Bab 1
Mariana
terbaring diatas katil usangnya. Hatinya sudah runsing, sudah
berbulan dia menunggu surat itu. Tapi bayang pun tak nampak,sedih
betul... Puan Manisah tersenyum kecil. Kelakar juga gelagat anaknya,
macam orang putus cinta sahaja. Perlahan-lahan Puan Manisah menolak
pintu bilik anaknya. Tanpa disedari Mariana, Puan Manisah mencucuk
pinggang anak gadisnya.
Terlompat
Mariana dari katil usangnya. Puan Manisah sudah ketawa
terbongkok-bongkok. Mariana menayang 'duck face'. Kiranya habis
comellah tu...
“Alolololo...
cumilnya Mar ni..”ujar Puan Manisah sambil mencubit pipi gebu
anaknya. Mariana menepis tangan ibunya manja.
“Mar
ada masalah ke?”tanya Puan Manisah. Pelik pula dia dengan kelakuan
anak manjanya itu. Walaupun sudah mempunyai dua orang adik Mariana
tetap manja dengannya.
“Surat
tak dapat lagi..”sayu sungguh suara Mariana ketika ini.
“Oh..
Surat.. Yang ini ke?”tanya Puan Manisah sambil menayangkan surat
dalam sampul saiz A4 itu di depan mata Mariana. Mariana pantas
mencapai surat itu. Dibaca nama pengirim diatas sampul surat rasmi
itu. UiTM Seri Iskandar!!!
“IBU!!!”jerit
Mariana sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, dicium kedua
belah pipi ibunya. Puan Manisah ketawa senang.
“Hah,
kenapa ni bu?! Terjerit-jerit.. Arul dekat luar pun boleh
dengar..”tanya Arul agak sedikit panik. Puan Manisah ketawa.
Kelakar pula gaya Arul ketika ini, kain pelikat tidak lepas ditangan
walaupun sudah terlucut. Nasib baik ada seluar pendek dibahagian
dalam, kalau tak mahu dia dan Mariana pengsan.
“Ibu
ni.. Ketawa pulak..”rungut Arul sambil duduk disebelah adiknya.
“Abang
Ar.. Ni tengok ni..”tayang Mariana. Arul tersenyum sinis.
“Ala..
kau belum bukak pun lagi surat tu.. Mana tau dia rejek ko..”ujar
Arul sengaja mahu menakut-nakutkan adiknya. Mariana terus berubah
mood.
“Arul
ni.. kenapa cakap macam tu dekat adik?”tanya Puan Manisah turut
tidak senang.
“Betul
apa yang Arul kata ni.. Meh sini! Kalau ko belek je.. sampai mati pun
ko tak tahu dapat masuk ke tak!”surat bertukar tangan. Mariana
tidak sudah-sudah berdoa di dalam hati. Tidak sanggup untuk
mengangkat muka. Takut keputusannya bakal menguris hati dia.
“Ish..ish..
kesian ko Mar...”ujar Arul sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Wajahnya nampak sedih. Terkejut Mariana. Terus disambar surat itu
lalu dibaca.
“Abang
Ar.. kau ni sengaja je tau!!!”dipukul-pukul manja bahu abang
kesayangannya itu.
Arul
ketawa melihat gelagat adiknya. Puan Manisah yang tadinya turut cuak.
Tersenyum melihat anak-anaknya bergurau mesra.
“Tapikan
Mar.. Kau ni dahlah gemuk, hitam pulak tu.. Kau rasa nanti kau kena
buli tak?”tanya Arul sengaja mahu menyakat adiknya. Tiba-tiba
muncul Syakirah dan Anuar dipintu bilik Mariana. Seronok nampaknya
mereka mengelakkan kakak mereka.
“Yelah,
yelah aku tahulah aku ni hitam.. Lepas tu gemuk..”Ujar Mariana
dengan suara yang sengaja disayukan. Padahal dia dah lut dengan
gurauan kasar abanganya.
“Kak
Na cantiklah walaupun gemuk, hitam..”ujar Syakirah manja. Dia
menempel ditepi kakaknya. Anuar mengusap-ngusap pipi kak Nanya manja.
Lalu dicium pipi kakaknya.
“Hehehe,
Nuar gelilah..”ujar Mariana sambil menolak adiknya perlahan. Arul
memandang Syakirah, Syakira memandang Anuar, masing-masing mengangkat
kening.
“Satu,
dua, tiga.... SERANG!”terguling-guling Mariana digeletek oleh
keempat-empat orang yang berada dibiliknya. Malam itu dipenuhi gelak
ketawa mereka sekeluarga.
*__________________*
Mariana
tidak dapat lelapkan mata. Esok dia akan pergi ke satu alam baru.
Alam universiti bukan alam barzakh tau... Dia memandang adiknya,
Syakirah. Pasti selepas ini dia akan merindui adiknya yang selalu
menjadi bantal peluknya. Dia kembali memandang ke siling. Memikirkan
keadaan yang akan dia hadapi nanti.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi bagaikan cempedak busuk jatuh. Berkerut-kerut dahi
Mariana memkirkan apa yang jatuh. Almaklumlah pokok cempedak diluar
rumah belum berbuah lagi, bila masa pulak buahnya jatuh. Mariana
pantas memaling, mahu memeluk adiknya. Seram juga dia, takut-takut
benda yang lain jatuh.
“Lailahailallah...
Sya bangun tidur atas katil!”ujar Mariana sedikit berbisik.
Rupa-rupanya adik dia yang jatuh. Ingatkan hantu...
“Hm..
sedapnya.. Nak tu.. tu..”ujar Syakirah dalam tidur. Mariana ketawa
kecil. Adiknya memang suka bercakap dalam tidur. Perlahan-lahan
Mariana mendukung adiknya yang baru berumur 8 tahun itu ke atas
katil. Kali ini, Syakirah tidur menghadap dinding. Takut pula kalau
Syakirah jatuh ke bawah kembali.
Mariana
menepuk-nepuk paha adiknya. Semakin lena Syakirah. Tanpa sedar tangan
Syakirah memeluk erat badan berisi Mariana. Mariana mencium lembut
dahi adiknya. Dia turut menutup mata. Tidak lama kemudian kedengaran
dengkuran kecil dari dua beradik itu.
***************
“Kak
Na janganlah pergi!!!”menangis-nangis Syakirah dan Anuar ketika
Mariana menyalami mereka. Mariana mengusap air mata di pipi
adik-adiknya. Dalam diam dia turut menahan air mata.
“Kak
Na kena pergilah sayang.. Nanti kita datang jenguk Kak Na ya..”pujuk
Puan Manisah. Dia turut bersedih. Namun dia harus kuat, supaya
Mariana turut kuat untuk berpisah dengannya.
“Tak
nak!!!”Arul mendukung kedua-dua adiknya dan dimasukkan ke dalam
kereta. Lalu pintu dikunci. Mariana menyalami tangan ibu dan
abangnya. Air mata yang ditahan mengalir jua. Puan Manisah memeluk
erat anaknya. Kemudian dia terus masuk ke dalam kereta tdak sanggup
bertentang mata dengan anaknya. Takut makin berat hatinya.
“Kamu
masuk dalam dulu Mar.”ujar Arul. Mariana berdiri ditangga melihat
kereta keluarganya berlalu pergi. Sambil mengusap air mata dipipinya
dia melangkah ke bilik baru yang bakal dikongsi dengan tiga orang
kawan barunya.
uuuulaaaalaaaaa
ReplyDeletehahaha.. nnt red pun merasa macam ni...
Delete(x pernah rasa lagi hehehe)
sob sob.... aduh kak sedihlah. Auh dah boleh buat siram pokok dah air mata ni :P
ReplyDelete