Aku, Kau??! ~CERpen kot??~
“Urghhhhh~!! Tak suka, tak suka!!”
hambik kau sekuat hati aku menjerit. Padan muka siapa yang duduk sebelah aku.
Siapa lagi kalau bukan kawan terbaik aku si Nina Albino ni. Hahaha nama dia
bukan la Nina Albino.. saja je aku mengedik tambah Albino tu. Rasa macam
sweet-sweet lovely je.. Muahahahaha >_<.
“Hah, yang kau ni buang tabiat
kenapa?!” Wow~!! Sekali Nina Albino meletus gugur jantung aku.
“Ala.. saja je gurau manja.. Relax la
Nina Albino sayam.. Rilex sister.. sister relax..” aku mula la nak memekak
walaupun tahu suara aku ni adalah sedap sikit didengar dari suara katak tak
berumah di tepi jalan tu.
“Banyaklah kau gurau manja... Tapi
kenapa kau jerit tak suka, tak suka tadi?” tanya Nina Albino.
“Ugh... Aku... kena ulang sem satu!!!
Oh.. Oh.. tidak.. Pilu, sedih, hancur hatiku.. ughhhh~!! Isk.. isk..” Nina
Albino mula mengeleng kepala melihat gelagat aku yang kalah Miss World dan juga
Ratu segala drama, Drama Queen.
“Emo gilelah kau ni! Sengal betul! Aku
ingat apalah tadi.. Tulah orang suruh study kau nak jugak melekat dengan
novel-novel, internet segala.. Sekarang kau hadap la sesorang! Kau repeat
kertas apa?” Aku kasi senyuman yang paling manis sambil mengangkat 4 jari aku
yang kecik molek, molek pun tak kecik macam ni.
“Hah, empat paper terus???” Wah~! Kali
ni kalaulah Nina Albino masuk contest ‘Suara Picthing yang Paling Tinggi.’
Konfem dia menang. Mana taknye.. sampai terkeluar taik telinga aku dibuat minah
sorang ni. Tak reti-reti nak cover suara yang dah memang besar tu..
“Hump.. haah, kau taukan kepala aku ni
bukan kepala STPM...” kata aku sambil buat muka sedih dengan muka tembam aku
ni. Hehehe memang la muka aku takkan muka orang lain pulakkan..
“Hish.. kau ni.. Habis tu kepala aku
ni kepala STPM ke???” tanya Nina Albino dengan muka garang tak hinggit. Aku
apalagi telan air liur jelah. Takkan aku nak mengamuk pula dah terang rang rang
aku yanggg... salah. Ugh... Isk.. isk..
“Hah, jangan nak buat muka sedih pulak
ye miss Chub...” ujar Nina Albino. Gabra la tu tengok air mata aku ni.. Chub?
Hehehe tulah gelaran aku. Maklumlah akukan chubby sikit.. sebenarnya bukan
sikit banyak lor.. hahahaha.. Tapi aku dah biasa tak ambik hati pun. Hehehe
lagipun semua orang kata aku cumel.. Aikss.. malu la plak aku rasa #>_<#
“Janganlah marah.. aku tahulah aku
yang salah tak belajar betul-betul.. Habis sekarang macam mana? Mana aku nak
cari totur untuk sem 1 ni.. Kalau boleh aku nak tempat yang murah... Maklumlah
aku ni orang susah.. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. kais
malam makan...” tak sempat aku nak habiskan luahan rasa Nina Albino dah potong
skrip aku.. Spoil!!!
“Dah-dah cukup cukup sudah.. Tak payah
nak berkais-kais kau ingat apa? Ayam??” Dush~! Sekali aku rasa macam kena
tumbuk pulak. Aku tarik sengih tak berapa nak jadi.
“Macam nilah.. Kau kenalkan adik Shima
Shimo tu? Adik diakan lower six.. ambik subjek macam kita jugak. Dengar citer
ujian yang cikgu kasi untuk kelas dia..
semua dia bolot A+... Kau mintak la tolong dia.. Mana tau dia ajar free je..”
Mata aku dah terbeliak mendengar ‘adik Shima Shimo’ Ugrhh... tak rela mak!!
Adik si Shima Shimo a.k.a Razif berlaguk tu memang musuh sejati aku. Rumah dia
dengan aku selang sebaris je so memang kira jiran lakan?!! Tapi aku kira lepas
tambah, tolak darab dan bahagi memang sah dia musuh aku. Sejak dia kutuk aku
depan mak cik-mak cik iaitu jiran aku..
terus aku istiharkan perang tak kenal zaman dengan Razif berlaguk tu.
“Razif??” saja je aku nak buat tak
tau... Nina Albino mengangguk.
“Razif berlaguk??” tanya aku lagi..
Nina yang memang polos mulus dan tulus tu pun angguk sekali lagi.
“Razif berlaguk yang muka macam tapir
tambah beruk tu??” kali ni saja aku tambah muka tak percaya.. Huargh hahaha
kalau la korang boleh tengok muka Nina Albino ni memang la korang gelak tahap
gaban.
“Razif.. Ra..Razif..” kenapa pulak la
Nina Albino ni tergagap-gagap. Aku.. Aku dah tak tahan nak gelak dah ni..
hahahahahahaha.. Berair mata aku..
“Seronoknye gelak ‘kak’ Laili.” Gulp..
suara tu.. hanya dia je panggil aku Laili. Alamak, Razif dah dengar ke semua
yang aku cakap tadi??? TTTTidakkkkk.... T_T
Aku tayang muka selamba. Angkat-angkat
kening sikit... Hehehe macam baguih je aku ni.. Padahal sem 1 pun tak lepas...
Nina Albino, aku tengok dah telan air liur.. Takutlah tu.. mestilah takut.. aku
pun sama.. si Razif ni memang la nampak sopan tapi mulut dia... Nauzubillah...
“Ni Albino, cikgu Zaila suruh kasi.
Dia ada hal.. kena pergi hospital suami dia sakit.. Bytheway.. ‘akak’ Laili... dengar cerita akak
kena repeat sem 1 kan... Saya yang handsome lagi baik hati ni nak kasi tuisyen
percuma.. Akak nak ke?” tanya Razif dengan muka tak boleh blah. Aku rasa nak termuntah je part ‘Saya yang
handsome lagi baik hati..’ Ughh.. tau la handsome.. handsome ke???
Nina Albino kasi hint suruh aku terima
je tawaran tu. Yelah budak paling pandai dalam sekolah nak ajar tak kan nak say
NO pulakkan... Aku pandang muka Nina, Aku pandang muka Razif.. Alamak.. Razif
ni kasi double jerk pulakkkk... Ni yang hangin ni! Mencabar kesenioran aku ni!
Aku yang pantang dicabar apa lagi! Terima!!!
*****
Makkkkkk~!! Kenapa, mengapa dan
bagaimana aku boleh terima pelawaan budak berlaguk tu??? Tidak, tidak.. huhuhu
tulah orang tua, muda, semua dah cakap... terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata hump... jawabnya memakan dirilah..
Aku tak boleh bayanglah.. macam
manalah si Razif tu nak ajar aku.. Huhuhu mesti nanti aku asyik lawan cakap
dia.. Hehehe biasalah kalau dah musuh mesti ada lawan-lawan sikit.. Cuma versi
aku lawan mulut jelah.. takkan nak bergusti pulak.. walaupun aku ‘besar’ sikit
dari Razif dah tentu-tentu aku perempuan... Perempuankan lemah.. so memang
kalah la aku.
“Along, ni adik kawan kamu ni, apa ke
nama dia.. Hah, Razif datang. Dia kata kamu tuisyen dengan dia! Cepat sikit
siap tu.. kesian dia tunggu lama!” jerit ibu aku dari bawah. Aik.. baru je aku
sebut-sebut dah muncul mamat berlaguk tu.. Spoilllll~!!!!
“Hump.. kau ni memang jenis tidur
petang ke hippo Laili??” sindir Razif berlaguk. Aku ketap bibir. Ingat dah lama
tak jumpa dia dah lupakan Hippo tu. Rupanya kuat betul ingatan dia tu..
patutlah bolot A dalam semua subjek.
“Haah.. kenapa? Ada masalah? Kalau aku tidur petang
pun ada je orang nak dekat aku..” saja je aku ni.. Kan ke dah merah muka mamat
berlaguk tu...
“Heh, tak sangka aku.. Hippo macam kau
pun ada orang nak ke Laili?” Pedas betullah ayat mamat berlaguk ni! Aku rasa
nak tangan-tangankan, kaki-kakikan je budak muda setahun ni...
“Dah-dah.. hal aku tak payah nak masuk
campur.. kita study sama je.. Betul ke free?” tanya aku, ragu-ragu. Bukan apa
kata-kata Razif ni bukan boleh percaya, banyak auta dari fakta.
“Hump.. bukak buku sem 1 kau. Kita
mula dengan pengajian Am.” Ujar Razzif dengan muka yang aku tengok macam bosan
je... Takkan bosan kot...
Suara Razif ni bukan nak mengajar.. ni
suara nak dodoi aku ni. Mata aku mula memberat. Memang sedap betul suara Razif
ni. Aku cuba tahan katuk yang datang tiba-tiba. Aku tengok muka dia. Mata
sedang-sedang, tak bundar tak sepet.. cantik je.. Bulu mata melentik, sekali
aku tengok macam budak perempuan dua kali aku tengok macam mata curi... tiga
kali aku tengok baru tahu itu mata Razif. Hahaha buang tabiat betul aku ni. Aku
tengok pulak hidung dia.. fulamak.. mancung beb.. tapi mancung sedang-sedang
yang sedap mata memandang.. bukan yang macam Mr. Bean tu.. Mulut dia.. Nak kata
merah tak merah tapi sah dia tak hisap rokok.. Memang type aku.. Aik.. main
type-type pulak.. ingat typewritter ke Laili??
“Puas tenung muka aku?” soal Razif
yang asyik menulis. Aku kira soalan untuk menguji minda aku yang dari tadi tak
masuk apa-apa.. Malu dehhhh.. huhuhu aku buat muka selamba.. double jerk aku
kasi.. saja nak menguji kening aku yang cantik ni.
Tiba-tiba saja muka si Razif ni merah.
Takkan marah kot.. ke aku yang cumel sangat. Ahaks tak malu betul aku ni..
“Dah la.. kau ambik nota-nota ni
semua.. Aku jamin kau paling tidak boleh dapat principal.. Aku tak boleh nak
terus ajar kau..” habis sahaja bercakap Razif terus berlari keluar. Aku angkat
bahu. Suka hati kaulah Razif.. Asalkan bahagia. Sejak bila aku ambil berat
tentang kebahagian mamat berlaguk tu? Ughh... malas nak fikir.. baik aku
study..
******
“Weih, esok kau keluar dengan aku tau.. Sayam aku dah balik dah.. dia cuti sem.” Nina Albino kelihatan pelik.
“Sayam? Sayam mana pulak ni?”
tanya Nina Albino dengan muka pelik. Aku
tahan gelak.
“Sayam akulah.. si Alif tu.. Diakan
belajar dekat UM.. sekarang dah cuti. Esok dia nak ajak aku keluar.. kebetulan
pulak esok Sabtu. So kau ikut ye...” ujar Aku sekali nafas. Fuh~!! Hebat betul
aku ni.. Ahaks..
“Ye ke? Hehehe aku on je mesti makin
hensemkan si Alif tu..” Nina Albino mula la berangan. Aku tak tahan gelak.
Akhirnya aku gelak jugak.. Tahu sangat Nina Albino ni tangkap cintan dengan
sepupu sepapat aku tu..
Hari Sabtu ni terasa indah sangat..
Mana tak indahnya.. Sepupu kesayangan aku nak bawak aku jejalan kat Jusco tu..
Hahahaha duit aku konfem tak payah keluar. Alif tu memang terkenal dengan
gentlemen dia tu.. So safe la poket kesayangan aku ni...
Tengah aku seronok jalan dalam Mall
ni.. tetiba je kaki aku tersangkut dekat kaki malaun mana tah.. Nasib baik tak
jatuh.. Alif sempat tangkap aku. Tapi malu doh... kena peluk depan orang ramai.
Nasib baik darurat. Si Nina ni asyik gelak je karang aku bantai kang terus tak
boleh gelak karang..
Aik... tu bukan ke Razif? Kenapa dia
kepal penumbuk? Marah aku ke? Tapikan aku dah lama tak jumpa dia... Tapikan.. handsome giler la muka mamat
berlaguk tu.. Sweet lovely je aku tengok.. rasa nak gigit-gigit je.. Laili!!
Astaghfirullahal’azim....
******
“Wahhhh~!! Akhirnya... akhirnya.. sijil
STPM aku tak de gagal~!!” kali ni memang aku tak cover malu dah. Lantak la
bekas junior aku nak gelak ke apa.. asalkan aku LULUS dengan JAYAnya.. Hehehe
Dah 3 bulan aku cuti akhirnya penantian yang menyeksakan ini membuahkan hasil
yang begitu baik.
Tak sia-sia nota Razif aku pulun sampai
terkoyak rabak. Air mata mula mengalir. Nina Albino pun turut menangis tengok
aku yang kalah Miss World dan ratu segala drama, Drama Queen.
“Ehem, ehem.. Assalamualaikum..” Alamak
merdunya suara Razif sekarang ni.
“Waalaikumsalam..”aku menjawab
malu-malu.
“Aku nak cakap sikit dengan kau..” ujar
Razif. Aku pandang Nina, dia angguk menyuruh aku ikut Razif. Aku pun rela tak
rela ikut jugak.. padahal aku terlebih rela ni..
“Kau ada hutang dengan aku..” ujar
Razif serius. Aku pelik bila masa pulak aku hutang dengan dia..
“Hutang apa?”
“Hutang nota. Kau guna nota akukan? Tu
yang kau dapat A untuk 4 subjek sem 1 tu.. So aku nak kau bayar..”
“Bayar? Bayar macam mana pulak.” Memang
betul pun aku guna nota dia batu berjaya macam ni.. So aku reda dia mintak duit
aku pun..
“Jadi awek aku..”
“Hah?! Aku, kau??!” dia angguk.
“Aku, kau?” tanya aku lagi.
“Ye.. aku.. kau..” dia dekatkan dua
jari telunjuknya.
“Aku? Yang chubby ni? Kau?” tanya aku
lagi.
“Yes, Laili, Razif in love with you...
Aku, kau!!!’ jerit Razif. Aku dah malu tahap gaban ni.. Dahlah dalam sekolah..
Hish, sengal betul mamat berlaguk niiii~!!! @_@
“Aku, kau??!” sekali lagi aku soal
meminta kepastian.
Razif mengangguk sambil tersenyum
manis. Membuat aku turut mengukir senyuman. Perlahan aku turut mengangguk.
#_#_#_#_#_##_##_#_#_#_#_#_#_#
Hehehehe entah macam mana boleh muncul cerita ni.. Tengah tension sebenarnya.. padahal Asyu tengah bengang ni.. tetiba je kuar cerita kelakar.. silaLAh BACA^^ and KOMEN yeeee
Lupe plak nak kasi tau.. ni my first time tulis cerpen guna sudut pandangan 'aku' macam pelik pulak rasanye... tapi ok kot?? >_<
ReplyDeleteassalamualaikum syu...bagus cerpen tu..ketawa gk membacanya..unsur2 mengumpat tu mmg biasa je..hihihi..bab chubby tu mmg ketara sgt..syu memilih tp malu..tp keseluruhannya cerpen ni sng di baca rengkas n mudah di fhmi...nnti ku baca cer[en yg lain polak..tq..wasalam
ReplyDeletetq ketam hehehehe... erk... ketara ye hahahaha
DeleteBest
ReplyDeletethanks x ^_^
DeleteKak syu!!! Best le!! * x jd bce lps exam..hihixD
ReplyDeletethanks tiera... hehehe jadi baca lepas exam ye.. hahaha x pe la baca2 jugak.. study jgn lupe tau ^_6
Deleteasyu kenapa cerpen ni mcm nk mnceritakan ttg asyu jek hihi...tp best!
ReplyDeletex la.. nampak cam tu sbb guna dari sudut pandangan aku.. hahaha x berani la nak wat kisah hidup sendiri.. hidup asyu ni busan je.. x de yg menarik :)
Deletekak syu..kid suka laa kak syu ni..nanti update citer bnyk2 k..kid sedia mnjadi pembaca tetap..hihi
ReplyDeletethanks kid... huhuhu ni yg kak syu suka ni.. ye ke dah sedia menjadi pembaca tetap.. hahaha.. tgk la abis exam cam ne.. insya-Allah.. kak syu buat byk2
DeleteAku, kau?
ReplyDeleteAku, kau?
Aku, kau?
Phuahahah. Berapa banyak "Aku, kau?" lahh. Kann bagus kalau saya ada bakat menulis macam akak..