ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
BAB 1
Buat
sekian kalinya, air mata Nur Afifah gugur. Dia memandang sayu cincin emas bertatahkan
batu berlian dijarinya. Mulutnya kata reda tapi... hatinya tidak. Besar benar
bayaran yang dia harus bayar untuk pengorbanan abangnya, satu-satunya ahli keluarga
yang dia ada. Memang benar semua hutang-hutang itu dipinjam oleh abangnya
kerana dirinya! Hanya semata-mata mahu menghantar dia ke universiti,
cita-citanya yang satu. Malah dia telah berjaya menamatkan pelajarannya dengan
jaya, sijil ijazah kelas pertama ada dalam gengamannya. Namun, bukan perkara
ini yang dia inginkan selepas tamat pengajian. Apa gunanya sijil ini jika dia
tercampak di sini. Terperangkap dalam hubungan yang tidak pasti ini.
Dalam Afifah berperang dengan
perasaannya sendiri, pintu bilik terkuak dari luar. Bunyi dentuman ketika
menutup pintu, mengejutkan dirinya. Afifah segera bangun. Takut mahu menghadap
lelaki yang menjadi punca, mengapa abangnya meminta dia melakukan pengorbanan
ini. Kedengaran ketawa sinis, namun kedengaran amat mengerunkan Afifah. ‘Ya
Allah, lindungilah hamba-Mu ini..’ hanya itu yang terdetik dihatinya.
“Ke mana kau nak lari? Kau dah jadi
milik aku Nur Afifah!” kata-kata itu membuat Afifah semakin takut. Dia cuba menjauhkan diri dari lelaki itu.
“Apa
yang kau nak dari aku, hah?! Harris Lee, aku minta sangat-sangat tolonglah
jangan ganggu aku.. please..!” Rayu Afifah dengan linangan air mata. Harris
Lee, satu nama yang gah dipersada dunia perniagaan, namun tiada sesiapa yang
tahu, lelaki kacukan melayu, cina, arab ini mempunyai satu perniagaan haram,
memberi pinjaman tanpa lesen. Ramai yang sudah menjadi mangsa dan kini Nur
Afifah dan Faizul abangnya menjadi mangsanya.
Harris
mula hanyut dalam nafsunya. Kain batik Afifah terselak mendedahkan peha putih
gebu miliknya.
“Huh,
tak guna kau merayu. Kau sudah menjadi milik aku! Setiap inci tubuh kau akan
aku nikmati malam ini!” ujar Harris penuh ghairah tanpa menggunakan akal.
Afifah sudah mengigil ketakutan. Wajah kacak itu menjadi hodoh dan menakutkan
dipandangan mata Afifah. Afifah pantas melarikan diri, tombol pintu menjadi
sasarannya. Namun tangan sasa itu lebih pantas, merangkul tubuh sederhana besar
Afifah. Harris segera mencempung Afifah lalu dilemparnya ke atas katil.
Terjerit kecil Afifah menahan hentakkan itu.
Selimut
tebal dihujung katil pantas dicapai Afifah menutupi tubuhnya sedikit terdedah
akibat lemparan kasar Harris tadi. Makin besar ketawa Harris melihat kekalutan
diri Afifah disaat itu. Membuat dia lebih tertarik dengan gadis itu.
“Shuttt..
diam sayang... abang cintakan sayang..”
penuh romatis kata-kata itu ditutur. Menyentakkan hati Afifah. Membuatnya
terpaku. Benarkah lelaki jahat itu yang menutur kata-kata cinta? Cinta atau
nafsu semata-mata? Harris mendekatinya, lalu dibenamkan kepalanya ke leher
Afifah yang tadinya dilindungi tudung yang entah ke mana dicampak Harris pabila
direntap Harris. Tidak, tidak, lelaki itu hanya mahukan tubuhnya. Ya dia harus
sedar!
“Apa
ni?! Lepaskan aku! Tolonglah, Harris.. aku merayu.. aku mohon lepaskan aku..!”
rayu Afifah tidak sudah. Semakin lama semakin berani Harris dengan tingkahnya.
Afifah menolak Harris sedaya upaya. Akhirnya dia terlepas. Dia melarikan diri
ke pintu utama. Dicapai kunci yang tergantung di dinding. Namun lelaki itu
lebih pantas. Digenggam kedua-dua belah tangan Afifah. Meronta-ronta Afifah
cuba melepaskan diri. Kata-kata rayuan Afifah langsung tidak dihiraukan Harris.
Telinganya menjadi pekak dek hasutan nafsu. Air mata yang mengalir deras dipipi
mulus Afifah bagaikan tiada maknanya kepada dia.
PANG!
Satu tamparan singgah di kulit mulus Afifah. Harris turut tergamam dengan
tingkah spontannya. Namun nafsu kembali membutakan hatinya. Berdesing kepala
Afifah akibat tamparan itu. Pandangan mata mula gelap. Tubuhnya melorot ke
lantai. Harris mencempung Afifah ke dalam biliknya. Walau apa pun yang terjadi,
tubuh Afifah miliknya, selamanya milik dia!
“Maafkan
abang.”bisik Harris. Dia seakan tersedar dari amukan nafsu. Namun Afifah sudah
terkulai dalam pelukannya. Dahi isterinya dikucup penuh kasih.
“Maafkan
abang.”
Afifah
bagai terjaga dari mimpi yang panjang dan lena. Kepalanya terasa berat,
tubuhnya juga. Panas. Demam terkejut mungkin. Kedengaran helaan nafas
disebelahnya, perlahan Afifah menutup mata dan menoleh ke arah helaan nafas
itu. Dalam hati tidak sudah-sudah dia berdoa agar apa yang bakal dia lihat
bukanlah seperti yang dibayangkan. Biarlah peristiwa semalam hanya mimpi yang
ngeri bukan realiti.
Matanya
dicelikkan. Terus dia menahan nafas. Seakan-akan terlupa bagaimana untuk
bernafas. Terasa sesak dadanya. Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk erat.
Bagaikan dikejut dengan kejutan elektrik. Afifah mula bernafas seperti biasa.
Hangat sekali pelukan itu, membuat dia hanyut seketika. Ditoleh mencari jam
dinding. Ingin mengetahui waktu sekarang. Hampir pukul enam. Bermaksud azan
subuh sudah lama berkumandang. Dia cuba mengalih tangan Harris.
“Hurm..”
sekali lagi nafas Afifah seakan-akan tersekat. Harris mengeliat dan seolah-olah
terjaga. Afifah terus menutup mata takut suaminya itu terjaga. Terasa tangan
lelaki itu bermain-main di wajahnya. Dari dahi beralih ke mata, hidung dan
seterusnya bibir.
“Hey..
Bangunlah.. hey!” Harris terkejut apabila dada Afifah tidak berombak. ‘Takkan
aku usik sikit, dah mati?’ dahi Harris berkerut. Apabila melihat si isteri
mencuri pandang. Barulah dia tahu, Afifah takut sehingga menahan nafas.
Dibiarkan selama 2, 3 minit, Afifah tetap tidak mahu mengalah. Wajah putih itu
mula membiru. Geram pula Harris dengan kedegilan isterinya. Lalu dikucupnya bibir wanita itu. Barulah
Afifah bernafas, mungkin tersentak dengan tindakan berani Harris.
“Kot
ye pun takut, tak payah nak tahan nafas. Saya tak nak ada yang mati pula
nanti.” Tiada lagi aku, kau, membuat Afifah terkelu. Mulanya dia mahu membentak
dan memukul lelaki itu, namun mendengar kata sindiran membuat Afifah terkelu
lebih-lebih lagi apabila Harris menggunakan saya.
“Hah,
tak reti-reti nak mandi?” sergah Harris yang sudah melangkah ke bilik air.
“Atau..
kau nak aku mandikan ke?” kata Harris sedikit miang. Afifah pantas bangkit.
Selimut terlurut, mendedahkan tubuhnya yang sedikit terdedah dan agak seksi.
Afifah terkejut, hinggakan tidak mampu berbuat apa-apa.
Perlahan-lahan
Harris menghampiri Afifah dan membaluti tubuh isterinya dengan tuala yang
berada ditangan. Lalu dibisikkan sesuatu ke telinga isterinya.
“Awak
jangan nak buat tayangan free. Karang tahulah nasib awak!” Afifah menelan air
liur. Nak meraung, mengamuk rasa tidak wajar pula. Harris suaminya, orang yang
mempunyai hak ke atas dirinya. Melihat Harris masuk ke dalam bilik air. Membuat
Afifah terduduk lega.
Melihat
tombol pintu bilik air itu dipulas, segera Afifah melarikan diri ke dalam bilik
pakaian Harris. Nasib baik besar. Dia menyorok di sebalik baju-baju kerja
Harris, dia yakin Harris tidak akan pergi kerja hari ini. Kerana esok mama
Harris, Puan Sakinah akan mengada jamuan perkahwinan mereka. Afifah mengeluh
kecil. Satu hal juga tu, nak tayang muka di depan orang ramai. Haih..
tapikan... Pelik juga Afifah, tidak tahukah Puan Sakinah perihal anaknya?
Lantaklah
yang penting dia bersiap segera karang lain pula yang jadi. Bukan boleh percaya
dengan lelaki itu. Alamak... Afifah menggaru kepala yang tidak gatal. Baju...
bestnya :) nak lagiiii hehe
ReplyDeletethanks cahaya... ada dah link bab2 seterusnya... silalah baca :)
DeleteNak link seterusnya please. Hehe
Deletehttp://asyuasyuranovelis.blogspot.com/2013/07/suami-yang-ku-benci_28.html bab 2
Deleteada buku tak cerita ni?
ReplyDelete