P.A.>>>
MISS
BOSS~!! (~^o^~)
R |
umah yang bersepah dengan kertas-kertas
miliknya, dipandang sepi. Muhamad Al Shafiq tersandar lemah. Dia yang lebih
dikenali sebagai Afiq mengeluh mengenangkan temuduganya yang gagal. Kalau
sekali dua tu boleh juga dia tahan, ni dah dekat 20 kali! Mana tak frust... Dia
merupakan graduan daripada UiTM. Dia mengambil course yang jarang orang lelaki
ambik. Jurusan yang diambil ialah kesetiausahaan, yakni peluang pekerjaan yang
lebih mejurus kepada kaum hawa. Dia pun tak tahu kenapa dia mengambil jurusan
itu mungkin disebabkan perwatakkannya yang agak lembut.
Sekali lagi dia mengeluh, perasaan
putus asa semakin menyelumbunginya. Daripada dia melayan perasaannya lebih baik
dia tidur. Ya, lebih baik dia tidur! Sofa yang sudah 5 tahun usianya ditepuk.
Tangan laju mencapai kusyen, lalu diletakkan kepalanya. ‘Haih... kan best
kalau, hari-hari boleh buat macam ni...’ dalam sedar tak sedar Afiq hanyut
dalam mimpinya.
Wan yang baru pulang menggeleng
kepala melihat ruang tamu yang bersepah itu. Ini tak lain, tak bukan mesti Afiq
tak dapat kerja. Itulah, dulu dia suruh ambik jurusan lain tak nak... sekarang
siapa yang susah? Wan tidak sampai hati pula nak mengejutkan adik angkatnya
itu. Lalu dia sendiri mengemas segala yang bertaburan itu. Baju lengan
panjangnya di lipat tinggi. Lalu dia memulakan tugasnya.
Afiq yang sedang nyanyak tidur dibiarkan
sahaja. Asyik sangat mengemas, Wan tidak perasan penyapu yang disandar ke sofa
terjatuh ke kepala Afiq. Mengaduh Afiq. Wan apa lagi terkejut beruk la dia.
“Oit, sakit la... hish, kau ni Wan.
Saja je kacau mood aku yang memang tak bagus ni..” marah Afiq yang masih mamai.
Dia yang terus duduk merasa sedikit pening akibat perbuatan yang tergesa-gesa
itu.
“Banyak la kau.. kot ye pun mood tak
bagus... Jangan la buat sepah. Aku jugak yang kena kemas... sapa yang kena
kemas? Aku jugak!” rungut Wan yang sudah selesai mengemas segala kertas dan
entah makhluk apa yang bertaburan dilantai itu. Dia terduduk ditepi Afiq yang
masih memegang kepalanya.
“Kenapa pulak ni?! Sakit kepala ke?
Meh sini.. abang Wan tolong picitkan..” Wan terus mengapai kepala Afiq. Dipicit
kepala Afiq dengan lembut. Sesekali berkerut kepala Afiq menahan sakit
kepalanya.
“Hurm.. terima kasih Wan. Kaulah
satu-satunya abang dan kawan baik aku, dunia akhirat..” mula Afiq ala-ala
lembut tapi tulen ni buat drama air mata. Wan tergelak kecil melihat adik
angkatnya itu. Memang sejak dia terjumpa Afiq di universiti lelaki itu seorang
yang mudah tersentuh. Cepat benar mengalir air mata.
“Dah, dah tak payah nak jadi drama
king kat sini.. Ni mesti kes kau tak lulus temudugakan?” duga Wan. Afiq
mengangguk lemah.
“Kau ni... Sepatutnya kau tak putus
asa.. Kita ni sebagai manusia biasa perlu tabah, kena ada keyakinan yang
tinggi, lepas tu kita kena sentiasa jaga diri. Bukan semua orang suka kita.
Sebelum pergi temuduga tu buat dulu solat hajat. Mohon permudahkan urusan kau
tu. Jangan gelabah pulak. Bila gelabah semua hilang. Buat penat je kau
menghafal segala info syarikat tu. Kau pun kena berani. Jangan bila orang yang
temuduga tu tanya terus gagap.” Bebel Wan tanpa menyedari Afiq telah tertidur.
Kedengaran dengkuran kecil. Tersentak Wan, pantas dia menoleh ke tepi.
“Ya Allah! Budak bertuah ni! Aku
penat la nasihat dia bagai nak rak, dia boleh tidur pulak! Membazir air liur
aku betullah!” marah Wan sambil membaling bantal kusyen ke muka Afiq yang tertunduk.
“Woi, sakitlah! Siap kau Muhammad
Syazwan!!!”marah Afiq yang tadinya lena akibat mendengar syarahan free daripada
Wan.
Afiq yang bengang mula membaling
segala bantal kusyen yang ada. Wan menepis semua yang dibaling. Tetapi satu
terlepas dan boleh tahan kuat juga Afiq membaling bantal itu. Apalagi,
berkerjaran Afiq dan Wan diruang tamu itu. Habis bantal-bantal kusyen mereka.
Menjadi mangsa kepada pillow fight mereka.
A |
fiq bangun dengan perasaan malas.. Wan
tak habis-habis memekak memanggil dia. Dia dah kata dah semalam. Dia dah putus
asa takkan si Wan ni tak faham-faham. Dengan malas pintu bilik dibuka. Badan
yang terdedah sempat lagi ditutup dengan tuala berwarna pink. Aurat la
sangat...
Terjengul kepala Wan disebalik pintu
itu. Kelihatan wajah lelaki itu seakan-akan panik. Afiq yang tadinya mengantuk
mula sedar sepenuhnya. Terus membulat matanya melihat wajah Wan yang berpeluh
dingin. Terus tangannya hinggap dikepala lelaki itu. Nak kata demam elok je
suhunya.
“Kau ni kenapa?” tanya Afiq yang
sudah malas berteka teki.
“Adik Lia.. AdikLia sakit balik..
dia ada kat hospital besar..” ujar Wan dengan muka yang pucat.
“Apa???!” Afiq segera mencapai
kemeja pink kegemarannya (dalam kalut-kalut tu sempat lagi...) Afiq menarik
tangan Wan. Satu sahaja yang berada di dalam kepalanya tika ini. HOSPITAL!
“ |
“Bad pun dah kata, tak nak! Ayah
yang paksa. Jangan marah bila Bad buat perangai!” dengus Badlisyah atau Bad
kasar. Encik Shamsul mula menarik nafas panjang cuba menahan rasa marah yang
menyerang hatinya tanpa henti.
“Bad, sampai bila Bad nak macam ni?
Pakai baju lelaki semua ni? Reject lelaki yang ayah kenalkan... Apa yang Bad
tak suka sangat dengan anak Tan Sri Mahmod tu?” tanya Encik Shamsul bertalu-talu.
Dia sudah muak dengan perangai anaknya tunggalnya itu.
“Ayah, ayah tahu tak? Akmal si anak
uncle Mahmod tu playboy! Dia nak rapat dengan Bad dan nak kahwin dengan Bad
sebabkan harta kita yang lebih banyak dari keluarga mereka. Ayah sedar tak? Atau
ayah memang saja nak jual anak ayah ni?” Sindir Bad pedas. Encik Shamsul sudah
tidak dapat menahan sabar. Meja pejabat miliknya ditepuk kuat. Tersentak juga
Bad dibuatnya.
“Badlisyah jangan nak melampau
sangat! Ayah tak pernah berniat macam tu. Kamu ingat ayah ni apa? Kamu tu
satu-satunya anak ayah! Pewaris ayah yang sah. Ayah nak carikan suami yang
berkelibar untuk menolong kamu uruskan syarikat ni..” suara yang tadinya tinggi mula mengendur. “Ayah sayangkan Bad. Ayah tahu sejak mak
dengan abang Khairul meninggal, Bad berubah sebab ayah bukan? Bad nak gantikan
tempat abang Khairul. Tapi.. ayah nak anak gadis ayah yang dulu.. Yang dah
tiada kita lepaskan.. Jangan biarkan mereka terseksa disana.” Ujar Encik
Shamsul sedikit sayu. Setiap kali berbicarakan tentang hal arwah isterinya dan
anak lelakinya, air mata seakan murah harganya. Bad rasa bersalah kerana
ayahnya sedih, lalu dipeluk ayahnya lembut.
“Bad mintak maaf. Bad janji akan
cari lelaki yang sesuai untuk Bad dan yang boleh membantu Bad. Ayah janganlah
sedih...” ujar Bad sambil menyalami tangan ayahnya.
“Ayah maafkan.. Dengan syarat.. Bad
bawa calon yang boleh bantu Bad dalam urusan syarikat dalam 3 bulan akan datang.
Ayah tunggu. Kalau tiada juga, ayah kahwinkan Bad dengan anak Tan Sri Mahmod
tu!” ujar Encik Shamsul tegas.
“
|
Alhamdulillah, adikLia selamat..”
ujaran Wan membuat Afiq terduduk lega. Tangan meraup muka, mengucapkan syukur
tak terhingga kepada yang Maha Kuasa.
“Hm.. aku rasa nak cari kerja la
Wan. Takkan setiap kali adikLia sakit kau nak bayarkan bil hospital? Aku rasa
serba salah la..” ujar Afiq setelah lama menyepi. Wan kelihatan tidak senang
dengan kata-kata adik angkatnya itu.
“Apa yang kau merepek ni Afiq?
AdikLia tu adik aku jugak, macam kau! Aku tak suka kau cakap macam ni.. Tapi
kalau kau nak cari kerja tu aku sokong 100%.” Kata Wan sambil menepuk-nepuk bahu
Afiq.
Afiq terdiam. Dia memandang wajah Wan. Matanya semakin
kabur. Wan yang melihat Afiq mula rasa tak sedap hati. Dia bagaikan boleh baca
sahaja apa tindakan Afiq seterusnya. Tak sempat nak lari dia dah jadi mangsa
pelukan Afiq. Kalau setakat peluk biasa tu faham la juga, ni siap buat drama
air mata. Memang menarik perhatian orang yang berada diwad adikLia itu.
“Wei, sengal la kau ni! Lepas la..
Malu aku.. Hish, memang la budak ni nak makan penampar aku!” bebel Wan
perlahan. Sambil-sambil itu dia menghadiahkan senyuman kepada yang melihat.
“Isk.. isk.. sorry la..” ujar Afiq
sambil menghembuskan air hidungnya di baju Wan. Wan makin membara. Kalah bara
yang sedang menyala apinya.
“Afiq!!! Sebelum aku kasi pelempang
tahap petala kesepuluh baik kau blah!!!” kali ni tak ada cover-cover nada
suara, habis volume Wan keluarkan. Afiq menjulur lidah, segera dia melarikan
diri sambil ketawa. Wan hanya mampu menggeleng kepala dan meminta maaf kepada
penonton tak berbayarnya.
“
|
Bismillahirahmannirrahim..”
dengan penuh debar Afiq melangkah masuk ke dalam syarikat yang gah itu. Dia
tekad kalau tak dapat juga jawatan setiausaha di syarikat ini, dia akan kerja
jual burger sahaja. Dia dah runsing dengan segala penolakkan.
“Assalamualaikum.. Dimana ya, tempat
berlangsung temuduga?” tanya Afiq sopan. Kelihatan penyambut tertamu itu
tergamam. Mungkin kerana baju kemejanya yang berwarna Pink itu atau apa?
“Wa..Waalaikumussalam.. Di..
Disana..” ujar penyambut tetamu yang bergelar Nini itu tergagap-gagap. Afiq
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Aisy yang sudah selesai menjawab
telefon menyiku rakan setugasnya.
“Kau kenapa tergagap-gagap dengan
mat jambu tu?”tanya Aisy agak kasar. Biasalah tomboy..
“Dia.. handsome gilerrrr!” ujar Nini
separuh histeria. Aisy menggeleng-geleng. Memang sah la.. Kawan setugas dia
biul. Dari dia melayan Nini yang biul ini baik dia menjawab telefon yang
berdering macam nak putus nyawa ni.
“Assalamualaikum..” dengan penuh
debar Afiq masuk ke dalam bilik temuduga itu. Kelihatan 3 orang sedang duduk
dimeja penemuduga. Afiq mula terkumat-kamit membaca doa penenang hati yang
diajarkan oleh Wan.
Hampir 20 minit juga Afiq
ditemuduga. Tamat sahaj sesi temuduga itu, Afiq segera keluar dari bilik itu. Mahu
membuang debar yang bertandang dihatinya. Tak tahulah dia akan diterima atau
tak.. Tapi harap diterimalah... kalau tak kena jual burger la dia..
Sedang asyik memikirkan dia akan
terima atau tidak, Afiq terasa ada sesuatu merempuhnya. Kuat sekali rempuhan
itu, kalah kena rempuh dengan badak sumbu (pernah ke kena rempuh dengan badak
sumbu Afiq ni? Merepek.. ish..ish..). Dalam keadaan terpinga-pinga Afiq bangun,
matanya melilau mencari si badak sumbu yang merempuhnya. Mana tau kalau-kau dia
tersesat dekat zoo.
Kelihatan seorang lelaki yang pendek
terduduk diatas lantai. Afiq mengamati wajah itu. Macam muka perempuan, comel
sangat. ‘Ya, Allah! Janganlah kau pesongkan hati aku ke makhluk sejenis.’desis
Afiq. Dalam keadaan teragak-agak dia menghulurkan tangannya membantu lelaki itu
bangun.
“Terima kasih..” comel sahaja suara
lelaki itu, sebijik macam perempuan. Afiq memegang dadanya. Terasa jantungnya
berdegup laju. Haih, panahan apa pulak ni... Afiq segera beredar sebelum dia
tersangkut dengan lelaki comel itu.
“ |
“Woi, kenapa ni? Buang tabiat pulak
mamat ni.. Wei, aku tak rela jadi gay weiiiii” ujar Wan yang masih cuba
meleraikan pelukan Afiq itu.
“Suiweiiii betul mulut kau ni Wan!
Aku pun tak hingin nak jadi gay, lagi-lagi dengan kau.. Ish... Aku nak kasi
tahu ni aku dah dapat kerja!!” ujar Afiq riang sambil buat aksi perempuan
gedik. Parah betul penyakit Afiq ni.. yang gedik-gedik semua dia nak buat. Wan
pantas melarikan diri jauh sedikit dari Afiq, selepas lelaki itu melepaskannya.
“Apa kau kata? Aku kurang dengar
la..” tanya Wan kembali. Dia cuba menyedarkan dirinya yang masih geli geleman
dengan pelukan Afiq tadi.
“Aku kata aku dah dapat KERJA!”
perkataan kerja itu ditekan afiq. Wan yang tadi terlopong turut sama melompat
kesukaan.
“Bila start?” tanya Wan turut
berkongsi rasa teruja.
“Esok! Wei, Wan kau teman aku pergi
kedai. Nak beli baju la..” ujar Afiq yang sudah bangun mencapai kunci. Memang itu
niatnya. Baju yang ada semuanya kurang sesuai untuk dipakai ke tempat kerja.
“Kejap! Kau tunggu dalam kereta. Aku
nak tukar baju sekejap.” Kelam kabut Wan berlari ke biliknya. Afiq ketawa
kecil.
Sampai sahaja ke pusat membeli belah
itu, Wan terus menarik Afiq ke tempat kegemarannya membeli baju kerja. Afiq hanya
menurut. Dia bukan pandai sangat nak pilih baju. Kalau beli pun mesti warna
pink. Warna kegemarannya dan AdikLia.
Sedang mereka sibuk-sibuk memilih baju untuk si Afiq. Seseorang merebut
baju dari tangan Afiq. Tersentak Afiq dibuatnya. Matanya terus melihat wajah
siapakah yang berani menarik baju yang berada ditangannya. Kelihatan lelaki
comel itu sedang cuba merampas baju berwarna oren itu. Melihat kesungguhan
lelaki comel itu, Afiq terus melepaskan
pegangan baju yang menjadi pilihannya. Namun malang tak berbau, lelaki
comel itu terus jatuh bergolek di depan wajahnya. Afiq tergamam. Wan yang dari
melihat turut tergamam.
“Adoi... sakitlah.. Kenapa lepas
macam tu je?” keluh lelaki berwajah comel itu. Afiq segera membantu lelaki itu
bangun.
“Sorry bro, tak sengaja..” ujar Afiq
sedikit merah mukanya, cuba menahan ketawa. Kelakar melihat wajah lelaki itu
cemberut.
“Apa bro, bro? Ingat aku beruk ke?”
kasar sahaja balasan lelaki comel itu. Baju segera disambar dan melangkah ke
kaunter. Afiq hanya mampu memandang. Terkejut dengan bahasa kasar yang
dituturkan lelaki itu.
“Dahlah.. aku dah pilih dua helai
tuk kau. Jangan risau yang ni, aku belanja!” kata Wan sambil menepuk-nepuk
dadanya. Afiq tersenyum riang.
A
|
fiq bangun pagi ini dengan perasaan
yang penuh semangat. Pantas sahaja dia persiapan diri dan menunaikan solat. Selepas
itu dia terus memasak untuk abang angkatnya. Rajin pula dia pagi ini. Sahaja nak balas jasa Wan
kerana membelanjanya membeli kemeja untuk ke tempat kerja hari ini. Selesai sahaja
masak dia menulis nota kecil. Dia mahu terus ke tempat kerjanya, memandangkan
hari ni first day jadi lebih baik dia bersedia dari awal sahaja.
Kaki dibawa ke bilik pengurus besar.
Lelaki itu yang akan menguruskan dia. Encik Wadi terus membawa Afiq ke sebuah
bilik sederhana besar. Melalui penerangan Encik Wadi dia akan menjadi setiausaha
kepada anak boss besar.
Tiba-tiba perutnya rasa memulas. Laju
sahaja dia melangkah ke toilet. Setelah selesai, dia kembali ke biliknya. Kelihatan
bilik bosnya sudah dihuni. Dengan pantas Afiq membawa handbook untuk membacakan
apa aktiviti bosnya pada hari ini.
Pintu diketuk sopan. Kedengaran arahan
masuk diberikan. Afiq melangkah masuk dengan penuh tertib. Matanya terpaku
kepada wajah bosnya. Ya, bosnya lelaki comel hari itu. Haih, makin dia nak lari
makin dekat pula dia dengan lelaki yang mengusik jiwanya.
“Erm, apa appointment saya untuk
hari ni?” tanya si lelaki comel tanpa mengangkat wajahnya.
“Erk.. ehem.. ehem... Hari ini bos
ada appointment dengan Encik Aminudin dari bahagian penjualan. Pada pukul 3 bos
kena turun site, atas arahan Encik Shamsul.” Ujar Afiq tergesa-gesa. Takut lama-lama
di sini dia akan kena panahan cinta pula. Ya, Allah kuatkan hati aku bila
menghadapi dia..
# Hahaha.. okey dak?!
#cerpan baru.. mungkin ada satu je lagi part..
hehehe..
#cerita kerana kau anjelku(kka) dengan puteri hatiku(ph) akan disambung jangan la risau...
#Klu ada kesalahan.. harap maafkan.. seperti yang sedia maklum.. Asyu seorang yang MALAS.. ehehe malas nak edit kikiki
wah..pandai buat novel rupanya...cungkil lagi bakat tu ye
ReplyDeletetrimas @kisah si Dairy..
Deletehehe insya-Allah.. tak pandai sangat..
kena belajar dgn yang pandai.. hehe
wohooooooooooooo best!!!!
ReplyDeletehahah teruja nampak...
Deletejgn suka sangat..
nnt jadi jodoh kangggg~!!!
kelakararr cciter nie... asyu cek blik byk salah eja n penggunaan words. harap asyu x mrah kita tegur...good job n good luck for done this story... =)
ReplyDeleteheheh x marah pun..
DeleteTrimas sbb gitau..
nnt Asyu buat elok-II kat part 2..
kat sini dah malas nak betul kan.. hehehe
thanks Mas
BEST ade smbungan tak
ReplyDelete