S
|
edar tak sedar sudah hampir 5 bulan
Afiq bekerja dengan Bad aka Badlisyah. Rupa-rupanya selama ini bosnya itu
seorang perempuan. Kalau bukan sebab ayah Bad datang ke bilik mencari Bad
sebulan yang lalu, confirm sampai sekarang dia tak tahu Bad tu perempuan.
Bengang juga dia rasa, macam ditipu padahal dia sendiri tak pernah nak tanya
walaupun dia sendiri ragu-ragu dengan jantina bosnya itu. Dalam rasa sebal tu,
dia rasa lega sebab, Bad tu perempuan. Selama 4 bulan yang pertama dia gelisah
apabila berdekatan dengan Bad. Dia mempunyai perasaan yang kuat kepada Bad, dia
takut, dia terpesong semata-mata kerana wajah Bad yang keperempuanan. Kini, dia
lega, boleh la lepas ni dia nak tackle si Bad ni.. hehehe
“Assalamualaikum, Afiq kenapa awak
senyum seorang-seorang ni? Bad ada?”tanya Encik Shamsul yang baru tiba. Matanya
melilau mencari kelibat anak tunggalnya.
“Eh, Encik Shamsul! Cik Bad, dia
keluar sebentar, Encik masuk la dulu.” Afiq tersipu-sipu apabila Encik Shamsul
perasan dia tersenyum seorang diri. Encik Shamsul terus melangkah ke bilik
anaknya. Afiq pula pantas ke pantri membancuh air memandangkan Mak Cik Seri
yang bertugas sebagai tea lady tidak hadir. Tiba di pantri Afiq tergaru-garu
kepalanya. ‘Air apa pulak bos besar dengan bos kecik ni minum? Hurm.. bantai
sahajalah... milo 3 in 1 sudah...’ Tangannya ligat mencapai 2 paket Milo 3 in 1.
Bunyi deheman dibelakangnya membuatkan dia terperanjat. Tanpa sengaja air panas
yang sedang dituang ke dalam mug tertumpah sedikit ke tangannya.
“Ya, Allah! Sorry la Afiq, I tak
sengaja!” Nini kelam kabut menarik tangan Afiq ke sinki. Dibilas lembut tangan
Afiq. Rasa bersalah semakin menebal melihat wajah putih Afiq berpeluh kesakitan.
“Eh, tak apa.. I okey je..” Rimas
pula Afiq apabila tangan Nini tak lepas dari memegang tangannya. Padahal rasa
perit diawal tadi sudah menghilang. Nini buat-buat bodoh. Dia terus membelek
tangan Afiq. Afiq yang dah mulai rimas menarik kasar tanganya dari pegangan
Nini. Milo panas dibawa ke depan. Afiq berpaling ke belakang. Dilemparkan
senyuman manis kepada Nini tanda terima kasih kerana mengambil berat. Nini
terkesima melihat wajah kacak Afiq tika itu.
“Sorry, lambat!” ujar Afiq setelah
meletakkan air dihadapan Encik Shamsul dan Bad. Bad menjeling tajam. Entah
kenapa perasaannya jadi kacau-bilau melihat tangan Afiq dipegang mesra oleh
Nini si penyambut tetamu.
“Memang la lambat, kalau asyik
mengatal aja kerjanya!” Bentak Bad tiba-tiba. Afiq terkejut mendengar nada
suara Bad. Selama ini gadis itu tidak pernah nak marah. Encik Shamsul turut
terkejut. Bad yang dia kenal tak pernah nak ambik kisah tentang hal-hal kecil
ini. ‘Ini mesti ada apa-apa ni..’ desis hati Encik Shamsul sambil merenung Bad
dan Afiq.
Terkulat-kulat Afiq apabila mata Bad
tak lepas merenung tajam wajahnya. ‘Apahal pulak minah ni.. Renung-renung
pulak, dah la mata dia tu bulat. Karang kena cium baru tahu!’ Makin resah Afiq
direnung tak lepas oleh Bad. Encik Shamsul menahan ketawa melihat aksi Afiq
yang tidak selesa dengan tenungan anaknya.
“Bad.. Bad okey ke? Kenapa
marah-marah ni? Datang bulan ek?” usik Encik Shamsul mahu menduga riaksi Bad.
“Apa ayah ni..” ujar Bad
tersipu-sipu. Malu apabila ayahnya menyebut tentang hal perempuannya didepan
lelaki kesayangannya. ‘Gulp! Lelaki kesayangan??? Hati aku ni biar betul.’
Peluh mula merintik di dahi Bad. Gelisah dengan persoalan yang timbul di benak
fikirannya.
“Hahahaha... Okey Afiq awak boleh
keluar..” gelak Encik Shamsul senang dengan perlakuan anaknya. Ternyata hati
anaknya masih untuk seorang lelaki. Bukan perempuan seperti yang dirisaukan.
Afiq yang termangu-mangu pantas keluar dari bilik itu.
“Ayah ni... kenapa gelak pulak?”
tanya Bad yang rimas dengan ketawa ayahnya. Encik Shamsul tersengih.
“Yang Bad tu? Mengamuk tak tentu
pasal dengan Afiq tu kenapa?” Tanya Encik Shamsul dengan senyuman lebar.
“Erk.. Dia.. dia menggatal! Hah, dia
menggatal dengan penyambut tetamu kita.” Ujar Bad yang gelisah. Dia dapat
rasakan ayahnya sudah dapat menghidu perasaannya yang dihiasi rasa cemburu.
“La.. kenapa pulak Bad nak marah.
Biarlah dia. Lagipun dia bujang, si penyambut tetamu kita pun bujang kalau tak
silap ayah..” kata Encik Shamsul menduga Bad. Makin merah muka Bad menahan amukan
cemburu dihati. Dia rasa bagaikan ayahnya menyokong Afiq dan Nini.
“Salah la.. bila Bad kata salah!
Badkan bos!” ujar Bad yang ternyata tak mampu menahan rasa cemburunya.
“Hurm.. yelah tu.. Cakap jelah yang
Bad dah jatuh suka dengan Afiq tu..” provok encik Shamsul lagi. Bad mengigit
bibir menahan rasa malu.
“Mana ada ayah ni..” ujar Bad sambil
jari-jarinya bermain dengan hujung pen.
“Tak mengaku sudah. Ni ayah datang
ni nak ingatkan kamu, tempoh untuk mencari bakal suami kamu tu tinggal sebulan
sahaja lagi. Ingat kalau tak ada, ayah jodohkan kamu dengan anak Tan Sri
Mahmod!” ujar Encik Shamsul tegas. Bad sudah terjuih-juih bibirnya mengajuk
ayahnya bercakap.
“Yelah ayah, Bad tak lupa pun..”
ujar Bad sambil duduk dikerusinya setelah puas bertengek di meja.
“Oh, ya! Tadi ayah tengok tangan
Afiq tu merah je macam kena air panas. Kesian dia..”tak sempat Encik Shamsul
nak habis berbicara. Bad sudah berlari keluar. Afiq yang asyik membuat kerja
tersentak.
Bad terus menilik tangan Afiq. Afiq
yang terkejut hanya membiarkan sahaja. Pelik dengan tingkah Bad tapi dalam masa
yang sama dia senang dengan perhatian yang diberikan oleh Bad. Bad yang asyik
membelek tangan Afiq tidak perasan dengan tenungan lelaki itu.
Encik Shamsul menggeleng. Anaknya itu
masih tidak mahu mengakui rasa yang terpendam itu. Perlahan dia bangun dan
mencapai beg bimbitnya.
“Tengok tangan orang macam hapa je.
Ini ke tak suka?”bisik Encik Shamsul sekali lalu ditelinga anaknya. Bad
terpinga-pinga. Terus dilepaskan tangan Afiq. Dipandang kaku Encik Shamsul yang
sudah melangkah keluar dari pejabatnya.
“Ni semua salah kau la!!” jerkah Bad
yang menahan rasa. Afiq tersentak. Mula dia nak buat drama king dia tu.
“Awak ni kenapa? Marah-marah saya
pulak?” Tanya Afiq penuh emosi. Pelik dengan Bad yang tak menentu bulan
mengambang ke?
“Arghhhh~!! Ni memang salah kau!”
marah Bad sambil masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat. Tersentak Afiq.
Bad yang bersandar dibelakang pintu merasa denyutan jantungnya, kencang.
Mungkinkah? Tapi.. tak mungkin...
Afiq meletakkan kepalanya di meja
kafe itu. Lelah dia dengan emosi Bad yang tak menentu. Pagi tadi elok sahaja
mood bosnya itu, tapi lepas Nini datang terus emosinya kacau macam kena amukan
garuda pulak. Apa masalah Nini dan Bad, Afiq tak tahu, tak nak tahu, dan malas
ambik tahu. Teh ais tiba-tiba sahaja muncul didepannya. ‘Sejak bila pula aku
order air ni.. mesti abang Harun tahu aku dahaga bagai nak gila ni...’ baru
sahaja Afiq nak ucap terima kasih. Dia terkedu melihat siapa yang berada
didepannya. Nini!
Alamak! Bala sudah datanggg!
Badlisyah melangkah angkuh ke arah Afiq dan Nini. Dia pantas duduk selamba di
meja itu selepas order dikaunter. Afiq yang rasa tercekik melihat kedua-dua
perempuan ini terus mencapai air teh ais itu. Sekali lagi dia terkejut. Bad
selamba merampas air teh ais itu. ‘Apa lagi la dua orang ni.. Ni lunch time..
jangan la kacau akuuu!!’ jerit Afiq tapi dalam hati la, mampus kalau si Bad
dengan Nini dengar.
Bad merenung tajam wajah Afiq.
Tiba-tiba dia tersenyum manis. Alamak, cair Afiq dibuatnya!
“Awak.. awakkan tak suka air teh ais
ni... Bad dah order dah air special tuk
awak. Kiwi ais special just for you.” Serentak dengan itu, seorang pelayan
menghantar air yang dikatakan Bad. Afiq menelan air liur. ‘Kiwi? Aku mana
pernah telan benda alah ni..’ dengan senyuman terpaksa Afiq menyedut air Kiwi
itu. Sedaya upaya dia menahan rasa yang sedikit asing untuknya. Bad tersenyum
senang. Nini yang sedari tadi hanya menjadi penonton menarik air yang dia pesan
untuk Afiq.
Entah apa yang menghasut Bad. Dia
mula tarik air itu. Tak pasal-pasal air teh ais itu menjadi rebutan. Afiq hanya
menonton. Dari tangan Bad ke tangan Nini dari tangan Nini ke tangan Bad. Afiq
mula runsing dengan kelakuan keanak-anakkan mereka.
“STOP!” Serentak dengan itu, air teh
ais yang menjadi rebutan tersimbah ke mukanya. Dengan muka yang merah padam
Afiq melangkah ke pejabat. Hatinya panas karang tak pasal-pasal dia menangis
sebab tahan marah. Dia bukan boleh tahan perasaan ni.
“Ni kau punye pasal!” kata Nini
sambil tolak Bad.
“Pasal apa aku pulak kau la!” Bad
menarik rambut Nini. Nini pantas mengagau rambut Bad yang pendek. Terjerit
mereka berdua. Keadaan mula menjadi kecoh. Beberapa orang mula menarik mereka
menjauhi satu sama lain.
***
Afiq mengelap bajunya basah akibat
perebutan tadi. Entah apa la perempuan sekarang. Menakutkan betul perempuan
zaman sekarang. Rasa nak menangis aje. Huhuhu... Tangan laju mendail nombor
Wan.
“Wan... isk.. isk..” terus sahaja
Afiq menyerbu tanpa memberi salam.
“Weih, kau ni kenapa?” Tanya Wan
sedikit kalut mendengar suara Afiq. Walaupun Afiq selalu merungut bekerja di
situ tetapi tak pernah lagi mamat ni menangis.
“Huhuhu aku runsing layan 2 orang
minah gile kat ofis ni...isk isk..”
“La.. kenapa layan kalau runsing?”
tanya Wan sedikit pelik.
“Yelah.. depe dua ofismate aku..
sorang penyambut tetamu, sorang lagi bos aku.. kalau tak layan si penyambut
tetamu memang la tak boleh.. hari-hari aku masuk ofis nampak muka dia dulu..
Yang si bos lagi la kalau tak layan memang I’m Fired la jawabnya.. Dan masalah
besarnya.. mereka duk perang.. Entah apa yang dia nak dengan aku pun aku tak
tau la...huhuhu..” Sedih sungguh nada Si Afiq ni. Wan tak dapat menahan diri
daripada ketawa.
“Kau ni.. Haih dulu tak ada pun
masalah perempuan. Hehehe apa kata kau cari je girlfriend tak pun pilih antara
penyambut tetamu dengan si bos tu..” kata Wan bersemangat tiba-tiba. Afiq
tersentak. Cari girlfriend? Tak nak la.. Pilih antara dua? Nini ke Bad? Nini...
dia mengedikss sangat... Afiq pun tak lalu nak hadap perangai gedik dia tu.
Bad? Hurm.. hehehe Afiq memang suka sangat dengan Bad. Walaupun garang tapi
garang bertempat.. lepas tu comel sangat macam anak patung.. hurm.. dia nak
pilih yang mana ya?
“Dah ada jawapan belum?” tanya Wan
sedikit kuat.
“Oit kau! Oit dah ada! Oit Bad!”
latah Afiq. Tangan mengusap dadanya. ‘cisssss cake punye kawan, abang angkat
dan seangkatan denganyaaa!’ Afiq menjuih-juihkan bibir apabila Wan ketawa tidak
berhenti.
“Okey. Sekarang kau kena berterus
terang je.. Okeylah Afiq aku kena chao dulu.. Assalamualaikum!” ujar Wan sambil
mematikan talian. Afiq duduk termenung. Terus terang? Hurm.. macam mana?
“Awak..” Nini menghulurkan sehelai
kemeja didepan Afiq. Afiq yang tengah syok termenung melatah akibat tindakan
drastik Nini.
“Aku suka kau!” jerit Afiq sedikit
kuat. Nini sudah merah pipinya mendengar ‘luahan hati’ Afiq.
“Eh silap! Silap! Saya tak suka
awak.. Eh, bukan tak suka.. suka sebagai kawan..” kalut Afiq membetulkan
tanggapan Nini. Muka Nini berubah menjadi mendung. Kemeja yang ditangan masih
dihulurkan. Afiq mengambilnya teragak-agak. Selepas kemeja bertukar tangan Nini
pantas beredar dari situ.
Afiq mengeluh perlahan. Kemeja
ditanganya di renung kosong. Lalu dimasukkan ke dalam laci. Tak mahu dia
memakai baju itu karang tak pasal-pasal dia dicop bercinta pula.
“Huh! Dasar lelaki!” ujar Bad yang
berada di dalam bilik air. Tadi secara tidak sengaja dia mendengar luahan hati
Afiq kepada Nini. Kemeja berwarna pic digenggam erat. Niat asalnya mahu memberi
Afiq kemeja ini tetapi hancur hatinya mendengar luahan hati Afiq kepada Nini.
Kemeja itu diangkat tinggi mahu dilontar ke dalam tong sampah. Tapi dia tak
sampai hati. Biarlah dia simpan dulu. Kemeja itu bawa ke dalam pelukannya. Dia
sunyi.. sepi.. tanpa belaian seorang ibu dan abang.. kini Afiq turut
meninggalkannya. Direnung wajahnya dicermin. Dia cantik lagi comel dari Nini si
gedik tu. Dia nak berubah! Nak tawan hati Afiq!
***
“Afiq masuk bilik saya sekejap.”
Interkom Bad. Afiq pelik selalunya Bad akan menjengukkan kepalanya. Tadi pun
sama, Bad datang awal daripadanya. Tetapi tak kasi dia masuk ke bilik untuk
melaporkan jadual harian. Pelik. Kiranya dia memang tak nampak Bad hari ni.
Pintu diketuk dan kedengaran arahan masuk daripada Bad
Dengan langkah yang penuh sopan Afiq
melangkah masuk. Wajahnya menghadap lantai. ‘Kalau dah sehari tak kasi aku
masuk tiba-tiba suruh aku masuk memang kes nak fire aku la ni..’ desis Afiq
dalam hati. Bad menahan tawa melihat gelagat Afiq yang bagaikan pesalah itu.
“Awak.. tengok saya bila saya nak
bercakap!” tegas Bad menutur kata. Afiq pantas sahaja mendongakkan kepalanya.
Dan... Dia terkesima! Ya. Allah! Cantiknya makhluk-Mu yang satu ini! Bad
kelihatan comel dengan pakaian wanitanya. Tudung berwarna pic dengan baju
kemeja wanita berwarna putih dan dipadankan dengan kain kembang berwarna pic
yang lebih kuat.
Hampir berdarah hidung Afiq melihat
keindahan di depannya. Bertambah kuat debaran di dadanya melihat senyuman manis
terukir di bibir Bad.
“Awak.. saya.. saya suka awak! Awak?”
luah Badlisyah tersipu-sipu. Afiq tersentak. Biar betul?! Dia rasa sepert
berada diawang-awangan lalu DEBUB! Badlisyah kaget melihat Afiq yang sudah
tumbang menyembah bumi. Afiq pengsan!!
“Awak.. Awak okey tak ni! Awak!”
Badlisyah memangku Afiq yang separuh sedar itu.
“Saya pun ci.. cinta dekat awak..”
ujar Afiq sebelum pengsan 100%. Badlisyah pula memerah wajahnya mendengar kata
Afiq. Pantas dia memanggil beberapa orang pekerjanya membantu mengangkat Afiq.
Dalam hati Bad melompat riang mendengar jawapan Afiq sebelum pengsan.
***
“Bad dah fikir masak-masak?” tanya
Encik Shamsul. Badlisyah mengangguk tersipu-sipu. Afiq hanya membatu. Mungkin
malu mungkin juga gerun dengan muka Encik Shamsul yang serius.
“Okey ayah setuju. Tapi ayah nak
tanya satu hal ni. Bad pilih Afiq sebab syarat ayah atau sebab Bad cintakan
dia?” tanya Encik Shamsul serius. Dia tak mahu anaknya menggadai hidup
semata-mata kerana harta.
“Bad cintakan dia..” dijeling manja
Afiq yang seperti patung itu. Afiq
memegang dadanya terasa mahu pecah. ‘Aduhai, cik adik janganlah jeling abang
ni.. rasa nak pecah jantung abang ni..’ Afiq membalas jelingan Bad. Giliran Bad
tersipu-sipu.
“Ehem, ehem! Belum kahwin jangan nak
main mata! Zina mata tu!” tegur encik Shamsul apabila anaknya dan bakal menantu
asyik dok tenung menenung. Kedua-duanya tersengih.
***
“Sayang, abang nak sayang jumpa
someone ni. Dia ni special untuk abang!” ujar Afiq riang. Badlisyah menahan
rasa. Siapa yang istimewa itu? Perempuan atau lelaki?
“Siapa? Lelaki ke perempuan?” tanya
Bad laju. Dia mana boleh tahan lama-lama. Ayah dia kata nanti jadi penyakit
hati pula.
“Perempuan.” Jawapan yang membuatkan
Bad mengambil tindakan untuk berdiam diri. Cemburu la tu, macam Afiq tak tahu.
“Meh , sini!” panggil Afiq apabila
tiba ditempat yang dituju. Seorang perempuan muda dalam linkungan umur 17, 18
tahun melangkah mendekati Afiq. Tangan Afiq disalam lalu dicium kedua belah
pipi Afiq. Bad hanya menahan rasa.
“Kenalkan ni adik Lia adik kandung
abang.” Serta merta wajah Bad berubah warna. Malunya dia dalam masa yang sama
dia lega. Lia menyalami tangan Bad tersipu-sipu. Bad mencium kedua belah pipi bakal adik
iparnya.
“Abang harap Bad dapat terima kami
berdua. Kami tidak beribu tidak berayah. Adik Lia tanggungjawab abang. Harap
Bad dapat terima Adik Lia.” Ujar Afiq penuh perasaaan.
“Along ni mula la nak dramaking dia
tu kan kak long!” ujar Adik Lia. Bad tersipu-sipu malu mendengar panggilan Lia
untuk dirinya.
“Hahaha.. Abang cintakan Bad ikhlas
dari hati abang sejak kita berjumpa kali pertama.” Ujar Afiq penuh romantis.
“Bad pun cintakan abang.” Ujar
Badlisyah penuh perasaan. Adik Lia menahah kegelian mendengar kata-kata mereka.
“Woi, jangan nak lebih-lebih depan
adik aku! Hilang dah kelembutan kau ye Afiq.. elok lah tuuuu!!” jerit Wan dari
bilikya. Afiq dan Bad tersipu-sipu. Adik Lia ketawa geli hati melihat gelagat
abang dan bakal kakak iparnya.
#TAMAT SUDAH.. hehehe kali ni cerpen x best sgt Asyu mengakuuu Dah lama tinggal sampai lost untuk sambung cerita ni.. Sorry tauuu >_<
waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh tak boleh tahan gelak betullah... hahahahaha best gilerlah!!!!
ReplyDeletebest gilerrrrr cerpen asyuuu!!asyuuu bile nk jadi novelis yg setepatnya buku mu di moh dan sbgainyaaaa
ReplyDeletehahahha... nak jadi novelis yg sebenar?? lambat lagi... masih banyak yang perlu diperbaiki.. but thanks Jannatul... ni yg lagi berkobar2 nk berkarya ni..
DeleteWaa..so sweet.asyik gelak aje.I really love ur short story.buat bnyk² lagi cerpen yg amazing mcm ni ea.
ReplyDeletehehe thanks sudi baca Siti..in sha Allah...asyu cuba buat cerpen2 yg lbh baik lag
DeleteSangat simple.
ReplyDelete-olly-
Okay apa, tak tau apahal, bayangkan Azad Jasmine yang bawak watak Afiq. Tak tau kayy, tak tau.. Heeee hi kak :)
ReplyDelete