Bab 4
Mariana
tersenyum riang. Jika 6 hari yang lalu dia bermuram durja hari ini
dia berasa sungguh gembira. Sebab hari ini merupakan hari terakhir
dia akan menghadap muka senior sengal itu siapa lagi kalau bukan si
Irsyad. Ahli kumpulannya berasa pelik pula dengan keriangan tahap
maksimum Mariana itu.
“Haiya,
lu manyak hepi.. Wa tau kenapa lu hepi. Hahaha wa pun manyak hepi!
Lepas ni kite tak payah tengok itu orang..” ujar Ah Mei mengundang
ketawa yang lain.
“Hehehe
wa tau lu manyak pandai! Lengloi wa tak tau lu pun tada mau tengok
itu orang..” ujar Mariana dengan loghat cina yang dibuat-buat. Akma
dan Shafiq ketawa melihat telatah kawan baru mereka itu. Si serius
Emy asyik menghadap bukunya. Kelas belum mula tetapi gadis ini sudah
ralit dengan buku sem pertamanya.
“Haiya...
wa pun takda suka sama itu senior.. suka buat kacau sama kamu.. Ada
ka Mar yang manyak comel ni dia olang pegi kacau! Wa manyak hangin
woo!” beria-ria Ah Mei menyatakan pendapatnya. Mariana tersenyum
sahaja. Untungnya dia dapat berjumpa dengan orang yang mengambil
berat tentang dirinya.
“Ni
yang buat aku sayang kat kamu ni!!” ujar Mariana sambil mencubit
pipi Ah Mei yang lebih kurang serupa sahaja dengan pipinya. Cuma Ah
Mei lebih kurus daripadanya. Ah Mei sudah mecebik, tunjuk protes la
tu sakit kena cubit dengan Mariana.
“Sukanya
depe ni Irsyad tak sedar yang muka senior-senior ni jugak kamu kena
hadap bila dah masuk kuliah nanti. Tak lari punya.. lagi-lagi kalau
ada yang satu course walaupun berlainan sem tapi tempat kuliah still
sama tau..” ujar Alif sambil mengangkat keningnya. Habis hilang
muka-muka yang ceria tadi.
Irsyad
hanya memandang kosong ke arah juniornya. Namun apabila pandangan
matanya menghala ke arah Mariana terus sahaja pandangan Irsyad penuh
perasaan. Seram sejuk pulak Mariana macam dia ada hutang dengan mamat
sengal ni.
Mariana
hanya menayang muka toya. Malas nak layan senior-senior ni. Asyik dia
je kena buli. Menyampahnya dia dengan fasi yang ada ni. Irsyad rasa
sakit hati pula gadis tembam itu mendiamkan diri. 'Huh, sombong kau
hari ni! Tak apa tunggu sekejap bak kata Awie' Irsyad melangkah ke
arah Mariana dengan langkah yang angkuh. Mariana hanya melihat tanpa
perasaan. Padahal dalam hati dah dup dap dup dap. 'Mamat sengal ni
kenapa pulak... Dia ni mesti nak pedajal aku lagi ni..'
“Kau,
budak tembam bangun!” Arah Irsyad kasar. Semua yang melihat
mengerut kening lebih-lebih lagi pelajar orentasi. Dah tahu sangat
mesti Irsyad tak puas hati dengan Mariana tu. Mariana masih dengan
muka selambanya bangun menghadap Irsyad kononnya tak takut la tu.
“Aku
nak kau kilatkan kasut aku ni!” sekali lagi keluar arahan entah
apa-apa dari mulut Irsyad. Irsyad pun tak tahu kenapa dia selalu
sangat kasi idea yang merapu.
“Ta..tapi...”
tergagap Mariana.
“Tak
ada tapi, tapi! Kau kena buat juga kalau tak... Kau tahu la nasib kau
lepas start sem 1 ni..” nada suara Irsyad membuat Mariana tegak
duduknya, terkejut. Suara bisikan mula kedengaran. Mungkin mereka
kasihan dengan nasib Mariana.
Dengan
muka yang tersenyum Mariana mengambil kasut Irsyad dan mula
mengilatkan kasut itu. Terkedu Irsyad dengan tindak balas Mariana.
Tiada bantahan atau rungutan. Malah Mariana melakukan kerja yang
disuruh dengan gembira. Siap menyanyi kecil pula tu.
'Kenapa
dia happy sangat ni? Mesti ada udang disebalik batu ni..' muka Irsyad
berkerut tidak puas hati. Apa yang dia tidak puas hati pun dia tak
tahu.
0_0
Akhirnya
tamat juga minggu orentasi dia. Walaupun hari orentasi yang terakhir
ini makin teruk dia dibuli dia tak kisah sebab lepas ni... tak kan
ada istilah buli membuli. Jam sudah menunjukkan 10 malam. Hari ini
mereka lepaskan awal memandangkan esok akan bermula kuliah yang
pertama. Mata Mariana masih belum mengantuk lalu diambil telefon
bimbitnya. Hadiah dari abang Ar sempena kemasukkan dia ke universiti.
Tangan
laju mendail nombor ibunya. Rindu kepada ibu, abang Ar, Sya dan Nuar
makin membuak-buak. Lama Mariana menanti panggilan dia dijawab.
Akhirnya kedengaran juga suara yang dirindui.
“Assalamualaikum
ibu...” teruja Mariana menutur kata.
“Waalaikumsalam
Mar anak ibu... Mar sihat?” tanya Puan Manisah cuba menahan sayu
yang tiba. Betapa dia rindukan anaknya yang satu ini.
“Ibu...
Mar sihat je.. Mar rindu dekat ibu dengan abang dan adik-adik. Mar
rasa nak balik je..” ujar Mariana sambil menahan tangis.
“
Kenapa dengan anak ibu ni, hurm? Mar yang ibu kenal orang yang kuat
semangat!” Puan Manisah risau dengan perubahan emosi anaknya.
“Hidup
dekat sini bukan macam yang Mar bayangkan, Ibu Mar nak balik.. please
ibu. Mar rindu dekat adik-adik dengan abang Ar..” mutiara jernih
mula menitis. Jari-jemari mengesat laju. Takut pula Kari, Kak Ana dan
Lily tahu dia sedang bersedih. Mereka sudah hanyut dibuai mimpi.
“Mar!
Ibu tak nak dengar Mar merapu! Ibu tahu anak ibu kuat, tabah,
sabar... Ibu nak Mar teruskan perjuangan Mar.. Faham?!” tanya Puan
Manisah dengan air mata yang turut berlinangan.
“Tapi..”
“Tak
ada tapi-tapi! Ibu nak Mar teruskan, faham?!” ujar Puan Manisah
tegas.
“Faham..”
sayu sahaja suara Mariana. Kedengaran bunyi katil bergerak. Terus
sahaja Mariana meminta diri kepada ibunya. Dikirim salam sayang buat
abang dan adik-adiknya. Lalu panggilan dimatikan. Terus sahaja
Mariana melelapkan mata.
^____^
Mariana
mengeliat malas. Solat subuh sudah ditunaikan tapi masih mengantuk.
Tubuh disandarkan ke katil. Kelas pertamanya bermula pukul 10 pagi
masih awal lagi untuk dia pergi. Jam baru menunjukkan pukul 7.30
pagi. Lily dan Kari sudah ke kuliah. Kelas mereka bermula pada jam 9
pagi. Budak ekonomi la katakan. Semangat betul budak dua orang tu.
Kak Ana sudah keluar mencari makanan lapar katanya.
Tanpa
disedari dia terlelap lagi.
“Ya
Allah!! aku dah lambat!!” jerit Mariana seorang diri. Jam sudah
menunjukkan pukul 8.50 pagi. Kelam kabut Mariana menyiapkan dirinya.
Kaki laju berlari ke stesen bas khas untuk pelajar yang duduk
dihostel. Nasib baik masih ada bas.
“Apalah
nasib.. dahlah hari first.. aku terlambat pula.” rungut Mariana
seorang diri.
Dengan
langkah longlai, maklumlah ada dalam 40 minit sebelum kelas bermula,
Mariana melangkah ke cafe. Teringin pula nak makan bihun goreng
pedas. Laju sahaja Mariana melabuhkan punggung di satu meja yang
kosong. Satu-satunya meja yang kosong ketika itu. Makanan di order.
Tak sampai sepuluh minit makanan pun sampai. Mariana yang sudah
tersedia lapar terus makan makanan itu biarpun masih panas.
“Sorry,
this is my seat..” ujar seorang jejaka. Mariana memadang lelaki
itu. Macam kenal tapi siapa?
“Ops,
sorry..” Mariana pantas bangun.
“Hei,
awak makan aja sampai habis. Tak apa. Saya tak kisah..” ujar lelaki
itu. Mariana duduk kembali cuba menghabiskan makanan biarpun terasa
seperti tersekat ditekak. Maklumlah asyik ditenung lelaki itu. Cepat
sahaja bihum itu dihabiskan, mata sudah berair menahan pedas.
Lantaklah asalkan dia jauh dari lelaki itu. Menakutkan sungguh
renungan lelaki itu. Taulah dia gemuk, lelaki itu kacak, kurus,
berkumis nipis, bibir merah tanda tak merokok.. Aik sempat pula dia
menilik lelaki itu. Mariana bangun meninggalkan meja dan lelaki itu.
“Awak..
jumpa sekejap lagi..” panggil lelaki itu sambil menghulurkan tisu
dan berkata seperti mengenali Mariana.
Mariana
terpaku. Siapa lelaki itu? Dia kenal ke?
#bersambung
#hehehe entri raya tu.. lepas raya baru boleh update.. sorry ye semuaaa... >_< bian~!!
akx..cptlah smbg..x sbr den..
ReplyDeletehuhuhu tunggu lepas exam tau... last paper isnin ni..
Deletekreatifnya Kak Rara.....
ReplyDelete