jom join
Sunday, 30 March 2014
1st Giveaway by Fatimah Azzaharah
1st Giveaway by Fatimah Azzaharah
Assalamualaikum ☁
Klik banner untuk join
:Ikut syarat tau!:
senarai hadiahnya:
- 1 Dress (Nombor 2 )
- 2 Buah notebook
- 2 Header Tak transparent
- Blog review - untuk semua joiners (New)
- 1 Hadiah pilihan sponsor , untuk joiners bertuah (New)
- 5 Bloglist 2 bulan by me (New)
hadiah mungkin di tambah
#APALAGI MOH LE JOIN :)
Saturday, 29 March 2014
DYH 11
Sorry lambat up.. minggu cuti ingatkan boleh la siapkan cerita yang mana patut.. tapi tak sempat jugak... sorry.. :)
Bab
11
“Aku..
aku.. kena pergi.” Kata Leon yang cuba bangkit dari pembaringannya. Tetapi dia
masih tidak cukup kuat. Mahu mengangkat badannya untuk duduk juga tidak mampu.
Zruxc menggeleng kepala. Rakannya ini memang tak faham bahasa. Zruxc menekan
kuat badan Leon agar berbaring kembali.
Leon yang sememangnya lemah hanya mampu menjeling Zruxc dengan pandangan yang
amat tajam.
“Apa
kau ingat aku takut ke bila kau dah jeling aku hah?”tanya Zruxc seraya bangun
dari duduk disisi Leon. Leon terasa tersindir. Mahu sahaja dia menerkam makhluk
itu!
Zruxc
tertawa saat dia mendengar fikiran Leon. Memang kebudak-budakkan! Alamak, dia
lupa nak block fikirannya. Mesti Leon tahu apa yang dia fikirkan tadi!
Buk!
Sebiji bantal melayang dan tepat mengenai muka Zruxc. Leon tersengih sinis.
Zruxc semakin kuat ketawanya. Kalau selalunya, Leon pasti sudah membelasahnya.
Tetapi kali ini dia hanya mampu membaling sebiji bantal. Memang lemah betul
Leon waktu ini.
Leon
yang kegeraman menarik selimut. Ditutup seluruh tubuh badannya. Comel! Persis
kanak-kanak yang sedang merajuk dengan ibu mereka. Zruxc hanya tersenyum.
“Kau
berehatlah.” Zruxc sudah bangun mahu beredar dari bilik itu.
“Jadi
kau memang tak nak beritahu di mana keberadaan Azalina?” tanya Leon dibalik
selimut itu.
“Ya.
Setidak-tidak sehingga kau sihat.” Kata Zruxc yang sudah menghilang dibalik
pintu. Dia tahu di hati Leon pasti tersimpan rasa tidak puas hati terhadapnya
kerana menyembunyikan keberadaan Azalina. Tapi apakan keadaan Leon perlu
dibaikpulihkan dahulu. Hendak berdiri pun Leon tidak mampu dikala ini apakan
mahu melawan Vxirius bakal pemerintah dunia kegelapan? Mereka bukan lawan yang
ideal buat masa sekarang.
O_n_V
Azalina
hanya mampu mendiamkan diri. Dia banyak menghabiskan masa termenung mengingati
ibu, ayah serta Leon. Apa makhluk penghisap darah itu sedang mencarinya?
Hurm... tidak mungkin. Makhluk penghisap darah itu mungkin lebih suka dia tidak
disisinya. Diakan hanya manusia biasa yang lemah dan suka menyusahkan.
Azalina
bangkit menuju ke sebuah pondok yang terhias indah khas buatnya. Kata Vxirius
pepohon di sini beracun. Jadi dia dilarang untuk merasa pepohon yang mempunyai
buah. Kecur juga air liurnya melihat buah-buahan yang berwarna terang yang sudah
masak ranum itu. Betul ke apa yang Vxirius katakan? Entah-entah dia dengki
dengan Azalina jadi dia katakan begitu.
‘Hump...
dia tak kan tahu kalau aku makan sebiji dari buah-buah yang ada ni...’ desis
hati Azalina yang kian menginginkan buah itu.
Kaki
dijengkitkan sedikit. Tangan cuba mencapai buah yang terdekat dengannya.
“AZALINA!!!”
jerit satu suara garau. Azalina yang terkejut terus terjatuh.
“Aduh!”
tangannya sudah terluka. Mahu menangis Azalina melihat kedalaman lukannya itu.
“Kau
degil! Aku dah beritahu jangan makan buah tu, jangan makan! Beracun buah tu!
Jangan sampai aku kurung kau balik dalam
bilik ditepi laut tu!!” marah Vxirius. Azalina yang kesakitan terus
menangis teresak-esak.
“Aku
nak rasa sikit je..” desis Azalina kesedihan.
“Kau
tak percaya cakap aku yang buah itu beracun?”tanya Vxirius kegeraman. Azalina
perlahan-lahan mengangguk.
Dengan
keluhan nafas yang kasar Vxirius menangkap seekor haiwan yang kelihatan seperti
tikus namun bersayap. Lalu dietik buah itu dan dibelahkan dua sebelum diberi
kepada haiwan itu.
Dengan
lahapnya haiwan itu memakan buah itu. Namun selepas sahaja gigitan pertama
ditelan haiwan itu terus mengelupur dan kemudian terdampar mati. Azalina diam
tidak terkata. Tidak sangka apa yang dikatakan Vxirius itu benar.
Kini
sepi memenuhi ruang itu. Hanya esakkan kesakitan Azalina memenuhi tempat itu.
“Mari
aku ubatkan tangan kau.” Ujar Vxirius seraya menarik tangan Azalina.
Azalina
hanya sekadar mengikut apa yang di suruh oleh Vxirius. Buat masa sekarang
Azalina langsung tidak rasa takut dengan makhluk yang boleh berubah muka itu.
“Kenapa
kau baik dengan aku?”tanya Azalina.
Senyap.
Vxirius tekun mengubati luka Azalina, padahal dengan sekali petik sahaja dia
mampu menghilangkan luka itu.
“Kenapa
kau baik dengan aku?” tanya Azalina sekali lagi. Vxirius terus bangkit.
“Jangan
basahkan luka tu. Nanti melarat pula.” Kata Vxirius sebelum menghilangkan diri.
‘Aku sendiri tak tahu kenapa kau begitu penting untuk aku Azalina.
N___N
Hari
makin banyak yang berlalu. Sedar tak sedar sudah seminggu Leon dan Azalina
terpisah. Leon sudah semakin pulih. Namun dia masih tidak mampu untuk bergerak
selincah dahulu.
“Zruxc
lambat lagi ke baru aku boleh menjemput Azalina pulang?” tanya Leon yang sudah
lama menyepi dari menyoal Zruxc. Merajuk selama seminggu.
“Bergantung
kepada kau. Kalau kau cepat pulih, cepatlah kau boleh jemput manusia tu
pulang.” Kata Zruxc yang sedang menyalurkan tenaganya kepada Leon.
“Hurm..
dia ada nama la..” rungut Leon.
“Apa?”
tanya Zruxc yang kurang jelas.
“Dia
ada nama la! Nama dia Azalina bukan manusia!” kata Leon yang kegeraman. Zruxc
tertawa mengekeh-ngekeh. Kelakar dengan Leon, benda sekecil itu pun menjadi
sesuatu yang besar bagi makhluk penghisap darah ni.
“Okey-okey
aku faham.” Zruxc mematikan ketawanya saat Leon merenungnya bagai mahu
menelannya hidup-hidup.
“Aku..
aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni..” kata Leon tiba-tiba.
“Jadi
macam mana?” tanya Zruxc yang sudah kembali fokus dalam memulihkan Leon.
“Risaukan
dia..” kata Leon perlahan. Zruxc hanya diam.
‘Kalaulah
kau tahu takdir diantara kau dan dia... pasti kau tidak tertanya-tanya..’Zruxc
berkata sendiri di dalam hati.
Sunday, 16 March 2014
DYH 10
DYH
10
“Zrucx!
Kau kena bantu aku!” kata Leon yang kelihatan lemah. Tak pernah selama dia
wujud, dia merasa lemah. Tenaganya seakan disedut keluar apabila berjauhan
daripada Azalina.
“Leon!
Kenapa dengan kau?!” tanya Zrucx seraya menangkap batang tubuh Leon yang hampir
tumbang di depan rumahnya. Hanya mulut Leon bergerak-gerak namun tiada satu apa
pun yang keluar dari mulut itu. Zruxc yang menyentuh Leon tersentak. Ya, dia
dapat melihat sejarah atau apa yang berlaku kepada Leon... dan.. seorang
manusia yang bernama Azalina.
“Kenapalah
kau mencari bala Leon?” tanya Zruxc kepada Leon yang sudah terkulai lemah.
Tubuh rakannya itu dipapah masuk ke dalam kediamannya.
Sementara
itu, di sebuah gunung yang amat indah.
“Hai,
Azalina.” Kedengaran suara yang enak didengar. Azalina yang merenung kosong ke
arah bilik berhias indah itu tersentak. Dia pantas melihat siapakah gerangannya
yang masuk ke bilik ini.
“Kau?
Kau siapa?” tanya Azalina yang bingung dengan kehadiran lelaki kacak itu.
“Aku?
Akulah Vxirius.” Ujar lelaki kacak itu seraya tersenyum indah.
“Mustahil!
Vxirius yang aku kenal mempunyai raut wajah yang hodoh, mengerikan!” kata
Azalina yang mula ketakutan. Membayangkan raut wajah makhluk semalam membuat
dia menggigil ketakutan.
“Ha
ha ha.. Itulah manusia.. sekadar wajah semalam.. Hump.. kau dah mampu
menggigil. Kalaulah aku tayang muka yang lebih teruk dari itu mungkin... nyawa
kau terus melayang..” kata Vxirius yang tertawa sinis.
“Kau
cakap apa ni?” marah Azalina dalam ketakutan. Dia terasa bagai disindir. Lantas
diberanikan diri.
“Ya..
wajah semalam tu, baru sikit wahai gadis rupawan.. Aku boleh sahaja ubah wajah
aku menjadi seperti semalam atau lebih teruk. Yang mana yang kau nak?” tanya
Vxirius dengan nada suara yang agak romantis. Azalina pantas ke belakang. Takut
pula melihat aksi makhluk yang dicurigai ini.
“Erk..
tak nak. Aku.. aku lebih senang dengan wajah kau yang sekarang.” Ujar Azalina
yang semakin menjauhi Vxirius.
“Ha
ha ha. Kenapa kau menjauh? Kau takut?” tanya Vxirius yang bergerak ke dinding.
Disentuh dinding itu. Lalu terbentuk sebuah balkoni yang sangat cantik.
“Ma...
mana ada. Aku.. aku cuma gementar saja.” Ujar Azalina kalut. ‘Gementar? Apa
yang kau merepek ni Azalina?!’ marah Azalina kepada dirinya sendiri.
“Owh...
gementar.. maksudnya kau suka aku?” tanya Vxirius dengan mata yang
bersinar-sinar. Ugh.. gerun Azalina!
“Mana
ada. Aku.. aku tak suka kau!” jawapan Azalina itu mengundang rasa marah di hati
Vxirius.
“Jadi
kau suka siapa? Kenapa diam? Tak ada sesiapa? Jadi kau boleh sukakan aku!” kata
Vxirius yang mula tersenyum kembali.
“Mana
ada! Aku.. aku suka... Hurm.. suka Leon! Hah, Leon!” ujar Azalina
bersungguh-sungguh. Terkeluar pula nama Leon di saat ini. Tangan dibawa ke
dada. Rasa pelik pula bila mengaku dirinya ada perasaan kepada Leon. Rasa... macam...
betul.
“Huh!
Asyik-asyik nama makhluk penghisap darah itu juga yang kau sebut!” teriak
Vxirius melampiskan marahnya. Azalina terpaku. Bila masa pula dia menyebut nama
Leon?
“Masa
kau pengsan pun kau sebut nama dia! Patutlah.. dia dah mengambil tempat dihati
kau!” Wajah Vxirius mula berubah. Azalina semakin panik, kalut. Air mata mula
bergenang. Lalu menitis dengan deras.
“Ja..
jangan!!” jerit Azalina yang ketakutan menjerit. Vxirius yang mendekati Azalina
terhenti. Dia kaku melihat air jernih yang jatuh dari tubir matanya Azalina.
Wajahnya
diubah kembali menjadi Vxirius yang kacak. Lalu dia melangkah meninggalkan
Azalina yang masih memeluk lutut. Kelihatan manusia itu sangat ketakutan. Ya..
sangat ketakutan. Jahat ke dia? Bukan ke itu yang sepatutnya dia lakukan kerana
dia ialah anak kepada ketua kegelapan? Kenapa pula dia harus merasa berbelah
bahagi saat Azalina menangis?
“Aku..
Apa yang tak kena dengan aku?” desis Vxirius sendiri. Takut pula dengan
perubahan dirinya itu. Kalaulah bapanya tahu, pasti dia akan dibuang ke dunia
manusia. Dunia yang penuh dengan kekejaman itu.
“Isk..
isk..”Azalina menangis kesedihan. Dia Cuma mahu pulang. Jika tidak dapat ke
pangkuan ibu bapa, cukuplah sekadar ke sisi Leon. Ya, makhluk penghisap darah
itu seolah-olah pelindungnya, penjaganya ketika berada di dunia ini.
“Leon..”serunya
yang masih menangis. Tanpa disedari matanya mula kuyu lalu dia lena dengan
linangan air mata yang kian mengering.
***
“AZALINA!”
jerit Leon yang baru sedar dari pengsannya. Zruxc yang setia menanti Leon,
terus mendapatkan rakannya. Dibantu Leon duduk sambil bersandar dikepala katil.
“Leon,
Leon. Kau minum air ni dulu.” Ujarnya sambil menghulurkan segelas air yang
berwarna ungu kehijauan. Leon yang masih lemah hanya mampu menurut. Diteguk
rakus. Namun sebaik sahaja air itu menyentuh tekaknya, Leon pantas mahu
memuntahkan semula. Tetapi Zruxc lebih pantas, ditekan dada Leon menggunakan
jari ibu, telunjuk dan hantunya.
Rasa
mual yang dirasai Leon seakan-akan diubati. Leon kembali merebahkan badannya.
Badannya terasa makin panas tetapi masih terasa lemah. Zruxc yang memahami
sekadar mengeleng. Itulah akibatnya apabila terlalu dekat dengan manusia. Benda
ini bukannya tidak boleh dielak. Cuma.. ikatan diantara Leon dan Azalina
terlalu kuat.
“Kau
ni, Leon. Bukan ke aku pernah kasi tahu.. yang kau dan manusia yang ditakdirkan
datang ke dunia ini mempunyai ikatan yang luar biasa. Aku dah kasi tahu, jangan
sesekali kau tengok manusia tu.. tapi kau degil! Inilah akibatnya! Kau.. bila
dah terpisah dengannya untuk satu jangka masa setelah bersama, pasti akan
mengalami kesakitan yang teramat!” keluh Zruxc. Dahi Leon yang berpeluh dingin
dikesat dengan tuala kering yang hangat. Kasihan pula melihat makhluk penghisap
darah itu.
“Aku..
aku.. kena pergi.” Kata Leon yang cuba bangkit dari pembaringannya. Tetapi dia
masih tidak cukup kuat. Mahu mengangkat badannya untuk duduk juga tidak mampu.