BAB 13
“Aina, sayang meh duduk sebelah mak ni.. Mak dengan ayah ada hal nak bagitahu..”kata Puan Shahida sambil menggamit tangan anak gadisnya. Aina hanya mengikuti langkah ibunya.
“Ada apa mak,ayah?”tanya Aina apabila raut wajah ibu bapanya berubah gelisah.
“Hm.. mak.. mak..”seperti ada sesuatu yang ingin diluahkan tetapi tersangkut di tekak Puan Shahida. Encik Amin melihat isterinya penuh kasih, di capai tangan yang menemaninya sejak 50 tahun yang lalu.
“Sebenarnya, kami nak bagitahu kenapa dulu kami selalu dingin dengan Aina..”ujar Encik Amin apabila dilihat isterinya tak mampu meluahkan kata-katanya. Aina mengangguk.
“Hm.. Aina ingat... dulu mak dengan ayah nak tak nak aje layan Aina. Jadi Aina lebih manja dengan along dan angah..”ujar Aina tanpa berniat mahu menyakiti hati ibu bapanya. Muka Puan Shahida berubah menjadi muram...
“Mak Aina tak berniat nak kecilkan hati mak.. Aina minta maaf.”Aina terus menyalami tangan ibunya dan memeluk erat. Puan Shahida membalas pelukan itu erat.
“Mak yang patut mintak maaf... mak sebenarnya sayang sangat-sangat dekat Aina.. “ujar Puan Shahida dengan esakkannya.
“Sebenarnya Aina ada seorang kakak kembar.. “perlahan sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Encik Amin. Aina yang masih di dalam pelukan ibunya tersentak. Dia memandang ibunya tidak percaya.
“Betul apa yang ayah cakap tu Aina. Cuma selama ini kami tak pernah cerita dengan sesiapa. Malah abang-abang kamu.”kata Puan Shahida yang mulai tenang itu. Aina kembali duduk tengak. Mahu mendengar mengenai kembar yang tidak pernah dia jumpai selama ini. Malah tiada sekeping pun foto mereka berdua ketika bayi.
“Apa yang terjadi dengan kembar Aina itu mak?”tanya Aina dengan suara yang terketar-ketar.
“Sehari selepas kamu dan kakak kembar dilahirkan mak dibenarkan keluar dari hospital. Disebabkan abang-abang kamu masih kecil, ayah kamu hantar emak ke kampung belah ayah.”cerita Puan shahida. Dia menghela nafas yang terasa berat.
“Suatu hari, ketika itu kamu baru berusia 20 hari. Rumah nenek kamu dipecah masuk oleh sekumpulan perompak. Masa itu, mak cuba dapat sorokkan kamu. Tetapi masa mak nak letakkan kamu, kamua menangis. Jadi mak terpaksa memujuk kamu. Kembar kamu ketika itu masih didalam bilik bawah.”Puan Shahida cuba menahan tangis. Aina turut teresak.
“Ayah masa itu, baru pulang dari membeli lauk untuk mak kamu. Ayah tak dapat buat apa-apa. Mereka sudah membelasah ayah tanpa sempat ayah mahu bertindak.”kata Encik Amin pula.
“Mak masa tu, tak tahu nak buat apa. Nak letak kamu takut kamu menangis. Akhirnya mak buat keputusan untuk biarkan sahaja kakak kamu seorang di bilik bawah. Tiba-tiba dalam keadaan yang senyap sepi itu, kedengaran tangisan kakak kamu. Mahu sahaja mak berlari pergi kepadanya. Namun mak tak sanggup nak tinggalkan kamu..”kini Puan Shahida benar-benar menghamburkan tangisannya. Aina sudah memeluk bahu ibunya.
“Entah bila mereka beredar pun mak tak tahu. Hari sudah siang ketika itu. Pantas mak berlari ke bawah. Namun, perasaan mak seakan-akan hancur. Apabila kakak kamu Nur Ainna Anatasia tiada di dalam bilik itu, malah satu rumah itu.”Puan Shahida menarik nafas panjang.
“Siapa? Siapa yang ambil kakak?”tanya Aina dalam sedih. Dia tahu dia penyebab ibu bapanya tidak dapat menyelamatkan kakaknya.
“Entah mak pun tak tahu..”kata Puan Shahida sambil memeluk Aina erat.
“Ayah pun sudah tak larat mahu mencari kakak kamu lagi. Dia hilang macam tu je... sebab tu masa dulu ayah dan mak layan kamu dingin sebab setiap kali pandang kamu, kami nampak Inna didalam diri kamu.”ujar Encik Amin perlahan. Aina mengangguk faham.
“Tak pa ayah, mak Aina tak kisah. Yang penting mak dan ayah sayangkan Aina.”ujar Aina memeluk mak dan ayahnya. Tiba-tiba dia teringatkan arwah isteri Abdullah. Seingatnya Abdullah dan Asyikin mengatakan dia sangat serupa dengan arwah isterinya Abdullah itu.
“Mak Kak Inna dengan Aina kembar seiras ke mak?”tanya Aina. Jika benar telahannya mungkin arwah isteri Abdullah itu kakaknya.
“Betul Aina. Kamu dan Inna kembar seiras.”kata Puan Shahida tersedu-sedu. Aina pantas menceritakan kisah pertemuan dia dan Abdullah serta Asyikin suatu masa dahulu. Terlopong kedua ibu bapanya mendengar cerita itu.
“Apa kata kamu ajak lelaki dan anaknya itu datang rumah. Boleh kita berkenalan dan mana tahu kalau benar arwah itu kakak kamu. Tak dapat lihat jasad pun tak apa. Asalkan kami tahu dimana kuburnya.”ujar Encik Amin sayu. Aina mengangguk.
*********************************
“Encik Abdullah..sa..saya..”ujar Aina tergagap. Punyalah bersemangat dia dari rumah nak mengajak Encik Abdullah tu ke rumah,bersemangat sampai dah habis waktu pejabat la.. siap Aina pergi hembus ayat kursi segala, last-last tergagap-gagap pulak. Spoil betul...
“Cuba cakap terus!”sergah Abdullah yang penat menunggu Aina menghabiskan ayatnya.
“Encik Abdullah mak ayah saya jemput encik dan Asyikin pergi rumah ada makan-makan.”ujar Aina sekali gus. Terkejut disergah bosnya habis terkeluar semua. Abdullah memandang Aina tidak percaya.
“Betul. Mak saya nak kenal bos saya yang baik hati ni, yang bawak saya makan free, yang handsome tapi suka bagi saya overtime... sampai ayah saya mengamuk suruh berhenti kerja..”kata Aina dalam mengampu tu sempat lagi dia sindir bos dia... hish..hish Aina,Aina... Abdullah yang mulanya tersipu-sipu berubah kelat tapi apabila terdengar ayat last Aina tu terus berubah gelisah.
“Eh, betul ke ayah awak suruh berhenti ni Cik Aina? Jangan berhenti nanti saya tak bagi overtime lagi..”kata Abdullah sungguh-sungguh. Aina tergelak melihat kesungguhan majikannya. Padahal dia bergurau je tadi tu.
“Saya tipu je encik. Jangan lupa datang tau. Lepas maghrib ye..”kata Aina sambil berlalu pergi. Abdullah hanya mengangguk faham. Jam sudah menunjukkan jam 5.30 petang. Asyik bersembang ta sedar sudah setengah jam Raisul menunggu Aina dibawah. Habis la mesti merajuk lagi si Raisul tu. Nampak je tough tapi hati kecik ciput, asyik sentap macam siput sedut...hehehe
************************************
“Awak sorry sangat-sangat. Tadi saya ajak Encik Abdullah tu datang rumah malam ni. Asyik berborak tak sedar dah lewat pula...”ujar Aina manja. Mahu tak manja dari pintu utama tu boleh nampak muka masam Raisul. Sebelum makin sentap baik dia keluar dia punya senjata rahsia. Raisul apalagi dengar je suara manja Aina tu, terbang segala amarah dia. Melayang-layang wa kata lu.. tapi dengar je nama Abdullah pas tu tambah lagi 'datang rumah' terus masam dia datang balik.
“Abang, awak ni kenapa?”tanya Aina. Sengaja dia tanya padahal dia dah tahu kenapa Raisul boleh masam balik.
“Hm.. datang rumah buat apa?”tanya Raisul perlahan tapi kasar. Aina menahan tawa. Mula la nakal dia datang nak usik tunang dia yang masam kecut tu.
“Oh.. Aina suruh dia datang meminang Aina..”hahaha memang terkena la Raisul. Brek mengejut Raisul bila mendengar perkataan 'meminang'. Dengan mata membuntang dan nafas yang ditahan-tahan dia bertanya kepada Aina.
“Me..mi..nang??? awak biar betul? Sayang, Aina, awak, dear, baby, ki.. kita kan nak bernikah dah??”tanya Raisul tergagap-gagap. Habis keluar segala panggilan untuk Aina. Apabila melihat reaksi tunangannya itu, terhambur ketawa yang ditahan Aina. Raisul apalagi terus mencubit Aina. Jangan sangka Aina je pandai cubit.. Raisul pun pandai tau...
“Okey... okey.. Abang.. Dah la tu, sakit la.. Aina gurau je..”ujar Aina manja macam nak nangis je Raisul tengok. Memang manja pun. Raisul bukan cubit betul, cubit manja je tu pun nak meleleh. Raisul menyusun sepuluh jarinya lalu digosok-gosok. Konon-kononnya, comel sangat la dibuat lagu tu. Tapi memang comel pun. Comel sangat-sangat tu yang buat Aina makin jatuh hati tu. Senyuman yang paling manis Aina hadiahkan kepada Raisul. Raisul pula terpanar melihat wajah kiut lagi miut Aina tu.
*******************************
Masakan malam itu simple sahaja tetapi mampu mengumpan selera semua yang berada disitu. Kelihatan Azwan,Izwan,Ilya,Ilman,Liza,Wani, dan Adam dah siap-siap meletakkan nasi didalam pinggan masing-masing. Memang kalau dah masuk family Aina ni dah hilang segala segan yelah rumah mereka sendiri buat apa nak cover-cover sangat. Abdullah tersengih melihat gelagat family Aina. Tapi dalam diam dia memandang tidak puas hati kepada Raisul lelaki yang membelasahnya hari itu. Entah macam mana boleh pulak sesat dekat sebelah Aina. Asyikin asyik menyengih. Mana taknya, dari tadi dia dimanja oleh en Amin dan Puan Shahida. Baru tadi rahsia siapa arwah isteri Abdullah terbongkar. Memang benarlah Inna atau Nur Ainna Anatasia iaitu isterinya Abdullah merupakan kakak kembar Aina yang lama hilang. Cuma mereka tidak sempat bersua muka. Namun kehadiran Asyikin yang dikatakan mirip kepada muka arwah isteri Abdullah itu mengubat rindu mereka.
“Raisul ni siapa, mak, ayah?”tanya Abdullah ketika bersama-sama Puan Shahida dan En Amin. Dia sudah tidak kekok mahu menggunakan panggilan mak dan ayah.Yang lain sudah pergi ke mana pun tak tahu la. Asyikin turut mengikuti mereka, mungkin buat lawatan satu rumah en Amin kot..
“Oh, lupa pulak nak kenalkan Abdullah dengan Raisul. Dia tunang Aina. Tak lama lagi mereka kahwin dah. Kurang lagi sebulan kalau tak silap mak..”ujar Puan Shahida berkerut-kerut dahinya mahu mengingati tarikh Aina bakal bernikah. Tapi dah tua, makin merosot la ingatannya. Raisul sudah mengelabah mendengar Aina bakal berkahwin hancur harapannya mahu memperisterikan Aina.
“Asyikin jom balik dah lewat ni.” Abdullah tiba-tiba mengajak Asyikin pulang. Asyikin yang asyik dengan pak cik-pak ciknya dan mak cik-mak ciknya itu muncung. Geram dengan papanya.
“Tak mahu!”ujar Asyikin sambil menghentak-hentakkan kakinya.
“Jom balik. Esokkan sekolah.”ujar Abdullah lagi. Puan Shahida serba-salah mendengarnya.
“Ikin sayang. Ikin balik dulu nanti bila-bila Asyikin datang je rumah nenek ni.”Pujuk Puan Shahida. Asyikin memandang wajah papanya meminta kepastian. Abdullah mengangguk. Terus wujud senyuman di wajah Asyikin. Akhirnya usaha pujuk memujuk itu berjaya. Abdullah pulang dengan riak wajah yang cuba diceriakan untuk anak kesayangannya. Tetapi dalam hati cuma dia dan tuhan sahaja yang tahu.
#bersambung...
korang asyu baru buat shoutbox jom la sembang2...
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)