Sunday, 28 July 2013

IBU... AMPUNKAN DAKU!!

Assalamualaikum... pelik kan.. sbb blog asyu satu lagi pun ada entri ni.. hehehe asyu nak tutup blog satu lagi tu.. susah nak manage.. so asyu ubah semua masuk sini okeyyy

Prolog

Sya melangkah dalam keadaan yang mamai. Tekak yang dahaga meminta dibasahi. Lalu dibawa kaki keluar dari bilik. Dia mengintai katil. Kosong! 'Mungkin kak Na pergi toilet kot...' Sya menyedapkan hatinya. Sambil-sambil ke dapur mata Sya melilau mencari kakaknya. Didalam bilik air tiada! Dalam bilik abang Ar dan Nuar pun tak ada! Manalah kakak kesayangan dia menghilang. Mata Sya melilau lagi, kali ini matanya terpaku dipintu rumah. Terbuka!!!

“IBU!!!”jerit Sya. Puan Manisah segera berlari mendapatkan anaknya.

“Kenapa Sya? Kenapa?”tanya Puan Manisah panik. Bertambah panik dia melihat air mata anaknya mengalir laju. Sya menunjukkan ke arah pintu yang terbuka luas. Puan Manisah menggeleng laju.

“Kak Na mana? Mar mana???!”Puan Manisah terjelepok ditepi sofa. Sya membantu ibunya bangun dan duduk disofa.

“Abang Ar! Abang Ar!” jerit Sya memanggil abangnya. Abang Ar yang sedang tidur hampir terlompat mendengar jeritan adiknya dan ibu tersayang.

“Kenapa? Ibu?”Abang Ar yang kerisauan pantas bertanya kepada Sya yang masih tidak kering air mata.

“Kak Na.. Kak Na dah lari!!!”kata-kata Sya bagaikan petir membelah bumi. Abang Ar naik hantu. Dengan berkain pelikat dia mencapai kunci kereta. Sya hanya mampu menemani ibunya. Kereta laju membelah kepekatan pagi seawal 3 pagi itu.

“Sya ambilkan ibu telefon..”pinta Ibu yang tidak bermaya. Syakirah pantas mengambil telefon ibunya.

******************************************


“Macam mana boleh lari?”tanya AyahWe. Puan Manisah menggeleng-geleng.

“Tak tau la We.. Nisah tidur tepi katil dia. Takut dia buat hal.. Alih-alih dia lari.. Nisah tak tau la nak kata apa..”ujar Puan Manisah dalam sendu kepada adiknya. Sudahlah suaminya ketika ini tiada dirumah.

“Dah la tu Nisah, kita buat solat hajat. Moga-moga dia selamat.”Kata Ayah Mi. Puan Manisah mengangguk faham. Dia pantas menyuruh semua anak-anaknya mengambil wuduk. Abang Ar yang baru balik rasa terkilan kerana terlepas pandang kereta lelaki bedebah itu.

“Ya, Allah. Kau pulangkanlah kepada kami, Mariana. Engkau lindungilah dia walau dimana pun dia berada. Sesungguhnya kami hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada mu Ya Allah!”semakin lebat air mata Puan Manisah ketika mengaminkan doa abangnya. Pencarian dimulakan. Puan Manisah menangis lagi. Mengharapkan segala ini adalah mimpi buruk.









No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)