DYH
5
Perjalanan masih panjang. Matahari
semakin terik. Azalina mula memegang kepala, pening. Leon yang maju ke hadapan
mula pelik. Azalina sejak mula berjalan asyik kicau tidak pernah senyap. Tapi
tiba-tiba sahaja dia menjadi senyap. Pantas Leon menoleh ke belakang. Kelihatan
Azalina sudah duduk sambil memegang kepalanya. Mungkin tidak selesa dengan
perjalanan yang jauh ini.
Leon
turut berhenti, rasa kasihan pula dengan manusia ini. Dilihat Azalina dengan
teliti. Lebih kurang sahaja dengan perempuan kaumnya. Cuma wajah Azalina lebih
segar, lebih merah tanda bernyawa. Tidak pucat dan kulit Azalina tidak seperti
kaumnya yang agak lutsinar memperlihatkan urat-urat yang berwarna kehitaman.
Sudah
agak lama mereka berhenti di sini. Leon sudah merasa aneh. Digerakkan tubuh
Azalina. Azalina dengan mudah jatuh terkulai layu. Leon yang resah segera
mendukung Azalina lalu berlari tanpa arah tujuan.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Azalina
tersedar. Sekitarnya kelihatan aneh. Dia bukan lagi di tengah hutan di dunia
Hebrs. Persekitarannya dipenuhi pasir seluas mata memandang. Kawasan itu
sungguh terik. Terasa bagai matahari hanya berada dalam jarak sejengkal dari
atas kepalanya. Tekak terasa pahit dan kering. Dalam kepayahan Azalina mula
bangkit, cuba mencari air walau setitik untuk melegakan kehausannya.
Namun
kakinya bagai dirantai. Dia bagai dipasung kakinya. Lalu Azalina cuba merangkak
namun bahagian pinggang ke bawahnya seperti sudah lumpuh. Kemudian dia cuba
untuk mengengsot. Walau dengan seluruh tenaganya. Dia tidak mampu bergerak.
Dengan mulut yang sudah pecah-pecah dek sudah lama tidak dibasahi air, Azalina
cuba memanggil sesiapa yang ada.
“Ibu...
a.. ayah.. Tolong Lina.. Sakit.. Haus..” Hanya bisikan halus yang keluar dari
mulut mungilnya. Kesakitan mula mencengkam. Di sisi kiri kanan badannya, keluar
beratus-ratus kala jengking. Kesemua kala
jengking itu mula menyerang tubuhnya. Bisa-bisa sengatan kala jengking itu mula
mengalir ke seluruh tubuhnya melalui urat-urat diseluruh tubuhnya.
Disaat
Azalina sudah tidak mampu memanggung kesakitan yang teramat dia terdengar satu
suara memanggil namanya. ‘Azalina’
‘Azalina.. Kamu akan terseksa begini
sekiranya kamu tidak berubah. Sudah lupakah kamu pada tuhanmu? Pada yang Maha
Esa? Berubahlah kamu sebelum terlambat. Ini Cuma satu peringatan. Ingat tiada tuhan
melainkan Allah S.W.T. . Jika Dia mengatakan KunFaYaKun.. Maka jadilah ia..’ Serentak
dengan penghabisan kata-kata dari suara yang Azalina tidak tahu milik siapa,
dia terjaga.
Azalina
pantas memeriksa kiri dan kanannya. Dia bukan di padang pasir yang panas terik
itu. Kini dia berada disebuah rumah. Adakah dia sekadar bermimpi? Benda yang diimpikan itu terasa begitu benar. Terasa
bahang matahari dan bisa dari kala jengking itu meresapi ke seluruh tubuhya.
Betapa
takutnya dia jika perkara itu terjadi. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Tuhan?
Ya, sejak dia tercampak ke dunia ini dia menjadi lalai. Sebagai seorang umah
yang baik dia seharusnya menghadapi badai ini dengan lebih tabah dan mendekatkan
diri ke pada yang maha Esa. Dia, sebaliknya hanya tahu berdoa.. solatnya terus
kiok a.k.a tak dibuat langsung.
Dikira-kira
berapa hari dia di sini. Sudah hampir seminggu dia meninggalkan solatnya. Dengan
linangan air mata Azalina cuba bangkit mahu menunaikan solatnya. Namun seluruh
badannya terasa berat. Dia hanya mampu teresak-esak.
Leon
terkejut melihat Azalina yang teresak-esak menangis. Dia segera menghampiri
Azalina.
“Kau
okey ke tak?” tanya Leon yang tidak tentu arah. Tadi manusia ini pengsan
tiba-tiba. Kemudian bila sedar menangis teresak-esak. Sihat ke manusia ni atau
dia telah diserang penyakit misteri makhluk dunia Hebrs ni?
“Aku..
aku nak solat..isk..isk..” Leon menayang muka pelik. Pelik sebab Azalina guna kata
ganti diri yang lebih mesra dan lebih pelik mendengar satu perkataan asing ‘solat’.
“Solat
apa benda tu?”tanya Leon. Azalina yang teresak-esak seperti tidak menyedari
persoalan yang diujarkan Leon.
Azalina
cuba bangkit kali ini dia berupaya bangun. Lalu perlahan-lahan dia menapak ke
bilik air. Leon masih terkebil-kebil cuba memahami apa yang berlaku. Perbuatan
Azalina yang pada mulanya berdiri tegak kemudian membongkok lalu sujud
mengundang tanda tanya di hati Leon. Pergerakan apa yang dibuat Azalina ni?
Seusai
solat barulah Azalina sedar yang dia berada di dalam sebuah bilik yang
mempunyai kelengkapan moden yang lengkap. Elektrik, air malahan televisyen
turut ada di bilik itu. Mungkinkah dia sudah kembali ke dunianya?
Tetapi
ia Cuma harapan. Di sebelahnya terdapat Leon yang merenungnya dengan pandangan
mata yang tajam.
“Kita
ada di mana ni?” tanya Azalina dengan wajah yang berkerut.
“Kita
berada di perkampungan Feurk. Kenapa kau benda tadi?”persoalan Leon sekali lagi
tidak dihiraukan..
“Feurk?
Maknanya kita baru suku perjalanan.” Rungut Azalina perlahan.
“Kamu
sudah bangun... Sekarang kami tidak dapat membantu kamu lagi. Harap kamu dapat
beredar dengan segera.” Ujar seekor makhluk yang mempunyai kulit hijau dengan
bentuk badan seperti manusia. Azalina terpaku. Sekali lagi dia diterpa
keanehan.
@_@ nak tahu lagi apa yang akan jadii
ReplyDeletehehehehe.... okey.. tapi mungkin lmbt sikit sbb lappy ada kat umah and asyu ada kat umah kakak.. sabar tau... :)
Delete