ASSALAMUALAIKUM
BISMILAHIRAHMANIRAHIM
>_< Dah DIEDIT. hehe mungkin lain sikit. jadi maafkan saya kalau ada kekeliruan.
PROLOG
ASP Zahin melepaskan nafas kasar.
Fail ditangannya dibuka. Isinya diteliti. Sah... lelaki itu yang ingin
diburunya. Lelaki yang didendaminya selama 10 tahun.
Wajah suspek di dalam fail itu
direnung tajam seakan mampu menembusinya. Lelaki yang banyak melakukan
kesalahan tetapi masih tidak boleh
ditangkap kerana kekuasaan wang. Lelaki itu juga yang memusnahkan keluarganya.
“Lee... Kau jangan ingat kau boleh
terlepas dari keadilan di muka bumi ini. Selagi aku hidup, aku bersumpah akan
menangkap kau dan mengheret kau ke muka pengadilan. Biar seluruh dunia tahu
siapa kau Lee.” Janji terukir. Fail ditangan dicampak ke meja.
‘Dum!’ sebatang damak terlekat tepat
di gambar suspek yang dilekatkan ASP Zahin
ke dinding. ASP Zahin tersenyum puas.
“What you do... you will get back!
Lee... Lee.. just wait and see.” ASP Zahin tersenyum sinis. Ya... hanya tunggu
dan lihat.
-
“Ya
Allah, berat sungguh dugaan ini! Aku.. aku dah tak tahu nak buat apa lagi..”
tangis Afifah kepada kawan karibnya Leila. Leila mengusap lembut belakang Afifah
cuba menenangkan dia. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
“Afifah, Allah hanya akan menguji
hambanya yang mampu menerima ujiannya. Aku yakin kau boleh.. Sabarlah Afifah.
Ingat anak dalam perut tu. Kau kena kuat kalau kau tak kuat, apa akan jadi
dengan keluarga kau?” pujuk Leila. Kata-kata Leila mula meresap ke dalam
hatinya. Ya, dia harus kuat untuk anaknya! Afifah mengangguk perlahan.
“Hah, macam tu la.. jangan nangis
lagi. Kau nak makan?” tanya Leila menuju ke dapur apabila esakan Afifah mula
reda.
Afifah mengeleng. Leila mencekak pinggang
geram dengan kedegilan Afifah. Entah kenapa kelakuan Leila mengingatkan kepada
sesorang membuat matanya kembali kabur dengan air mata. Sekali lagi empangan
air matanya pecah, Leila pantas memeluk tubuh Afifah. Kali ini dia turut
menangis. Dia turut merasai kedukaan Afifah walaupun bukan dia yang menanggung.
Kasihan rakannya ini. Kalaulah dia
boleh menghilangkan ingatan Afifah, pasti rakannya ini akan lebih bahagia
disampingnya.
“Aku.. isk.. aku rindu.. rindu
dia..Leila.. isk isk.. tolong aku..” rayu Afifah dalam tangisan.
“Aku... faham. Sabarlah
Afifah..”diusapnya kepala Afifah dengan lembut. Seolah-olah boleh mengalirkan
kuasa kepada rakannya itu. Dalam tangisan Afifah terlena. Sabarlah wahai
sahabat. Duka kau akan beransur hilang diganti bahagia, aku pasti.
eh... macam pernah dgr je tajuk cerita ni. hehehe :P
ReplyDeletepernah dengar ke??
Deletehuhu nak kena tukaq la jawabnye tajuk ni.. >w<
btw ni sape hehehe