BAB
13
4
tahun selepas itu...
Suasana
begitu meriah. Nada dan Danial yang baru pulang dari sekolah agak
pelik. Jarang-jarang suasana rumah semeriah ini. Lantas dia melangkah
masuk. Salam diberi perlahan. Suara yang asyik bergurau senda itu
terdiam. Hampir serentak semua orang didalam bilik itu menjawab
salam. Nada terkedu. Dah lama tidak melihat wajah-wajah itu.
Izwan,
Johan, dan Amir merenung wajah Nada yang baru pulang. Nada sedikit
cuak. Amir satu hal, dua orang abangnya itu pun satu hal. Kenapa
mereka merenung Nada macam nak makan ni? Danial pantas mencapai
tangan Nada. Diheretnya Nada ke sofa. Nada hanya mampu mengikuti
langkah adiknya.
“Along,
angah, achik bila balik?” tanya Danial teruja. Amir sudah lama
tidak pulang sejak menyambung pelajarannya di Perlis. Danial yang
teruja itu pantas duduk disebelah Amir manakala Nada dibiarkan
terkulat-kulat di situ.
“Hah,
kenapa tak salam Nada?”tanya Linda yang baru sahaja muncul sambil
menatang sedulang penuh dengan gelas dan minuman manis. Nada pantas
menyambut dulang itu. Kesian pula melihat ibunya menatang minuman
yang dikir agak berat itu.
Nada
menyuakan tangan kepada Amir. Takut juga dia apabila wajah Amir
serius sahaja. Namun telahan buruknya hilang tatkala Amir tersenyum
manis. Nada membalas senyuman itu walaupun agak kekok. Lalu
dihulurkan juga tangan kepada Izwan dan Johan. Salamnya disambut baik
membuat hati gusarnya menjauh pergi.
Nada
pantas mengambil tempat disebelah ibunya. Masih malu dan kekok dengan
ketiga-tiga orang lelaki itu. Lalu dia menuang air untuk semua yang
ada. Hendak menyampuk perbualan mereka memang tidaklah, dia sendiri
tidak tahu hujung pangkal apa yang diborakkan itu.
“Hah,
Nada tak mahu minum ke? Tuang saja, minumnya tidak pula..” ujar
Izwan melihat adik susuan mereka duduk di situ tidak berkutik. Nada
tersentak. Laju sahaja tangannya mengapai air yang sudah sejuk itu
lalu diteguk rakus.
Tergelak
semua yang ada melihat telatah Nada. Seperti tidak pernah minum air
sahaja, meleleh-leleh air dibibir Nada. Linda mengusap sisa air
diwajah Nada penuh kasih sayang.
“Takut
sangat dengan along, angah dengan achik sampai minum pun tak betul.
Haih, manja betul Nada ni..” ujar Danial sengaja mahu memprovok
kakaknya. Nada mencebik. Pipi dikembungkan lalu ditekan sehingga
mengeluarkan bunyi 'pop'. Makin gamat ruang tamu itu dengan ketawa
mereka. Nada turut tertawa melihat semuanya gembira.
“Nada,
along mintak maaf atas semua benda buruk yang pernah along buat dekat
Nada.” Amir kelihatan amat kesal dengan perbuatannya. Nada
tersenyum senang.
“Nada
dah lama maafkan along. Salah Nada juga.. masa kecik-kecik selalu
kacau along dengan kawan-kawan along.” ujar Nada riang. Memang
benar dia selalu menganggu lelaki itu sehingga lelaki itu menjadi
rimas dengannya. Amir turut terjangkit dengan senyuman Nada.
'Kenapalah, masa dulu aku tak perasaan yang adik aku ni comel...
Haih.. nak kenalkan dengan Hafiz la..' hati Amir sudah membisik.
Pasti adik susuannya akan secocok apabila bergandingan dengan Hafiz
a.k.a teman baiknya di universiti.
“Okeylah,
Nada naik dulu... Nak mandi dah berlengas ni..” Laju sahaja Nada
melangkah ke biliknya. Rasa gemuruh pada awal tadi, hilang begitu
sahaja apabila mereka melayannya dengan begitu mesra. Rasa kosong
yang menyelubungi dirinya selama ini seakan-akan telah hilang.
Nada
melompat ke atas katil kesayangannya. Badan yang rasa melekit
dibiarkan sahaja. Dia merenung siling. Perasaannya tidak sudah-sudah
dihiasi rasa bahagia dan senang. Bagaikan hidupnya akan sentiasa
bahagia selepas ini. Lama dia merenung siling, mengingati masa-masa
kecilnya yang penuh duka dalam suka.
Rindu
pula dia dengan Aiman. Selepas PMR Aiman menerima tawaran asrama
penuh di Batu Gajah, Perak. Tak tahulah bagaimana anak senakal Aiman
boleh menjadi pelajar terbaik PMR disekolahnya. Dia juga memperoleh
keputusan yang boleh tahan cemerlangnya. Namun dia tak mahu menjauhi
ibunya. Sudah terlalu lama dia kehilangan rasa kasih seorang ibu,
apabila sudah diberikan oleh Linda takkan dia mahu pergi begitu
sahaja. Kesempatan itu pasti direbutnya.
Nada
menuju ke bilik air. Dibersihkan badan sepuas hati. Selepas segar,
dia mengenakan baju kasualnya. T-shirt putih yang dihiasi bunga kecil
berwarna kuning serta seluar hingga paras betis menjadi pilihannya.
Direnung wajahnya sepuas hati, sudah banyak masa berlalu hinggakan
fizikalnya turut berubah. Jika dulu dia agak kurus kini dia menjadi
agak montel akibat dimanjakan ibunya. Jika dulu wajahnya dipenuhi
jerawat, kini sudah tiada sejak dia mempelajari bagaimana penjagaan
diri yang betul.
Nada
beralih ke meja belajarnya, dibuka laci yang sudah lama tidak
berusik. Terlihat sebuah bingkai gambar. Terpampang wajah Huzairil
bapa kandungnya. Sudah 3 tahun namun dia tetap tidak dapat menerima
apa yang berlaku. Cuma kini dia sudah boleh bertegur dengan ayah dan
daddynya cuma dia masih tidak boleh terlalu rapat. Bagai terasa-rasa
sahaja bagaimana dia ditipu hidup-hidup. Biar pun mereka kata untuk
keselamatannya dia tetap rasa tertipu.
Satu
keluhan dilepaskan. Perasaan rindu terhadap rakan karibnya kembali
menjelma. Lalu dihampiri komputer riba hadiah daripada daddynya untuk
hari jadi ke-16. Sudah setahun komputer itu menjadi miliknya.
Walaupun dia marah dengan daddynya, komputer itu tetap dijaga dengan
baik. Wifi dibuka, juga merupakan hadiah untuk ulang tahunnya yang
ke-16 cuma kali ini daripada ayahnya. Macam berjanji pula dua lelaki
itu, setiap kali hadiah diberi pasti boleh digandingkan hadiah
mereka. Kadang-kadang Nada rasa kelakar, yelah mereka berdua bagai
nak rak rebut dirinya, tetapi boleh pula serasi dalam pemberian
hadiah.
Tersenyum
Nada melihat lampu hijau ditepi nama Aiman X. Nama samaran Aiman
Shafiq rakan karibnya. Pantas jarinya, menari di atas papan kekunci
komputernya. Nasib baiklah ada laman sosial ni, dapat juga mereka
berhubung.
Nada
Lovely : Wei, Aiman!!!! lama giler x jumpe ko.. Ko kat ne skang?
Tak
sampai 1 minit Aiman membalas.
Aiman
X : Apa wei2?! Assalamualaikum la... aku kat ne lagi... kat hostel
la.. bebudak hostel dah balik kg.. mklumlah cuti 3 hari.. hehehe aq
je malas.. ko plak?
Nada
Lovely : hehehe.. Sowy.. waalaikumussalam ^_^...... Ala.. nape tak
balik.. x takut ke duduk hotel tu sesorang? Aq cam biasa je.. bosan
la ko tak de..... Btw ce teka sapa yang ada kat umah aq ni??!! >_<
Aiman
X : Well aq tau.. ko memang bosan klu aq x de.. hahaha aq kan Aiman
the ANJEL ko.. X de maknanya aq nak tkut... Sapa kat umah ko? Daddy
ke?
Nada
mengembungkan pipinya. Geram pulak dengan Aiman ni.. Ada ke puji diri
sendiri. Daddy? Hurm.. hari-hari dia datang jenguk. Tu bukan suprise
lagi.. apalah Aiman ni..
Nada
Lovely : Byklah ko daddy.. dia hari2 terpacul depan umah aq. Ni
along, angah ngan achik balik..
Aiman
X : Hah?!!! biar betik ko ni!!! Habis, depe buli kau ke?
Nada
tergelak kecil melihat kawannya panik begitu. Nampak sangat Aiman
memang kawan terbaiknya.
Nada
lovely : Hehehe.. x de la.. dia org sikit punye baik dengan aq.
Mungkin sbb depe semua dah besar.. along pun dah abis Diploma.. angah
dan achik bru nak masuk uni.. depe macam dah boleh terima aq je..
Aiman
X : Alhamdulillah.. ko buat aq risau je.. Wei, abg aku kirim salam
dekat ko..
Nada
pelik. Nama Sulaiman turut menyala. Tetapi tidak pula dia tegur.
Kenapa Aiman yang sampaikan salam? Kenapa tak tegur dia sendiri??
Haih, banyak pula soalan Nada ni!
Nada
Lovely : Hurm?! Okey, waalaikumsalam.. Aiman, aq nak kena out ni.
Maghrib pun dah nak masuk ni. Aq blah dulu la.. Away~!!
Assalamualaikum, take care my Anjel!
Nada
terus daftar keluar dari laman sosial itu. Tak sempat Aiman nak balas
mesejnya. Nada mengerling jam dindingnya. Lagi 10 minit pasti azan
Maghrib akan berkumandang. Terus dia melangkah ke bilik air. Selesai
sahaja mengambil wuduk Nada membentang sejadah. Sedang dia asyik
membelek sebuah buku islamik miliknya sementara menunggu azan,
kedengaran ketukan di pintu. Nada menyuruh orang yang mengetuk pintu
itu masuk.
Terpampang
wajah ayahnya. Nada mengeluh. Apa lagilah, yang ayahnya mahu.
mana sambungannya .... semua entry tak ada sambungan .. but why ?? tak sabar nak bace sampai abis .... nk ending ????
ReplyDeletehehehe... sorry la lambat update..
Deleteinsya-Allah.. sebelum Ahad akan diupdate...
sibuk sikit.. nak hmpir sgt dgn exam MUET..
sorry ya...