Thursday, 4 April 2019

Qis dan Along ~ Part 3 ye, ye part 4 otw


Part 3

Qistina melangkah perlahan ke dalam cafe yang dinyatakan Kyaliq semalam. Matanya melilau mencari kelibat abang macho/kacak semalam. Melihat kelibat Kyaliq tiada, Qistina main duduk sahaja di meja kosong. Jam ditangan ditilik. 2.05 petang, kejap lagi sampai la tu. Desis hati Qistina.

Qistina membelek-belek telefonnya.

‘Ting!’ bunyi pesanan Whatsapp kedengaran. Qistina membuka aplikasi itu. Adik Iz? Nak apalagi lah adik dia yang seorang ni. mesti nak kirim apa-apa.

‘Kak Qis kat mana?’ – Adik Iz

‘Jumpa orang kejap. Kenapa?’

‘Tak ada apa. Siapa?’ – Adik Iz

‘Adalah.’

‘Cakap lah kak Qis -_- ‘ – Adik Iz

‘Kawan baru. Kenapa?’

‘Lelaki ke perempuan?’ – Adik Iz

‘Lelaki. Kenapa banyak tanya ni?’

‘Nama dia apa?’ – Adik Iz

‘Kyaliq. Adik Iz ni kenapa ni? banyak tanya mengalahkan along si komander tu.’

‘Hm... handsome tak?’ – Adik Iz

‘Boleh tahan lah. Macho dia tu... kacak pulak tu. Tapi... sayang’

‘sayang kenapa?’ – Adik Iz

‘Garang nak matey!’

‘Siapa lagi handsome? Along ke dia?’ – Adik Iz. Qistina sudah ternaik keningnya sebelah. Lain macam je si Izreen ni. Betul ke Izreen yang mesej ni? Qistina terus membuat panggilan video.

“Hai, Kak Qis!” terlebih semangat Izreen menjawab panggilan video Qistina.

“Adik Iz dah kenapa? Tanya banyak-banyak soalan. Betul ke adik Iz yang tanya?” Qistina mula masam. Rasa macam tak kena.

“Hah? Soalan?” Izreen mengerut dahi. Puk! Bunyi sesuatu ditepuk kuat. Izreen mengeliat dengan wajah berkerut.

“Kenapa tu dik?” Qistina pun terikut kerut dahi.

“Nyamuk besar gajah tu.” Kedengaran suara along menyampuk. Qistina menayang muka faham. Sah along yang lebih-lebih tanya nak jumpa dengan siapa, lelaki ke perempuan, yang paling tak boleh blah dia boleh tanya siapa lagi handsome . =_= (my gad mestilah Along handsome! Ke Kyaliq  *.* ? Huhuhu itu semua ikut citarasa Qistinalah kan?)

“Cakap dekat orang yang tukang tepuk Nyamuk besar gajah tu... Kenapa nak kena go through phone adik? Apa dah tak ada phone sendiri ke? Sah tak nak Kak Qis ada nombor dia. Cakap lagi, Kak Qis rasa Kyaliq a.k.a. abang macho kacak bergaya lagi handsome 100 kali dari along! Pastikan adik sampai pesanan-pesanan ni dekat Along!” ujar Qistina dengan muka toyanya. Baru puas hati!

“Perasan lah! Tak ada makna aku nak tanya kau macam-macam!” kuat suara Hakim membalas kata-kata Qistina. Memang sah Hakim yang hantar. ‘Thump! Thump! Thump! Thump!... Bang!’ Hakim sentaplah tu! Hentak-hentak kaki dekat tangga siap hempas pintu. Izreen sudah ketawa mengekek. Qistina tersengih melihat Izreen. Macam kelakar sangat. Sampai mengalir air mata adiknya itu.

“Hah kenapa dengan abang kamu tu Izreen? Apa dia ingat pintu tu murah? Nak kena betul anak teruna seorang ni!” kedengaran pulak suara Laila memarahi Hakim. Tak lama kemudian kedengaran bunyi ketukan pintu, kuat betul macam guna speaker.

“Yang? Dah kenapa tu?” suara ayahnya pula masuk frame. Qistina memasang telinga.

“Tah anak teruna awak ni! hempas-hempas pintu. Dia ingat apa? Nak hempas-hempas, jangan sampai saya hempas dia karang!” marah betul Laila.

“Sabar, sabar jangan macam tu. Jom kita minum dulu. Laila nak air apa? Biar abang yang buat. Jangan ketuk pintu tu kuat sangat yang. Karang tak sempat rosak kena hempas dah berlubang pintu anak teruna kita tu.” Ujar Naim cuba memujuk. Izreen ketawa mengekek melihat telatah ibu bapanya.

“Hah! Kamu gelak apa tu Izreen? Kamu bersubahat dengan along kamu ni ke? Apa yang dia marahkan sangat tu?” tanya Laila kepada Izreen. Muka Izreen berubah cuak. Qistina yang melihat perubahan reaksi adiknya itu boleh menganggak yang kemarahan si ibu nak beralih arah.

“Mana ada! Bye kak Qis, ibu godzilla nak menyerang! Aaaa!” Izreen bangun berlari sambil mematikan panggilan video itu. Qistina ketawa mengekek. Habislah! Harus rentung along dengan Izreen kena fire dengan ibu.

Sekali lagi mata Qistina memandang jam tangannya. 2.30 petang. Hm... lambat pula mamat ni. Jamn ke?

--

Hakim rasa nak baling sahaja barang-barang dalam biliknya ketika ini. Apa Qis kata tadi? ‘Kak Qis rasa Kyaliq a.k.a. abang macho kacak bergaya lagi handsome 100 kali dari along.’ Hei pleaselah! Dia yakin dia lagi kacak!

“Kau sengaja je kan Qis? Kau tunggulah!” Hakim mengepal-ngepal tangannya. Dia menarik sengihan nakal. Yang dia beria nak membalas Qistina ni kenapa? Bukan dia tak suka ke? Ke... suka tapi mulut kata tak?( >v<)

--

Hampir satu jam Qistina menunggu tetapi lelaki itu tidak muncul-muncul. Dengan rasa sakit hati yang menebal, Qistina bangun dan menuju ke arah kaunter. Minumannya dibayar.

“Eh, awak kan budak yang jatuh atas saya tu?” tanya satu suara garau dari arah belakang Qistina. Qistina terus berpaling melihat gerangan manusia bertuah itu. Kyaliq dengan muka selamba bahagia tersenyum menampakkan gigi-giginya yang sempurna. Qistina menjegilkan matanya. Ewah-ewah senang hati nampaknya dia ni! Dahlah lambat sejam!

“Kenapa diam?” tanya Kyaliq dengan senyuman tak lekang-lekang. Ada lesung pipi pulak tu, tapi sebelah je, belah kanan. Eh, sempat pula Qistina menilik wajah si mamat lembab ni. Mamat lembab sesuai sangat nama tu dengan lelaki ni. lambat!

Qistina buat bodoh dan berjalan melintasi Kyaliq selepas selesai membayar dikuanter. Kyaliq mengekori Qistina.

“Hello! Annyeonghaseyo! Moshimosh! Sentap kenapa pula dia ni...” Kyaliq pelik dengan tingkah laku Qistina. Ditarik pergelangan tangan si gadis. Berpusing 180 darjah Qistina dibuatnya. Mulut Qistina ternganga tanda tak percaya lelaki itu berani memegang tangannya siap menarik dia pulak tu!

“Hello mr Kyaliq a.k.a. mamat lembab tak tepati masa! Awak dah kenapa suka-suka tarik tangan orang hah? Apa awak ingat ibu ayah saya memang suka orang tak kenal buat saya macam ni?” nyaring suara Qistina. Nasib baik mereka dah keluar dari perkarangan cafe. Kalau tak memang jadi tontonan pengunjung cafe. Tapi apa kurangnya di tepi jalan tetap menjadi tontonan.

“Awak ni dah kenapa terjerit-jerit ni. malulah!” Kyaliq mula menunduk-nunduk memberi isyarat tiada apa yang berlaku kepada penonton mereka di situ.

Qistina menarik nafas panjang. Boleh ye lelaki ni tanya soalan terlebih bijak macam tu dekat dia. Ada juga yang kena fire dengan dia. Dia dah hampir-hampir nak bertukar jadi Ultrawomen dah ni!

“Encik Kyaliq. Saya bukannya seorang perempuan yang selalu buat perangai gila dekat tepi jalan macam ni tau. Saya pelik dengan encik ni. Boleh ye encik datang-datang tersengih happy macam encik tak buat salah. Encik suruh saya datang pukul berapa semalam? Encik sampai pukul berapa? Dah la suka-suka tarik tangan saya.” Qistina bercakap tanpa henti. Kyaliq naik semput melihat Qistina berkata-kata macam tak ambil nafas langsung. Robot ke apa perempuan ni?

“Er... apa kata kita masuk cafe balik. Relaks minum air dulu.” Kata Kyaliq dengan suara tak berapa nak macho dah. Takut pulak dengan perempuan ni.

“Tak payahlah encik. Apa kata encik whatsapp je berapa duit yang encik nak sebagai ganti rugi dan details bank akaun encik. Tak perlulah kita nak jumpa-jumpa.” Kata Qistina tegas.

“Eh janganlah macam tu. Okay. Maaf memang salah saya. Saya datang lambat. Tapi saya bukan sengaja cik... er nama cik pun saya tak tahu. Serius bukan saya saja-saja datang lambat. Saya terlampau khusyuk buat kerja. Then pembantu saya tanya tak lunch ke. Rupanya dah dekat jam 2.40 dah. Sorry sangat. Boleh tak kita masuk dalam cafe. Duduk minum air kasi tenang hati dan perasaan dulu.” Bersungguh Kyaliq menjelaskan. Kalau Qistina berkeras nak settle guna Whatsapp je terlepaslah peluang Kyaliq nak memikat.

“Encik...”

“—Dah jom masuk cafe. Saya tak makan lagi ni. Kesian saya. Aduh, pening pulak rasanya.” Dan dan Kyaliq buat jalan bengkok-bengkok. Dengan tangan di kepalanya. Terus Qistina memapah lelaki itu masuk ke dalam kedai itu.

“Adik bagi abang ni air kosong dulu dik!” jerit Qistina bila melihat Kyaliq terpejam-pejam mata. Sampai sahaja air kosong Qistina suakan kepada Kyaliq. Dengan tangan yang sengaja diketarkan Kyaliq menyambut air itu. Diminum seteguk. Qistina membantu meletakkan balik gelas itu ke atas meja.

“ Encik okay tak ni?” tanya Qistina apabila Kyaliq kelihatan masih lemah.

“O...okay. Cik... Apa nama cik?” tanya Kyaliq perlahan.

“Qistina. Encik ni okay tak ni?” Qistina mengambil menu dan mengipas-ngipas Kyaliq.

“Okay. Okay. Panggil saya Kyaliq je.” Kyaliq terus duduk tegak.

“Kalau okay saya balik dulu la ye Encik Kyaliq.” Kata Qistina sambil bangun dari kerusi itu. Terasa macam orang bodoh pula berialah dia risaukan si Kyaliq ni sekali lelaki ni menipu je. Kyaliq terus berdiri.

“Cik Qistina. Boleh kita cakap sekejap. Sekejap je. Please.” Ujar Kyaliq dengan muka kesiannya. Qistina kelihatan teragak-agak. Melihat wajah Kyaliq penuh berharap terus Qistina duduk kembali.

Lembut pula hati dia melayan mamat lembab ni. Qistina memeluk tubuh. Kyaliq memanggil pelayan kedai itu. Selesai memesan makanannya. Kyaliq kembali menumpukan perhatian kepada Qistina.

“So...”

“Saya minta maaf pasal dalam panggung wayang tu. So encik Kyaliq nak ganti rugi berapa ya? Tapi untuk makluman encik saya baru grad so kerja tak ada lagi. Harap encik faham if encik minta jumlah yang tinggi, saya bayar ansur-ansur. If encik oklah.” Kata si Qistina mukanya serius sepanjang berbicara.

Kyaliq menahan ketawa. Mana mungkin la kan dia nak minta duit dengan Qistina. Dia nak minta hati Qistina boleh tak?

“Ada saya kata nak duit ke?” tanya Kyaliq serius. Siap mengangkat kening ala-ala Ning Baizura.

“Habis tu encik nak apa? Saya bukannya kaya, pandai pun tak sangat. Tapi jangan ingat encik boleh ambik kesempatan dekat saya. Saya report karang encik jangan main-main!” merapu-rapu si Qistina ni. Jauh dia memikir, tapi yang negatif-negatif sahajalah. Terburai juga ketawa Kyaliq dengan imaginasi si Qistina.

“First of all,  saya ni gentlemen  cik Qistina. Jarang risau ye. Saya tak akan ambik kesempatan ke atas cik. By the way, panggil saya Kai je. Rimas la encik-encik ni.” Kata Kyaliq sambil menghirup airnya.

Qistina memandang Kyaliq atas bawah. Tak percaya langsung dengan lelaki itu. Kalau tak ambik kesempatan kenapa ajak jumpa? Mesti ada apa-apa ni.

“Okay for now saya percaya. So ‘Kai’ macam mana ya kita nak settle masalah kita ni?” tanya Qistina. Dia tak sabar-sabar nak blah dari sini. Kyaliq tarik sengih nakal.

“Senang je. Give me your parents address.”

“What?! Nak buat apa?” Qistina sudah ke depan. Kalau boleh besar lagi matanya, memang dibesarkan!

“Nak masuk meminang.” Simple je ayat yang keluar dari mulut Kyaliq tapi mampu membuat Qistina meletup.

“Astaghfirullahalazim! Ya Allah kurniakanlah aku kesabaran melayan perangai tak betul manusia di depan ku ini ya Allah!” doa Qistina perlahan tapi didengari Kyaliq.

“Awak ingat saya main-main ke? I’m serious.” Kyaliq tergelak melihat wajah Qistina sudah memerah.

“Awak ni dah kenapa? Tak betul ke? Perlu ke saya telefon Tanjung Rambutan? Nak saya call 999? Ya Allah gila ke dia ni?” Qistina dah bangun dan mahu beredar. Namun cepat sahaja Kyaliq menarik tangannya.

“Okay tarik nafas lepas, tarik nafas lepas.” Kyaliq memberi arahan apabila wajah Qistina berubah pucat seperti tidak cukup udara. Qistina mengikut arahan itu. Memang dia rasa nak pitam melayan mamat lembab ni.

“Qis, may i call you that? So, Qis... Saya jatuh cinta pandang pertama bila saya nampak awak dengan kawan awak dalam kereta tu. Bertambah-tambah jatuh cinta bila awak terjatuh atas saya. Saya serious. Deadly serious dan saya ikhlas nak kenal awak lebih rapat dan ambil awak sebagai isteri saya. I means if you don’t want it is okay... Tapi saya nak kenal awak. Please jangan tolak saya mentah-mentah.” Terang Kyaliq. Sungguh dia jatuh hati dengan Qistina. Entah apa yang ada pada gadis itu. Tapi dia sangat sukakan gadis itu. Walaupun tak tahu nama Qistina tapi dia terbayang-bayang wajah Qistina semalaman. Tak boleh tidur dibuatnya.

“But still awak ni terlebih extreme. Saya boleh mati sakit jantung! Kita tak kenal pun. Semalam pun terserempak je. Kebetulan. Awak patut jumpa doktor. I means its not normal!” kata Qistina tegas.

“Who are you to say its not normal? Hati saya, saya tahulah. Thats why saya nak kenal awak, nak awak kenal saya. Ye saya faham hubungan tak boleh wujud macam tu je. Tapi saya serious, sebab tu saya nak jumpa parents awak. Nak minta izin mereka. Please. Kalau awak tolak saya, saya akan pastikan saya akan dapat kenal awak juga.” Ayat hujung Kyaliq membuat Qistina gerun. Bahaya lelaki ini, Qistina mula buntu. Tengok gaya Kyaliq macam berduit. Confirm lelaki itu akan buat sesuatu jika Qistina tolak mentah-mentah permintaannya.

“Fine. Give me time. I have your number. Nanti i akan whatsapp or whatever and give you the date and address to my parents home. But! Kita hanya akan kenal sahaja. Berkawan. Not more than that. Saya tak nak beri harapan palsu. Awak kena sedar saya tak nak berkahwin dengan awak or anyone. I will get married when i want with my family blessing. Faham?” Qistina memutuskan untuk memberi peluang. Lagi bagus Kyaliq jumpa family dia kan? Yelah kalau jadi apa-apa ibu ayah dia dah tahu siapa patut dicari.

“Okay! Deals! Jangan risau saya tak akan paksa awak untuk kahwin dengan saya. Tapi saya akan pastikan awak akan jatuh cinta dengan saya. Will charm you with my attitude, my life, and myself.” Beria benau si Kyaliq ni mempromote diri. Yakin sangat. Just wait and see Kyaliq, siapa yang akan menang Qis or you.

Qistina mengangguk mengiakan. Malas melayan sebenarnya. Kyaliq tersenyum lebar melihat anggukkan Qistina. Terus laju dia menyuap makanan ke mulut. Qistina hanya memerhati. Tolonglah cepat habis makan. Aku nak blah!!!

--

Qistina terus menghempaskan dirinya ke sofa. Izreen yang sedap menyandar di kaki sofa tersentak. Izaty tergelak melihat Kak Iznya terkejut macam kucing kena sergah. Melompat setempat gitu.

“Apa ni kak Qis? Terkejut Iz.” Kata Izreen dengan muka masamnya.

“Hm....” hanya bunyi itu yang keluar dari Qistina. Mukanya tersembab ke sofa. Rasa nak pecah kepala memikirkan kejadian tadi.

“Kak Qis kenapa?” Izaty mula menghampir kak Qisnya. Pelik. Jarang kak Qis berperangai macam ni. selalu dia duk mengusik Izreen lagi adalah.

“Tak ada apa lah...” Qistina bangun dan menyandarkan dirinya ke sofa itu. Memberi ruang kepada baby besarnya untuk duduk disebelah.

“Ye ke? Ke bergaduh dengan boyfriend?” getus Izreen dengan senyuman nakal.

“Boyfriend? Hah, baby tak tau pun! Kak Qis kenapa kak Iz tau baby tak tau ni?” Izaty sudah memuncungkan mulut. Sedih bila diketepikan. Qistina menjeling Izreen.

“Bila masanya kak Qis ada boyfriend? Memandai je Adik Iz ni!”

“Habis tu tadi apa? 100 kali lagi handsome dari along... Hah apa tu apa?” semakin galak si Izreen memprovok Qistina.

“100 kali lagi handsome? Tak adil nak tengok! Nak tengok!” bising si Izaty join sekali. 100 kali lagi handsome dari si along komander, mesti ala-ala prince charming dah ‘boyfriend’ kak Qis ni.

“Merepek la korang ni! Kak Qis dahlah tengah pening dengan malaun tadi tu.” Qistina memegang kepalanya. Izreen dan Izaty berpandangan.

“Hm... kenapa kak Qis. Ce share. Tak sukalah baby tengok kak Qis stress-stress macam ni.” Ujar Izaty lembut. Izreen mengangguk laju. Tak suka tengok kakaknya begitu.

“Hm... korang janji tak bagitau along komander tu?” tanya Qistina memandang serius ke arah adik-adiknya. Mereka berdua mengangguk.

“Okay... kak Qis kena lamar.” Lemah betul suara Qistina. Perlahan nak tak nak je keluar.

“Hah lamar? Lamar as in lamaran ke? Propose?” tanya Izreen teruja. Izaty sudah ternganga.

“Yup.” Balas Qistina lemah.

“What!!! OMG Kak Qis so apa kak Qis kata?” Izreen menepuk-nepuk peha si Izaty, teruja punya pasal.

“Nak kata apa? Gila! Kita orang tak kenal langsung. Semalam terjumpa as kebetulan je. And kak Qis ada buat something yang buatkan kak Qis kena jumpa dia tadi.”

“Kak Qis buat apa?” Izaty mula memeluk tangan Qistina. Kesian pula tengok Qistina stress begitu.

“Kak Qis terjatuh atas dia masa nak duduk dalam panggung.” Merah muka Qistina memberitahu hal itu.

“OMG! OMG! Drama sangat ni! And love at the first sight! OMG so sweet!” suara Izreen semakin nyaring. Membuatkan Qistina memcubit si adik. Mampus dia kalau ibu atau ayah dengar. Lagi teruk kalau si Along tu dengar.

“Tak payah drama sangat. Nak kojol kak Qis dengar request dia tu. Nak address rumah ni because nak masuk meminang! Gila!” Qistina mula melepaskan marahnya. Geram tak terhingga dengan manusia yang baru dikenali itu.

“Okay apa kak Qis. Kak Qis pun dah makin tua.” Selamba saja Izreen berkata-kata.

“Apa? Okay? Makin tua? Nak kena adik Iz ni! Baby pegang dia!” Qistina mendekati Izreen. Izaty sebagai adik yang baik terus memegang Izreen. Qistina mengeletek Izreen sepuas hati. Sampai mengalir air mata si Izreen ketawa dan menahan dirinya dari terkuncil.

“Okay-okay Stop! Sorry kak Qis!” jerit Izreen menyerah kalah.

“Hah tau takut! Ni kuasa gabungan kami tau! Kak Qis and baby!” ujar Izaty dengan bangganya. Qistina tergelak melihat Telatah adik-adiknya.

“Ehem, ye, ye korang memang deboom!” ujar Izreen tanpa perasaan.

Izreen berpaling dan melihat Qistina yang masih galak ketawa.

“So berbalik kepada topik tadi... kak Qis kata apa?” terdiam Qis mendengar soalan Izreen. Izreen tersengih kemenangan.

“Nak kata apa. Kalau tak bagi dia nak cari kak Qis ke lubang cacing tau. So i said, yes but as friend. And its better dia jumpa ibu dan ayah. As in if la... kak Qis tiba-tiba hilang dari radar. You guys dah tahulah siapa nak dicari.” Kata Qistina selamba. Izreen ternganga. Tiba-tiba rasa gerun.

“Kak Qis dia tu normal ke? Scarylah baby dengar.” Izaty memeluk tubuh, terasa bulu romanya tegak.

“Tau pun scary. Sebab tu lagi ramai orang yang rapat dengan Kak Qis tahu pasal Kyaliq lagi selamat Kak Qis.” Qistina mendekati adiknya dan memeluk Izaty.

“Betul tu. Bijaklah Kak Qis ni.” ujar Izreen pula.

“Yup i know. By the way, 23 masih muda ye. Jangan memandai nak suruh kak Qis kahwin.” Ujar Qistina mengerlung ke Izreen.

“Alah... tapi Iz nak anak saudara!”

“Nak anak saudara suruh si komander tu kahwin dulu. After that baru kak Qis akan fikirkan.” Qis menayang muka kemenangan.

Izreen sudah menggaru kepala. Kalau alongnya kahwin dulu. Maknanya bertahunlah dia kena tunggu. Along tu dah la garang lepas tu tak sosial pun dengan perempuan. Kawan along yang dia kenal semua lelaki. Itu pun baru dua tiga orang yang kahwin.

“Lambat lagilah... siapa je nak dekat along tu kan? Garang macam askar pencen!” berdekah mereka ketawa mendengar celoteh Izaty.

“Siapa yang tak nak dengan along?” suara garau muncul tiba-tiba mematikan ketawa mereka.

“Oh o. Opss!” kedengaran adik Izaty berkata.

“Oh o, opps ye. Suka hati je kata tak ada orang nak dekat along. Hei along ni jejaka paling kacak tau diantara kawan-kawan along.” Ujar Hakim dengan tangan mahu mencubit si Izaty. Pantas Izaty menyorok di belakang kak Qisnya. Along mana nak sentuh kak Qis. Memang terbaiklah kak Qis ni jadi shield dia.

“Yelah tu along. Abang Zack yang paling tak semengah tu pun dah kahwin dah.” Balas Izreen ternyata tak heran dengan jegilan si along.

Hakim mendengus kasar.

“Hello umur along baru 27 tau! Lelaki expired date dia lambat lah!” ujar Hakim dengan tangan mengusap dagunya. Bangga.

“Boo!” habis kena boo dengan ketiga-tiga gadis di situ. Terkejut Hakim.

“Ceit! Jealouslah tu expired date korang ada!” ujar Hakim lalu melarikan diri. Qistina, Izaty dan Izreen sudah mencapai bantal empat segi nak dibaling ke muka tak semegah along tu. Harap muka je handsome tapi perangai kalah budak-budak.

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)