimanbobe.blogspot.com/2015/01/first-and-simple-giveaway-oleh-cik-iman.html
oh.. mcm best jln cerita ni. kena selak2 balik bab sebelum2 ni
ReplyDeletebest lh tpi x best bce sekerat jlan jdi tertye tye..
ReplyDeletecontinue prv novel asyu. all enovel pls *cutieface
ReplyDeleteinsya-Allah Amira Aneesa. will do ;)
Delete