Sunday, 20 January 2013

mr playboy 'n' miss blurr


Mr playboy 'n' Miss blurr



“Along, tunggu la kita orang!”jerit Asyraf kepada kakak sulung mereka. Ramadhani sudah jauh meninggalkan adik-adiknya. Dia ketawa kesukaan.

“Lembab! Along dah setahun tak joging pun laju je. Korang yang hari-hari joging boleh kalah dengan Along!”jerit Ramadhani sambil menghadap ke arah adik-adiknya. Kaki masih berlari anak. Tanpa sedar Ramadhani terlangar seorang lelaki yang sedang mengikat tali kasutnya.

“Adoi! Siapalah yang buta tak nampak aku yang besar bedabak dekat sini?”kata Amirul yang masih terlanding ditengah jalan. Ramadhani masih menyedap duduk diatas badan Amirul yang berketul-ketul itu. Masih blurr mungkin..

“Ehem, ehem! Cik adik, boleh tolong bangun tak?”kata Amirul agak kuat apabila gadis itu tiada reaksi. Ramadhani yang baru tersedar terus gelabah.

“Alamak! Sorry, sorry sangat-sangat! Sakit ke encik?”tanya Ramadhani kelibut. Tangannya meraba-raba dada bidang Amirul tanpa sedar.

“Woi, woi, sudah-sudah la tu. Tak payah la nak merasa dada aku yang tough ni!”jerit Amirul sambil menolak tubuh kecil Ramadhani. Ramadhani terkesima, terkejut mendengar jeritan Amirul yang nyaring mengalahkan cik ponti itu.

“Along! Kenapa along duduk atas tanah ni? Apa encik ni buat dekat along?”tanya Asyraf yang kepenatan mengejar kakaknya itu. Asmira adik kedua Ramadhani sibuk menggosok belakang Asyraf. Takut kalau-kalau abangnya itu akan mengamuk.

“Eh, eh, ta.. tak de apa-apa la angah. Jom kita balik!”jawab Ramadhani yang masih tak hilang rasa terkejutnya itu. Ramadhani kembali menyambung lariannya diikuti adik-adiknya yang lain. Asyraf sempat menayang penumbuknya kepada lelaki yang tak dikenali itu.

'Eh, budak ketot ni! Kakak kau yang salah, kau nak belasah aku pulak? Hish, melampau!'baru Amirul mahu membuka mulut mereka sudah hilang dari pandangannya.

“Tak apa! Hari ni hari kau, esok hari aku!”Amirul melepaskan marahnya ke arah sebatang pokok palma. Habis daun-daun pokok itu dicabutnya. Tiba-tiba kedengaran nada dering telefonnya, Amirul pantas melihat skrin telefonnya. 'Nasib baik, Aireen kalau la Hafiz yang call tentu-tentu kena sembur dengan aku..' dengan suara yang lembut Amirul menjawab panggilan dari aweksnya itu. Aweks yang entah ke berapa pun Amirul tak tahu. Yang penting malam ini dia boleh release tensionnya.




*_____*



“Bwahahahaha, Along, along patut la encik tu marah sangat. Yang along pergi raba dada dia tu kenapa?”tanya Asmira yang masih seronok mengetawakan kakak sulung mereka. Asyraf dan Zizan sudah bertepuk tampar antara mereka. Puan Ermiza dan Encik Izuddin sekadar tersenyum nipis.

“Gelak-gelak la kuat-kuat lagi! Hish, macam la kamu tak kenal along. Along kalau mengelabah mesti nak raba-raba sesuatu. Kebetulan pulak dada dia yang luas macam ladang kambing tu ada dekat sini, apalagi tangan along marayap sendiri la!”bahas Ramadhani, geram dengan penerimaan keluarganya.

“Along, abah tak tau. Nanti dia suruh along kahwin dengan dia along kena setuju. Sebab along dah raba dia.”ujar Encik Izuddin. Puan Ermiza menyembunyikan tawa. Anak-anaknya lain sudah keluar air mata mendengar bicara abah mereka. Cuma Ramadhani yang sudah bertukar warna. Warna putih! Takut pulak dia mendengar pernyataan abahnya tadi.'Eh, sekejap! Bukan aku ke yang patut rugi? Dia lelaki apa dia kesah...'ujar Ramadhani didalam hati sekadar mahu menenangkan diri.

“Pandai-pandai je abah ni. Ibuuuu tengok la abah ni! Dia buli Dhani!”adu Ramadhani kepada Puan Ermiza.

“Er... ibu tak campur. Tapi kalau betul la lelaki tu masuk meminang ibu setuju je, benda baik buat apa nak tangguh. Kan abang?”sengaja Puan Ermiza menambahkan minyak kepada api yang sedia marak.Ramadhani melangkah ke atas. Dia sengaja menghentak-hentak kakinya menunjukkan protes.

“Hentak kuat-kuat lagi, along! Esok angah suruh abang tu beli rumah yang dibuat dari batu terbaik. Baru seronok along nak hentak kaki tu!”jerit Asyraf sengaja. Encik Izuddin menepuk belakang anaknya perlahan. Mahu anaknya berhenti mengusik Ramadhani yang sedang terbakar. Mereka sudah biasa bergurau sebegini, namun kenalah ada hadnya.

“Diamlah penyibuk!!!”jerit Ramadhani dari dalam biliknya. Seketika ruang tamu itu terkedu namun tak lama kemudian ketawa pula memenuhi bilik itu.


*____*



'DUM!' Ramadhani tersentak. Tak sangka dia akan melanggar kereta. Tak sampai dua bulan dia dapat lesen dah langgar orang.habis la kalau abah dia tahu. Ramadhani segera turun dari kereta vivanya.

“Alamak! Macam mana ni?”Ramadhani sudah kalut melihat kerosakkan yang dialami oleh kereta yang dilanggarnya. Tiba-tiba pintu kereta itu dibuka. Keluar seorang lelaki yang tegap badannya. Lelaki itu turut memakai cermin mata hitam. Nampak begitu segak sekali. 'Tapi macam aku kenal je mamat ni...'otak Ramadhani mula ligat memikirkan siapa sebenarnya lelaki yang dilihatnya itu.

“Awak?!”

“Mak cik blurr?!” serentak mereka menjerit perkataan itu. Muka Ramadhani sudah memerah menahan malu dan geram.

“Eip, dah,dah tak payah nak panjang-anjang cerita. Sekarang ni kereta aku dah kena lanyak dengan kereta seciput kau ni. So kau kena bayar lakan. Untuk pendekkan cerita kau bayar je aku 5000 ringgit je...”ujar Amirul laju. Ramadhani sudah ternganga. Namun sebaik sahaja, mendengar rm5000 tangan dia mula merayap. Dari kereta si Amirul terus ke badan tuan punya kereta. Amirul menepis-nepis tangan si Ramadhani. Tetapi degil la pulak. Terus Amirul mengengam tangan perempuan itu.

“Eh! Apa pegang-pegang ni?”tanya Ramadhani kalut. Sepenuh tenaga dia cuba menarik tangannya itu namun kudratnya tidak sekuat lelaki itu.

“Dah tangan kau yang merayap. Aku tolong kau berhenti meraba je..”ujar Amirul sambil merenung wajah wanita itu. Cantik! Hanya itu yang terlakar diminda Asyraf.

“oh, ye ke? Sorry! Pasal duit tu.. saya.. saya tak de... Saya still pelajar. so.....”kata Ramadhani selepas Asyraf melepaskan pegangan tangan. Amirul mula memandang miang wajah cantik perempuan.

“Oh.. kau student? Universiti mana? Kad matriks ada? Bak sini.”ujar Amirul lembut. Ramadhani mula la buat muka blurr dia. Terus je kad matriks itu bertukar tangan.

“So... kad ni aku pegang. Kau tak de duitkan... so kau kena kerja untuk aku. Kau jadi aku punya doll. Maksud aku kau jadi anak patung aku. Kau kena ikut semua arahan aku. Kalau kau gagal.......... aku ergi u kau dan buat kecoh..”ujaran Amirul itu membuat mulut Ramadhani ternganga. Hampir menangis Ramadhani mendengar ocehan lelaki itu. Nonsence! Tak mungkin!!! Amirul memandu laju meninggalkan Ramadhani yang masih kaku itu.

“Tidak!!!!!!!!”jerit Ramadhani yang baru sedar itu. Tapi dah terlambat Amirul dah lama hilang, last-last dia yang malu jadi tumpuan ramai.


*_____*



'Tit,tit' kedengaran bunyi telefon Ramadhani menadakan ada pesanan ringkas masuk. Ramadhani membuka pesanan itu malas. Hari ini hari Ahad dan juga hari cuti dia. Kalau boleh dia nak tidur sampai petang. Tak senonoh betul budak ni. Mata Ramadhani yang mulanya kuyu terbuka luas.

'Hantarkan saya kopi buatan awak ke ofis saya dalam 30 minit.
P/s: pastikan kopi saya tu panas kalau tak............' terus melompat Ramadhani dari katilnya. Dalam sepuluh saat dia sudah siap mandi dan berpakaian. Tak tahu la mandi lembu ke kerbau. Sebaik sahaja siap, Ramadhani berlari ke dapur menyiapkan kopi untuk lelaki itu.

“Tapi.. macam mana nak kekalkan panas dia ek??”tanya Ramadhani kepada dirinya sendiri. Alahai Ramadhani tak pernah ke dengar termos? Pantas dia berlari mengetuk pintu bilik ibunya.

“Ye, sayang. Awalnya bangun. Selalunya mama dah siap masak baru nak turun.”kata Puan Ermiza apabila melihat kelibat anaknya didepan pintu biliknya.

“Ibu emergency ni! Macam mana nak pastikan kopi sentiasa panas? Sebabnya Dhani nak bawak keluar ni??”tanya Ramadhani tergesa-gesa. Mulut Puan Ermiza terlopong. Terus tangan si ibu dibawa merasa dahi si anak. Tak demam pun..

“Anak ibu ni kenapa? Selalunya susah sangat nak bangun pagi. Ni tiba-tiba nak tanya pasal kopi pulak. Sihat ke tak?”tanya Puan Ermiza risau. Ramadhani buat muka blurr.

“Sihat la! Ibu cepat la Dhani dah lambat ni!”kata Ramadhani sambil berlari ke dapur.

“Lailahailaallah! Kan ada termos tu.. guna je lah!”kata puan Ermiza agak kuat. Ramadhani sudah tarik sengih. Lupa pulak pasal termos. Ni semua salah mr. playboy tu la. Selalunya kopi segera 3 in 1 ni nak bancuh sendiri la bagai. Mata Ramadhani terpandang jam dinding didapur. Alamak lagi 15 minit! Ramadhani pantas berlari menyalami ibunya dan terus ke kereta.

Nasib Ramadhani baik. Dia sampai tepat pada waktunya. Sudah beberapa kali dia menapak ke ofis lelaki itu. Malah dia dah boleh bersembang dengan pak cik guard syarikat itu. Ramadhani melangkah ke pintu masuk utama syarikat itu. Tanpa memberi sebab laju sahaja Ramadhani melangkah masuk ke bilik mr. playboy itu.

“Astagfirullahalazim!”hanya itu yang terpacul dari mulut Ramadhani apabila melihat agenda free depan mata. Amirul yang sedang enak bercengkerama terus melompat dari kerusinya. Nasib baik ringan-ringan. Perempuan tak cukup kain itu sudah lari keluar dari bilik Amirul.

“Nah, air kopi Encik Amirul. Saya minta maaf. Saya tak boleh jadi doll encik lagi. Tak sanggup saya jadi budak suruhan untuk lelaki yang tak tahu adab dan batas agama dia sendiri. Maafkan saya. Kalau encik nak buat kecoh kat universiti saya buatlah. Saya dah tak kisah.”ujar Ramadhani dan dia terus keluar dari bilik itu. Sangkannya Amirul hanya playboy tapi tak sangka pula sampai sanggup menyentuh perempuan yang bukan mahram dengannya.

Amirul terkaku di tempatnya. Tak sangka pula Ramadhani akan muncul pada waktu ini. Amirul memukul kepalanya sendiri. Sudah dua minggu sejak Ramadhani menjadi budak suruhannya dia menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti tadi. Tetapi tadi dia tewas dengan godaan Aireen. Tak semena-mena pagi tadi Aireen yang terlalu jual mahal menagih rindu daripada dia. Amirul yang sememangnya imannya tipis. Hampir hanyut nasib baik Ramadhani sempat sampai selamatkan dia dari lubang dosa yang lagi dalam.

“Astagfirullahalazim... apa yang aku buat ni. Aku berdosa ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini ya Allah...”Amirul meraup mukanya. Sungguh dia tak sangka dia kan hanyut sekali lagi.


*______*





Sudah hampir dua minggu Ramadhani meninggalkan kerjanya sebagai budak suruhan tidak bertauliah Amirul. Rindu-rindu la jugak. Tapi rasa sebal dan menyesal dengan tindakan Amirul itu tetap ada. Ramadhani duduk di balkoni biliknya. Jangan main-main bilik si Ramadhani ni je yang ada balkoni. Dia ternampak kelibat seseorang yang mencurigakan dipagar rumahnya. Laju sahaja dia melangkah ke bawah. Terserempak pula dengan adiknya Asyraf. Pantas dia mengajak adiknya ke pagar.

“Hambik kau!”ujar Asyraf sambil menghentak orang yang mencurigakan itu dengan kayu besbol miliknya. Terbaring dibuatnya. Ramadhani segera melihat wajah lelaki yang mencurigakan itu.

“YA ALLAH! Encik Amirul!!!”jerit Ramadhani. Amirul sudah pengsan. Makin kelibut dua beradik itu menguruskan badan lelaki yang boleh tahan berat itu. Nak tanam ke? Eh, tak, tak bawak masuk dalam la...


*____*


“Ouch!”Amirul pantas memegang mukanya yang sakit. Mata dibuka perlahan-lahan. Benda pertama yang dia nampak ialah seorang perempuan yang luar biasa cantiknya. Rambut keperang-perangan yang panjang dibiarkan lepas tak berikat. Pantas Amirul mahu menggapai rambut bidadari itu. Namun bidadari itu lebih patas dipukul tangan Amirul lalu ditutup kepalanya dngan tuala.

“Sakit-sakit pun gatal la mamat ni. Ish... aku pun satu kenapa pulak boleh lupa pakai tudung ni? Nasib baik ada tuala.”ujar Ramadhani sedikit berbisik takut pulak keluarganya yang sedang sedap menyantap belasah sampai koma pulak mr. playboy ni.

“Dah bangun ke dia along?”tanya Asyraf. Abah dan ibunya turut merapati sofa yang terletaknya Amirul.

“Dah. Tapi macam mamai pulak along tengok.”ujaran Ramadhani membawa Amirul sesedar-sedarnya.

“Awak jom kahwin!”ajak Amiul spontan. Ramadhani dan semua yang ada ternganga.

“Awak ni mamai ke?”tanya Ramadhani. Ikutkan hati nak aja dia hempuk kepala mamat ni.

“Betul ni! Saya nak kahwin dengan awak!”ajak Amirul bersungguh-sungguh.

“Ahah! Baru angah ingat! Ni la abang yang along raba tukan?”tanya Asyraf teruja. Puan Ermiza sudah berpandangan dengan Encik Izuddin.

“Hah, betul la tu. Abang nak along kamu bertanggungjawab boleh tak?”tanya Amirul polos. Nampaknya dia masih tak sedar sepenuhnya ni. Ramadhani menyabarkan hati. Memang tangannya dah nak bergerak sendiri menghempuk kepala mamat perasan bagus ni.

“Along, macam mana ni. Dia dah minta along bertanggungjawab? Dulu lagi ibu dan abah kata akan setuju je kalau orang yang along raba tu masuk meminang.”ujar Puan Ermiza. Ramadhani sudah terkulat-kulat.

“Haahahaha, masin jugak mulut kitakan, ibu, abah?”tanya Asyraf. Ramadhani pantas membaling bantal kecil itu ke muka Asyraf yang sedap ketawakan dirinya.


“So, Ramadhani sudikah awak mengkahwini saya?”tanya Amirul penuh romantis.




*_____*




“Alhamdullilah!”ucap semua hadirin yang ada.

Amirul merapati isterinya. Lalu disarungkan cincin bertahtakan berlian itu ke jari manis isterinya. Tangannya dikucup mesra oleh isterinya yang cantik rupawan.

“Hai, miss ops.. mrs Blurr.”bisik Amirul ke telinga Ramadhani. Terbeliak mata Ramadhani itu.

“Jaga la awak, mr. playboy!”ujar Ramadhani. Hidung Ramadhani dicuit manja oleh Asyraf. Amirul ketawa gembira. Akhirnya miss blurr yang selalu menyakitkan hati dia akhirnya menjadi suri dihatinya.

“Oh.. takutnya.. Tapi tunggu la abang ke sayang yang kena jaga malam ni..”ujar Amirul romantik. Muka Ramadhani memerah menahan malu dan geram.

“Hish, abang ni! Siap la abang kalau abang jadi mr. playboy lagi..”ujar Ramadhani sambil mencubit manja suaminya.

“Playboy untuk sayang aja..”ujar Amirul.

“Oit, pengantin sudah-sudah la beromantikanya. Malam nantikan ada..”kedengaran usikan dari orang ramai. Amirul dan Ramadhani tersipu-sipu malu.



#satu lagi cerpen pendek dari asyu.. okey tak????

15 comments:

  1. ok..kak syu,,nnt buat lelaki jahat skit plk..hahaXD

    ReplyDelete
  2. kk syu..best sngt..nufin suka...

    ReplyDelete
  3. akak..best laa...kid suke...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha thanks kid.. klu suke bagus la.. ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. thanks Normah Zainul. he he he tapi awk lagi best sebb sudi baca dan komen ^_^

      Delete
  5. Assalamualaikum, Asyu! Wah, bestnya cerpen yang Kak Asyu tulis. Saya suka baca.. Saya pun ada tulis cerpen.. Hehehe.. Tersangatlah BEST Kak Asyu punya cerpen ini!

    ReplyDelete
  6. Efa suka ni sis asyu hihi. teruskan usaha ! ^^

    ReplyDelete
  7. waw...so sweet...

    ReplyDelete
  8. macam nk suruh sambong je cerpen nih. aumm

    ReplyDelete
  9. Sikit je. Takpuas bace kot.

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)