BAB 5
PUTERI HATIKU
>u<
Orange
melangkah keluar rumah lebih awal dari semua yang ada. Kira dan
Robert masih dihanyut lena. Dalam kepala Orange sudah tersemat satu
idea yang nakal untuk mencari orang yang dicari-cari Robert.
Kawasan
sekolah masih lagi kosong, Orange melangkah riang. Seronok betul
dia, macam sekolah tu bapa dia yang punya, tapi... memang bapa dia
yang punya. Sekolah Menengah TP ni memang diwujudkan khas untuk Tuan
Puteri negara Swerd tetapi disebabkan ahli sihir durjana Luzx Orange
terpaksa berada diistana sepenuh masa. Jika tidak, pasti Orange dapat
bersekolah dan berkawan dengan rakan yang sebaya dengannya.
Disebabkan
masih awal Orange pergi berjalan-jalan di sekitar kampung itu. Orange
berjalan sambil bersiul-siul kecil. Seronok benar dia, dia memang
mahu menolong Robert mencari orang yang dikira pelindungnya. Dia
singgah di sebatang sungai yang mengalir deras. Matahari yang mula
memancar lembut, kelihatan cantik di permukaan air sungai itu.
Mengenangkan masa yang masih awal, Orange berbaring ditepi sungai
seronok juga menikmati cahaya pagi. >-<
Sementara
itu...
Robert
mengeliat sepuas hatinya. Rasa lega pula berada di rumah tuan puteri.
Tidak seperti diistana, perasaannya asyik diganggu dengan perasaan
risau. Risau dengan puteri Orange yang sememangnya clumsy.
Dia
melangkah ke ruang tamu, puas hatinya melihat ruang itu terjaga.
Tiada lagi barang yang bersepah-sepah. Kemudian Robert membawa diri
ke dapur mahu menyiapkan sarapan istimewa untuk Orange. Keadaan yang
bising menyebabkan Kira terjaga.
Bengang
pula Kira rasa tika ini. Awal-awal pagi dah keletang keletung,
bising! Dengan perasaan yang sebal Kira melangkah ke bilik air. Mahu
membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah.
Robert
yang sudah selesai memasak memanggil Orange dan Kira. Dia sekadar
menjerit, malas pula nak ke atas. Sementara menunggu kedua-duanya
muncul, Robert menyandar malas ke sofa yang empuk itu. Rasa nak
tertidur pula bila meletakkan kepala di sofa yang empuk ini.
“Hm...
Sedapnya bau! Robert kau masak apa?” tanya Kira yang sudah
melangkah ke meja makan. Disuap sup cendawan buatan Robert ke dalam
mulutnya. Sungguh, lazat!!!
“Apa
yang kau nampak, itu yang aku masak! Mana Tuan Puteri?” tanya
Robert yang masih bersandar di sofa itu. Kira mencebik, tanya pun nak
marah-marah..
“Manalah
aku tahu. Tadi bilik dia kosong aku ingat dia dekat bawah la..”
ujar Kira dengan mulut yang penuh dengan rotinya. Masih ralit dengan
roti dan sup cendawan.
“Pergilah
panggil dia sekejap.. “ arah Robert yang sedang bersenang-senang di
sofa. Kira merengus kasar. Nak melawan takut pulak. Yelah kalau
tengok badan dia dengan Robert memang dia kalah sebelum waktunya..
hehehe..
Kira
melangkah ke atas. Ni satu lagi hal yang dia tak suka.. TANGGA!!!
menyampah betul dia dengan tangga kat rumah ni. Kalau kerabat raja ni
tinggal dekat rumah setingkat aja tak boleh ke? Nak jugak yang
bertangga-tangga. Menyampah tau tak?!!!
Dengan
nafas yang termengah-mengah (maklumlah, dia ni lemah sikit kalau bab
panjat memanjat tangga ni..) Kira mengetuk pintu bilik Orange. Senyap
sepi bilik Orange. Kali ini Kira mengetuk pintu dengan lebih kuat.
Sekali lagi tiada sahutan dari Orange. Pantas sahaja Kira yang tengah
bengang membuka pintu. Kosong!!! Mana pulak si Orange ni pergi?!!
Kira pantas mencari si tuan puteri. Habis semuanya digeladah, puteri
Orange tetap tiada.
Kira
pantas berlari ke bawah. Mencari kelibat Robert. Kali ni memang
masalah negara! Robert yang sedang seronok bersantai-santai di sofa
tersentak melihat Kira tercungap-cungap. Takkan penat sangat cari
Orange?
“Orange..
Puteri.. Swerd... Hi.. hi..” tidak terlepas apa yang mahu
diungkapkan Kira.
“Hi..
hi.. hi apa?” tanya Robert dengan muka berkerut.
“Hilang!”
ujar Kira sekali nafas.
“Apa?
Biar betul?” kali ini Robert pula berlari satu rumah mencari
Orange.
“Cepat!
Kita pergi cari dia!” ujar Robert memberi arahan. Kira menelan air
liur baru sahaja dia nak merasa sesudu sup cendawan itu.
“Hah
apa tunggu lagi?” teriak Robert yang sudah berada diluar rumah.
Kira memandang sayu sup cendawannya. Haih, dah nasib.. ~|=_=|~
Pada
saat itu...
Orange
terjaga apabila terasa hari makin panas. Pantas dia mengerling jam
ditanganya. Alamak~! Dia dah lambat! O0O.
Orange
pantas bangun dan berlari ke sekolah. Lupa terus dia dengan niatnya
kenapa keluar senyap-senyap dari rumah.
Dalam
perjalanan Orange tersandung batu. Terjatuh dia. Apalah nasib si
Orange ni asyik jatuh, jatuh, dan jatuh! Tangannya penuh dengan
darah. Sikunya sedkit terkoyak. Ternampak isi disikunya.
Orange
hampir menangis. Takut dia melihat luka yang agak dalam itu.
Tiba-tiba sepasang tangan ada didepan matanya. Orange teragak-agak
menyambut tangan gadis itu. Gadis yang kelihatan sungguh comel.
Gadis
itu tersenyum dan hanya tersenyum. Entah apa yang gadis itu hembuskan
Orange tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia sudah tidak sedarkan diri.
bila nak sambung??
ReplyDeleteakan disambung.. sorry lambat. cuti ni insya-allah paling tidak 3 entri untuk cerita ni
ReplyDeleteBila nak sambung
ReplyDeletebest..bila nak sambung ni asyu???..please update...please..
ReplyDeleteasyu..bila nak samnung citer puteri hatiku ni lagi..best kot citer nie..citer la sampai habis..please...kita tertanya2 apa akn jadi pasni..
ReplyDeleteasyu..bila nak samnung citer puteri hatiku ni lagi..best kot citer nie..citer la sampai habis..please...kita tertanya2 apa akn jadi pasni..
ReplyDeletealamak. okay kita cuba siapkan >_<
Deletekak... bla nak smbng citer ni... lma dh tnggu...
ReplyDelete