Friday, 1 February 2013

kerana kau anjelku 8


BAB 8

“Assalamualaikum!!!”jerit Aiman dan Irfan serentak. Kedengaran sahutan salam dari Danial. Aiman menjuih bibir. Menyampah la tu.. 'Hish, ada pulak budak tak kenang budi ni...' Mulut Aiman mula tercebik-cebik. Dia memang tak suka dengan Danial, sejak tadika lagi dia tak suka. Irfan berkerut-kerut kening melihat wajah Aiman itu. 'Mamat ni kenapa pulak? Tadi beria sangat nak jenguk Nada lepas tu buat muka pulak..' Irfan sengaja buat tak kisah. Pelik tu memang la pelik tapi yang penting... NADA! Huhuhu Irfan dah rindu sangat dekat si Nada pujaan hati ni...

“Hem.... Korang rupanya.. Ada apa?”Tanya Danial malas. Aiman menjeling adik tiri si Nada tu. Irfan menayang sengih. Mana boleh masam nanti terus kena reject jadi abang ipar.

“Erk.. Nada ada?”tanya Irfan apabila Aiman tidak ada tindak balas.

“Nada? Dia tak ada..”Ujar Danial sedikit tidak senang. Aiman mula tak senang duduk.

“Kalau ma..”

“Kalau macam tu kita orang tunggu dia ajalah dekat sini..”ujar Aiman memotong percakapan Irfan. Irfan menjeling Aiman. 'Tak malu betul la kamu ni!'Aiman buat bodoh. Lantaklah apa pun yang penting dia nak tunggu jugak Nada! Danial kalut. 'Kalau diorang tahu Nada tak ada dekat rumah aku kena soal siasat... Tapi aku dah janji dengan Nada...' Mulut Danial tercebik-cebik.

“Hah, aku masuk tau..”ujar Aiman selamba menanggalkan kasut dan memasuki rumah itu. Irfan dah terlopong. 'Selamba giler macam badak!! Hish, malu aku dengan mamat ni..'mulut Irfan mula muncung.

“Erk..”Danial tak sempat nak kata apa-apa. Redha jelah Danial oit! Aiman tu kepala batu! Irfan mengekori langkah Danial.

“Korang buatlah macam rumah sendiri..”Ujar Danial. Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Malas nak mengadap Aiman yang layak jadi spy yang berjaya itu. Aiman buat selamba dia, Irfan saja macam rusa masuk kampung maklumlah first time dekat rumah si buah hati.




^_____^




“Aduh!”Nada jatuh terduduk di kaki lima hosital itu. 'Habislah punggung aku yang cantik..huhuhu sakit doh!' Macam-macamlah Nada ni, itu yang dia ingatkan.

“Maafkan Pak cik, nak”Ujar lelaki yang kelihatan seusia dengan ayahnya. Lelaki itu pantas menolong Nada bangun. Kesian pulak tengok Nada terkial-kial nak bangun. Yelah dah

“Tak apa.. Hem.. Pak cik ni kenapa lari-lari? Nikan hospital mana boleh lari.”ujar Nada. Macam dia pulak nurse dekat situ.

“Hahaha... Maafkan pak cik Nurse cilik. Pak cik nak tengok bos pak cik. Dia pengsan!”ujar lelaki itu sedikit risau tetapi masih mampu ketawa melihat keletah anak gadis itu.

“Saya bukan nurse cilik la. Nama saya Nada.”Ujar Nada lurus. Tiba-tiba saja jadi lurus bendul budak ni. Makin kuat ketawa lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu diam. Seperti memikirkan sesuatu.

“Nada? Nama anak, Nada?”Tanya lelaki itu bersungguh-sungguh. Nada mengangguk.

“Nama saya Nur Nada binti Huzairil.”kata Nada lagi siap bagi nama penuh. Lelaki itu sedikit tersentak.

“Nama pak cik, Azli. Nada boleh pak cik mintak tolong sikit?”tanya Azli penuh berharap. Nada memandang lelaki yang baru dikenalinya itu dengan pandangan yang pelik. Melihat kesungguhan lelaki itu, Nada mengangguk. Azli tersenyum lebar.

“Mari.”Ajak Azli. Nada mengikut lelaki itu.'




^______^




“Hoi, Danial mana kakak kau?”tanya Aiman geram sudah 4 jam mereka menunggu. Akibat tidak tahan menunggu Aiman menyerbu bilik Danial. Danial terlopong melihat penceroboh biliknya. Nasib baik la dia tak bukak seluar ke apa, walaupun sesama lelaki, malu la woi...

“Sorry tak sempat nak halang!”Ujat Irfan dah macam setiausaha pulak. Danial melepaskan keluhan kasar.

“Kau orang balik sajalah!”ujar Danial mula mengorak langkah keluar.

“Aku nak keluar ni. Korang balik la..”ujar Danial apabila Aiman masih tidak berganjak.

“Kau jangan nak cabar aku Danial! Mana kakak kau?”Tanya Aiman kurang sabar. Entah kenapa dua tiga hari ni dia tidak sedap hati apabila teringatkan Nada. Tangan Aiman mula mencekak kolar baju lelaki itu.

“Aku...aku..”tergagap Danial dibuatnya. Danial ni memang lembik sikit. Kena sergah mula mengelabah.

“Aku.. aku APA?!”sergah Aiman. Geram melihat Danial yang cuba mencari dalih.

“Yelah, yelah.. Lepaskan Aku dulu.”pinta Danial. Aiman melepaskan pegangan tangannya. Hati yang panas mula surut panasnya apabila Danial mahu memberitahu.

“Dia.. dia masuk hospital..”Perlahan sahaja suara Danial kedengaran. Namun kata-kata itu mampu menarik perhatian dari Aiman dan Irfan. Kedua-duanya ternganga.

“You're joking right?”tanya Irfan tidak percaya.

“Be..betul Nada masuk hospital. Dia kena tahan dekat hospital sebab kekurangan air dengan zat..”ujar Danial takut-takut. Mana tak takut, Aiman sudah menayang penumbuk.

“Macam mana dia boleh masuk wad? Mesti kau dengan abang kau yang berlagak bagus tu yang buat dia masuk hospitalkan?”tengking Aiman yang sudah tidak boleh mengawal perasaan marahnya.

“Bu..Bukan salah aku!”Jerit Danial. Dia pantas melarikan diri.

Aiman melepaskan keluhan kasar. Dia memandang Irfan yang terduduk kaku. Mungkin masih terkejut dengan perkhabaran itu. Aiman meraup mukanya kasar. Tangannya menyapa bahu Irfan.

“Jom, kita pergi hospital..”Ajak Aiman. Melihat Irfan yang masih dalam alamnya sendiri, membuat Aiman menarik rakannya itu. Irfan melangkah longlai mengikut Aiman. Masing-masing risau dengan keadaan Nada. Seorang sebagai kawan sejati seorang lagi sebagai orang yang mengharap kasih.



^_____^




“Nada boleh tolong temankan majikan pakcik?”tanya Azli. Sengaja dia tinggalkan anak itu bersama Huzairil. Mungkin benar Nada itu anak kandung majikannya. Dia harap begitulah.

“Hm.. Nama pak cik tu apa?”tanya Nada lurus. Sememangnya dia sedang bosan. Bagus juga ada teman walaupun orang tua...

“Nama dia... Huzairil.”

“Eh, nama dia sama dengan nama ayah Nada!”ujar Nada teruja.

“Haah, Nada temankan dia ya, kesian dia. Anak dia hilang..”Azli mula membuka cerita.

“Hah! Anak dia hilang?”Riak wajah Nada yang terkejut itu amat mencuit hati Azli. Azli ketawa mengekeh. Nada mula geram digelakkan lelaki itu. Mulalah dia buat perangai dia, pipinya dikembungkan lalu ditekan. Azli ketawa menekan-nekan perut melihat gelagat Nada itu.

“Hahaha.. hm... Nada tanya sajalah pak cik tu nanti..”kata Azli. Dia menghantar Nada ke bilik first class. Tertulis di pintu bilik itu, HUZAIRIL. Entah kenapa jantung Nada berdegup laju melihat bilik itu. Bagaikan ada ikatan diantara mereka.

“Assalamualaikum..”ujar Nada perlahan penuh debar.

“Waalaikumsalam..”jawab Huzairil. Matanya terpaku diwajah Nada. Persis arwah isterinya.

“Maisarah..”panggil Huzairil sebak. Nada buat muka pelik.

“Pak cik mana ada Maisarah, Nada adalah..”kata-kata Nada menyedarkan Huzairil kembali. Huzairil meraup mukanya. Benar, budak itu bukan isterinya. Malah Maisarah yang dia lihat kini, kelihatan lebih muda, kebudak-budakkan.

“Nada? Takkan...”Mata Huzairil mula meratah wajah Nada. Ya, dia yakin gadis itu anaknya. Anaknya yang sudah lama hilang jejak.

“Hah? Oh, nama saya Nada.. pak cik Huzairil..”ujar Nada sopan. Tingkah laku Nada benar-benar mencuit hati Huzairil. Anaknya telah membesar dengan baik. Tapi kenapa anaknya berpakaian hospital?
“Panggil ayah!”ujar Huzairil pantas. Nada menggaru kepala yang tidak gatal.

“Panggail ayah tak boleh la pak cik...”ujar Nada tegas.

“Papa?”tanya Huzairil masih berharap.

“Pun tak boleh..”ujar Nada.

“hm.. tak apalah macam tu..”ujar Huzairil sedikit kecewa.

“Kalau Daddy boleh la..”Kata Nada itu membuat senyuman terukir diwajah tua Huzairil.

“Tapi kenapa daddy nak Nada panggil daddy, daddy?”tanya Nada. Ya, dia memang pelik dengan tingkah laku pak cik itu. Mana taknya, tadi tiba-tiba panggil dia Maisarah lepas tu, suruh panggil Nada.

“Hm.. daddy rindu dengan anak daddy.”riak wajah Huzairil berubah mendung. Nada sudah serba salah.

“Hurm.. ala jangan la nangis-nangis.. Nada tak suka..”Nada buat-buat sedih. Taktik je lebih tu...

“Okey.. okey Daddy tak sedih dah. Nada jangan sedih nanti Nada makin tak comel..”usik Huzairil. Nada mula mengembungkan pipinya. Lalu ditekan sehingga mengeluarkan bunyi 'poop'. Terkedu Huzairil dengan Nada. Nada sendiri tak sangka keluar bunyi. Selalunya tak keluar bunyi pun. Huzairil ketawa sepuas hati, sampai keluar air matanya. Sudah lama dia tidak ketawa seperti itu.



^_____^


“Nurse, nurse bilik Nur Nada mana?”tanya Aiman dengan Irfan serentak. Risau tak terkata wa kata lu..

“Erk..”kakak nurse tu terkesima dengan pertanyaan budak berdua itu. Mana tak terkesima, bukannya tanya tapi menjerit sebenarnya. Nurse-nurse yang lain sudah ketawa melihat gelagat Aiman dan Irfan dah macam panik tunggu isteri bersalin je..

“Wei, korang apasal bising-bising ni???”tanya Nada yang kebetulan bersiar-siar Huzairil menyapa kawan-kawannya itu.

“La... Hidup lagi kau..”spontan keluar dari mulut Aiman. Irfan mengetuk kepala kawanya itu.

“Kurang asam! Belasah dia lagi Irfan!”bertambah semangat Irfan memukul Aiman. Aiman mengelak dari pukul Irfan itu. Berlari-lari mereka mengelilingi Nada dan Huzairil.

“WoiT! STOP!!!”jerit Nada yang mulai pening. Kedua-dua berhenti. Mereka berpandangan sesama mereka. Lidah dijelirkan serentak ke arah Nada.

“Korang ni!!!”giliran Nada pulak mengejar mereka. Huzairil ketawa senang hati melihat anaknya berseronok. Melalui siasatan Azli dia mendapat tahu anaknya menderita.

“Daddy akan lindungi Nada selamanya..”ucap Huzairil sedikit berbisik. Nada ketawa seronok dapat mengenakan rakan-rakannya.


#bersambung..
hahaha panjang ni je kali ni.. sori.. hahaha jangan marah

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)