Saturday, 12 September 2015

e-novel baru!! DARAH

ASSALAMUALAIKUM.

APA KABOR???

E-novel baru???

He he he... nak wat cam na... idea datang tak dijemput.

apape pun.. jemput baca dulu naaaa




DARAH
DITULIS OLEH ASYU ASYURA

PROLOG

Gelas kaki yang berisi cecair berwarna merah kehitaman itu diteguk penuh nikmat. Bauan hanyir itu dihidunya sepenuh perasaan. Lidah pantas menjilat cecair merah yang terlepas ke bibirnya. Lazat. Matanya mula kehitaman tatkala deria rasa memproses cecair merah itu.

            Cecair merah itu jatuh setitik ke atas lengannya. Pantas dia menjilat, untuk kehilangan walaupun setitik cecair merah ini memang tidak. Apatah lagi untuk mendapatkan cecair merah ini bukanlah senang.

            Xavier tersenyum puas apabila cecair merah itu berjaya dihabiskannya tanpa dibazirkan. Matanya yang kehitaman mula bertukar ke warna asal; coklat kekuningan. Pandangannya dihala ke cermin yang menggantikan dinding. Pemandangan malam kota raya, Dales amat cantik. Terutama apabila dilihat dari tingkat 25. Ketukan kedengaran, tidak berapa lama diketuk, pintu dibuka secara perlahan. Xavier berdesis perlahan. Tidak suka dengan ganguan yang diterimanya ketika ini.

            “Ada apa?!” lantang suaranya diutarakan.

            “Tuan, kami sudah berjaya mendapatkan apa yang Tuan minta.” Kata seorang lelaki yang bermata biru. Xavier tersenyum. Gembira mendengar khabar yang dibawa lelaki itu.

            “Bagus! Berapa yang kau dapat bawakan, Zen?” tanya Xavier sambil menjilat bibirnya. Dia jadi lapar.

            “5. Semuanya masih segar. Tidak ada yang mati.”kata Zen dengan suara perlahan. Jangan berani memandang tepat ke anak mata Xavier, ketuanya itu paling pantang ditentang matanya.

            “Bagus, bagus. Bawakan seorang kepada aku. Yang paling muda.” Kata Xavier dengan senyuman yang menakutkan. Matanya mula menjadi hitam.

            Zen pantas keluar dari bilik ketuanya ke ruangan bawah. Terdapat 5 orang gadis yang terikat dan bertutup mata duduk berlonggok di bahagian hujung ruangan itu. Semuanya seperti ketakutan. Zen tersenyum. Bodoh! Manusia-manusia itu bodoh! Mereka tak tahu, ketakutan mereka sebenarnya membuat golongannya semakin teruja. Membuat dia semakin rasa... LAPAR.

              Zen kembali dengan seorang gadis yang berusia 15 tahun dan yang paling muda. Pintu bilik Xavier diketuk. Selepas Xavier membenarkan dia masuk. Terus Zen menolak gadis itu ke dalam bilik Xavier dan berlalu pergi dari situ. Waktu makan Tuannya jangan berani diganggu.

-

            “Maafkan saya! Tolong maafkan saya!” pinta gadis berusia 15 tahun itu. Xavier ketawa sepuas hatinya. Perasaan takut gadis itu membuat dia tidak sabar untuk ‘makan’.

            “Apa salah saya?” tanya si gadis tatkala Xavier semakin mendekatinya.

            “Kau hanya salah tempat, salah waktu, dan... salah diri kau sendiri sebab jadi mangsa aku.” Kata Xavier sambil mendekatkan gigi siungnya ke leher jinjang gadis itu.

            Si gadis menjerit ketakutan. Semakin dalam gigi Xavier menusuk ke isinya semakin nyaring dan kuat jeritan yang dilontarkannya. Semakin lama, jeritannya beransur hilang. Sebelum nyawanya terpisah dari badan, sempat dia katakan kepada Xavier.

            “Kau makhluk yang disumpah tak akan bahagia buat selamanya.”

            Xavier terpana. Gigitannya terlepas. Ya. Dia makhluk yang tak akan bahagia.

            Namun dia telah jumpa kunci kebahagiannya. Hanya dengan ‘kunci’ itu dia akan bebas. Bebas dan bahagia.

            “Aku akan dapatkan ‘kunci’ aku! Aku pun mampu bahagia!” bergema suara Xavier di biliknya. Gadis yang sudah tidak bernyawa itu dicampak ke dinding. Perasaan marahnya tidak dapat dibendung.

            “ZEN!” jeritan Xavier membuat Zen muncul di pintu bilik dalam masa sesaat.

            “Aku mahu kau cari ‘kunci’ kebahagian aku! Aku dapat rasakan dia ada berdekatan kita!” arah Xavier. Zen mengangguk faham. Arahan ketuanya jangan dibantah. Kalau dibantah akibatnya jantung mereka akan dimakan Xavier. Selepas itu, mereka dibakar agar tidak mampu hidup semula.

            “SEKARANG!” suara lantang Xavier membuat Zen kecut perut. Dia dapat rasakan Xavier sudah tidak mampu membendung kuasa vampirenya.
-

            “Isabell! Isabell!” Lily mengejutkan Isabell yang bermimpi ngeri. Kawannya itu berpeluh dan menjerit ‘jangan,jangan’ di dalam tidur.

            “Apa?” tanya Isabell yang baru sedar. Dia masih ternampak-nampak keadaan gadis di dalam mimpinya itu. Sejuk, urat biru kelihatan di seluruh badan, dan badan gadis itu kurus kering kerana darahnya telah habis dihisap oleh makhluk jahat itu.

            “Kau tak apa-apa?” tanya Lily yang masih kerisauan.

            “Tak. Aku tak apa-apa. Terima kasih kejutkan aku.” Kata Isabell sambil bangun menuju ke bilik air. Wajah yang dipenuhi peluh dibasuhnya kasar. Apa makna mimpinya itu?

            Kenapa dia harus mengalami mimpi ngeri itu? Dan kenapa hanya makhluk jahat itu yang muncul setiap kali dia bermimpi ngeri? Apa makna semua ini? itu hanya mimpi atau? 

8 comments:

  1. Gilaa bestt naaaaaaaaaaaa leh diterbitkn ni gerenti beli. Uwaa excited nyaaaa tag lagi yaaaaaaaaa ^_^ sejuta bintang tuk akak heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih wany sudi baca n komen. InsyaAllah nnt akk tag lagi ye :')

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)