Azalina melihat luka di tangannya. Sudah kering, perlahan-lahan dia mencuci kesan darah yang masih ada di lengannya. Sebentar tadi dia sempat berjalan-jalan mencari buah-buahan untuk makan malamnya. Nasib baik ada buah ceri liar berhampiran air terjun kecil itu. Tak perlulah dia berjalan jauh semata-mata untuk mengisi perut.
Buah ceri yang dipetik digigit perlahan. Rasa seperti ceri liar di dunianya.Ya, dunia asalnya. Dunia yang dirinduinya. Air mata mula mengalir kembali. Rindu sudah mengebu di hatinya. Rasa ingin menjerit sahaja ketika ini. Tapi risau pula dia sekiranya Serigala itu datang mencarinya. Dia turut risau dengan kemunculan makhluk aneh yang menyerupai manusia itu.
Dingin malam semakin mencengkam tubuhnya. Matanya mula kuyu akibat dibuai angin dingin apabila saat matanya hampir tertutup... ada suatu objek jatuh betul-betul didepannya. Bukan jatuh sebenarnya tetapi melompat dan mendarat dengan cantik sekali. Mulut Azalina ternganga. Hilang terus rasa kantuknya.
Ternyata lelaki yang merupakan makhluk aneh itu rupanya yang melompat tadi. Pakaian makhluk yang aneh yang dikenali sebagai Leon itu sudah bertukar.
Kali ini lelaki itu tampil lebih tampan dari kali pertama Azalina melihatnya. Azalina bagaikan terpukau melihat ketampanan Leon di dalam baju kemeja hitam itu. Ralit dia melihat keindahan dunia itu. Namun dia juga pantas tersedar, bahawa lelaki itu boleh membunuhnya dalam sekelip mata.
Leon itu merupakan vampire kalau ikut definisi orang Inggeris la. Kalau ikut orang melayunya puntianak atau langsuir. Azalina mula menjauhi lelaki itu. Tapi perkara itu agak susah untuknya. Tarikan Leon seakan-akan terpancar kuat dan menyebabkan Azalina semakin menghampiri lelaki itu.
"Kenapa wajah awak begitu menarik?" tanya Azalina diluar sedar. Kalau sedar tiada makna dia nak mendekati lelaki yang cuba memakannya. Leon tersengih. Bertambah-tambah rasa kagum di hati Azalina melihat keindahan itu.
Leon memetik jarinya. Tap. Azalina seakan terjaga. Kini wajah Leon tiada lagi aura yang menariknya untuk mendekati lelaki itu.
"Apa benda tadi tu? Kenapa saya jadi macam tu?" soalan demi soalan mula muncul dari mulut mungil Azalina.
"Hm.. Tadi tu aura yang dimiliki oleh kaum aku, kaum Xrex. Aura itu bertujuan supaya kami tidak akan kelaparan." Leon tersenyum melihat manusia itu. Ini merupakan kali pertama seorang manusia memasuki dunia mereka. Dan mengikut kata-kata Leaxure manusia yang berjaya masuk ke dunia ini akan memusnahkan dunia mereka, dunia Hebrs. Dinding yang selama ini melindungi mereka dari dunia manusia bakal musnah.
Dan mengikut ramalan, mereka akan musnah akibat ketamakkan manusia yang berada di dunia itu. Ini bermakna kedatangan Azalina akan mengundang berlakunya pelbagai perkara buruk yang pastinya memecah belahkan dunia ini. Azalina merupakan satu entiti yang perlu dihapuskan oleh makhluk di dunia ini.
"Buat awak tak kelaparan maksudnya?" tanya Azalina. Dia mula menjauhi lelaki itu. Takut juga kalau vampire itu mula menggila.
"Maksudnya... makanan akan menyerah diri..." senyuman sinis bermain dibibir Leon. Azalina mula bangkit. Bersedia untuk melarikan diri. Gila namanya jika masih berada di sisi lelaki yang inginkan darahnya.
Bagai memahami apa yang difikirkan Azalina, Leon mula menghalang laluan Azalina.
"Kau tahu kau bakal dibunuh oleh makhluk-makhluk yang mendiami dunia Hebrs ni?" tanya Leon seraya melangkah ke arah Azalina, mengunci pergerakan Azalina apabila gadis itu sudah terkepung olehnya.
"Saya tak faham... Dunia Hebrs? Dunia apa ni? Bagaimana caranya saya boleh pulang ke dunia saya balik?" tanya Azalina dengan mata yang bergenang.
"Hehehe.. balik ke dunia asal kau? Itu aku tak tahu. Kalau nak maklumat tentang perkara tu kau kena rujuk kaum Leaxure. Hanya mereka mempunyai ilmu pengetahuan paling tinggi dalam dunia ini. Mereka juga boleh meramal..." Terang Leon. Entah kenapa dia boleh berani membantu manusia ini. Padahal manusia ini berkemungkinan akan memusnahkan dunianya. Manusia itu punya sesuatu.. sesuatu yang membuat Leon ingin membantunya.
"Owh... saya perlu berjumpa dengan mereka.." Azalina menguatkan semangatnya. Rindunya kepada ibu dan ayah amat menyesak dadanya. Dia perlu pulang!
"Benda tu tak mustahil tapi.. Kau akan hadapi banyak lagi makhluk aneh seperti serigala itu dan aku.."kata-kata Leon menyentak hati Azalina.
"Tapi... tapi... saya mesti pulang.." Azalina sudah berbelah-bahagi. Rasa takut mula menyelubungi dirinya. Namun dia harus berani, jika tidak dia pasti mati disini. Bayangkan baru sehari dua di sini dia sudah diburu oleh seekor serigala yang boleh berkata-kata. Menakutkan!!! Dari dia mati tanpa membuat apa-apa, baik dia mati selepas berusaha.
"Saya tak kisah! Di mana lokasi kaum Leaxure tu?" tanya Azalina yang mula bersemangat kembali.
"Dibalik bukit Wouxe. Kau perlu mengharungi hutan, tasik dan berjalan di atas laluan yang berada di atas lautan yang mempunyai pelbagai makhluk aneh yang merbahaya." terang Leon. Azalina mengangguk faham.
"Saya perlu bertolak.." ujar Azalina perlahan.
"Aku boleh tolong kau.." kata Leon itu mengundang rasa senang dan gementar di hati Azalina. Selamatkah dia dengan Leon?
"Jangan risau. Aku takkan apa-apakan kau. Aku akan pastikan kau pulang. Supaya dunia aku ni terjamin.." Azalina mengangguk. Keluhan lega mula kedengaran dari mulut Azalina.
"Bila kita bertolak?" Tanya Azalina tidak sabar.
"Bila pagi menjelma... kau tidur dulu.. Kau tu manusia.. Manusia yang lemah.." ujar Leon seraya melompat ke pokok.. Lalu hilang ditelan kegelapan malam.
Pelik.. hanya itu desis hati Azalina sebelum dia lena diulit mimpi.
Pagi mula menjelang. Azalina terkejut melihat persekitarannya. Tempat tidurnya berubah! Dengan pantas dia bangun meneliti dimana dia berada. Dia masih di dalam hutan. Cuma pokok-pokok sudah tiada daun seperti sudah gugur.. dan rimbun pokok renek mula dipenuhi bunga.
Seperti telah berlaku pertukaran 2 musim dalam masa yang sama. Azalina ralit melihat pemandangan yang indah itu.
"Kau dah bangun? Kita boleh gerak sekarang." Leon muncul ditepi dengan pakaian berbeza. Terdetik dihati Azalina, dimana Leon mendapat pakaian ini semua? Ada kedai ke di dunia ni? Pelik....
Kali ini Leon memakai baju yang dikhaskan untuk mendaki. Macam serius saja perjalanan yang bakal mereka lalui sebentar nanti.
"Ba.. baik." Azalina segera mengejar langkah Leon yang sudah jauh dihadapan. Nasib baik hari ni tak pula Leon lompat-lompat. Kalau tak penat Azalina nak kejar.
Perjalanan mereka bermula. Berjayakan Azalina pulang ke dunianya kembali? Selamatkah mereke?
#At last... huhuhu siap jugak bab 4 ni.. Maaf klu x best sgt.. Asyu klu dah lama takk sambung memang cam ni le jadinya...
#nantikan bab 5 DYH...
Try guna bahasa lebih santai dlm dialog.. rasanya akan lebih ok.. bahasa yg mcm kita ckp biasa2.. the rest ok..cun dan sy adore jgk la dgn imaginasi awk tentanf nama tempat n clan. Hiks :) ca4ey on
ReplyDeletethanks atas komen..
Deletehehehe akan cuba dialog yg lebih santai..
rasa susah sikit.. sbb jarang wat citer cam ni..
apa2 thanks a lot
wahhhh!!! terbaekkk bosss!!!
ReplyDeletetruskan lagii... cepat2 ea... keh3.. demand!
hehehe thanks SecreT_Aimie.. tak leh nak cepat sgt tgh cari feel tuk ciiter ni
Delete