Thursday, 14 February 2013

kerana kau anjelku 9


Bab 9


“Aiman, Irfan kenapa datang sini?”tanya Nada yang sudah selesa diatas katilnya. Aiman buat derk, Irfan pulak tersengih-sengih macam kerang busuk. Huzairil sudah kembali ke biliknya. Meninggalkan tiga anak muda itu.

“Macam kau tak tahu.. Irfan ni dah rindu tahap dewa dekat kau..”ujar Aiman bersahaja. Irfan yang sudah merah mukanya mendengar kata Aiman itu mula menggila. Diketuk-ketuk kepala Aiman dengan buku cerita Nada.

“Oi..Oi Ingat kepala ni tak bayar zakat ke?”jerit Aiman. Nada sudah ketawa melihat gelagat kawan-kawannya.

“Dah, dah... Tak payah nak gaduh..”Nada cuba mengawal keadaan.

“Dia yang mula dulu!”

“Dia la!”

“Shut Up!!!”Nada sudah menjerit. Nasib baik la bilik dia ni bilik seorang-seorang kalau berkongsi mesti dah kena tendang keluar. Tiba-tiba bilik dia senyap sepi.. Macam ada malaikat lalu je..

“Okey then, Mana hadiah aku?”Nada menadah tangan.

“Hadiah?”Aiman dan Irfan dan buat muka blurr.

“Yup hadiah. Kan kalau melawat orang sakit korang mesti bawak buah tangan.. So mana hadiah aku?”tanya Nada dengan suara yang ceria. Irfan sudah garu-garu kepala yang tidak gatal.

“Ni hadiah kau!”Aiman menyuakan tumbukannya. Nada naik angin. Orang cakap yang betul! Dia main-main pulak. Nada menarik muka.

“Ala.. Merajuk la pulak. Baru ingat nak bagi coklat ni...”Kata Aiman menayangkan coklat kegemaran Nada dihadapan gadis itu. Terus mata Nada bersinar melihat coklat kegemarannya.

“Nak! Nak!”Nada sudah melonjak-lonjak diatas katil hospital itu. Irfan ketawa kecil. 'Comel la pulak si Nada ni..' desis hati Irfan. Haih.. Irfan..Irfan kau je nampak Nada comel terkinja-kinja macam tu.. Orang lain nampak dia macam beruk baru terlepas dari zoo.

“Okey! Okey!”Jerit Aiman melawan suara nyaring Nada. Agak-agaknya masa Nada bayi dulu dia pernah tertelan mikrofon kot.. Sebab tu suara dia kuat.

“Okeylah.. Kau pun dah kenyang makan coklat segala.. So aku nak balik dulu..”ujar Aiman yag sudah bangun mahu menuju ke pintu.

“Ala... bosan la aku..”wajah Nada mula muram.

“Oh, ya kau balik bila?”Aiman menjeling Irfan. Haih.. tadi nak sangat ikut dia melawat Nada last-last... diam je depan Nada. Macam-macam la Irfan ni.

“Lagi dua tiga hari kot..”ujar Nada masih manayang wajah masam.

“Ehem.. ehem.. Nada kau nak tahu tak? Tadikan aku ada dengar daripada nurse tukan pasal bilik kau ni...”Aiman kembali duduk. Kesian pulak dekat Irfan yang nampak sangat tak mahu balik lagi tu.

“Apa, apa? Cepat la cerita!”Nada kembali ceria. Teruja nak dengar cerita si Aiman ni.

“Nurse tu cakap bilik ni dulu... ada seorang perempuan duduk. Dia anak orang kaya. Kaya gila la kiranya. Perempuan tu masuk hospital ni pasal tak cukup nutrien la macam kau sekarang ni.. Hari-hari doktor cucuk dia. Sampai satu hari tu, dia dah tak tahan. Dia ambik jarum tu.. dia cucuk dekat pergelangan tangan dia. Memancut-mancut darah dia keluar... Lepas tu dia...”Aiman menunjukkan tanda mati. Nada dah berpeluh dingin.

“Tipu!!!”mata dah mula berair. Nada memandang tidak percaya ke arah Aiman. Irfan pulak yang terlebih cuak. Dia dah memandang kiri dan kanan. Rasa meremang dengar cerita si Aiman ni.

“Betullah apa yang aku cakap ni.. kakak Nurse tu yang bagitahu aku...”Aiman menahan gelak. Seronok juga membuli Nada ni kadang-kadang. Selalu tu asyik dia yang kena buli dengan Nada.. hehehe kali ni je Aiman buli Nada.

“Man! Jom balik aku rasa tak sedap la..”bisik Irfan ditelinga Aiman. Takkan nak cakap kuat-kuat kalau cakap kuat-kuat karang konfem Nada pandang rendah dekat dia. Irfan bukan takut cuma... seram je..

“Okey! Nada kami gerak dulu. Baik-baik tau.. perempuan tu suka berkawan. Assalamualaikum!!”Aiman pantas melambai-lambai. Laju sahaja langkahnya. Nada yang memerhati, mula menangis. Sampai hati kawan-kawannya tinggalkan dia seorang diri dalam bilik berhantu ni. Nada pantas menuju ke bilik daddynya. Takut woo duduk seorang-seorang..

“Daddy!!!”Jerit Nada dalam tangisan. Terkejut Huzairil melihat anaknya menangis.

“Kenapa dengan anak daddy ni?”tanya Huzairil yang agak panik melihat air mata Nada.

“Bilik Nada ada hantu..”sayu sahaja suara Nada. Huzairil menahan tawa.

“Ye ke.. Okey kalau macam tu Nada tidur dekat bilik Daddy ye.. Nada tidur atas sofa tu. Esok hantu tu tak ada la.”Pujuk Huzairil. Nada berlalu ke sofa yang berada dibilik Daddy 'angkat'nya.

“Daddy.. Nada takut lagi...”kata Nada perlahan.

“Okey.. Kalau macam tu kita bersembang sampai Nada tidur. Okey tak?”Tanya Huzairil. Kronik juga Nada ni. Baru dengar cerita hantu dah menangis bagai..



0_____-


“Airil, mana pulak anak saya pergi ni?”tanya Huzairil yang jelas kerisauan. Sudah sepuluh minit dia menunggu Nada. Ingatkan Nada pergi bersiar-siar ke taman hospital. Apabila Huzairil menyuruh Airil melihat anaknya disitu, anaknya tiada.

“Saya pun tak tahu la Tuan..”Airil sudah berkerut-kerut dahinya. Dia turut risau dengan keselamatan anak angkatnya.

“Apa kata kita tanya dekat nurse yang jaga Nada...”Usul Airil. Huzairil mengangguk setuju.

“Jom!”Ajak Huzairil.



*____________*





“Assalamualaikum, cik tahu tak anak saya di mana?”tanya Huzairil sopan.

“Oh, Nadakan? Nada ada dibilik bernombor 130.”jawab Jururawat itu sambil tersenyum.

“Ya, terima kasih..”ujar Huzairil sambil bergerak pantas ke bilik yang dimaksudkan itu.


Pintu bilik yang bernombor 130 itu ditolak penuh debar. Apatah lagi apabila Huzairil melihat nama yang tertera dihadapan pintu itu. Airil mengikut langkah tuannya penuh berhati-hati. Dia ikut cuak melihat perilaku majikannya itu.

“Kau?!”suara Huzairil agak tinggi. Tak sangka ada tetamu yang tidak diundang.

“Ya, aku. Aku nak ambil anak aku Nada!”ujar Huzairil tegas. Dia mengarahkan Airil mendukung Nada ke bilik anaknya. Airil melangkah ke arah Nada dan membawanya keluar.

“Kau ingat Huzairil itu anak kandung aku!”Suara Huzairil ikut meninggi. Dia memandang lelaki yang menjaga anaknya hampir 14 tahun itu.

“Aku tahu dia anak kandung kau! Tapi, kenapa kau tak datang ambik dia macam yang kau janjikan dalam surat kau tu?! Kau abaikan dia.. Kau biarkan dia hidup dalam dusta! Sekarang ni kau tak payah susah-susah nak ambik dia balik.. Dia anak aku dunia akhirat!” Huzairil pantas mahu berlalu pergi dari situ.

“Aku akan tuntut hak aku Huzairil! Kau tunggu!!!”Jerit Huzairil ke arah Huzairil.



-_________________-..




“Hm.. Ayah?”Nada yang masih mamai bergumam.

“Hai, sayang! Dah bangun dah?”tanya Huzairil mesra. Nada mengangguk.

“Tadi Nada bukan dekat bilik Daddy ke?”tanya Nada yang keliru.

“Daddy? Kenapa Nada panggil lelaki tu daddy? Ayah tak suka!”ujar Huzairil kuat. Dadanya turun naik menahan marah.

“Ke.. kenapa ayah marah?”tanya Nada takut-takut. Tak pernah ayahnya memarahi dia.

“Sebab dia tu tak berhak dipanggil Daddy oleh anak ayah ni..”Ujar Huzairl lembut.

“Tapi.. ayah tak marah pun Nada panggil papa, papa...”ujar Nada yang mula mahu menangis.

“Sudah! Yang penting Nada jangan panggil dia daddy! Faham?!”Huzairil pantas keluar. Takut pula dia semakin panas. Nanti buat sebab sahaja Huzairil bapa sebenar Nada mengambil Nada darinya.

“Papa.. kenapa dengan ayah?”tanya Nada dengan tangisannya.

“Pa..papa tak tahu la.. Biarkan sajalah dia. Dia ada masalah kot..”ujar Airil memujuk Nada. Nada menangis sepuas hati. Nada yang penat menangis kembali tidur. Airil hanya mampu memandang. Dia sendiri tidak memanhami apa yang berlaku. Yang pasti, ada rahsia disebalik kejadian hari ini dan Airil akan menyungkil rahsia itu.

“Masih jauh perjalanan mu nak...”ujar Airl sambil berlalu keluar.



# hehehe dah lama x sambung cerita ni rasa cam pelik pulak.. Okey tak cerita ni???
hopefully memuaskan hati korang.. ^__^ Asyu janji nak tulis lagikan.. hehehe sabar..
Jika itu takdirnya sedang ditulis.. sila la like atau G+... hehehe klu rajin sila beri komen anda >_<... PEace to you all...

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)