Monday, 11 August 2014

Demok Tu Aku Punye! part ~ONE~

Demok tu aku,punye!

PART 1 ^_^
      
“Demok! Oo... demok!”panggil Zuhir lantang. Leher dipanjangkan. Mahu melihat si gerangan Demok yang dipanggil.

       “Demok, demok! Kau nak apa? Nak kacau anak dara aku lagilah tu!”sindir cik’ Imah sedas. Zuhir tersengih.

       “Eh, ada Cik’ Imah. Ingatkan anak dara manalah tadi. Mana ada... saja nak sembang-sembang dengan de.. hm.. Su.”kata Zuhir sedikit tergeliat lidahnya nak sebut Su, yelah dah biasa panggil demok, demok. Cik’ Imah menjuih bibir. Yelah sangat.

       “Hm.. dia ada dekat dalam bilik dia tengah...” tak sempat cik’ Imah menghabiskan ayatnya, Zuhir dengan selambanya menyerbu masuk ke dalam  bilik Demok a.k.a  Siti Nur Subaidah. “...mandi,siap-siap nak keluar.” Cik’ Imah menggeleng. Dia melangkah perlahan mengikut langkah si anak kawan baiknya itu.

       “Arghhhhhhhh~!!!!” jeritan dua manusia itu bergema di rumah teres setingkat Cik’ Imah. Cik’ Imah berlari melihat apa yang terjadi.

       Zuhir menutup mata, manakala Su terduduk dengan tangan di dada. Cik’ Imah mengurut dada, nasib baik anaknya sudah berkemban kalau tak... haih!

       “Ya Allah. Gopoh lagi Zuhir. Su pergi pakai baju cepat. Nasib baik berkemban, kalau tak.. aku kahwinkan jugak!”marah Cik’ Imah. Zuhir ditolak menjauhi pintu. Terus Cik’ Imah menekan kunci tombol dan menutup pintu bilik Subaidah. Sebelum menutup pintu sempat lagi Cik’ Imah memesan.

       “Lain kali nak tukar baju ke, mandi ke... kunci pintu dulu, faham?!”kata Cik’ Imah tegas. Su terkulat-kulat. Mulutnya mula mencebik, bukannya dia tahu ada orang nak serbu masuk. Si Lonjong pulak tu! Haih... balalah 24 jam aku hari ni... desis hatinya.

       Zuhir tergelak kuat. Hadui, aku pun, macam mana boleh main masuk je. He he he... comel pulak si Demok tu. Terkejut sangat sampai terus jatuh terduduk.

       “Zuhir, kamu ni, karang aku jodohkan dengan si anak aku tu baru kau tau!”Cik Imah memiat telinga anak kawan baiknya itu.

       “Auwww... sakitlah Cik’ Imah! Tak hingin Zuhir kahwin dengan Demok tu!” Zuhir menggosok telinganya yang memerah. Tipikal orang berkulit putih, cubit sikit, pukul sikit merah memanjang.

       “Hek eleh, aku pun tak nak kahwin dengan kau Lonjong!” bidas Su. Sudah siap berpakaian. Manis sahaja dia di dalam blaus itu walaupun badannya sedikit berisi. Cik’ Imah sudah beredar, malas nak melayan perdebatan yang tak bermakna itu.

       “Ha ha ha... bagus la macam tu. Aku nak ngorat Erra Fazira dari ngorat kau. Kau apa kelas?!” Zuhir memeluk tubuh.

       “Aku pulak nak Adi Putra. Kalau kau, aku tolak masuk longkang aja.” Su tersenyum-senyum membayangkan wajah maskulin Adi Putra. Zuhir mengekek.

       “Ha ha ha... teruk taste kau. Dahlah bukan Malaysian, lepas tu gelap. Handsome lagi aku ni.” Zuhir mendabik dada. Su membuat muka nak termuntah.

       “Susah betul ada manusia perasan tak ingat dunia ni. Heh, walaupun bukan Malaysian, dia melayu okay! And for your information... The more tan the skin of a man the more handsome he is. Macho dan maskulin sahaja.”

       “Yelah sangat. Kalau nak maskulin pergi gim tak pun bela misai dan janggut, itu pun kira maskulin dan macho apa...”

       “Ei... aku paling tak suka misai dan janggut, memanglah sunnah nabi, but kalau tak jaga... serabaiii, bak iklan tu. Gim tu aku sokong. Bukan sebab nak badan ketak-ketak tapi biar fit, jangan nanti kalau aku susah, dia menonong je, lembik. Huh, menyampah.”

       “Ha ha ha first time kau setuju dengan aku, Demok! By the way, cara kau cakap ni macam ada calon je.. ha ha ha ada ke orang nak dekat kau?”perli Zuhir.

       “Ofkos ada! Apa kau ingat aku tak laku?”tanya Su sedikit tinggi. Marah benar ni.

       “Heh, badan macam anak gajah! Mestilah tak laku!” makin tajam sindiran Zuhir.

       “Weih, gajah bukan sebarang gajah, gajah bernama Siti Nur Subaidah ni, dah dua tiga orang masuk meminang tau.” Ujar Su sedikit sentap. Badan gebu macam ni pun ada orang admire tau. Sebab tulah dia asyik tukar kerja. Mesti ada salah seorang rakan sekerja dia yang tersangkut hati dengan dia. Dia pun serba-salah jadinya. Hm... kenapa dia tolak ye? Padahal semua lelaki yang meminang dia bagus-bagus.

       “Hahaha macamlah aku nak percaya. Okay aku cabar kau kahwin hujung tahun ni!” cabar Zuhir. Rasanya inilah cabaran paling bodoh yang dia pernah utarakan.

       “Okay! Kita tengok siapa kahwin dulu hujung tahun ni. Siapa kahwin dulu, kena... kena... hm... minta maaf secara public kepada pihak yang menang, lepas sponsor percutian bulan madu untuk si pemenang. Amacam ada bran?”Giliran Su mencabar, dia memang pantang dicabar, dan dia... paling suka menCABAR orang yang mencabarnya balik.

       “Okay, set!” masing-masing tayang muka poyo. Zuhir terus keluar dari perkarangan rumah Cik’ Imah dan menuju ke rumahnya yang berada di seberang jalan kecil itu.

       Su hanya merenung tajam. We will see, aku konfem kahwin hujung tahun ni.

       “Su... Oo, Su. Jom kita dah lewat ni. Mesti Along dengan kak long kau dah berpeluh tunggu dalam airport tu.” ujar Cik’ Imah yang sudah siap menukar pakaian. Huih... baju lip lap lip lap. Class kau cik’ Imah!

       “Hm... yelah berpeluh. Macamlah airport tu tak ada aircond. Jomlah mak. Meriah baju mak. Macam lampu disko!” usik Su sambil memeluk lengan ibunya ke kereta. Cik’ Imah mencubit geram. Lampu disko katanya! Baju RM 70 ni dia kata lampu disko! Ini mengundang marah ni!

       “Okay. Okay, sorry... he he he. Mak lawa sangattt! Dah masuk cepat.” Pintu kereta dibuka untuk ibunya. Cik’ Imah mencubit geram pipi tembam anaknya itu. Walaupun tembam, cantik tau! Kalau tak, tak akan sampai dua tiga orang masuk meminang.

-

       “Along!!!” jerit Su mengundang mata-mata manusia di KLIA itu memandangnya penuh hairan. Drama apa pula sedang berlangsung ni? mesti itu yang mereka fikirkan.

       Su berlari anak, bergegar juga badannya akibat hentakkan yang agak kuat. Su tahu ramai yang ketawakan dia, tapi yang penting dia nak peluk alongnya itu! Rindu sungguh! Sudah 3 tahun tak jumpa. Mesti si cilik Raykal Tauhid dah petah berkata-kata. Kak long pun mesti tengah gebu juga ni, yelah sedang mengandungkan anak kedualah katakan...

       “Wahhh, rindunya dengan along ni!” terus dia merangkul tubuh kurus alongnya. Suhaimi tergelak kecil. Haih, adik bongsunya ini memanglah havoc. Manja bukan main. Kepala Su di usap lembut. Setelah puas memeluk Suhaimi, Su beralih ke arah kakak iparnya. Perut yang membukit itu diusap lembut.

       “Kak long, meh sini nak kiss-kiss sikit.” Terus dikucup mesra pipi kakak iparnya, sudah macam kakak kandung. Mariah tergelak kecil.

       “Sudah-sudah la tu dik oit gomoi isteri along tu. mana mak?”tanya Suhaimi yang masih mencari kelibat ibu mereka.

       “Ni hah, he he he saja je mak jalan perlahan. Tahu sangat dengan drama adik kamu ni. Sihat long, Mariah?”tanya Cik’ Imah, tangannya disalam oleh Suhaimi dan Mariah, tubuh tua itu didakap Suhaimi. Rindu sungguh dia dengan ibunya ini.

       “Sihat mak.” Balas Suhaimi dah Mariah serentak. Su tersengih. Sweet betul along dengan kak long ni. Sedang asyik mereka berdrama, kedengaran suara tangisan si cilik.

       “Laaaa... anak sedara mak su, dah bangun dah. Alololo. Kenal tak ni siapa?”Raykal terus di dukungnya. Melihat sahaja wajah babah dan uminya terus Raykal senyap. Su tersenyum. Senang nak jaga budak ni. kalau aku ada anak nanti, biarlah macam Raykal, tak banyak ragam.

       “Mak su?”Raykal buat muka keliru yang comel. Terus pipi montel itu dicium-cium geram.

       “Yes, mak su. Tengok muka ni... sama tak dengan gambar dalam phone babah?”tanya Su sambil meminta telefon alongnya. Suhaimi tersenyum. Risau sangat anak sedara dia tak ingat dia.

       “Ni mak su?”tanya Raykal comel. Su mengangguk laju. Macam nak nangis je bila Raykal tak kenal dia. Yelah tiap-tiap hari dia duk skype dengan Raykal.

       “Napa mak su ampak adan?”alahai polosnya Raykal ni. Su tergelak. Habis along, kak long dan mak turut tergelak.

       “Memanglah... kita sembang dalam skype tak nampak badan mak su. Ni.. mak su dah ada depan Raykal ni. Suka tak?” Su meletakkan Raykal di bawah.

       “Uka!” terus kaki Su dipeluk Raykal.

       “Api... ana pak cik yang ari tu?”tanya Raykal sambil menjenguk-jenguk ke sana sini. Su sudah berkerut dahi. Pak cik hari tu? Siapa pulalah yang Raykal maksudkan ni... hm..

       “Lonjong? Eh, Zuhir?”tanya Su. Yelah adalah sekali tu, Zuhir ikut intreframe masa dia tengah bersembang dengan Raykal.

       “Yelah kot. Jomlah Su, kita gerak. Kak long dah penat tu.” ujar Suhaimi. Su mengangguk.

       “Yelah, along pergi dulu, Su nak pergi kedai sat. Su bawak Raykal ye” Sebaik sahaja alongnya bergerak terus Su menuju ke kedai bersama Raykal.

       Su menuju ke bahagian majalah, Raykal diletakkan di bawah. Hampir 10 minit dia duduk di situ baru dia sedar yang Raykal tiada di sisinya. Panik sebentar dia.

       “Raykal! Raykal, sayang!” seluruh kedai itu ditawafnya. Namun, Raykal tidak kelihatan.

       “Mak Su!”Jerit suara kecil. Su terus ke arah suara itu.

       Kelihatan Raykal bersama seorang lelaki. Lelaki itu sedang mencangkung disisi Raykal dan berbicara dengan anak kecil itu. Su terus memeluk tubuh kecil Raykal.

       “Raykal pergi mana? Mak su risau tahu tak?”tanya Su dalam nada yang agak tinggi. Raykal terdiam terkebil-kebil, tahu dia bersalah.

       “Er, maafkan saya. Adik ni tadi sesat. Itu yang saya temankan.” Kata lelaki itu. Su memandang lelaki itu.

       “Ya. Terima kasih banyak-banyak ya encik.”kata Su sambil mendukung Raykal.

       “Sama-sama. Tak payah berencik-encik dengan saya, panggil sahaja saya, Ir. Irwan Dazli, selamat berkenalan.” Salam dihulurkan. Su memandang nak tak nak. Apahal pula mamat ni?

       “Ehem, sorry tangan penuh. Terima kasih sekali lagi ye Ir. Saya pergi dulu.”Su mula memulakan langkah.

       “Saya dah beritahu nama saya, paling tidak beritahulah nama awak!” laung Ir. Su berpaling.


       “Nama saya Siti Nur Subaidah, panggil Su. Thanks again Mr. Ir.”Su terus berlalu pergi. Takut pula along marah. Kalaulah along tau anak dia ni hilang, mampuih aku!

3 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)