Monday, 28 January 2013

Assalamualaikum!!!!

           Hah, jawab la salam dulu. Dah jawab ke belum? Kalau dah jawab allhamdulillah. Okey la, Asyu tak usah merapu sangat eh....  Heheheh kalau korang nak tahukan, sambil Asyu menulis entri ni, mata Asyu sat2 pergi intai blog orang lain hahaha... Gigih tak?

           Asyu nak kongsi dengan korang pasal satu tempat yang namanya MG hahaha Bukan syarikat gergasi mana2 okey.. Ni tempat yang terkenal dekat Ipoh. MG atau Merdeka Garden memang terkenal dengan makanannya. Kalau korang datang melawat tempat ni pagi2 memang korang takkan kata tempat ni adalah syurga makanan. sebabnya dia bukak malam je! hahahaha.. rasa nak tumbuk jekan muka Asyu ni.

           Asyu masa kecik2 dulu suka ikut kakak2 Asyu makan dekat sini. Dulu la masa zaman jahiliah lagi. Kalau korang nak tahu apa yang special sangat kat MG ni.. yang specialnya ada satu kedai mee kari yang terumphhhhh... sekali.. Tapi jangan terkejut yang menjualnya adalah Cina! Serius masa Asyu kecik2 Asyu pakai makan je tak soal selidik segala. Lepas tu Asyu cerita la kat mak Asyu. Terus dia buat muka tak redha.

        "Kenapa pergi makan mee dongoii tu?"kata mak Asyu. Asyu pun blurr dengar perkataan 'dongoii'. Asyu tanya la.

        "Dongoii tu apa mak?"Asyu tanya la ni.

        "Hidung BABI!!!!"rasa nak muntah Asyu dengar apa yang mak Asyu cakap. Tapi tak boleh muntah pun, dah selamat dihadam.

         Sejak hari tu, Asyu tak pernah makan lagi mee tu. yelah kan ustaz dan ustazah cakap kalau kita ragu2 seelok2nya jangan makan dah. Sebab hukumnya HARAM! huhuhuhu... Tapi Asyu still ikut kakak Asyu lepak sana(kadang2 la). tapi Asyu tak makan tau. Asyu order burger kat abang ensem seberang jalan. hahahaha(gataiii Asyu ni).

        Kakak Asyu and kawan-kawan dia tanya Asyu,

        "Kenapa tak makan? tak order?"depe tanya Asyu.

        "Sebab dongoii. Mak kata hidung babi.."dengan lurus lagi suci Asyu jawab.(tak abis2 nak puji diri sendiri Asyu ni)

         "La.. takkan mak kamu cakap macam tu kamu tak makan dah. Tak open minded la kamu ni."depe cakap lagi. Asyu diam je(Asyukan budak baik)

        "Kalau mak kamu cakap dia letak **** kamu percaya la ye.."ujar kawan kakak Asyu gelak2. Asyu buat muka suci.

         "Asyu dah besar, sebab Asyu nampak orang cina (bukan islam) yang masak Asyu jadi ragu2. Kalau mak tak cakap pun Asyu tetap takkan makan."macam tu la Asyu cakap dekat depe.

         "Oh..."tu je yang keluar dari mulut depe. Hah, kan dah kalaH! hahahaha Asyu mana ada kalah menang. Hish, otak Asyu dah bagi sintom2 yang membolehkan korang call ambulans. hehehehe...

        Pendek kata lakan, jangan pakai serbu je bila orang kata tempat ni sedap segala. Selidik dulu tukang masaknya islam ke tak(klu korang islam la) Takut nanti dah terlambat. Asyu musykil gak. HAbih tu mee kari yang dah selamat Asyu hadam ni jadi apa? still haramkan? Macam mana ni????

        Tak pe lah tu nanti ASyu selidik. Kalau korang tahu kongsi lah dengan Asyu. Asyu ni tak cukup lagi Ilmu agama still kena topup.Hah, jangan telefon je kena topup. ilmu pun kena Topup. Okeylah sampai sini je Entri Asyu. Asyu tengah tulis cerpen. Hahahaha asyik tulis yang pendek je ASyu ni. Yang panjang2 lain kali je... Thanks sebab sudi baca entri Asyu ni.. PEACE NO WAR!!! LOVE U ALL>_<  <3 <3
       

3 comments:

  1. the past is the past dear. hahhaa. eh MG kat mana. bertahun duk kat Perak
    nadi tak pernah dengar pun. hurm~ atau nadi selalu ke sana tapi tak pernah singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadi ilham hehehe ada je.. tahu tak vanggey yg dekat merdeka garden tu? tapak tu malam2 jadi tapak tempat makan... klu tak tahu gak..hm, ni dari flyover hospital besar ipoh tu, ada trafic lightkan.. hah, kat situ2 je...

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)