Assalamualaikum
bismillahirahmanirahim.
my first try. sila komen ye. tq
Saka
dia muncul tidak diundang...
Saka. Siapa tahu apa itu saka? Ramai
yang tak tahu saka itu apa. Yang mereka tahu saka merupakan satu hantu. Ye...
saka memang sejenis hantu yang diwariskan kepada waris yang masih hidup.
Dan... ini merupakan satu kisah
mengenai saka. Pastikan kau, ye kau yang sedang membaca tu! Pastikan kau tak
ada sakit jantung dan seangkatannya. Karang tak pasal-pasal writer citer ni
masuk lokap pulak.
-
“Mak kita kena balik jugak ke rumah
tok ma?” tanya aku perlahan. Takut mak melenting tiba-tiba. Tapi sungguh, aku
tak mahu balik sana, tok ma tu creepy gila!
“Ya Allah, kenalah balik dah berapa
lama kita tak balik.” Kata mak tanpa memandang aku. Dia sibuk melipat baju aku
untuk disumbat ke dalam beg. Tipikal anak dara bandar, lipat baju aku fail.
Tapi memasak aku tip top.
“Lama tak balik bilanya? Bukan
minggu lepas mak dah balik ke?” sambut aku. Muka aku tak payah cakaplah,
terpancar sangat reaksi ‘tak nak balik rumah tok ma!’
“Mak memanglah selalu balik sana.
Yang kamu tu, dah berapa tahun tak balik kampung. Nama aja belajar dalam
negara, tapi balik kampung setahun sekali.” Marah mak beria-ria. Kejut sekejap
aku.
“Alah mak. Orang tak nak.” Kata aku
sambil mengesel-gesel dengan lengan mak. Mak menolak aku jauh, rimaslah tu.
“Tak kira, tak tahu, tak penting.
Yang mak tahu kamu kena ikut jugak balik kali ni. Tok ma tu dah tak sihat.
Jangan sampai mak bagitahu abah kamu!”
titik. Muktamad. Kata mak kali ni memang tak boleh nak mintak kautim
lagi.
-
“Lina, cuba senyum. Orang lain balik
kampung senyum, kamu pulak masam memanjang.” Ujar abah. Aku cuba maniskan muka.
Aku tak suka macam mana nak manis. Creepy gila rumah tok ma tu. Walaupun aku
sayang tok ma, aku takut dengan dia. Ada aura ‘gelap’ bila dengan dia.
“Hah, dah sampai pun kita! Tu mak
dah tunggu kita, Zu. Lina senyum jangan nak masam. Karang tok ma terasa hati.”
Ujar Abah memberi peringatan. Aku mengangguk lemah.
Aku hanya memandang abah dan mak
menyerbu menyalami tok ma. Aku melangkah lambat-lambat. Saat tangan aku
bersentuhan dengan tangan tok ma, bulu roma aku berdiri tegak. Cepat-cepat aku
cium tangannya dan melepaskan salaman tu.
“Dah besaq na cucu tok ma ni? Awat
jauh-jauh dari tok ma. Meh dekat sini.” Gamit tok ma. Aku bertambah cuak. Entah
kenapa, aku rasa tok ma ada sesuatu yang ‘lain’.
“Lina tok ma panggil tu.” Ujar abah
bersahaja dalam suara rendah. Tapi aku tahu makin rendah suara abah, maknanya
dia makin marah. Aku melangkah dan melabuhkan punggung disebelah tok ma tanpa
rela hati.
“Lina, Lina cutikan. Nanti duduklah
dengan tok ma. Teman sekejap pun jadilah.” Pujuk tok ma. Aku gelabah. Nak duduk
sebelah ni pun dah separuh mati inikan pulak nak duduk dengan tok ma. Ya Allah
janganlah abah dengan mak setuju.
“Betul tu Lina. Dari kamu duduk
tidor dekat rumah tu menambahkan berat badan. Baik kamu tinggal sini jaga tok
ma. Dapat pahala.” Ujar mak menyokong cadangan tok ma. Abah aku lihat
terangguk-angguk setuju. Aku telan liur yang terasa pahit. Yup... aku tahu aku
tak ada pilihan.
Patutlah mak beria-ria kemas beg
aku, walaupun dalam perancangannya tidor satu malam sahaja.
-
Aku duduk termenung di pangkin depan
rumah tok ma. Mak dan abah dah selemat bertolak 2 jam yang lalu. Entah-entah
dah selamat sampai rumah dah pun.
“Hi!” tegur satu suara. Aku yang
terkejut tahap babun menoleh ke belakang. Lah... Lokman rupanya. Sepupu aku
yang tua setahun dari aku.
“Waalaikumusalam. Hm.. kenapa
Lok?”tanya aku endah tak endah. Lokman tersengih-sengih sambil menggaru kepala.
Tahu dia salah.
“Assalammualaikum. Sorrylah terlupa.
He he he saja nak kacau kau. Sepupu terchenta aku ni...” ujar Lokman sambil
menyempit disebelah aku. Aku menayang muka nak muntah.
“Weih, Lok aku nak tidor rumah kau
boleh tak?” aku bertanya penuh berharap.
“Kenapa pulak?”tanya dia sambil
lewa. Ada harapan ni.
“Kau taukan tok ma tu macam mana.
Aku seramlah weih, creepy gila. Please. Aku tidor rumah kau ye.” Rayu aku lagi.
Lokman menggaru-garu kepalanya.
“Bukan aku tak kasi weih... mak ngan
ayah aku tak ada dekat sini. Dia orang pergi Kedah. Tulat baru balik.” Ujar
Lokman sedikit bersalah.
“Alah kitakan sepupu. Please...” aku
mencuba nasib.
“Gilalah kau. Mana boleh. Kita boleh
nikah tau. Kalau kau nak kahwin dengan aku, on jelah.” Katanya dalam gurau.
Terus aku cepuk kepala dia ni. Memang kurang asam boi.
“Tapikan... berani kau duduk dengan
tok ma. Aku yang duduk dekat ni pun jenguk masa pagi-pagi je. Diakan seram...”
ujar Lokman lagi. Sengaja nak buat aku makin takut.
“Tau tak apa. Mak and ayah aku ar...
haih... my life is so sad. Aku ni kalau boleh nak tumpang rumah sesiapa je
asalkan bukan tok ma. Setiap kali dia pandang mata aku... kau mesti tahukan...
bulu roma ni automatik naik.” Kata aku sambil mengurut lengan kedua belah
tanganku ini. Menceritakan hal ini pun buat aku naik seram.
“Woi, cakap tu pelan-pelan sikit.
Tok ma ni macam ada ‘bela’ kau tau. Dia dengar je apa yang kita sembang.”
Sekali lagi Lokman ni nak makan sekeh aku.
“Kurang hasam punya sepupu! Kau tau
aku takut kau makin takutkan aku.” Marah aku. Dia tersengih-sengih.
Tepat pukul 6 petang, Lokman minta
diri nak balik rumah dia. Aku pun nak tak nak terpaksa masuk rumah tok ma.
Yelah nak maghrib ni banyak yang ‘berkeliaran’.
-
‘ Nenek, nenek si bongkok
tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak
raja.
Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang
jadi...’
Siapa pulak yang biar anak-anak dia
orang main maghrib-maghrib ni? Aku terus menjenguk keluar. Tiada sesiapa. Hm...
ilusi je kot. Terus aku sambung basuh pinggan yang terbengkalai tadi.
Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang
jadi...’
Sekali lagi suara kanak-kanak
bermain hinggap ditelinga aku. Terasa bulu roma naik tegak. Terus aku habiskan
pinggan mangkuk yang tinggal sedikit itu. Habis sahaja aku terus ke ruang tamu.
Tok ma sedari lepas makan tadi hilang entah ke mana. Televisyen aku onkan.
Layan apa yang ada.
“Cu... oh cu...” aku terus berdiri.
Kenapa pulak tok ma nak bercucu-cucu dengan aku ni? Mata aku melilau mencari
tok ma.
“Tok ma? O.. tok ma?” aku cuba
memanggil nenek aku tu. Tapi tak disahut.
‘Kriuk...’ aku melompat terkejut
bila pintu utama rumah ini dibuka dari luar.
“Yang Lina terlompat-lompat ni
kenapa?” tanya tok ma dengan dahi berkerut.
“E... er... er... to... tok.. ma
per... pergi mana?”tanya aku
tergagap-gagap. Mahu tak gagap. Baru tadi aku dengar suara tok ma panggil aku.
“Pergi rumah sebelah kejap. Kenapa
kamu ni?”tanya tok ma lagi. Aku dah berpeluh dingin. Jadi... tadi tu siapa?
“Tak.. tak pelah... Lina nak tidur
dulu.” Kata aku sambil meluru masuk bilik. Dari hujung mata aku nampak tok ma
bercakap-cakap seorang diri.
-
Dah dua hari aku duduk rumah tok ma
tanpa sesiapa menemani. Tadi aku call mak ceritakan apa yang jadi tapi dia
marah aku. Haish... tak pasal-pasal aja.
“Hoi Lina!” laung Lokman yang baru
balik dari kedai. Mana aku tahu? Dia bawak plastik barang runcit.
“Hm.. apa?” tanya aku malas.
“Kau ni kenapa? Demam ke?” tanya
Lokman prihatin. Aku merasa dahi sendiri. Panas la jugak. Demam terkejut kot.
“Hm... agaknya. Weih Lok... aku nak
balik lah...” ujar aku sekali lagi. Aku betul-betul tak lalu duduk sini. Lokman
memandang aku simpati.
“Aku nak tolong kau pun tak boleh.
Kau kena kacau ke?” Lokman memandang
muka aku penuh rasa ingin tahu. Aku mengangguk. Dia mengeluh kecil.
“Kau baik-baik Lina. Kalau Tok ma
nak kasi ‘benda’ dekat kau. Kau jangan terima.” Ujar Lokman serius. Aku
mengangguk walaupun tak faham apa yang dia nak cakap sebenarnya.
“Lepas tu...” tak sempat Lokman nak
habiskan pesanannya, tok ma muncul di jendela. Lokman terus berlari balik. Aku
hanya memandang dirinya dengan rasa sayu.
“Lina masuk, tak elok duduk
lama-lama dekat luar tu.” Kata tok ma keras. Aku tak mampu membantah.
-
Malam menjelma lagi. Aku cuba
menberanikan diri memberitahu tok ma.
“Tok ma... Lina ingat esok nak
baliklah.” Kata aku teragak-agak. Tok ma kelihatan terkejut.
“Kenapa pulak?” tanya tok ma sedikit
sedih. Aku tahu tapi aku buat-buat tak tahu.
“Er... er.. baru Lina teringat ada
benda kena submit dekat lecture.” Bohong aku tanpa rasa. Tok ma merenung tajam
muka aku. Sekali lagi rasa aneh menyerbu diri aku.
“Hm... nak wat lagu mana. Tak
apalah.” Ujar tok ma dengan wajah muram. Aku terus masuk ke dalam bilik.
-
‘ Nenek, nenek si bongkok
tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak
raja.
Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang
jadi...’
Tidur aku terganggu saat aku
terdengar budak-budak kecil menyanyi riang. Aku mencapai telefonku. Baru jam 2
pagi. 2 pagi? Ya Allah benda apa yang menganggu aku ni? Aku menyelimut seluruh
badan.
“Lina... Lina nak tak hadiah dari
tok ma?” kedengaran suara tok ma. Menyeramkan. Seperti dia bukan dirinya yang
sebenar. Aku mematikan diri.
“Lina... tok ma tahu Lina tak tidur cu...” suara tok ma
berubah menjadi garau dan kasar.
“Lina... terimalah cu... terimalah
cu...”
‘ Nenek, nenek si bongkok
tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak
raja.
Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang
jadi...’
“Tolong! Tolong!” aku menjerit
meminta tolong. Katil yang aku berbaring bergegar kuat. Suara tok ma berselang seli dengan lagu
permainan di zaman kanak-kanakku.
“Allahuakhbar!” jerit satu suara
yang cukup aku kenali. Ya, Lokman datang. Syukur ya Allah.
“Ya Allah teruk dah ni. Cepat Mail,
Lok pegang Tok Ma tu. Ustaz nak baca ayat kursi ni.” Ustaz Zaid mengarahkan Lok
dan kawannya Mail. Tok ma menjerit kuat tatkala ayat suci itu berkumandang.
Aku cuba bangun melarikan diri.
Tetapi aku terpaku saat mata aku melihat sesuatu yang aneh. Ada satu lembaga
yang turut sama menjerit bersama tok ma. Lembaga yang sungguh mengerikan.
“Lina! Lina lari keluar!” jerit
Lokman kepadaku. Aku hanya mampu terpaku mematung melihat apa yang terjadi.
Tok ma tumbang selepas ustaz Zaid
azan. Aku turut jatuh terduduk. Kaki aku bagaikan tiada tulang.
-
Mak dan abah muncul tepat jam 4 pagi
selepas dihubungi Lokman. Aku terus menyerbu ke dalam pelukan mak. Tangisan aku
hamburkan sepuas hati.
Mak cuba menenangkan aku. Abah sudah
beransur untuk bercakap dengan ustaz Zaid. Aku cuba memasang telinga.
“Sebenarnya, mak Suhaimi ni dah lama
meninggal. Dekat seminggu dah. Yang tinggal hanyalah saka dia. Untuk
membolehkan arwah pergi hanya ada dua cara.” Kata ustaz.
“Apa dia cara tu ustaz?”tanya abah
dengan sabar. Abah tahu hal ini. Sudah banyak kali abah menyuruh tok ma buang
tetapi tok ma degil.
“Satu, Lina kena terima saka tu.
Dua, kita buang dia.” Kata ustaz Zaid dengan tenang. Abah mengangguk faham.
“Kita buang. Saya sebenarnya tak
suka benda-benda macam ni. Lagipun arwah mesti dah terseksa.” Kata abah dengan
linangan air mata. Aku hanya mampu melihat.
-
Bumbung rumah sudah dibuka. Ustaz
cuba membuang saka yang tok ma simpan. Aku yang pening-pening lalat dapat
menangkap lembaga yang muncul.
“Mak! Mak!!! Dia nak ambik Lina
mak!” jerit aku kuat tatkala lembaga itu cuba mencapai aku. Mak memeluk kejap
tubuh badanku.
“Kuatkan diri nak...” ujar mak
lembut ke telinga aku.
“Argh!! Jangan kacau aku!! Tok ma
halaulah benda tu! Mak! Abah!” melihat aku makin teruk Ustaz membaca ayat kursi
lalu dihembus ke muka ku. Aku kembali stabil. Jelmaan itu tidak mampu
menakutkan aku. Aku hanya melihat lembaga itu hilang sedikit demi sedikit. Pandangan
aku mula gelap.
‘ Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak
raja.
Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang
jadi...’
‘Lina...
Lina....’ hanya itu yang aku dengar sebelum pandangan aku gelap sepenuhnya.
-
Arwah tok ma berjaya dikebumikan. Aku
masih terbayang-bayang dengan jenazah tok ma. Selepas sahaja benda itu keeluar
dari tubuh tok ma, terus badan tok ma berbau busuk dan keluar ulat. Hampir semua
yang melihat muntah.
“Lok, macam mana kau tahu pasal hal
tu?”tanya aku tanpa perasaan kepada Lokman.
“Kan kau dah kata ada benda kacau
kau. Aku rasa tak sedap hati. Tu yang aku ajak ustaz dan Mail temankan aku
lepak dekat pangkin. Masa pukul 2 tu anjing-anjing melolong kuat. Aku terjaga
dan terdengar kau menjerit.” Ceritanya. Aku mengangguk faham.
“Terima kasih. Kenapalah tok ma
simpan benda tu.. dan kenapa dia pilih aku?” aku menyoal dia.
“Benda tu dah jadi turun temurun
Lina. Dan hanya orang perempuan akan mewarisi benda tu. Dalam kalangan anak tok
ma, tiada seorang pun yang perempuan. Kau pulak satu-satunya cucu perempuan
yang dah baligh yang dia ada. Jadi dia pilih kau...” kata Lokman. Aku agak dia
hanya meneka.
“Hm... aku takut.” Ujar aku sedikit
bergetar.
“Jangan risau. Benda tu dah tak ada.
Yang penting kau kena rajin solat dan mengaji. In sha Allah tak ada apa yang
buruk akan jadi.” Kata Lokman sambil meminta diri. Aku mengangguk faham.
Surah Yassin aku capai. Semoga roh
arwah diterima-Nya dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Aku tahu arwah tok
ma juga tiada pilihan melainkan menerimanya.
Ya... benda tu dah tak ada.
‘ Nenek, nenek si bongkok
tiga,
Siang malam asyik berjaga..
Mencari cucu dimana ada...
Nenek ku kahwin dengan anak
raja.
Cucu, cucu mana nak lari,
Nenek yang tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak ganti,
Siapa yang kena dia yang
jadi...’
TAMAT
serrammmmmm
ReplyDeletehuuuuu hahaha tq baca Tee Xennov
Deleteerkk saka *___*
ReplyDeleteoh... saka hehe tq baca cik belbel
Deleteserammmm... bila nak sambung DYH? dah lama tunggu.
ReplyDeletehehe dyh bakal2 ontheway pakmunawer dah ni... sorry terpaksa tunggu lama
Deleteseram... memang skrg pun ada lg..
ReplyDeletetq baca joijoi80 memang ada pun. hehe tapi x pernah la tgk betul2
Deleteseramm!!!!!
ReplyDeletetq baca choi soo ae. tak sangka jadi seramnya.
Deletehahaha.. first2 bace biasa2 je akak.. smpai dekat klimak dia.. terus mata lekat dekat lappay.. x berkelip baca.. thumb up untk akak.. best2.. seronok.. seram pon seram
ReplyDeleteTq baca. Sampai lekat kt lappay tuuu.. Hehe gurau je
Deletebest lah cerita niem
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletesejujurnya, ini pertama kali berkesempatan baca cerpen asyu. sebelum ini tak sempat nak baca walaupun saya minat membaca. selalunya saya baca karya bahasa inggeris, yang melayu biasanya cuma penulis yang saya kenal sahaja...
Komen saya, best! berdebar-debar juga masa baca tu... hihihi.
1 je, perkataan creepy gile tu berulang 3 kali (kalau tak silap saya la). Mungkin lagi 2 kali tu boleh cari perkataan lain yang menggambarkan situasi tu.
keep it up the good work :)
salam asyu. percubaan pertama ke? ^^ kalau bleh, teliti lagi jalan penceritaan dan beri sedikit kelainan pd jalan cerita sebab jalan cerita begini kita dah tahu kesudahannya.
ReplyDeletekreatif itu, x semestinya cipta cerita lain tapi kita boleh ambil cerita yg sama tapi tambahkan turun dan naik jalan cerita. cerita seram lain caranya kan? sebab ia ada rasa berat yg perlu kita sampaikan pd pembaca.
teruskan berkarya
Aaaa shit! Sama pulak 2 pagi. Guane ni nak tido ni.
ReplyDeleteAaaa shit! Sama pulak 2 pagi. Guane ni nak tido ni.
ReplyDeleteTerbaik :) . Part dy nyanyi lgu tu lhaa yg plg seram sbb kite boleh byg keadaan dye... Good work. .Kipidap :)
ReplyDelete