Monday, 25 February 2013

korang khatan bile? (lelaki perempuan)

 Entah ehsan sapa la gambar ni.. Asyu coffe n pasta dari incik GOOGLE!!!
seronok la!! kenapa sunat lelaki lagi best dari perempuan???! tak Aci!!! >-<

         Macam tak logik je pertanyaan or tajuk Asyu nikan? Asyu ni kenapa nak sibuk2? hahaha Tak de la.. Asyu ada kerja kursus sejarah. Asyu pilih tajuk Berkhatan Adat Atau Tuntutan Agama? Cool x tajuk Asyu ni>.< hehehe..

       Okey berbalik kepada soalan Asyu korang Khatan bile?? Kalau lelaki memang Asyu yakin 8 tahun ke atas.. Sebab lelaki memang wajib.. ^_^ hahaha kena potong!!! Kalau perempuan... mesti masa bayi betul tak?! Tapi Asyu masa dah besar tau.. kiranya umur dah tahu takut la.. Asyu masa tu umur dalam 4,5 tahun bru kena Khatan.. Takut woo~ Tapi tak sakit pun.. lepas kena potong Asyu dah boleh melompat sana sini hahaha.. Macam siot je Asyu ni >.< tapi Asyu tak kencing sehari suntuk sebab takut berdarah.. Hehehehe (gelak mengenangkan betapa polosnya Asyu*-*''')

        Masa Asyu kena potong tu Asyu still ingat lagi.. Asyu tengah main dekat luar dgn anak2 sedara ni.. tetiba kakak asyu yang Sulung (lain mak) panggil suh masuk. Asyu pun sebagai adik mithali masuk la umah.. Dia suh ASyu baring kat atas lantai.. Asyu pun baring la.. tiba2 ada sorg opah ni dtg(bidan) dia keluarkan GUNTING!!! Asyu dah mengelupor kau!!! Hahahaha.. Kakak Asyu duk tekan badan Asyu suh baring.. tetiba dia lepas Asyu.. OH...Dah SIAP! tapi tak rasa sakit pun.. HAHAHA.. >o< Tapi tu la.. Sampai ke malam Asyu tak kencing..

      Sebenarnya.. sunat atau khatan bagi perempuan ni tak wajib.. tapi kalau kita lakukan perbuatan itu adalah perbuatan yang MULIA! o_O... So sesapa yang ISLAM tak bersunat lagi tu.. PERGI SUNAT SEKARANG!!! Hehehehe.. Gurau2 je.. Tak nak sudah.. tapi ada banyak kebaikkan tau! Tak percaya tanya pak cik GOOGLE>>_<< hahaha

       Okeylah.. cerpen ada tengah ontheway tapi x leh update lagi.. sebab ke suntukkan masam.. eh.. masa! hahaha >_<  So Klu Rajin jawab la soalan Asyu tadi tu.. KORANG KHATAN BILE??? Saja nak tahu.. PASTU KORANG YG PEREMPUAN TU KHATAN SEBAB APA? AGAMA OR TUNTUTAN AGAMA???  PeALsE JawAB!!! >,<.. SyUKRan! hahaha... k nant2 klu lapang Asyu masukkan entri baru... JAWAB TAU!!!

Thursday, 14 February 2013

kerana kau anjelku 9


Bab 9


“Aiman, Irfan kenapa datang sini?”tanya Nada yang sudah selesa diatas katilnya. Aiman buat derk, Irfan pulak tersengih-sengih macam kerang busuk. Huzairil sudah kembali ke biliknya. Meninggalkan tiga anak muda itu.

“Macam kau tak tahu.. Irfan ni dah rindu tahap dewa dekat kau..”ujar Aiman bersahaja. Irfan yang sudah merah mukanya mendengar kata Aiman itu mula menggila. Diketuk-ketuk kepala Aiman dengan buku cerita Nada.

“Oi..Oi Ingat kepala ni tak bayar zakat ke?”jerit Aiman. Nada sudah ketawa melihat gelagat kawan-kawannya.

“Dah, dah... Tak payah nak gaduh..”Nada cuba mengawal keadaan.

“Dia yang mula dulu!”

“Dia la!”

“Shut Up!!!”Nada sudah menjerit. Nasib baik la bilik dia ni bilik seorang-seorang kalau berkongsi mesti dah kena tendang keluar. Tiba-tiba bilik dia senyap sepi.. Macam ada malaikat lalu je..

“Okey then, Mana hadiah aku?”Nada menadah tangan.

“Hadiah?”Aiman dan Irfan dan buat muka blurr.

“Yup hadiah. Kan kalau melawat orang sakit korang mesti bawak buah tangan.. So mana hadiah aku?”tanya Nada dengan suara yang ceria. Irfan sudah garu-garu kepala yang tidak gatal.

“Ni hadiah kau!”Aiman menyuakan tumbukannya. Nada naik angin. Orang cakap yang betul! Dia main-main pulak. Nada menarik muka.

“Ala.. Merajuk la pulak. Baru ingat nak bagi coklat ni...”Kata Aiman menayangkan coklat kegemaran Nada dihadapan gadis itu. Terus mata Nada bersinar melihat coklat kegemarannya.

“Nak! Nak!”Nada sudah melonjak-lonjak diatas katil hospital itu. Irfan ketawa kecil. 'Comel la pulak si Nada ni..' desis hati Irfan. Haih.. Irfan..Irfan kau je nampak Nada comel terkinja-kinja macam tu.. Orang lain nampak dia macam beruk baru terlepas dari zoo.

“Okey! Okey!”Jerit Aiman melawan suara nyaring Nada. Agak-agaknya masa Nada bayi dulu dia pernah tertelan mikrofon kot.. Sebab tu suara dia kuat.

“Okeylah.. Kau pun dah kenyang makan coklat segala.. So aku nak balik dulu..”ujar Aiman yag sudah bangun mahu menuju ke pintu.

“Ala... bosan la aku..”wajah Nada mula muram.

“Oh, ya kau balik bila?”Aiman menjeling Irfan. Haih.. tadi nak sangat ikut dia melawat Nada last-last... diam je depan Nada. Macam-macam la Irfan ni.

“Lagi dua tiga hari kot..”ujar Nada masih manayang wajah masam.

“Ehem.. ehem.. Nada kau nak tahu tak? Tadikan aku ada dengar daripada nurse tukan pasal bilik kau ni...”Aiman kembali duduk. Kesian pulak dekat Irfan yang nampak sangat tak mahu balik lagi tu.

“Apa, apa? Cepat la cerita!”Nada kembali ceria. Teruja nak dengar cerita si Aiman ni.

“Nurse tu cakap bilik ni dulu... ada seorang perempuan duduk. Dia anak orang kaya. Kaya gila la kiranya. Perempuan tu masuk hospital ni pasal tak cukup nutrien la macam kau sekarang ni.. Hari-hari doktor cucuk dia. Sampai satu hari tu, dia dah tak tahan. Dia ambik jarum tu.. dia cucuk dekat pergelangan tangan dia. Memancut-mancut darah dia keluar... Lepas tu dia...”Aiman menunjukkan tanda mati. Nada dah berpeluh dingin.

“Tipu!!!”mata dah mula berair. Nada memandang tidak percaya ke arah Aiman. Irfan pulak yang terlebih cuak. Dia dah memandang kiri dan kanan. Rasa meremang dengar cerita si Aiman ni.

“Betullah apa yang aku cakap ni.. kakak Nurse tu yang bagitahu aku...”Aiman menahan gelak. Seronok juga membuli Nada ni kadang-kadang. Selalu tu asyik dia yang kena buli dengan Nada.. hehehe kali ni je Aiman buli Nada.

“Man! Jom balik aku rasa tak sedap la..”bisik Irfan ditelinga Aiman. Takkan nak cakap kuat-kuat kalau cakap kuat-kuat karang konfem Nada pandang rendah dekat dia. Irfan bukan takut cuma... seram je..

“Okey! Nada kami gerak dulu. Baik-baik tau.. perempuan tu suka berkawan. Assalamualaikum!!”Aiman pantas melambai-lambai. Laju sahaja langkahnya. Nada yang memerhati, mula menangis. Sampai hati kawan-kawannya tinggalkan dia seorang diri dalam bilik berhantu ni. Nada pantas menuju ke bilik daddynya. Takut woo duduk seorang-seorang..

“Daddy!!!”Jerit Nada dalam tangisan. Terkejut Huzairil melihat anaknya menangis.

“Kenapa dengan anak daddy ni?”tanya Huzairil yang agak panik melihat air mata Nada.

“Bilik Nada ada hantu..”sayu sahaja suara Nada. Huzairil menahan tawa.

“Ye ke.. Okey kalau macam tu Nada tidur dekat bilik Daddy ye.. Nada tidur atas sofa tu. Esok hantu tu tak ada la.”Pujuk Huzairil. Nada berlalu ke sofa yang berada dibilik Daddy 'angkat'nya.

“Daddy.. Nada takut lagi...”kata Nada perlahan.

“Okey.. Kalau macam tu kita bersembang sampai Nada tidur. Okey tak?”Tanya Huzairil. Kronik juga Nada ni. Baru dengar cerita hantu dah menangis bagai..



0_____-


“Airil, mana pulak anak saya pergi ni?”tanya Huzairil yang jelas kerisauan. Sudah sepuluh minit dia menunggu Nada. Ingatkan Nada pergi bersiar-siar ke taman hospital. Apabila Huzairil menyuruh Airil melihat anaknya disitu, anaknya tiada.

“Saya pun tak tahu la Tuan..”Airil sudah berkerut-kerut dahinya. Dia turut risau dengan keselamatan anak angkatnya.

“Apa kata kita tanya dekat nurse yang jaga Nada...”Usul Airil. Huzairil mengangguk setuju.

“Jom!”Ajak Huzairil.



*____________*





“Assalamualaikum, cik tahu tak anak saya di mana?”tanya Huzairil sopan.

“Oh, Nadakan? Nada ada dibilik bernombor 130.”jawab Jururawat itu sambil tersenyum.

“Ya, terima kasih..”ujar Huzairil sambil bergerak pantas ke bilik yang dimaksudkan itu.


Pintu bilik yang bernombor 130 itu ditolak penuh debar. Apatah lagi apabila Huzairil melihat nama yang tertera dihadapan pintu itu. Airil mengikut langkah tuannya penuh berhati-hati. Dia ikut cuak melihat perilaku majikannya itu.

“Kau?!”suara Huzairil agak tinggi. Tak sangka ada tetamu yang tidak diundang.

“Ya, aku. Aku nak ambil anak aku Nada!”ujar Huzairil tegas. Dia mengarahkan Airil mendukung Nada ke bilik anaknya. Airil melangkah ke arah Nada dan membawanya keluar.

“Kau ingat Huzairil itu anak kandung aku!”Suara Huzairil ikut meninggi. Dia memandang lelaki yang menjaga anaknya hampir 14 tahun itu.

“Aku tahu dia anak kandung kau! Tapi, kenapa kau tak datang ambik dia macam yang kau janjikan dalam surat kau tu?! Kau abaikan dia.. Kau biarkan dia hidup dalam dusta! Sekarang ni kau tak payah susah-susah nak ambik dia balik.. Dia anak aku dunia akhirat!” Huzairil pantas mahu berlalu pergi dari situ.

“Aku akan tuntut hak aku Huzairil! Kau tunggu!!!”Jerit Huzairil ke arah Huzairil.



-_________________-..




“Hm.. Ayah?”Nada yang masih mamai bergumam.

“Hai, sayang! Dah bangun dah?”tanya Huzairil mesra. Nada mengangguk.

“Tadi Nada bukan dekat bilik Daddy ke?”tanya Nada yang keliru.

“Daddy? Kenapa Nada panggil lelaki tu daddy? Ayah tak suka!”ujar Huzairil kuat. Dadanya turun naik menahan marah.

“Ke.. kenapa ayah marah?”tanya Nada takut-takut. Tak pernah ayahnya memarahi dia.

“Sebab dia tu tak berhak dipanggil Daddy oleh anak ayah ni..”Ujar Huzairl lembut.

“Tapi.. ayah tak marah pun Nada panggil papa, papa...”ujar Nada yang mula mahu menangis.

“Sudah! Yang penting Nada jangan panggil dia daddy! Faham?!”Huzairil pantas keluar. Takut pula dia semakin panas. Nanti buat sebab sahaja Huzairil bapa sebenar Nada mengambil Nada darinya.

“Papa.. kenapa dengan ayah?”tanya Nada dengan tangisannya.

“Pa..papa tak tahu la.. Biarkan sajalah dia. Dia ada masalah kot..”ujar Airil memujuk Nada. Nada menangis sepuas hati. Nada yang penat menangis kembali tidur. Airil hanya mampu memandang. Dia sendiri tidak memanhami apa yang berlaku. Yang pasti, ada rahsia disebalik kejadian hari ini dan Airil akan menyungkil rahsia itu.

“Masih jauh perjalanan mu nak...”ujar Airl sambil berlalu keluar.



# hehehe dah lama x sambung cerita ni rasa cam pelik pulak.. Okey tak cerita ni???
hopefully memuaskan hati korang.. ^__^ Asyu janji nak tulis lagikan.. hehehe sabar..
Jika itu takdirnya sedang ditulis.. sila la like atau G+... hehehe klu rajin sila beri komen anda >_<... PEace to you all...

Wednesday, 13 February 2013

HaPPy BriThday to MEEE!!!

        Dengan muka tak malunye.. Asyu nak wish diri Asyu happy birthdayyyyyyyyyyyyy!!! memang Asyu ni tak malu la... hehehe >.< ada Asyu kesah?! Maka dengan rasminya Asyu mengumumkan.. Asyu genap 19TAHUN!!! Yeppii For mE>>0<< Dah tua rupanye diri aku ni... hahaha..

       Hahaha Mak Asyu duk sibuk ajak p Kinta River Front.. tengok lampu2 cantik.. Last2 Hujan pastu kawan abang Asyu datang.. so tak jadi pergi... Sedew ke? x sedew pun hahaha..

        Tepat pukul 12 .... Mak Asyu nyanyi lagu happy birthday to Asyu hahaha Dengan kawan2 abang Asyu nyanyi..  Malu doh.. #>_<# hahaha.. Blushing I.. huhuhu

       Hahaha Pastu Mak Asyu offer nak makan apa2 x? Mula2 malas.. pastu abang Asyu sebut KFC.. HUah!! Nak! Nak! End then jauh la plak.. Asyu cakap McD pun boleh... So.. Asyu makan BigMac.. n Aiskrim.. hahaha Tengah malam buta Asyu melantak benda2 tu..

        Asyu bukak la Fb.. Sedewnye.. sikit betul org wish Asyu(baru berlalu beberapa detik dri jam12...).. Asyu sembang la dengan kawan2 Asyu.. Ada yg wish masa chat.. Asyu x kesah.. asalkan korang ingat that all just enough for me.. ^_^

       Pastu.. dah kenyang segala.. Asyu bukak blog nak update entri ni.. Hahahaha Sedewkan birthday day Asyu... X pe la.. Asyu X kesah..

        Okey.. Tahun ni birthday Asyu x de kek.. so Asyu letak gambar kek je... hahaha Asyu ni fanatic kek Coklat...










        K Bye2 Sok Asyu ada kelas pa.. Sedewnyw.. Birthday girl kena p kelas.. :(.. Hahaha harap2 no tepung2, telur dan seangkatan dengannya...... Rose is my Favourite.. And Cocolate is my always Wanted dessert.. > u < //// Hohoho... BYE@/// Wish me all the luck...! see You all Tomorow... Goodnight to All.. Love u All...............................                                                          

Sunday, 10 February 2013

Asyu will be a Granny ~O0O~!!!

           Percaya tak dengan tajuk tu??? Percaya jelah!! Memang kenyataannya, insyaallah bulan 8 ni Asyu akan menjadi nenek!! Hehehe anak saudara sulung Asyu dah hamil!! Cepat ucapkan Tahniah dekat Asyu hahahaha.. > u <

            Pada usia 19 tahun Asyu akan digelar Granny Su.. hahahaha cis... guna BI tak terasa sangat dah tua  hehehe.. O.O hehehehe

            Mesti pelikkan.. Asyu tak pernah mention anak2 sedara Asyu yang lain selain dari anak kakak atas Asyu je.. Hehehe Asyu ada banyak anak sedara... ada dalam 20 kot.. hahaha Malas nak kira.. Semuanya anak kakak n abang Asyu.. :)

            tak sabar nak tunggu my newest family member ni.. mesti comel macam mak dia masa kecik2 dulu.. hahaha (Asyu tak tau masa mak dia kecik2 comel ke tak.. tapi tgk gambar comel la.. >.<) Asyu belum lahir lagi masa tu..

            Lagi lima tahun... (bayangan Asyu)

             "Siapa ni? Anak ke?"tanya kawan Asyu

             "Tak lah. Cucu aku..."jawab Asyu..

              "Biar betik!!!"kata kawan Asyu..

              "Betul.. ce ko tanya dia aku ni sapa."

               "Adik ni siapa?"tanya kawan Asyu sambil tunjuk Asyu.

               "Granny Su.."dengan suara yang comel cucu sedara Asyu jawab..

               "Okey.. aku percaya!" dengan riak x boleh blah dia percaya...

       Imaginasi Asyu ni x boleh blahkan.. Tapi itulah yg akan terjadi..(asyu rasa la.. O-O) Hehehe cuba bayangkan sejak dari bayi Asyu telah dipanggil sebagai Mak Su.. ASyu sorang je yg ber'mak' bagai.. Kakak abang  n adik Asyu depe panggil.. Cik Aar, Cik Nana, Cik Ima, Cik Nua.(yg cik2 ni adik beradik seibu ASyu) Tak aci betul depe ni!! .>.<.(muka x puas hati)

     Tapi tak pelah.. Dengan anak-anak sedara Asyu la Asyu main bagai. takut dengar cerita hantu sama2.. Mandi sama2 (masa kecik2 je lah...) Makan mencekik sama2.. kena buli sama2(abg n kakak Asyu jahat suka buli kitaorg..=_=..) curi2 menyelam dalam kolah bilik air rumah ayah ASyu sama2.. Kena kerah nuat kerja sama2.. Pendek kata semua sama2.. so dah x terasa pelik depe panggil Asyu Mak Su.. Tapi yang pelik tu Asyu kena panggil anak sedara sulung Asyu Kak Fara.. Tapi dia panggil Asyu mak Su.. Hehehehe masa kecik2 ye.. Asyu panggil depe kakak abang. dah besar ni.. Rasa mcm x realistik lak.. So Asyu panggil nama je..

     Asyu rasa cukup tercabar bila dibandingkan dngn Anak sedara Asyu.. Asyu tau la Asyu ni, x pandai macam diorang.. x lawa macam diaorng.. x kurus cam diaorg.. huhuhuhu sedew tau tak.. Tapi nak buat cam ne.. Redha je la.. ~_~''' Asyu janji akan merubah diri Asyu kepada yang lebih baik!!!

      Rasa macam dah lari tajuk je.. Hahaha dah masuk luahan hati dan motivasi diri sendiri lak.. hahaha...




semoga.. bayi anak sedara Asyu tu sihat, cergas.. dan comel mcm bayi2 kat atas ni...
semoga Fara sihat sentiasa dan selamat dunia akhirat...



Love you my nephew n niece..
the list



Fara
A'ei
Nana
Yaya
e'
eton
bina
wani
daus
salma
alia
adib
ika
komai
wawa
luqman
adik [x ingat nama dia']
aishah
zadquan..


Rasaye.. tu je.. tak tau plak klu ada yg tertinggal..
hahaha sorry klu ada diantara anak sedara Asyu yg Asyu x listkan.. dah lupe nama2 korg so ada yg Asyu bantai je... jangan marah... dosa tau marah Mak su korang.. >_< hahaha
peace no war.....

Saturday, 9 February 2013

Puteri Hatiku >o< 2


BAB 2

Puteri hatiku >o<



“Puteri Orange!!!”jerit Kira yang sudah keletihan mengejar tuan puteri. Puteri ni tak reti nak penat ke? Orange memandang Kira tajam. Geram dengan kedegilan Kira yang masih mahu memanggilnya Puteri.

“Wahai pengawal yang budiman.. Boleh tak panggil saya Orange je??? >_<”Muka comel Orange berkerut-kerut menahan geram. Kira mengeluh.

“Mana boleh.. Puterikan anak kepada Raja Kiw pemerintah negara Swerd yang tercinta ni... Saya sebagai seorang rakyat merangkap pekerja Puteri perlulah mematuhi protokol!”jelas Kira. Teringat dia sewaktu dia baru sedar dari pengsan. Orange masih melayani dia bagaikan seorang kawan. Walaupun berkali-kali ditegah, namun Tuan Puteri itu masih berdegil. Pelik betul dia dengan anak raja ni, asyik nak berkepit dengannya 24 jam. Bosan tau tak??? *___*

“Hurm.. yelah =_=.. Kira.. macam mana yek kehidupan seorang remaja biasa?”tanya Orange, mukanya menunjukkan riak teruja.

“Hah?! Hm.. macam biasa la. Pergi sekolah, lepak-lepak, dating... hah, macam tu je la..”terang Kira sambil tergaru-garu kepalanya. Yelah, dia pun belajar sekerat jalan. Seluruh hidup dia, dia asyik melatih dirinya. Sejak dia tahu yang dia juga mempunyai Fireroard seperti ayahnya.

“Ye ke? Orange teringin nak pergi sekolah macam budak-budak biasa. Bosan la menghadap muka cikgu seorang-seorang.”Orange mula sungul,sedih la kononnya.

“Hm.. Aku pun sama.. Eh, umur Tuan Puteri Orange berapa ye?”tanya Kira sedikit berminat. Yelah muka si Orange ni macam anak patung tak boleh nak teka umur dia berapa...

“Orange dah 16 tahun. Kira?”tanya Orange. Riak sendunya sudah berlalu pergi.

“Eh, sama la pulak!”ternyata riak terkejut Kira tidak dapat disorok. Orange ketawa kesukaan sambil bertepuk tangan. Sekali tengok dah macam kanak-kanak dapat ice-cream je.. dua kali tengok baru sedar puteri tak cukup wayar rupanya.

“Kira... Oh.. Kira..”alahai manjanya suara si Orange ni. Kira dah terangkat-angkat bahu, alergik la konon.

“A..Apa?”tanya Kira tergagap-gagap. Ngeri dengar suara manja Orange tu.

“Orange ingat nak pergi sekolah...”kata Orange sambil bermain dengan hujung rambutnya.

“Hm.. okey jugak tu.. Nak ke Raja Kiw bagi?”tanya Kira lurus. Tetiba je jadi lurus lelaki ni..

“Ayahanda mesti bagi! Ayahandakan sayangkan Orange.. Kalau tak bagi.. tau la Orange nak buat apa!”Orange mengenggam tangannya gaya macam nak punch/tumbuk orang je. -_-'''

“Suka hati kau la...”ujar Kira selamba. Malas dia nak layan kerenah puteri manja itu.



^_______^


“Kira cepatlah!!! kita dah lambat!”jerit Orange yang bersemangat.

“Hish... menyusahkan betullah perempuan ni... Lain kali mintaklah rumah dekat bandar! Ni mintak dekat tengah hutan.. menyusahkan!”bisik Kira. Gara-gara Orange la dia terpaksa menjejakkan kaki di sekolah. Sekolah menengah!!! Tidak!

“Cepatlah!”laung Orange sekalian kalinya. Punyalah susah dia pujuk ayahandanya. Teringat macam mana dia mogok mahu ke sekolah.

Raja Kiw mengeluh melihat anaknya. Susah betul bercakap dengan orang degil ini. Sudah berkali-kali, dia cakap tak boleh, tu tak boleh la!

“Kalau ayahanda tak kasi, Orange tak mau makan..”ujar Orange sedikit emo.

“Sayang.. Bukan ayahanda tak nak kasi. Just.. Orangekan tak ada kuasa..”ujar Raja Kiw. Memang dia takut mahu melepaskan anaknya itu jauh dari dirinya. Permaisurinya dulu meninggal kerana dia leka membiarkan permaisuri Loui keluar bersendirian. Permaisuri Loui juga tidak mempunyai kuasa seperti anak mereka Orange.

“Orange tak peduli! Orange nak jugak ke sekolah sebagai rakyat biasa! Kalau tak, Orange mogok!”Orange menayang muka serius. Raja Kiw mengeluh. Tengok sahajalah selama mana puterinya mampu bertahan.

Selama tiga hari Orange mogok makan. Risau Raja Kiw dibuatnya. Akhirnya Raja Kiw bersetuju membenarkan Orange bersekolah sebagai orang biasa dengan syarat salah seorang pengawal perlu memerhatikan pergerakan Orange. Kira telah dipilih memandangkan Kira dan Orange adalah sebaya. Orange turut meminta duduk diluar istana. Nak tak nak Raja Kiw membenarkan.

Kira melangkah besar. Tidak mahu bersaing dengan puteri kepoh itu. Rajin betul mereka berjalan ke sekolah, ni akibat Orange yang nak sangat merasai hidup rakyat biasa. Orange terkejar-kejar mengikuti langkah Kira. Beberapa kali dia menjerit memanggil Kira namun tidak dihiraukan.

Orang tersandung batu. Tergolek-golek dia terjatuh dilereng bukit itu. Kira yang sudah ke depan tidak perasan dengan keadaan Orange dan meneruskan perjalanannya. Orange melaung-laung meminta pertolongan. Tetapi tak ada siapa yang perasan. Maklumlah tadi dia bersemangat sangat nak pergi sekolah, sampai bertolak dari rumah pun awal pagi. Akhirnya Orange buat keputusan untuk terus menunggu kalau-kalau Kira sedar akan kehilangannya.

“Awak okey ke?”Orange mencari-cari arah suara itu.

“Kira ke?”tanya Orange. Takut juga kalau-kalau musuh ayahandanya.

“Bukan! Saya pelajar sekolah TP!”jerit suara itu.

“Oh, saya pun pelajar sekolah TP. Boleh tolong saya tak? Kaki saya terseliuh!”beritahu Orange.

“Okey! Tunggu sekejap!” Orange menunggu penuh sabar. Geram pula dengan Kira. Macam mana la lelaki itu boleh terlupa dengannya ><'''.

Tak lama kemudian lelaki itu muncul. Dia menuruni bukit yang curam itu menggunakan seutas tali. 'Handsome.. tapi Kira lagi handsome..'detik hati Orange. Sempat lagi mengatal tu hihihi..

“Awak okey?”tanya lelaki yang berkaca mata itu. Dengan rambut biru gelap, membuatkan lelaki itu nampak sempurna. Terkesima sebentar Orange dibuatnya.

“Okey..”jawab Orange. Lelaki itu cuba membantu Orange bangun. Namun kaki Orange sudah membengkak. Terpaksalah lelaki itu mengendong Orange sambil memanjat bukit itu.

“Terima kasih!”ucap Orange sesudah sampai ke atas. Lelaki itu sekadar mengangguk.

“Nama saya Ren. Awak siapa?”tanya Ren yang sudah bersedia mahu mengendong Orange ke sekolah.

“Saya Put.. Saya Orange!”jawab Orange.

“Oh.. selamat berkenalan Orange!”Kata Ren bersemangat.



$_____$



“Haih?! Mana pulak Orange pergi ni? Tadi bukan main ikut aku?”Kira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia yang sudah sampai ke sekolah merayau-rayau disekeliling sekolah mana tahu Orange merayap ke sekitar sekolah.

“Takkan kena culik?!”Kira mula mengelabah. Sudah sepuluh kali dia berpusing dan mengeladah kawasan sekolah TP itu. Mana Orange hilang ni?!

“Kira!!!!”kedengaran suara yang cukup dikenali Kira. Orange! Mata Kira meliar mencari Orange.

“Orange!”Terkejut Kira melihat Orang dikendong oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Dia mula mempratikkan apa yang dipelajarinya. Kuasanya mula berkumpul. Tangannya mengeluarkan api berwarna hijau.

“Kira! Tunggu dulu, dia yang selamatkan saya!”Halang Orange. Takut juga dia melihat wajah serius Kira. Ren yang tidak tahu menahu sedikit kaget dengan perlakuan Kira. Yalah bukan calang-calang orang mampu mengeluarkan kuasa sebegitu jika tidak dilatih. 'Siapa mereka sebenanya?' Ren mula memikirkan siapa mereka. Dari gerak geri lelaki yang dipanggil Kira oleh Orange, dan Orange. Ren rasa mereka ini daripada keluarga yang berada.

“Dahlah tu Kira jom masuk kelas..”ajak Orange. Kira tidak mempedulikan Orange. Marah apabila Orange memenangkan yang tidak mereka kenali.

“Ini arahan!”tegas Orange. Dalam tidak suka Kira mengikuti langkah Ren yang masih mengendong Orange ke kelas mereka.


# huhuhu okey la kan??? Asyu tak boleh nak sambung semua.. malam nanti Asyu masukkan lagi satu entri okey? heheheh Happy Holiday !!!

Entry suka2

        Tajuk tak boleh blahkan? kan? Hahahaha sebenarnya Asyu tengah bosan ni... tak de sapa nak layan Asyu menyembang... Kesian tak? Kesian la...

         Hidup ni kadang-kadang best.. kadang-kadang bosan.. Hahaha Asyu dah mula merapu... Huk Oloh.. Emo lak Asyu malam ni... : (   Apa kata malam ni.. Asyu ceritakan pasal rancangan televisyen yang Asyu suka tengok.

         Asyu suka cerita yang mencabar. Like realiti show.. Hm.. memang best!!! Macam cerita Runways Model, Running Man.. Hahaha tapi.. semua cerita yang Asyu suka ni.. Ada dekat Astro!!! Umah Asyu mana ada Astro.. >-<

antara citer realiti yg Asyu suka..

       

           Lagi Asyu suka cerita yang berunsurkan medical.. hehehe Masa kecik2 Asyu nak jadi doktor.. tapi x pandai.. so Asyu layan cerita berunsurkan medical je... hahaha


       satu cerita yang menarik! >_< Time Slip Dr. Jin the BEst! Menggunakan istilah medical yang tepat... ^_^ watak2 dia pun handsome n cantik hakhakhak ... Gambar dia buat operation segala pun.. huhu~ kalau korang tgh makan tgk citer ni memanglah memang.. Asyu tak pe.. memang suka buat hal gila ~ >__< ~ Sampai abang Asyu marah. Ada ke tengah makan Asyu layan citer ni...


Satu lagi cerita berunsurkan medical.. ~_~ hahaha I Like it ahahah You Like it Ahahah.. Ni cerita 18sx tau.. hahaha tapi Asyu dah tengok sejak umur budak sekolah rendah [tak ingat bila)...  cerita ni pun best!!! Banyak info leh dapt.. Tapi janganlah contohi sosial life depe...


          Setakat ni apa macam taste Asyu ??? Best dak?? hahahaha FYI [pengaruh tv] Asyu suka cerita English tau.. n KOREANS hahahah  nak tau2 jom tengok..


                                      Rooftop Prince... hehehehe comel tul citer ni.. i LIKE!!!


                                           
                                        Jane By design.. Hahaha Fashionista.. Erk.. betul ke Asyu eja?


                                                    Siapa tahu cerita nI??? Bestkan??? hahahahah


          Okeylah sebelum Asyu makin merapu.. I SAY BYE2 hihihihi.... Sok lusa Asyu masukkn Entri baru tuk novel, cerpen, fantasi bagai... Tapikan jadual Asyu full cuti ni.. Tak tau la macam mana.. Asyu akan masukkan jugak cerita2 tu.. jangan risau >_< sebenarnya ada byk lagi cerita yg Asyu suka tgk tapi.. maleh n dah ngantukkn Lain kali je la.. Okey bye2 tata, titi, Sayonara, Adious Amigos!!! O ^ O''' jumpa lagi lain kali... ^_^


                                                                          

Thursday, 7 February 2013

PUTERI HATIKU >o< 1


PUTERI HATIKU >o<

BAB 1

Orange berlari riang. Seronok dapat membebaskan diri daripada kawalan pengawal peribadinya. 24 jam diperhatikan membuat Orange rasa dikongkong. Tanpa disedarinya, Orange melanggar seseorang.

“Adoi... Sakitnya buntut aku.. Kau ni buta ke perempuan? Mata letak dekat mana?”tengking lelaki yang dilanggar Orange itu. Orange terpaku.

“Woi, dengar tak? Takkan pekak pulak? Hoi!”jerit lelaki itu.

“Hm...”Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Orange. Buat pertama kalinya dia ditengking. Perasaan gemuruh, teruja, seronok, mula bercampur baur di dalam diri Orange. Tangannya meraba-raba lantai. Mencari kaca matanya yang terpelanting saat dia berlanggar dengan lelaki itu. Teringin Orange melihat lelaki yang berani menengkingnya.

“Hish, menyusahkan betullah perempuan ni! Kalau dah rabun tu buat la cara rabun!”sedikit keras suara lelaki itu. Menyampah agaknya dengan Orange. Namun, tangannya masih mengunjukkan kaca mata Orange. Orange masih meraba-raba lantai, ternyata dia tidak nampak kaca mata yang berada ditangan lelaki itu. 'Ingatkan rabun tahap biasa.. ini dah kira rabun tahap gorila ni.. Aku dok layang-layangkan spek ni depan mata dia pun tak nampak jugak...' Tangan Orange dicapai. Cermin mata bertukar tangan. Muka Orange seakan kemerah-merahan saat tangan lelaki itu bersentuh dengannya. Lelaki itu mengelengkan kepalanya. 'Naif betul..'getus hati lelaki itu.

“Terima kasih!”ucap Orange yang ternyata teruja melihat wajah lelaki tersebut. 'Ingatkan rabun je.. Rupanya gila.. ish..ish.. Kesian pulak..'tanpa sedar kepala turut digoyangkan. Orange memandang pelik lelaki yang baru dikenali itu.

“Saya Orange!”ujar Orange bersemangat. Tangan dihulurkan.

“Hm.. Aku Kira..”ujar Kira selamba. Tangannya masih menyambut huluran salam perkenalan Orange. Yelah cikgu dia kata, kalau tak layan orang gila macam perempuan ni, nanti orang gila tu mengamuk.

Mata Kira asyik mengerling jam. Sepatutnya sejam yang lalu dia ditemu ramah oleh ketua pengawal diraja. Penat dia melatih diri selama ini. Sehingga sekolah ditinggalkan. Nampaknya cita-citanya terpaksa terkubur. Impiannya untuk melindungi keluarga diraja Kiw tidak dapat ditunaikan. Kira terduduk mengenangkan hasrat tidaak kesampaiannya.

“Kenapa awak nampak sedih?”tanya Orange. Kira yang tengah bersedih hanya mampu memandang pelik ke arah perempuan cilik itu. Perempuan itu memerhatikan dirinya, seolah-olah dirinya ini alien.. Pelik juga dia, bagaimana istana ini boleh membenarkan orang gila sebegini berkeliaran.

“Saya sepatutnya melapor diri..”tak sempat Kira nak habis cerita Orange sudah menyampuk.

“Pengawal diraja?”tanya Orange yang tiba-tiba bersemangat. Kira turut bersemangat, dia yakin perempuan itu tahu dimana bilik yang dicari-cari sejak dua jam yang lalu.

“Ya, Orange tahu dimana?” Tanya Kira dengan mata yang bersinar. Orange mengangguk.

“Boleh awak tunjukkan jalan..”pinta Kira penuh berharap.

“Awak suruh be.. Saya?”tanya Orange teruja. Kira mengangguk. Hampir-hampir sahaja Orange melompat kegirangan.

“Okey, serahkan sahaja kepada Put.. Eh, Orange! Hah, serahkan sahaja kerja ini kepada Orange!”tangannya memukul-mukul perlahan mulutnya. Hampir-hampir dia mendedahkan identitinya sebagai Tuan Puteri negara Swerd. Dia masih belum puas dilayan bagaikan rakyat biasa. Kira sekadar mengangkat kening. Pelik betul kelakuan perempuan ini. Lantaklah yang penting kerja yang diidam-idamkan berada di dalam tangannya.

Orange melangkah mendahului Kira. Kira pantas membuntuti langkah Orange yang padanya amat hyperaktif itu. Pelik dengan gelagat perempuan nerd itu. Seronok sangat dapat jadi kuli dia. Sampaikan jalan pun melompat-lompat riang. Suka hatilah perempuan nerd.. asalkan bahagia sudah.. Erk, sejak bila pulak Kira ni jadi manusia yang prihatin ni?

“Tuan..”senyap terus suara semua pengawal di dalam bilik itu. Orange pantas meletakkan jari telunjuknya di mulut. Takut kalau-kalau orang bawahannya terlepas cakap.

“Awak semua ini ada orang baru! Nama dia Kira. Sila berbaik dengan dia ya!”kata Orange bersemangat. Kira sedikit tersentak.

“Orange! Saya belum diterima lagilah!”kata-kata Kira mengundang pandangan dari semua yang ada. Kira sedikit kaget. 'Apahal pulak dia orang usha-usha aku ni?' Kira berdehem. Takut jugak dia bila semua pengawal itu memandangnya dengan riak macam nak telan orang sahaja.

“Awak ni kenapa? Berpeluh pulak tu. Panas ke?”tanya Orange sambil tersenyum manis. Semua pengawal seakan-akan terpesona melihat senyuman manis lagi ikhlas dari Orange. Kira turut memandang wajah Orange apabila semua memandang wajah itu. 'hm.. boleh tahan. Wajah bujur. Putih melepak. Mata bulat. Bibir.. bibirnya berwarna merah semulajadi. Hidung tidak terlalu mancung tetapi elok terletak. Comel.. Aik... kenapa aku kata dia comel? Dah la pakai spek mata besar! Rabun tahap gorila! Clumsy tak hinggat!' tanpa sedar mata Kira menganalisis wajah dan paras rupa Orange.

“Mana ada comel!”tanpa sedar kata-kata itu tercetus dari mulut Kira. Orange memandangnya pelik. Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka.

“Robert!!!”jerit Orange. Tangannya memaut lelaki yang baru masuk. Robert mengosok kepala gadis yang manja itu. Kira terlopong.

“Hai.. Princess. How do you feel today?”tanya Robert mesra. Tapi tak padan dengan wajahnya. Wajahnya jelas menunjukkan dia seorang yang sangat serius. Kira teragak-agak mahu menyapa ketua pengawal diraja itu.

“Oh, ada orang lain. Siapa ni Princess Orange?”tanya Robert kepada tuan puteri itu.

“Pengawal Puteri yang terbaharu.”Jelas Orange sambil berpaut dilengan Robert yang besar dan gagah. Dia suka bergayut dilengan lelaki yang sudah dianggap sebagai abangnya itu.

“Hm.. not bad!”ujar Robert selepas menilik seluruh badan Kira.

“Saya diterima berkerja ke?”Tanya Kira tidak percaya.

“Yup! Princess sendiri request awak. So mestilah lulus.”kata-kata Robert itu mengundang ketawa dari Kira.

“Hahahaha apa yang encik Robert merepek ni? Siapa princess?”tanya Kira yang masih dengan tawanya.

“This! This is Princess Orange, princess of Swerd.”sekali lagi Kira terlopong. Princess?!

“No!!!!!”jerit Kira sebelum rebah.



idea muncul 6/2/2013
Hai semua!!! hihihi cerita lain tak habis lagi.. Asyu dah masukkan entri baru chum cerita baru..
cerita kali ni berunsurkan fantasi n magik.. ni baru pengenalannya belum main point dia.. hahaha watak2 dia jelas menunjukkan cerita ini tak berkaitan dengan yang hidup atau mati..
jika itu takdir kita Asyu tengah taip. kalau sempat malam ni jugak Asyu masukkan. Hahahah don't worry.. cerita2 yang lain tu akan Asyu sambung waktu cuti ni!!! YEay sok LASt sekOLah!!! Pasni penuh la blog Asyu... BTW HAPPY HOLIDAY !!!!
sayang korang semua >_<

Sunday, 3 February 2013

mY bEAuTifuLL mALaYsIA dAY....

     Kepada sesiapa yang tak tahu hari ni (Ahad 3/2/2013) merupakan hari My Beautifull Malaysia Day!!! Hahahaha mesti semua pelikkan? Kenapa Asyu sibuk sangat pasal benda ni... Sebabnya seluruh Malaysia buat gotong royong termasuklah sekolah Asyu yang berada di Ipoh Perak ni..

    Asyu dan semua budak form 6 jadi wakil sekolah, kitaorg terpaksa gerak ke dewan Jelapang seawal 7.30 pagi lebih la.. Asyu dan kawan Asyu, Myera G-Funk ada dekat dewan tu.. Tunggu punya tunggu... rupa2nya aktiviti situ start pukul 9 pagi.. huh.. berangin aku. Tapi tak pe lah semua datang awal so ramai2 sakit hati.. hahahaha

    Pastu Adun ke apa Asyu tak tau la jawatan dia, rasmikan aktiviti ni.. Tetiba je dia kata

    "Sesiapa nak TOLONG bersihkan KAWASAN JELAPANG NI?"tanya dia.. Asyu dah terlopong.

    "Dah gile????? dah la kena sapu tepi jalan besar. depan balai polis.. nanti aku dok main lambai2 dengan abang polis tu.. X mao aku..."Asyu cakap kat kawan Asyu.. BTW tempat tu banyak ANJING!! lagilah Asyu x moh.. Kawasan tu kawasan cina biasa la anjing tu...

   Asyu pun pergi lah balik ke sekolah. Cikgu cakap pergilah sekolah kejap jenguk muka... tapi ada la beberapa orang budak form 6 ni nak pergi padang ipoh (tempat perasmian besar-besaran). So cikgu cakap pergilah skola dulu.. berbincang la mereka. Asyu dah gerak dengan kawan Asyu ni g skola balik.

    Sampai skola tetiba budak junior.. (form 5) cakap kat Asyu.

    "Akak kena g pss.."Asyu dah rasa nak jerit je.......... Malas doh...
   
     Asyu sebagai pengawas pss yang berjaya lagi berkarisma pun pergilah melangkah ke tangga. Tak sempat nak panjat. Cikgu Ana(bukan nama sebenar) cakap meh tolong dia. Asyu kawan Asyu2 yang lain pun ikut la dia.

    Asyu nak tolong tapi x de peralatan... Sedih betul tengah bersemangat ni...

    "Nak tolong? tunggu jap sat lagi lori MBI datang.."cakap cikgu Ana. Asyu dah terlopong lori MBI... fuh~ hebat betul skola SMK JJ ni... So Asyu pun pusing2 dulu satu skola.. seronok la pulak..

    Tak lama pastu, lori MBI datang. BESOR LORI TUH~~~ hahahaha macam poyo je Asyu ni... Asyu dengan Myera dah lari2 pergi kat lori.. BERSEMANGAT LA KATAKAN.... hahahaha berlagak baik lak Asyu ni.

   Asyu pun angkut la segala penyapu/penyakar sampah/plastik sampah dan sebagainya taman mini.. (SMKJJ ni banyak taman mini.. Asyu pilih yang dekat tangga yang nak ke padang utama) Asyu pun menyapulah. semangat macam esok nak raya. Klu mak Asyu nampak mesti dia kata

   "Rajinnya anak mak... Tapi kemas rumah malas" hahaha tu kenyataan. Asyu rajin klu skola je..

    Masa tu.. ramai budak Form 6 dah lari g padang Ipoh tinggal Asyu, Myera, Illi, Sharmila,Sherly kot.. or Sharon tu je klu tak silap Asyu yang lain dah lesap. kami pun bekerjasama... Apa yang penting? KERJASAMA!!! hahahaha Wonderpets la sangatttt...

    Hahaha macam2 gelagat budak junior.. Ada yang tunjuk bakat menyanyi sambil wat kerja. Ada yang ayu2 ada yang berlagak Macho.. Ada yang childish.. hahaha Asyu ternampak budak form berapa ke? main kereta sorong. yang tolak tu lelaki. yang duduk dalam kereta sorong tu perempuan menjerit2 budak pompuan tu.. hahaha teringat masa Asyu kecik2 dulu..

   Tengah Asyu n Friends menyapu daun. tetiba je Kawan Asyu, Illi ni menyanyi lagu tema IM4U hahaha.. Terbaik.. Asyu tau la kita belia... hahaha banyak gambar kami tangakap. budak junior pun ada seorang dua tangkap gambar ngan Asyu.. BESTTTTTT SANGAT>>>____<<< Klu la Asyu tau aktiviti gotong royong ni best cam ni Setiap tahun Asyu datang.. hahaha Asyu datang hari sebab MYERA PAKSA hahaha

   tu je nak kongsi............... hahaha mesti semua menyampahkan.. entry novel, cerpen tak post pun.. ni post pulak benda ni... hahaha SORRY >_<   Asyu tak g padang Ipoh sebab Asyu sayang sekolah Asyu [Ini semua poyo!!!] hahaha.. okey kepada kawan2 Asyu [Yg Asyu sebut jgan marah Asyu masukkan nama korang.. : D] Myera G-Funk jangan marah nanti ko cepat tue..... hahahaha

                                      1 MALAYSIA!!!!!
        Tetiba je.............................. bye2 tata2 titi2 Adious Amigos!! Sayonara!!!!

   
  

Saturday, 2 February 2013

SUPRISE!!! (special entry.. pengubat hatiku ^_^)


SUPRISES!!!!

Special entry... Dia pengubat hatiku.




Dua selepas kenduri, di rumah mak ayah Aina.

“Sayang ni, kita baru alami alam kahwin dua hari, sayang dah berkepit balik dengan novel-novel sayang.”ujar Raisul sedikit sesal. Menyesal la, kalau dia tak belikan novel-novel tu mesti Aina duduk bawah ketiak dia je...

“Hm...”jawab Aina nak tak nak. Raisul muncung. Geram dengan telatah Aina yang terlalu asyik dengan novel-novel itu.

“Sayang.........”panggil Raisul manja.

“Hm...”

“Apa ni?”jerit Aina apabila novelnya dirampas. Marah sungguh Aina, merah mukanya menahan marah. Nak marah tak boleh nanti kena cop isteri derhaka.

“Hukuman sebab sayang tak layan abang..”ujar Raisul selamba. Semakin bengkak hati Aina melihat senyuman kemenangan suaminya. Aina malas nak lama-lama disitu, nanti ada yang merah kena ketip dengan senjata terulungnya. Aina melangkah laju. Namun, Raisul sempat menarik tangannya jatuh terduduk Aina diatas paha Raisul. Makin lebar senyuman Raisul. Aina menolak tubuh Raisul kuat apabila Raisul mahu memeluk tubuhnya. Sampai terjatuh Raisul dari birai katil mereka.

“Apa ni sayang?” Ujar Raisul masam.

“Hukuman sebab rampas novel Aina.”ujar Aina, tersenyum sinis. Dia pantas berlari anak ke bawah. Raisul merengus kasar.

“Haih, novel.. Kau memang jeles dengan akukan?”novel milik Aina dilempar ke dinding. Melepaskan rasa geramnya. Haih, sebab novel pun merajuk bagai... padanlah dua-dua tu..


O______O


“Assalamualaikum..”ujar Aina, muram. Dua pasang mata yang berada didapur mula memerhatikan dia. Dua-dua menjungkit kening. Kemudiam mengangkat bahu.

“Tak payah nak propar sangatlah abang Ilya, abang Ilman.”kata Aina tanpa memandang ke arah kedua abangnya itu. Tangan ligat membancuh teh.

“Kenapa kamu masam je dikNa?”tanya Ilya. Memang dia ni jenis kepoh sikit.

“Hm.. tak de apa-apalah..”ujar Aina sedikit sayu. Ilya dan Ilman mula mengelabah mendengar nada suara adik mereka. Takkan Raisul buli adik mereka? oh.. mentang-mentang Along dengan angah mereka tak ada, Raisul terus buli adik kesayangan mereka ni..

“Kenapa dia buli Aina ke? Bagi tahu, nanti abang Ilya belasah dia!”ujar Ilya bersungguh-sungguh.

“Betul tu!”sokong Ilman.

“Hm... dia, dia rampas novel Aina..”cerita Aina. Memang sedih sungguh nada suaranya. Ilya ketawa mendengar kata adiknya itu. Kemudian dah 5 minit baru Ilman gelak sama. Biasa dia memang blur sepanjang masa.

“Huhuhu adeh, DikNa ni pasal novel pun nak sentap. Bila masa pulak DikNa layan novel ni?”tanya Ilya yang seronok gelakan Aina. Pelik juga dengan statement adiknya itu, novel? Setahunya Aina ni bukan minah novel..

“Sejak Asyraf hadiahkan..”sampuk Raisul yang baru turun. Ilya dan Ilman tersengih-sengih melihat wajah Aina yang kelat itu.

“Hurm.. tau pun abang yang hadiahkan.. Tapi kenapa rampas lepas bagi dekat Aina? Buruk siku!”ujar Aina masih terasa. Raisul tergelak kecil. Comel la pulak muka merajuk Aina ni. Rasa nak bawak honeymoon je... huhuhu gatal la pulak Raisul ni. Ilya dan Ilman dah naik bilik, malas nak dengar pasangan suami isteri ni berpujuk bagai. Yelah mereka masih solo, jeles la tu..

“Memang la abang rampas.. Yelah sampai sayang tak layan abang. Ni semua novel tu punya pasal.”ujar Raisul sedikit cemburu.

“Hm.. tak kiralah apa pun! Aina tak mau kawan dengan abang!”ujar Aina hentak-hentak kaki.

“Oh, tak nak kawan.. rugilah tiket honeymoon yang along hadiahkan tu..”ujar Raisul memancing perhatian Aina. Bulat mata Aina mendengar perkataan 'hadiah'.

“Honeymoon? Pergi mana?”tanya Aina dengan mata bersinar.

“Kenapa tanya? Kata tak nak kawan. Terpaksa la abang pulangkan tiket pergi Pulau Redang ni dekat along..”ujar Raisul sambil tersenyum. Dia tahu taktiknya pasti menjadi.

“Redang! hm.. sapa cakap tak nak kawan. Kawanlah lepas honeymoon baru tak kawan..”ujar Aina dengan suara yang ceria. Dalam kepalanya dah tersedia aktiviti yang mahu dilakukan. Raisul tergelak besar mendengar kata-kata Aina itu.



^------^



“Sayang!!!”jerit Raisul yang sudah penat mengejar Aina. Aina buat perangai lagi! Esok mereka dah kena balik, Aina tak nak balik pulak. Macam-macamlah Si Aina ni.

“Tak mau! Tak mau!”jerit Aina tidak puas hati. Dia masih tak puas snorkeling bagai. Dia nak bercuti lagi!!!!

“Sayang! Dah la tu, esok kita kena balik jugak! Abang dah janji..”Raisul hampir terlepas cakap. Nasib baik hampir belum cakap lagi.

“Janji apa?”tanya Aina dengan mata yang cerlung. Senjata sudah disiap sediakan.

“Janji.. erk, janji nak.. nak belikan sayang novel baru. Hah, novel baru!”Raisul mengaru-garu kepala yang tidak gatal. 'apasallah mulut ni gatal nak cakap pasal novel... Hurm cemburu lagilah aku lepas ni..'ujar Raisul dalam hati apabila Aina sudah melonjak gembira.


^__________^



Aina termenung menunggu suaminya. Sejak kebelakangan ni, Raisul selalu balik lambat. Walaupun mereka sepejabat jarang Aina dapat melihat wajah suaminya. Asyik meeting dekat luar sahaja.

“Hah, Aina kenapa tak tidur lagi ni?”tanya Azwan. Hujung minggu begini memang dia selalu duduk dirumah mak ayahnya.

“Tunggu hubby Ainalah. Sibuk je along ni!”ujar Aina yang sedang bad mood itu. Sejak akhir-akhir ini moodnya tidak menentu sekejap happy sekejap sedih. Azwan tersenyum mendengar kata-kata Aina itu. Macam marah je.

“Kenapa moody je dikNa along ni? Raisul buli ye..”tanya Azwan prihatin.

“Hm.. Aina tak taulah. Raisul tu sejak kebelakangan ni susah sangat nak jumpa dia. Asyik keluar. Dia sekarang macam ada rahsia je..”luah Aina. Azwan tersenyum.

“Aina, dia kerja. Jangan fikir bukan-bukan. Along tak nak adik kesayangan along ni jatuh sakit. Kalau Raisul sakitkan hati Aina bagitau along. Nanti along dengan angah belasah dia.”ujar Azwan menyakinkan Aina. Aina mengangguk gembira. Seronoklah ada orang pujuk.

“Dah pergi tidur dulu.”ujar Azwan lagi. Aina mengangguk, kaki dibawa melangkah ke biliknya.



*_______*



Aina terhendap-hendap mengekori Raisul. Hari ni, dia nak tahu jugak apa sebenarnya yang Raisul rahsiakan dari dia. Runsing Aina dengan perubahan mood Raisul lagi teruk dari dia. Nak kata Raisul marah dia baca novel. Mana ada dia baca novel masa Raisul ada. Nak kata dia gaduh dengan Raisul pun tak ada. Raisul ada perempuan lain??? Ish, tak mungkin. Raisul tu gentlement.

Raisul masuk ke sebuah restoran. Aina semakin pelik. Nak kata Raisul ada temujanji hari ni mana ada. Pantas Aina mengekori suaminya yang makin lama makin pelik. Aina duduk dibelakang Raisul. Tak la Raisul nampak dia.

“Hah!”terjerit kecil Aina apabila melihat seorang wanita duduk dimeja suaminya. Rasa nak belasah orang je sekarang ni. Tapi Aina lagi rasa sedih. Sampai hati Raisul tipu dia. Baru tiga bulan mereka kahwin Raisul dah pandai rahsiakan benda ni.

Aina pantas menaip pesanan ringkas kepada suaminya.

'Abang ada dekat mana?'

'Ada dekat luar.' Aina geram. Kata sahaja di restoran apa susah.

'oh, ingat nak ajak makan.'

'Abang makan dengan kawan.' Aina mula berangin. Sebelum angin dia terkeluar baik dia blah dari sini.


@_____@



Aina membawa diri ke Langkawi. Seronok juga dia seorang diri disitu. Tenang sahaja. Hari-hari boleh makan coklat. Namun semenjak dua tiga hari ni, Aina selalu rasa pening. Mungkin banyak sangat makan coklat. Aina melangkah perlahan diatas pasir yang suam itu. Seronok dapat main pasir. Punggung dilabuhkan dibawah pokok yang rendang. Novel yang sejak dua minggu lalu, dia usung dikeluarkan. Aiseh.. feeling pulak baca novel ni dekat sini. Teresak-esak Aina menangis membaca part sedih novel itu.

“Huhuhu.. sapa pulak yang menganggu kontrentasi aku ni..”Aina membuka pesanan ringkas di telefonnya dengan perasaan malas.

'Aina balik sekarang! Raisul sakit!' Aina buat derk. Tak percaya dia dengan pesanan ringkas yang dihantar oleh angahnya.

Tak lama kemudian masuk pesanan kedua.

'Raisul sakit! Dia muntah-muntah.'pesanan kedua itu daripada abang sulungnya. Aina mula gelisah tetapi dia sabarkan hatinya takut prank je. Nanti kalau tipu lagi dia sakit hati.

'Aina dekat mana? Raisul sakit'pesanan ketiga masuk. Daripada abang ketiganya.

'Aina tolong jawab. Raisul sakit ni!'pesanan keempat daripada abang keempatnya. Aina sudah tidak tentu arah.

'Aina sayang, baliklah suami Aina sakit ni.'pesanan daripada emaknya. Aina sudah berlari ke chaletnya. Dia mahu bertolak balik hari ini juga. Aina rasa berdosa sangat buat Raisul macam tu.


$--------------$




“Abang!”sedikit menjerit Aina memanggil Raisul yang terbaring lemah. Raisul memandang isteri yang dirinduinya. Raisul cuba untuk tersenyum. Tetapi dia tak larat sangat.

“Suami kamu tu dah lama sakit. Dah dekat seminggu. Tapi dia tak bagi kami bagitahu kamu..”ujar Azwan mewakili semua. Aina memandang suaminya sayu.

“Along dah bawak abang pergi hospital?”tanya Aina. Risau pula dia lihat suaminya terbaring lemah.

“Belum. Dia tak nak. Penat along pujuk.”pantas Azwan memberi alasan. Takut Aina meng'attack' dia.

“Aina tengok abang sakit sangat ni. Jom hantar pergi hospital.”ujar Aina. Azwan pantas mengangguk setuju.

“Hah, jom-jom!”Azwan menolong memapah Raisul. Aina mengekori dari belakang.



Hospital besar XXXX

“Aina tunggu sini ke masuk sekali dengan Raisul?”tanya Azwan. Aina yang pening-pening lalat itu mengangguk.

“Aina masuk sekali la. Kesian abang.”ujar Aina memapah Raisul masuk ke bilik doktor. Azwan tunggu diluar. Malas nak tumpang sekaki. Alasan semata-mata.

“Abang buat la pemeriksaan. Aina duduk dekat sini je ek...”kata Aina yang sudah tidak tahan lagi. Pening pulak kepalanya. Bau ubat-ubatan ni memang bagi sakit kepala sahaja. Raisul mengangguk.

“Abang..”panggil Aina yang mulai lemah.

“Apa?”tanya Raisul lemah. Terbuntang mata Raisul melihat isteinya jatuh terjelepok. Dia yang sememangnya lemah cuba menghampiri isterinya. Akhirnya pandangannya turut gelap sebaik sahaja dia disebelah isteri kesayangannya.



+______+


“Abang?”panggil Aina yang masih mamai. Pening masih ada. Bau ubat kuat menyusuk hidungnya.

“Ye sayang..”jawab Raisul yang duduk ditepi katil Aina. Sejak dari tadi dia menunggu isterinya sedar. Raisul tersenyum manis walaupun wajahnya sedikit pucat.

“Aina dekat mana ni? Aik, kenapa abang duduk situ? Kenapa Aina baring ni?”tanya Aina yang mulai keliru.

“Aina, sayang kita dekat hospital..”jawab Raisul dengan senyuman lebar. Aina pelik dekat hospital pun boleh senyum lagi?

“Abang ni okey ke?”tanya Aina. Tangannya antas menjamah dahi suaminya. Raisul mengangguk.

“Abang okey. Terima kasih sayang.”tangan Aina dikucup kasih.

“Kenapa terima kasih pulak ni?”tanya Aina yang blurr.

“Abang ingat nak buat sayang suprise alih-alih abang yang suprise..”ujar Raisul teruja.

“Suprise? Kejutan apa ni?”tanya Aina yang mulai geram itu. Pantas dicubit Raisul sekuat hati. Pelik tapi benar Raisul masih mampu tersenyum lebar.

“Abang nak jadi papa!!!”ujar Raisul sedikit menjerit. Teruja tahap melampau ni.

“Hah! Papa? Abang dah ada baby dengan perempuan tu ke?”tanya Aina sayu. Terus terhambur tangisan Aina.

“Ish apa yang sayang merepek ni?”tanya Raisul sedikit kalu melihat perubahan isterinya.

“Abang dapat baby dengan perempuan tu!”tangis Aina. Raisul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Perempuan mana ni? Cuba cakap terang-terang..”pujuk Raisul yang sudah serabut.

“Perempuan yang abang makan sama tu. Yang masa Aina sms abang jawab abang tengah makan dengan kawan.”ujar Aina masih menangis.

“Oh... tu kawan abang la sayang. Dia yang tolong abang siapkan suprise sayang!”ujar Raisul sedikit kuat. Suara tangisan Aina menegelamkan suaranya.

“Hm.. suprise? Bukan bini no 2? baby tu?”tanya Aina yang mulai reda tangisnya.

“Ya suprise.. Baby tu... ada dekat..”tangan Raisul melekap diperut Aina. Aina tersenyum. Air mata keluar lagi. Tetapi kali ini air mata kegembiraan.

“Suprise tu??”tanya Aina yang kini nampak teruja.

“Suprisenya.. ni..”Raisul menayangkan kunci rumah. Aina menjerit riang.

“Abang..”tiba-tiba Aina menutup mulutnya. Dia berlari ke arah bilik air. Tetapi yang peliknya Raisul turut berlari sama. Raisul terus melambakkan muntahnya. Aina dah lega. Tak muntah pun.

“Abang okey?”tanya Aina. Dia asyik mengusap belakang suaminya. Raisul mengangkat tanda dia sudah lega. Aina memimpin suaminya ke katil.

“Kenapa abang yang muntah?”tanya Aina pelik.

“Sebab pembawakan budak..”ujar Raisul lemah. Aina tersenyum.

“Sayang, jangan lari lagi. Kawan abang tu tolong abang reka bentuk rumah kita. Dia arkitek..”terang Raisul dengan mata terpejam. Mungkin penat.

“Okey, sayang janji!”ikrar Aina. Dia tersenyum bahagia. Dipeluk suaminya.

“Ehem, ehem!”kedengaran suara yang amat Aina kenali.

“DikNa oit, awak tu dah nak ada baby... tak payah nak manja sangat la...”usik Angahnya. Aina menarik muka.

“Elok sangat la tu, buat muka macam tu. Nanti anak sedara kitaorang pun suka buat muka macam tu..”Ujar alongnya pula.

“Along! Angah!”jerit Aina. Raisul sudah ketawa melihat gelagat isterinya. Aina turut ikut ketawa. Seronok melihat wajah riang suaminya. Semoga anak ini dapat mengikat kasih sayang mereka selama-lamanya.



Tamat sudah... happy ^__^ senyum selalu... komen2 lah sikit >_<
sayang koranggggggggggggggggg!!!! <3