Tuesday, 27 August 2013

CERPEN : PELUANG UNTUK AKU

CERPEN : PELUANG UNTUK AKU

            Matanya rakus mengekori langkah gadis itu. Lagaknya seperti tidak pernah melihat perempuan. Kakinya mula melangkah mengikuti Aina Nur Aishah. Gadis yang menjadi idamannya sejak setahun yang lalu. Luqman Hakeem pantas menyembunyikan diri apabila Aina menoleh ke belakang. Bukan takut tapi gerun dengan pandangan tajam Aina Nur Aishah itu. Gaya seperti mahu menerkamnya sahaja.

            Selepas menarik nafas dalam-dalam, Luqman pantas menghadang langkah Aina. Terus dia melutut, air muka sudah dicampak entah ke mana. Tangan setia menghulurkan bunga mawar yang berkembang indah. Mata yang tajam menjelajah wajah putih bersih Aina. Wajah Aina masih beriak biasa. Tidak terkejut jauh lagi terharu. Hanya mata bulat itu menunjukkan riak tidak senang.

            “ Aina Nur Aishah, sudikah awak menjadi teman wanita saya?” tanya Luqman dengan suara garau yang merdu. Rata-rata pelajar wanita yang setia mencongak melihat drama swasta yang percuma itu sudah cair. Ada yang sudah menjerit kesukaan bagaikan histeria.

            “ TAK SUDI!” Dush~!! Terasa satu tumbukan padu mengenai hatinya. Luqman mengeluh apabila Aina sudah menjauh. Kebanyakkan penontonnya menyatakan rasa simpati. Dia hanya mampu menayang senyum kelat, namun masih mampu menyebabkan beberapa orang pelajar wanita hampir pitam kegembiraan.

            Luqman Hakeem seorang playboy yang terkenal di Collage International Lim’s buat sekian kalinya gagal menakluk hati seorang Aina Nur Aishah, gadis kelahiran Perak. Sejak pertama kali melihat wajah yang matang itu, hatinya terpaut erat. Bukannya tidak ada perempuan lain, tetapi hatinya bagai tidak mahu berkalih dari Aina. Sedang dia asyik termenung, terasa bahunya ditolak perlahan.

            “Weih, bro kenapa down je ni?” tanya Farish sambil membetulkan topi yang terletak elok dikepalanya.

            “Hurm.. macam biasalah, Aina. Kamu ni kenapa datang dekat aku ni? Kamu nak nombor telefon siapa pulak ni?” tanya Luqman dengan muka yang masam. Hatinya masih dilanda kecewa. Kecewa yang hanya sekejap, esok sudah tentu dia buat lagi kerja gila ini. Susah kalau hati dah cinta, semuanya ditolak ke tepi. Farish tersengih mendengar pertanyaan Luqman itu. Macam tahu-tahu sahaja lelaki ini dengan kehendaknya.

            “Aku nak nombor telefon Aina!” Farish sudah kebelakang sudah tahu reaksi Luqman. Luqman pantas menyepak kaki Farish. Sakit hatinya melihat Farish ketawa kesukaan. Sudah tahu Aina itu buah hatinya, pengarang jantungnya lagi mahu kacau. Memang nak kenalah ni!

            “Hahaha, sorrylah Luq. Aku nak nombor Ainul kawan baik Aina.” Tangan setia menutup mulut. Takut terlepas lagi ketawa yang bersisa. Nanti sia-sia sahaja dirinya cedera gara-gara mengusik Luqman. Luqman merengus geram, namun tangannya masih bergerak menekan kekunci telefonnya. Lalu telefon diberi kepada Farish. Dengan senyuman lebar Farish menyalin nombor Ainul.

            “Thanks bro! Nanti aku suruh Ainul kenenkan kau dengan Aina ye..” ujar Farish sambil berlari ke ruang legar utama. Luqman menggeleng kepala tanda tidak terkata dengan tindak tanduk Farish yang juga playboy sepertinya. Eh, bukan playboy tapi bekas playboy.

            “Hurm... Aina, Aina kenapalah kau tak pernah nak bukakan pintu hati kau? Apa yang menghalang kau menyukai aku? Tak apa, esok aku nak cuba cara lain. Ya, aku akan berjaya! YA!!” jerit Luqman tanpa sedar. Sekali lagi dia menjadi perhatian. Sudah seperti orang gila sahaja. Semua ini gara-gara Aina Nur Aishah, Luqman Hakeem sudah nanar!



           
            “Hish, benci betul aku!” jerit Aina tiba-tiba. Ainul yang sedang menggosok baju mengusap dada terkejut dengan nada lantang Aina.

            “Kamu ni kenapa? Nasib baik tak berlubang baju kesayangan aku ni.. kalau tak.. aku kejar kamu dengan spray ni!” ujar Ainul sambil menunjukkan penyembur air. Aina menarik sengih.

            “Sorrylah, aku tension dengan mamat tak sedar diri tu. Aku dah cakap banyak kali aku tak suka, tak suka, TAK SUKA!” sekali lagi Aina menjerit kuat. Ainul meletakkan seterika ke tepi. Takut ada baju yang menjadi mangsa kepada kelantangan jeritan Aina itu.

            “Eishhh~!! Perempuan ni memang nak kena ni!” Ainul menyembur sedikit air ke muka Aina. Geram sangat dengan Aina yang sebijik macam perempuan meroyan.

            “Weih, weih! Sorry aku tak jerit lagi, janji!” Aina pantas merampas penyembur air ditangan Ainul.

            “Hah, tau pun diam. Ni aku nak tanya ni. Kenapa kamu tak suka dekat Luqman tu? Nak kata tak handsome, handsome. Nak kata miskin, kaya. Nak kata jahat, dulu ye la, sekarang dah jadi good boy. So apa masalahnya dengan mamat tak sedar diri kau tu?” tanya Ainul dengan lagak serius tak jadi. Mana taknya, penyangkut baju yang berada berhampiran diambil lalu digunakan sebagai penggaru kepala. Aina yang melihat ketawa mengekeh. Budak Ainul ni ada sahaja gaya yang membuat dia ketawa.

            “Eh, ketawa pula dia ni!” penyangkut baju dipukul perlahan ke badan Aina.  Aina menjuih bibir.

            “Hump.. aku dah dah kata aku benci lelaki. Lebih-lebih lagi yang cintakan aku..” ujar Aina selamba. Jarinya bermain-main dengan rambutnya yang berwarna keperang-perangan.

            “Jangan cakap kamu ni lesbian?!!” Aina tidak dapat menahan ketawanya lagi. Tangannya menepuk-nepuk meja kopi diruang tamu itu.

            “Hahaha.. apsal kau ni terlebih bijak?? Mana ada.. Aku Cuma tak boleh nak terima sesiapa dalam hidup aku. Cukup la sekali tu..” wajah Aina bertukar muram. Ainul tidak mahu bertanya lagi. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aina. Cuma ada sesuatu yang menghalang teman baiknya bercerita. Dia Cuma perlu sabar. Tangan kembali bergerak, menggosok baju yang diletakkan di tepi. Sesekali direnung wajah Aina yang muram. Pasti rakannya itu akan berkongsi pada suatu hari nanti.





            “Aina Nur Aishah, tolonglah berhenti! Saya dah penat kejar awak. Kalau ya pun awak tak mahu saya, tak mahu terima saya. Beritahu apa salah saya? Apa silap saya?” lengking Luqman yang sudah merah mukanya. Rasa ingin tahu yang sudah disimpan lama diluahkan hari ini. Dia mahukan jawapan!

            “Awak tak.. salah..” menggigil Aina menjawab soalan Luqman. Dia terkejut dengan suara kuat Luqman. Lelaki itu marahkan dia? Kenapa ada rasa sedih dan risau? Dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan begini. Ya dia tidak boleh dan tidak mahu!

            “Habis tu?” semakin banyak persoalan muncul di benak fikiran Luqman. Kenapa gadis ini beria-ria menolaknya padahal dia nampak sirna cinta di mata gadis itu untuknya? Kenapa gadis itu tidak berterus terang kepadanya? Kenapa rasa cinta ini tidak hilang walaupun berkali-kali dia ditolak? Kenapa??

            “Sa.. saya.. A.. wak.. Ki..kita.. hump.. Maaf!” lantas Aina melarikan dirinya. Luqman terduduk sedih. Kenapa harus begini? Hati Luqman terasa begitu sakit hingga air mata mengalir deras. Mata yang memandang dibiarkan sahaja. Biarlah kali ini air matanya mengalir buat seorang insan bernama Aina Nur Aishah.

            Aina yang menyembunyikan diri dibalik dinding, terkedu melihat Luqman menangis. Adakah benar dirinya diperlukan? Kenapa harus lelaki itu menangis? Tahukah bila lelaki itu menangis hatinya turut menangis? Hilanglah perasaan ini. Kau hanya menyiksa diri ini. Aina pantas beredar. Cukuplah setakat itu dia sudah penat.



            Luqman berdiri di dalam hujan. Masih setia menunggu Aina didepan rumah sewa gadis itu. Tegar benar hati Aina melihat dirinya dalam keadaan ini. Sudah tertutupkah hati gadis itu?

            Aina yang melihat dibalik langsir mengetap bibir. Hatinya sakit. Ingin sahaja dia berlari meminta Luqman beredar. Namun, kepalanya menegah. Dia gelisah. Ainul yang memerhati dalam diam menggeleng kepala.

            “Aina, pergilah suruh Luqman balik. Tak baik biarkan dia macam tu. Lagipun apa kata jiran-jiran kita? Kak Mon tu dah mengintai Luqman dari tadi. Bukannya aku tak nampak. Baik kamu suruh dia balik. Karang tak pasal-pasal polis datang tahan dia. Sebab menganggu ketenteraman awam.” Ujar Ainul panjang lebar. Aina berfikir sejenak. Betul juga apa yang dikatakan Ainul itu. Perlahan kakinya menyarung selipar. Dengan hati yang berbelah bahagi dia merapati pintu pagar.

            “Kau baliklah!” ujar Aina sedikit kuat melawan bunyi hujan yang mulai lebat kembali.

            “Aku tak nak! Aku tak nak pergi selagi kau tak bagi tahu kenapa? Kenapa kau tolak aku!” jerit Luqman dengan suara menggigil. Pasti lelaki itu kesejukkan. Aina semakin resah. Bibir merah Luqman mulai membiru. Aina takut dia akan kehilangan lelaki itu. Pantas kepala dianggukkan.

            “Esok! Esok aku kasi tahu!” ujar Aina sambil menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh.

            “Betul?!” tanya Luqman tidak percaya.

            “Ya betul! Kamu balik dulu. Esok kita jumpa!” jerit Aina seraya berlari kembali ke dalam rumah. Luqman tersenyum senang. Lantas dia beredar dari situ.




            “Assalamualaikum..” Aina menjawab salam itu perlahan. Kepala ditoleh kebelakang. Kelihatan Luqman yang segak berpakaian. Entah kenapa hari ini lelaki itu kelihatan lebih kacak.

            “Aina boleh awak kasi tahu saya kenapa?” tanya Luqman dengan suara bergetar. Sekali lagi Aina terkedu mendengar suara Luqman. Kenapa selama ini dia tidak sedar suara itu sungguh merdu?

            “ Saya tak percaya lelaki.” Ujar Aina sekali lafaz.

            “Tapi, saya janji takkan tinggalkan awak, takkan kecewakan awak..” ujar Luqman sambil mengangkat tangan gayanya seperti sedang memberi ikrar.

            “Usah berjanji kalau sekadar untuk dimungkiri! Janji diukir untuk ditepati bukan untuk dimungkiri!” Nada suara Aina mula naik. Entah kenapa dia rasa kurang senang dengan perkataan ‘janji’.

            “Salahkah saya berjanji walaupun saya yakin akan menepatinya?” tanya Luqman tidak puas hati.

            “Salah! Sebab janjilah saya tak percaya lelaki!” ujar Aina hampir menitis air mata.

            “Kenapa?”

            “Sebab lelakilah ibu saya menderita! Saya benci lelaki!”

            “Jangan kerana nila setitik, sebelanga susu rosak! Jangan disebabkan lelaki seorang, habis semua lelaki awak salahkan!” suara Luqman turut mulai tinggi.

            “Saya.. saya tak boleh..” ujar Aina yang sudah mulai menangis.

            “Aina, sayang.. dalam perhubungan perlu ada rasa percaya dan tanggungjawab. Saya yakin saya ada dua kiteria itu! Awak.. saya cintakan awak!”

            “Bukakanlah pintu hati awak untuk saya!” ujar Luqman lagi.

            “ Saya...”

            “APA??” kuat suara Luqman memetir.

            “Saya takut.. Takut awak akan sama dengan orang itu.. Akan tinggalkan saya.. seperti apa yang berlaku pada ibu.. akan tinggalkan saya selepas awak berikan harapan kepada saya..” ujar Aina sambil mengesat air mata. Terasa bodoh pula dia mengalirkan air mata saat ini.

            “Awak.. cinta saya tulus! Saya yakin suatu hari nanti pintu hati awak akan terbuka luas hanya untuk saya!” ujar Luqman sambil berlalu pergi. Aina terduduk.




            Sudah seminggu hidup Aina terasa sepi. Tak pernah dia terasa sesepi ini. Luqman pergi selepas hari itu. Entah ke mana hilangnya. Betullah kata orang, bila depan mata sikit pun tak dihargai bila sudah menghilang barulah mahu menghargai.

            “Weih, kejap lagi teman aku pergi kedai tau!” ujar Ainul dari biliknya. Sejak beberapa hari ini, Ainul asyik sibuk dengan telefonnya. Mungkin ada seseorang bertahta dihatinya. Aina mengangguk. Walaupun dia tahu Ainul tidak dapat melihatnya.

            “Cepat siap! Aku tunggu dekat luar!” ujar Ainul sambil menolak lembut bahu Aina. Aina menarik sengih yang tak serupa sengih itu.

            “Wah.. cantiknya kawan aku ni! Dah jom!” ujar Ainul sambil menarik Aina. Pintu kereta dibukakan untuk Aina. Aina masuk tanpa banyak bicara.

            “Kita dekat mana ni?” tanya Aina yang pelik dengan suasana tempat itu. Kata nak ke kedai makan biasa. Ini dah macam hotel lima bintang je tempatnya.

            “Kamu duduk dulu aku nak pergi tandas kejap!” ujar Ainul seraya berlari tinggalkan Aina seorang diri. Tiba-tiba kedengaran gesekan biola yang merdu. Aina menoleh ke belakang. LUQMAN!

            Air mata mengalir tanpa segan. Senang benar air matanya mengalir sejak akhir-akhir ini. Luqman tersenyum. Siapa sangka Aina sangat merindui senyuman itu.

            “Hai..”

            “Hai..” jawab Aina malu-malu.

            “Rindu saya?”

            “Rindu..” muka Aina mula memerah.

            “Suka saya?”

            “Suka..”

            “Jadi girlfriend saya?”

            “Tak mahu!” tersentak Luqman apabila mendengar  jawapan Aina.

            “Tapi.. saya nak kahwin dengan awak!” ujar Aina malu-malu kucing.

            “Jom!” ajak Luqman.

            “Pergi mana?”

            “Nikah!”

            “Awak!!”

            “Weih.. gatalnya kawan abang nikan Ainul?” kata Farish sambil mengeyitkan mata.


            “Kawan Ainul apa kurangnya, abang..” ujar Ainul sambil menaikkan ibu jarinya. Aina tersenyum malu. Semua ni komplot mereka rupanya..


                "Peluang untuk aku dah tiba.. terima kasih sayang!" ujar Luqman sambil tersenyum manis.




~TAMAT~


#Cerita ni wujud petang tadi.. hahaha dalam kelas tadi ada topik hangat tgh Asyu buat kerja P.A Asyu  dengar2 jugak..

Siapa salah lelaki yang berjanji atau perempuan yang berharap??

hahaha tak dapat rungkai pun persoalan tul... sedew betull...

kikiki entri raya tak siap2.. huhuhu syu sibuk sikit.. tgk2 la nanti

Tuesday, 20 August 2013

Skrip untuk MUET lusa.. Hehehe

One foggy night, it was cold and windy …  there were four people sitting and whispering about something in the park. There was something weird about them. It looked like they were obviously sharing a horror experience. (myera) – a scary voice.

Nizar : One night just before I went to sleep, I felt something was right behind me but when I turned around there was nothing.  It felt so weird and my body started to shiver. (hold both hands and look afraid)

Ili : So what did you do?  I cannot imagine what I’d di in  that situation.  Probably I would just ignore it. (looking at the sky like thinking of something)

Nizar : Oh, so brave you think  you are heh? Not me!  I just ran to my parents’ bedroom and told them about it. They didn’t believe me and laughed. That night, I slept with my brother.

Ainun : Err, what happened after that ? I mean when you slept with your brother.

Nizar : Yes, something did happen. I felt like someone was staring at me when Iwas going upstairs to my brother’s bedroom. Then, I just ran up and went under the blanket and slept until morning.

Shima : Your story is not so scary. Mine is more scary.  When I was 5 years old, my mum told me that  I had an ‘invisible friend’. I was always  talking alone while playing by myself.

Ili : Then what happen and what did your mum do when you behaved like that ?

Shima : Oh, my mum just thought that is normal because a lot of kids have  imaginary friends when they were kids. But later, my mum felt that  something was weird with my imaginary friend.

Ainun : Why?

Shima : It appeared that my imaginary friend was actually ghost. One day ,while my mum was collecting  cloths in our backyard, suddenly  the was a strong  wind and some black clouds. The strong wind, blew the blanket through my bedroom window , slowly the blanket fell down to the ground. My mum saw the figure of a human being at the window and grinning at my mum.

Nizar : WOW!, what did your mum do after seeing that ?

Shima : My mum, ran upstairs to my bedroom and heard me shouting in the bedroom an the was locked. So my mum, rushed to get the spare keys and unlocked the door. When the door was opened, she sew me just frozen in a corner of my room. After that, my imaginary friend just disappeared.

Ili : wow, what a story. A horror experience, I never had one that scary.


Suddenly, there were a thunder and dog barking out loud,  all the four of them were shout and run from the park. Then they run until reach their home. (Myera)


Hahaha pelik tak nama Asyu tak de... Sebabnye.. Asyu la tukang tulisnye.. Ada seorang lagi.. dia direktor.. ala kawan Asyu yg Fatin Amirah tu.. Ada entri lepas pasal Raya tu.. Ada gmbr dia.. hehehe >_<

Monday, 19 August 2013

Raya 2013 jom baca.. pasal Asyu hehehe

             Assalamualaikummmmm semuaaa~!!! HUhuhu dah raya keberapa bru nak update entri pasal raya.. Hehehe Biasalah Asyu ni bukan boleh berkepit sangat dengan lappy.. karang asyik dengan maya.. terlupe yang realiti.. Hahaha.. Okey.. Raya tahun x de la semeriah macam dulu.. Entahkan zaman yang berubah atau Asyu sendiri yang berubah.. Lain bebenor rasenye rayo kali ni.. hahaha (bahasa ngeri mana Asyu hentam ni?? >u< ) Okey hari raya first x banyak gmbr yang Asyu ambek... Main camera telefon mak sesorang hahaha >_< syok sendiri katakan...



ni la gambar pepagi raya tu.. hahaha x de kerje punyer olanggg


Lepas tu hari macam biasa, lepas solat raya Asyu pergi rumah ayah... tapi raya thun ni rumah ayah kosong x bestttt =-=''' Ada achik je.. Asyu mana ngam sangat dengan kerabat dia.. Tunggu Ngah x de pun sampainye.. Pastu tunggu Yong pun x de gak.. Last2 Asyu balik gitu je.. Hump.. X besssttttttt >_<


Pastu raya kedua Asyu pergi rumah sedara mara belah mak.. Hahaha Rumah Pak Long best!! Semua anak dia balik woo~!! hahaha poket Asyu berisi pergi rumah dia.. (muka x malu.. dah besar dapat jugak duit raya... hehehe Ala.. kata studentttt >v<)  Pastu pergi la rumah Yyong ngan lain2...

nak gambr ke?? hehehe

 masa kakak Asyu bru sampai.. anak dia (aboy) terus berkepit dgn Abang Asyu hehehe anak buah kesyangan katakan...


Ni bukan sorang ni nakal ya amat~!!! pergi masuk bilik sepupu Asyu.. pastu menyelongkar cari kucing... Huhuhu susah ada anak sedara fanatik kucing niii





Kat rumah Yyong.. hahaha Seronok budak dua orang ni dapat duit raya... >_<


Kat umah Yyong lagi...

yang lelaki tu adeq asyu... yang tengah tu mak cik Asyu, Mak Nor Bagan Serai.. Yang tepi skali tu anak Yyong.. Kak Irra.. hahaha semua lawa2 hari tu.. mklumlah tgh raya...

Ni dekat rumah ayah Mei (pak cik lee) hahaha dia ni riang ria di hari raya.. Syok o pergi rumah dia.. yang gmbr si Aboy buat kecoh tu kat rumah dia la... dia relax je.. hehehe


Lepas tu Asyu pergi rumah kakak Asyu (Kakdee) Tapikan... kak dee jangan marah... Ni kenyataan.. Klu ko baca.. Asyu mintak maaf la ye.. Rumah dia sangat2 BOSANNNNN~!! weih naik gile aku tauuuu.. ingat kat sana leh berjalan raya ke.. klu tak pun jalan kami2 je.. Tapi.. huhuhu x de buat pape.. duk dalam rumah je... BOSAN GILE~!!!!

Pastu setelah bertapa agak lama kat rumah dia.. Asyu pun balik la.. Esoknye Kawan Asyu ajak g open house umah dia.. Seperti biasa Myera the g-Funk(hahaha) ambik Asyu kat umah.. Maka bermulalah perjalanan Asyu(macam jauh sangat) hahaha.. nak tgk gmbr...


tepi jalan pun jadi... hehehe pakai peplum je..


Myera g-funk dan motornyeee >_<


Alololo tomei cik kak sorang niii


tangan gatal nak snap.. pokok pun jad



depan rumah kawan fatin Amirah


dah2 la tu.. turun2 perut aku dah lapar -Asyu


coklat cheese kek khas tuk Asyu hehehe


tuan rumah.. marah ke hahah snap curi ni.. Halalkan tauuu

byk x mamam??? yummyss :d


alalala malu plak dia tuuu gigit karanggg grrr


jemput2-fatin..
aku dah jemput diri sendiri dahhh- Asyu


ops.. Asyu ko jangan ngegada-Myera


Jom main cak cak fatin ko dulu-Asyu


Ting~!! hahaha Fatin muncul

hehehe kwn pra-u la niii





ada semut kot dalam air kamu Asyu- Myera
mana ada.. memandai je ko ni myera- Asyu



huih sodap niii... (Asyu x ingt nama dia)

heiii Asyu here~!!!



Ngap~!! sodap niii...



hei, bru nak sampai aku nak balik ni-Asyu



Peace yo~!-Nino
Wei~!! belakang ko ada sepasang tangan lain..-Asyu
Aku la mangkuk-Fatin


Rezeki bebudak tiga orang yang lewat tadi muahahaha

Hahaha tu je la.. pasal raya Asyu.. Okeylah.. Entri raya tu ada... Ala rayakan sebulan sabor jelah ek... key Assalamualaikum~!!!



Wednesday, 7 August 2013

IBU... AMPUNKAN DAKU!!

Bab 4

Mariana tersenyum riang. Jika 6 hari yang lalu dia bermuram durja hari ini dia berasa sungguh gembira. Sebab hari ini merupakan hari terakhir dia akan menghadap muka senior sengal itu siapa lagi kalau bukan si Irsyad. Ahli kumpulannya berasa pelik pula dengan keriangan tahap maksimum Mariana itu.

“Haiya, lu manyak hepi.. Wa tau kenapa lu hepi. Hahaha wa pun manyak hepi! Lepas ni kite tak payah tengok itu orang..” ujar Ah Mei mengundang ketawa yang lain.

“Hehehe wa tau lu manyak pandai! Lengloi wa tak tau lu pun tada mau tengok itu orang..” ujar Mariana dengan loghat cina yang dibuat-buat. Akma dan Shafiq ketawa melihat telatah kawan baru mereka itu. Si serius Emy asyik menghadap bukunya. Kelas belum mula tetapi gadis ini sudah ralit dengan buku sem pertamanya.

“Haiya... wa pun takda suka sama itu senior.. suka buat kacau sama kamu.. Ada ka Mar yang manyak comel ni dia olang pegi kacau! Wa manyak hangin woo!” beria-ria Ah Mei menyatakan pendapatnya. Mariana tersenyum sahaja. Untungnya dia dapat berjumpa dengan orang yang mengambil berat tentang dirinya.

“Ni yang buat aku sayang kat kamu ni!!” ujar Mariana sambil mencubit pipi Ah Mei yang lebih kurang serupa sahaja dengan pipinya. Cuma Ah Mei lebih kurus daripadanya. Ah Mei sudah mecebik, tunjuk protes la tu sakit kena cubit dengan Mariana.

“Sukanya depe ni Irsyad tak sedar yang muka senior-senior ni jugak kamu kena hadap bila dah masuk kuliah nanti. Tak lari punya.. lagi-lagi kalau ada yang satu course walaupun berlainan sem tapi tempat kuliah still sama tau..” ujar Alif sambil mengangkat keningnya. Habis hilang muka-muka yang ceria tadi.

Irsyad hanya memandang kosong ke arah juniornya. Namun apabila pandangan matanya menghala ke arah Mariana terus sahaja pandangan Irsyad penuh perasaan. Seram sejuk pulak Mariana macam dia ada hutang dengan mamat sengal ni.

Mariana hanya menayang muka toya. Malas nak layan senior-senior ni. Asyik dia je kena buli. Menyampahnya dia dengan fasi yang ada ni. Irsyad rasa sakit hati pula gadis tembam itu mendiamkan diri. 'Huh, sombong kau hari ni! Tak apa tunggu sekejap bak kata Awie' Irsyad melangkah ke arah Mariana dengan langkah yang angkuh. Mariana hanya melihat tanpa perasaan. Padahal dalam hati dah dup dap dup dap. 'Mamat sengal ni kenapa pulak... Dia ni mesti nak pedajal aku lagi ni..'

“Kau, budak tembam bangun!” Arah Irsyad kasar. Semua yang melihat mengerut kening lebih-lebih lagi pelajar orentasi. Dah tahu sangat mesti Irsyad tak puas hati dengan Mariana tu. Mariana masih dengan muka selambanya bangun menghadap Irsyad kononnya tak takut la tu.

“Aku nak kau kilatkan kasut aku ni!” sekali lagi keluar arahan entah apa-apa dari mulut Irsyad. Irsyad pun tak tahu kenapa dia selalu sangat kasi idea yang merapu.

“Ta..tapi...” tergagap Mariana.

“Tak ada tapi, tapi! Kau kena buat juga kalau tak... Kau tahu la nasib kau lepas start sem 1 ni..” nada suara Irsyad membuat Mariana tegak duduknya, terkejut. Suara bisikan mula kedengaran. Mungkin mereka kasihan dengan nasib Mariana.

Dengan muka yang tersenyum Mariana mengambil kasut Irsyad dan mula mengilatkan kasut itu. Terkedu Irsyad dengan tindak balas Mariana. Tiada bantahan atau rungutan. Malah Mariana melakukan kerja yang disuruh dengan gembira. Siap menyanyi kecil pula tu.

'Kenapa dia happy sangat ni? Mesti ada udang disebalik batu ni..' muka Irsyad berkerut tidak puas hati. Apa yang dia tidak puas hati pun dia tak tahu.

0_0


Akhirnya tamat juga minggu orentasi dia. Walaupun hari orentasi yang terakhir ini makin teruk dia dibuli dia tak kisah sebab lepas ni... tak kan ada istilah buli membuli. Jam sudah menunjukkan 10 malam. Hari ini mereka lepaskan awal memandangkan esok akan bermula kuliah yang pertama. Mata Mariana masih belum mengantuk lalu diambil telefon bimbitnya. Hadiah dari abang Ar sempena kemasukkan dia ke universiti.

Tangan laju mendail nombor ibunya. Rindu kepada ibu, abang Ar, Sya dan Nuar makin membuak-buak. Lama Mariana menanti panggilan dia dijawab. Akhirnya kedengaran juga suara yang dirindui.

“Assalamualaikum ibu...” teruja Mariana menutur kata.

“Waalaikumsalam Mar anak ibu... Mar sihat?” tanya Puan Manisah cuba menahan sayu yang tiba. Betapa dia rindukan anaknya yang satu ini.

“Ibu... Mar sihat je.. Mar rindu dekat ibu dengan abang dan adik-adik. Mar rasa nak balik je..” ujar Mariana sambil menahan tangis.

“ Kenapa dengan anak ibu ni, hurm? Mar yang ibu kenal orang yang kuat semangat!” Puan Manisah risau dengan perubahan emosi anaknya.

“Hidup dekat sini bukan macam yang Mar bayangkan, Ibu Mar nak balik.. please ibu. Mar rindu dekat adik-adik dengan abang Ar..” mutiara jernih mula menitis. Jari-jemari mengesat laju. Takut pula Kari, Kak Ana dan Lily tahu dia sedang bersedih. Mereka sudah hanyut dibuai mimpi.

“Mar! Ibu tak nak dengar Mar merapu! Ibu tahu anak ibu kuat, tabah, sabar... Ibu nak Mar teruskan perjuangan Mar.. Faham?!” tanya Puan Manisah dengan air mata yang turut berlinangan.

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi! Ibu nak Mar teruskan, faham?!” ujar Puan Manisah tegas.

“Faham..” sayu sahaja suara Mariana. Kedengaran bunyi katil bergerak. Terus sahaja Mariana meminta diri kepada ibunya. Dikirim salam sayang buat abang dan adik-adiknya. Lalu panggilan dimatikan. Terus sahaja Mariana melelapkan mata.


^____^

Mariana mengeliat malas. Solat subuh sudah ditunaikan tapi masih mengantuk. Tubuh disandarkan ke katil. Kelas pertamanya bermula pukul 10 pagi masih awal lagi untuk dia pergi. Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi. Lily dan Kari sudah ke kuliah. Kelas mereka bermula pada jam 9 pagi. Budak ekonomi la katakan. Semangat betul budak dua orang tu. Kak Ana sudah keluar mencari makanan lapar katanya.

Tanpa disedari dia terlelap lagi.


“Ya Allah!! aku dah lambat!!” jerit Mariana seorang diri. Jam sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi. Kelam kabut Mariana menyiapkan dirinya. Kaki laju berlari ke stesen bas khas untuk pelajar yang duduk dihostel. Nasib baik masih ada bas.

“Apalah nasib.. dahlah hari first.. aku terlambat pula.” rungut Mariana seorang diri.

Dengan langkah longlai, maklumlah ada dalam 40 minit sebelum kelas bermula, Mariana melangkah ke cafe. Teringin pula nak makan bihun goreng pedas. Laju sahaja Mariana melabuhkan punggung di satu meja yang kosong. Satu-satunya meja yang kosong ketika itu. Makanan di order. Tak sampai sepuluh minit makanan pun sampai. Mariana yang sudah tersedia lapar terus makan makanan itu biarpun masih panas.

“Sorry, this is my seat..” ujar seorang jejaka. Mariana memadang lelaki itu. Macam kenal tapi siapa?

“Ops, sorry..” Mariana pantas bangun.

“Hei, awak makan aja sampai habis. Tak apa. Saya tak kisah..” ujar lelaki itu. Mariana duduk kembali cuba menghabiskan makanan biarpun terasa seperti tersekat ditekak. Maklumlah asyik ditenung lelaki itu. Cepat sahaja bihum itu dihabiskan, mata sudah berair menahan pedas. Lantaklah asalkan dia jauh dari lelaki itu. Menakutkan sungguh renungan lelaki itu. Taulah dia gemuk, lelaki itu kacak, kurus, berkumis nipis, bibir merah tanda tak merokok.. Aik sempat pula dia menilik lelaki itu. Mariana bangun meninggalkan meja dan lelaki itu.

“Awak.. jumpa sekejap lagi..” panggil lelaki itu sambil menghulurkan tisu dan berkata seperti mengenali Mariana.

Mariana terpaku. Siapa lelaki itu? Dia kenal ke?

#bersambung

#hehehe entri raya tu.. lepas raya baru boleh update.. sorry ye semuaaa... >_< bian~!!



Tuesday, 6 August 2013

Ada apa dengan cinta? Sila jawab hehehe

              Assalamualaikum... Okey tetiba kepala ni masuk air.. hahaha Seperti soalan di atas sila lampirkan jawapan anda di ruangan komen yang disediakan.. (ayat ala2 soalan SPM je hehehe :3 ) Okey2 Malam2 ni Asyu lepas kemas rumah apalagi.. menaip le... ni pun sambil2 taip benda alah merapu ni intai2 jugak IAD ni tgh carik idea.. Ni la yang payah kalau buat satu bab by satu bab.. klu x de idea hancur.. tergantung macam tu je.. ishhhhh (bengang dengan diri sendiri =_=)

             Okeylah malam ni jiwang sikit jiwa Asyu ni hewhewhew :3 Ada apa dengan cinta ye? Pada Asyu buat masa ni ( time blajar ni) cukuplah sekadar cinta kepada Allah dan rasul serta ahli keluarga. Bofren2 no no la.. Wa x maen Bofren2.. Walaupun wa sudah cukup umur (terlebih sebenarnya)  wa tak mao ada bofren..

             Cinta dari sudut Asyu lakan.. Cinta ni bukan terhad untuk boyfriend girlfriend.. Dia sebenarnya meluas terlampau meluas. Cuma biasalah manusia hanya fokus pada suatu benda je. Asal orang sebut cinta je ada je yang kaitkan dengan pasangan berlainan jantina. BOSAN!! Like me.. I love Novels (cinta juga) I love to draw(cinta juga) l Love my Parents (cinta lagi) hah~!! nampak tak???? cinta itu luas tak terhad


              And Asyu paling menyampah kalau ada orng memprovok kita untuk bercinta and dengan bodoh kita menyahut provokkan itu. It just such a damn action. Kalau korang orang yang mempunyai ilmu.. you must think! why should i take this challange? there is no reasons. Asyu tak suka pada hubungan yang tak pasti.. Mabye Love can be Sweet but Sometimess it Hurt. I don't want to be hurt. Mungkin korang anggap Asyu akan hilang satu kenikmatan dunia. Tapi apa yang pasti Asyu pasti janji Allah ada. Iaitu setiap manusia dicipta berpasangan. mungkin bukan di dunia tapi di akhirat kita pasti berjumpa..


#ter-emo- lebih malam ni hehehe..
apa2 pun Assalamualaikum semua.. papai2esok bab baru IAD akan di up... sabar menanti ye..

PA >>> MISS BOSS~!! (~^O^~) Part 2 ~END~

S
edar tak sedar sudah hampir 5 bulan Afiq bekerja dengan Bad aka Badlisyah. Rupa-rupanya selama ini bosnya itu seorang perempuan. Kalau bukan sebab ayah Bad datang ke bilik mencari Bad sebulan yang lalu, confirm sampai sekarang dia tak tahu Bad tu perempuan. Bengang juga dia rasa, macam ditipu padahal dia sendiri tak pernah nak tanya walaupun dia sendiri ragu-ragu dengan jantina bosnya itu. Dalam rasa sebal tu, dia rasa lega sebab, Bad tu perempuan. Selama 4 bulan yang pertama dia gelisah apabila berdekatan dengan Bad. Dia mempunyai perasaan yang kuat kepada Bad, dia takut, dia terpesong semata-mata kerana wajah Bad yang keperempuanan. Kini, dia lega, boleh la lepas ni dia nak tackle si Bad ni.. hehehe

            “Assalamualaikum, Afiq kenapa awak senyum seorang-seorang ni? Bad ada?”tanya Encik Shamsul yang baru tiba. Matanya melilau mencari kelibat anak tunggalnya.

            “Eh, Encik Shamsul! Cik Bad, dia keluar sebentar, Encik masuk la dulu.” Afiq tersipu-sipu apabila Encik Shamsul perasan dia tersenyum seorang diri. Encik Shamsul terus melangkah ke bilik anaknya. Afiq pula pantas ke pantri membancuh air memandangkan Mak Cik Seri yang bertugas sebagai tea lady tidak hadir. Tiba di pantri Afiq tergaru-garu kepalanya. ‘Air apa pulak bos besar dengan bos kecik ni minum? Hurm.. bantai sahajalah... milo 3 in 1 sudah...’ Tangannya ligat mencapai 2 paket Milo 3 in 1. Bunyi deheman dibelakangnya membuatkan dia terperanjat. Tanpa sengaja air panas yang sedang dituang ke dalam mug tertumpah sedikit ke tangannya.

            “Ya, Allah! Sorry la Afiq, I tak sengaja!” Nini kelam kabut menarik tangan Afiq ke sinki. Dibilas lembut tangan Afiq. Rasa bersalah semakin menebal melihat wajah putih Afiq berpeluh kesakitan.

            “Eh, tak apa.. I okey je..” Rimas pula Afiq apabila tangan Nini tak lepas dari memegang tangannya. Padahal rasa perit diawal tadi sudah menghilang. Nini buat-buat bodoh. Dia terus membelek tangan Afiq. Afiq yang dah mulai rimas menarik kasar tanganya dari pegangan Nini. Milo panas dibawa ke depan. Afiq berpaling ke belakang. Dilemparkan senyuman manis kepada Nini tanda terima kasih kerana mengambil berat. Nini terkesima melihat wajah kacak Afiq tika itu.

            “Sorry, lambat!” ujar Afiq setelah meletakkan air dihadapan Encik Shamsul dan Bad. Bad menjeling tajam. Entah kenapa perasaannya jadi kacau-bilau melihat tangan Afiq dipegang mesra oleh Nini si penyambut tetamu.

            “Memang la lambat, kalau asyik mengatal aja kerjanya!” Bentak Bad tiba-tiba. Afiq terkejut mendengar nada suara Bad. Selama ini gadis itu tidak pernah nak marah. Encik Shamsul turut terkejut. Bad yang dia kenal tak pernah nak ambik kisah tentang hal-hal kecil ini. ‘Ini mesti ada apa-apa ni..’ desis hati Encik Shamsul sambil merenung Bad dan Afiq.

            Terkulat-kulat Afiq apabila mata Bad tak lepas merenung tajam wajahnya. ‘Apahal pulak minah ni.. Renung-renung pulak, dah la mata dia tu bulat. Karang kena cium baru tahu!’ Makin resah Afiq direnung tak lepas oleh Bad. Encik Shamsul menahan ketawa melihat aksi Afiq yang tidak selesa dengan tenungan anaknya.

            “Bad.. Bad okey ke? Kenapa marah-marah ni? Datang bulan ek?” usik Encik Shamsul mahu menduga riaksi Bad.

            “Apa ayah ni..” ujar Bad tersipu-sipu. Malu apabila ayahnya menyebut tentang hal perempuannya didepan lelaki kesayangannya. ‘Gulp! Lelaki kesayangan??? Hati aku ni biar betul.’ Peluh mula merintik di dahi Bad. Gelisah dengan persoalan yang timbul di benak fikirannya.

            “Hahahaha... Okey Afiq awak boleh keluar..” gelak Encik Shamsul senang dengan perlakuan anaknya. Ternyata hati anaknya masih untuk seorang lelaki. Bukan perempuan seperti yang dirisaukan. Afiq yang termangu-mangu pantas keluar dari bilik itu.

            “Ayah ni... kenapa gelak pulak?” tanya Bad yang rimas dengan ketawa ayahnya. Encik Shamsul tersengih.

            “Yang Bad tu? Mengamuk tak tentu pasal dengan Afiq tu kenapa?” Tanya Encik Shamsul dengan senyuman lebar.

            “Erk.. Dia.. dia menggatal! Hah, dia menggatal dengan penyambut tetamu kita.” Ujar Bad yang gelisah. Dia dapat rasakan ayahnya sudah dapat menghidu perasaannya yang dihiasi rasa cemburu.

            “La.. kenapa pulak Bad nak marah. Biarlah dia. Lagipun dia bujang, si penyambut tetamu kita pun bujang kalau tak silap ayah..” kata Encik Shamsul menduga Bad. Makin merah muka Bad menahan amukan cemburu dihati. Dia rasa bagaikan ayahnya menyokong Afiq dan Nini.

            “Salah la.. bila Bad kata salah! Badkan bos!” ujar Bad yang ternyata tak mampu menahan rasa cemburunya.

            “Hurm.. yelah tu.. Cakap jelah yang Bad dah jatuh suka dengan Afiq tu..” provok encik Shamsul lagi. Bad mengigit bibir menahan rasa malu.

            “Mana ada ayah ni..” ujar Bad sambil jari-jarinya bermain dengan hujung pen.

            “Tak mengaku sudah. Ni ayah datang ni nak ingatkan kamu, tempoh untuk mencari bakal suami kamu tu tinggal sebulan sahaja lagi. Ingat kalau tak ada, ayah jodohkan kamu dengan anak Tan Sri Mahmod!” ujar Encik Shamsul tegas. Bad sudah terjuih-juih bibirnya mengajuk ayahnya bercakap.

            “Yelah ayah, Bad tak lupa pun..” ujar Bad sambil duduk dikerusinya setelah puas bertengek di meja.

            “Oh, ya! Tadi ayah tengok tangan Afiq tu merah je macam kena air panas. Kesian dia..”tak sempat Encik Shamsul nak habis berbicara. Bad sudah berlari keluar. Afiq yang asyik membuat kerja tersentak.

            Bad terus menilik tangan Afiq. Afiq yang terkejut hanya membiarkan sahaja. Pelik dengan tingkah Bad tapi dalam masa yang sama dia senang dengan perhatian yang diberikan oleh Bad. Bad yang asyik membelek tangan Afiq tidak perasan dengan tenungan lelaki itu.

            Encik Shamsul menggeleng. Anaknya itu masih tidak mahu mengakui rasa yang terpendam itu. Perlahan dia bangun dan mencapai beg bimbitnya.

            “Tengok tangan orang macam hapa je. Ini ke tak suka?”bisik Encik Shamsul sekali lalu ditelinga anaknya. Bad terpinga-pinga. Terus dilepaskan tangan Afiq. Dipandang kaku Encik Shamsul yang sudah melangkah keluar dari pejabatnya.

            “Ni semua salah kau la!!” jerkah Bad yang menahan rasa. Afiq tersentak. Mula dia nak buat drama king dia tu.

            “Awak ni kenapa? Marah-marah saya pulak?” Tanya Afiq penuh emosi. Pelik dengan Bad yang tak menentu bulan mengambang ke?

            “Arghhhh~!! Ni memang salah kau!” marah Bad sambil masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat. Tersentak Afiq. Bad yang bersandar dibelakang pintu merasa denyutan jantungnya, kencang. Mungkinkah? Tapi.. tak mungkin...


            Afiq meletakkan kepalanya di meja kafe itu. Lelah dia dengan emosi Bad yang tak menentu. Pagi tadi elok sahaja mood bosnya itu, tapi lepas Nini datang terus emosinya kacau macam kena amukan garuda pulak. Apa masalah Nini dan Bad, Afiq tak tahu, tak nak tahu, dan malas ambik tahu. Teh ais tiba-tiba sahaja muncul didepannya. ‘Sejak bila pula aku order air ni.. mesti abang Harun tahu aku dahaga bagai nak gila ni...’ baru sahaja Afiq nak ucap terima kasih. Dia terkedu melihat siapa yang berada didepannya. Nini!

            Alamak! Bala sudah datanggg! Badlisyah melangkah angkuh ke arah Afiq dan Nini. Dia pantas duduk selamba di meja itu selepas order dikaunter. Afiq yang rasa tercekik melihat kedua-dua perempuan ini terus mencapai air teh ais itu. Sekali lagi dia terkejut. Bad selamba merampas air teh ais itu. ‘Apa lagi la dua orang ni.. Ni lunch time.. jangan la kacau akuuu!!’ jerit Afiq tapi dalam hati la, mampus kalau si Bad dengan Nini dengar.

            Bad merenung tajam wajah Afiq. Tiba-tiba dia tersenyum manis. Alamak, cair Afiq dibuatnya!

            “Awak.. awakkan tak suka air teh ais ni...  Bad dah order dah air special tuk awak. Kiwi ais special just for you.” Serentak dengan itu, seorang pelayan menghantar air yang dikatakan Bad. Afiq menelan air liur. ‘Kiwi? Aku mana pernah telan benda alah ni..’ dengan senyuman terpaksa Afiq menyedut air Kiwi itu. Sedaya upaya dia menahan rasa yang sedikit asing untuknya. Bad tersenyum senang. Nini yang sedari tadi hanya menjadi penonton menarik air yang dia pesan untuk Afiq.

            Entah apa yang menghasut Bad. Dia mula tarik air itu. Tak pasal-pasal air teh ais itu menjadi rebutan. Afiq hanya menonton. Dari tangan Bad ke tangan Nini dari tangan Nini ke tangan Bad. Afiq mula runsing dengan kelakuan keanak-anakkan mereka.

            “STOP!” Serentak dengan itu, air teh ais yang menjadi rebutan tersimbah ke mukanya. Dengan muka yang merah padam Afiq melangkah ke pejabat. Hatinya panas karang tak pasal-pasal dia menangis sebab tahan marah. Dia bukan boleh tahan perasaan ni.

            “Ni kau punye pasal!” kata Nini sambil tolak Bad.

            “Pasal apa aku pulak kau la!” Bad menarik rambut Nini. Nini pantas mengagau rambut Bad yang pendek. Terjerit mereka berdua. Keadaan mula menjadi kecoh. Beberapa orang mula menarik mereka menjauhi satu sama lain.

***

            Afiq mengelap bajunya basah akibat perebutan tadi. Entah apa la perempuan sekarang. Menakutkan betul perempuan zaman sekarang. Rasa nak menangis aje. Huhuhu... Tangan laju mendail nombor Wan.

            “Wan... isk.. isk..” terus sahaja Afiq menyerbu tanpa memberi salam.

            “Weih, kau ni kenapa?” Tanya Wan sedikit kalut mendengar suara Afiq. Walaupun Afiq selalu merungut bekerja di situ tetapi tak pernah lagi mamat ni menangis.

            “Huhuhu aku runsing layan 2 orang minah gile kat ofis ni...isk isk..”

            “La.. kenapa layan kalau runsing?” tanya Wan sedikit pelik.

            “Yelah.. depe dua ofismate aku.. sorang penyambut tetamu, sorang lagi bos aku.. kalau tak layan si penyambut tetamu memang la tak boleh.. hari-hari aku masuk ofis nampak muka dia dulu.. Yang si bos lagi la kalau tak layan memang I’m Fired la jawabnya.. Dan masalah besarnya.. mereka duk perang.. Entah apa yang dia nak dengan aku pun aku tak tau la...huhuhu..” Sedih sungguh nada Si Afiq ni. Wan tak dapat menahan diri daripada ketawa.

            “Kau ni.. Haih dulu tak ada pun masalah perempuan. Hehehe apa kata kau cari je girlfriend tak pun pilih antara penyambut tetamu dengan si bos tu..” kata Wan bersemangat tiba-tiba. Afiq tersentak. Cari girlfriend? Tak nak la.. Pilih antara dua? Nini ke Bad? Nini... dia mengedikss sangat... Afiq pun tak lalu nak hadap perangai gedik dia tu. Bad? Hurm.. hehehe Afiq memang suka sangat dengan Bad. Walaupun garang tapi garang bertempat.. lepas tu comel sangat macam anak patung.. hurm.. dia nak pilih yang mana ya?

            “Dah ada jawapan belum?” tanya Wan sedikit kuat.

            “Oit kau! Oit dah ada! Oit Bad!” latah Afiq. Tangan mengusap dadanya. ‘cisssss cake punye kawan, abang angkat dan seangkatan denganyaaa!’ Afiq menjuih-juihkan bibir apabila Wan ketawa tidak berhenti.

            “Okey. Sekarang kau kena berterus terang je.. Okeylah Afiq aku kena chao dulu.. Assalamualaikum!” ujar Wan sambil mematikan talian. Afiq duduk termenung. Terus terang? Hurm.. macam mana?

            “Awak..” Nini menghulurkan sehelai kemeja didepan Afiq. Afiq yang tengah syok termenung melatah akibat tindakan drastik Nini.

            “Aku suka kau!” jerit Afiq sedikit kuat. Nini sudah merah pipinya mendengar ‘luahan hati’ Afiq.

            “Eh silap! Silap! Saya tak suka awak.. Eh, bukan tak suka.. suka sebagai kawan..” kalut Afiq membetulkan tanggapan Nini. Muka Nini berubah menjadi mendung. Kemeja yang ditangan masih dihulurkan. Afiq mengambilnya teragak-agak. Selepas kemeja bertukar tangan Nini pantas beredar dari situ.

            Afiq mengeluh perlahan. Kemeja ditanganya di renung kosong. Lalu dimasukkan ke dalam laci. Tak mahu dia memakai baju itu karang tak pasal-pasal dia dicop bercinta pula.

            “Huh! Dasar lelaki!” ujar Bad yang berada di dalam bilik air. Tadi secara tidak sengaja dia mendengar luahan hati Afiq kepada Nini. Kemeja berwarna pic digenggam erat. Niat asalnya mahu memberi Afiq kemeja ini tetapi hancur hatinya mendengar luahan hati Afiq kepada Nini. Kemeja itu diangkat tinggi mahu dilontar ke dalam tong sampah. Tapi dia tak sampai hati. Biarlah dia simpan dulu. Kemeja itu bawa ke dalam pelukannya. Dia sunyi.. sepi.. tanpa belaian seorang ibu dan abang.. kini Afiq turut meninggalkannya. Direnung wajahnya dicermin. Dia cantik lagi comel dari Nini si gedik tu. Dia nak berubah! Nak tawan hati Afiq!

***

            “Afiq masuk bilik saya sekejap.” Interkom Bad. Afiq pelik selalunya Bad akan menjengukkan kepalanya. Tadi pun sama, Bad datang awal daripadanya. Tetapi tak kasi dia masuk ke bilik untuk melaporkan jadual harian. Pelik. Kiranya dia memang tak nampak Bad hari ni. Pintu diketuk dan kedengaran arahan masuk daripada Bad

            Dengan langkah yang penuh sopan Afiq melangkah masuk. Wajahnya menghadap lantai. ‘Kalau dah sehari tak kasi aku masuk tiba-tiba suruh aku masuk memang kes nak fire aku la ni..’ desis Afiq dalam hati. Bad menahan tawa melihat gelagat Afiq yang bagaikan pesalah itu.

            “Awak.. tengok saya bila saya nak bercakap!” tegas Bad menutur kata. Afiq pantas sahaja mendongakkan kepalanya. Dan... Dia terkesima! Ya. Allah! Cantiknya makhluk-Mu yang satu ini! Bad kelihatan comel dengan pakaian wanitanya. Tudung berwarna pic dengan baju kemeja wanita berwarna putih dan dipadankan dengan kain kembang berwarna pic yang lebih kuat.

            Hampir berdarah hidung Afiq melihat keindahan di depannya. Bertambah kuat debaran di dadanya melihat senyuman manis terukir di bibir Bad.

            “Awak.. saya.. saya suka awak! Awak?” luah Badlisyah tersipu-sipu. Afiq tersentak. Biar betul?! Dia rasa sepert berada diawang-awangan lalu DEBUB! Badlisyah kaget melihat Afiq yang sudah tumbang menyembah bumi. Afiq pengsan!!

            “Awak.. Awak okey tak ni! Awak!” Badlisyah memangku Afiq yang separuh sedar itu.

            “Saya pun ci.. cinta dekat awak..” ujar Afiq sebelum pengsan 100%. Badlisyah pula memerah wajahnya mendengar kata Afiq. Pantas dia memanggil beberapa orang pekerjanya membantu mengangkat Afiq. Dalam hati Bad melompat riang mendengar jawapan Afiq sebelum pengsan.

***

            “Bad dah fikir masak-masak?” tanya Encik Shamsul. Badlisyah mengangguk tersipu-sipu. Afiq hanya membatu. Mungkin malu mungkin juga gerun dengan muka Encik Shamsul yang serius.
           
            “Okey ayah setuju. Tapi ayah nak tanya satu hal ni. Bad pilih Afiq sebab syarat ayah atau sebab Bad cintakan dia?” tanya Encik Shamsul serius. Dia tak mahu anaknya menggadai hidup semata-mata kerana harta.

            “Bad cintakan dia..” dijeling manja Afiq yang seperti patung itu.  Afiq memegang dadanya terasa mahu pecah. ‘Aduhai, cik adik janganlah jeling abang ni.. rasa nak pecah jantung abang ni..’ Afiq membalas jelingan Bad. Giliran Bad tersipu-sipu.

            “Ehem, ehem! Belum kahwin jangan nak main mata! Zina mata tu!” tegur encik Shamsul apabila anaknya dan bakal menantu asyik dok tenung menenung. Kedua-duanya tersengih.

***

            “Sayang, abang nak sayang jumpa someone ni. Dia ni special untuk abang!” ujar Afiq riang. Badlisyah menahan rasa. Siapa yang istimewa itu? Perempuan atau lelaki?

            “Siapa? Lelaki ke perempuan?” tanya Bad laju. Dia mana boleh tahan lama-lama. Ayah dia kata nanti jadi penyakit hati pula.

            “Perempuan.” Jawapan yang membuatkan Bad mengambil tindakan untuk berdiam diri. Cemburu la tu, macam Afiq tak tahu.

            “Meh , sini!” panggil Afiq apabila tiba ditempat yang dituju. Seorang perempuan muda dalam linkungan umur 17, 18 tahun melangkah mendekati Afiq. Tangan Afiq disalam lalu dicium kedua belah pipi Afiq. Bad hanya menahan rasa.

            “Kenalkan ni adik Lia adik kandung abang.” Serta merta wajah Bad berubah warna. Malunya dia dalam masa yang sama dia lega. Lia menyalami tangan Bad tersipu-sipu.  Bad mencium kedua belah pipi bakal adik iparnya.

            “Abang harap Bad dapat terima kami berdua. Kami tidak beribu tidak berayah. Adik Lia tanggungjawab abang. Harap Bad dapat terima Adik Lia.” Ujar Afiq penuh perasaaan.

            “Along ni mula la nak dramaking dia tu kan kak long!” ujar Adik Lia. Bad tersipu-sipu malu mendengar panggilan Lia untuk dirinya.

            “Hahaha.. Abang cintakan Bad ikhlas dari hati abang sejak kita berjumpa kali pertama.” Ujar Afiq penuh romantis.

            “Bad pun cintakan abang.” Ujar Badlisyah penuh perasaan. Adik Lia menahah kegelian mendengar kata-kata mereka.

            “Woi, jangan nak lebih-lebih depan adik aku! Hilang dah kelembutan kau ye Afiq.. elok lah tuuuu!!” jerit Wan dari bilikya. Afiq dan Bad tersipu-sipu. Adik Lia ketawa geli hati melihat gelagat abang dan bakal kakak iparnya.


#TAMAT SUDAH.. hehehe kali ni cerpen x best sgt Asyu mengakuuu Dah lama tinggal sampai lost untuk sambung cerita ni.. Sorry tauuu >_<