Monday, 12 November 2012

pengubat hatiku... 4


Bab 4


“Hm.. sudah-sudah la tenung anak orang tu Aina..”kata encik Amin yang sejak tadi memerhatikan tindak tanduk Aina yang tidak sudah-sudah memerhatikan Raisul dalam diam.

“Apa ayah ni...”gumam Aina perlahan. Mukanya sudah bertukar warna. Azwan pula ketawa kecil mendengar kata-kata ayahnya itu. Aina merenung Azwan tajam tetapi Azwan tidak mengendahkan dia, apalagi merayap la jari jemari dia mencari paha abang longnya itu.

“Adoi!!!”jerit Raisul perlahan laju saja tangan dia menangkap tangan yang gatal mencubit dia itu. Tiba-tiba wajah Aina berubah lain macam sahaja rupanya, mana taknya along ni main tangkap-tangkap tangan pulak. Aina apalagi, tarik la sekuat hati. Tarik punya tarik, tangan dia terangkat tinggi melepasi meja makan dengan tangan 'alongnya' yang masih memegang erat. Keadaan yang tidak disangka-sangka itu mengejutkan semua orang. Keadaan ketika itu sunyi bagaikan ada malaikat yang lalu.
“Er.. along tau la kamu dua ni dah jatuh hati... tapi tak payah la extreme sangat sampai pegang-pegang tangan.”kata-kata Awan itu memecahkan kesunyian sekaligus mengundang ketawa seisi keluarga kecuali dua makhluk Allah yang mukanya dah macam udang terlebih panggang. Tangan Aina cepat-cepat dilepaskan Raisul. Mereka berdua menyengih seperti kerang busuk, nak cover malu la tu... Aina menyiku abang longnya kali ini dia buat double check takut salah lagi. Azwan menoleh ke arah Aina, sakit juga tulang rusuknya akibat penangan siku adiknya itu.

“Along camne pulak kaki kamu tak de kat situ??”tanya Aina keras tapi perlahan.

“Along buat magik la. Along dah tau dah mesti kamu nak cubit along so along nyorok la kaki along. Tapi tak sangka pulak kamu boleh cubit paha si Raisul yang sikit punya jauh pastu siap pegang-pegang tangan lak tu” balas Azwan perlahan. Sempat lagi dia menyegih mempamerkan giginya yang putih itu. Aina merengus marah. Pantas dia bangun menyalami tangan ibu dan ayahnya kemudian dia mencapai beg tangannya dan terus ke pintu utama bersiap sedia mahu keluar. Semua orang di meja makan termasuk la mak Izah yang sedang asyik menyiram bunga di luar terkejut dengan kelakuan Aina itu.

“ Hah tunggu apalagi tu Encik Raisul oit.. kata tadi nak ambik kereta saya..”kata Aina tegas seolah-olah memberi arahan pulak. Raisul yang terkedu pada mulanya bingkas bangun menyalami semua yang ada di meja makan itu. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi kereta Raisul keluar dari rumah mereka.

“hm.. cuba kamu semua tengok tak ada maknanya kita nak risau. Belum ada apa-apa dah 'Queen Control' kalau dah khawin tak tahu la macam mana suami dia...”kata encik Amin sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya. Kata-kata itu disambut gelak ketawa anak-anaknya dan isteri tersayang.

Sementara itu,

“Uhuk..huk..”tiba-tiba sahaja Aina tersedak. Pantas Raisul yang duduk di kerusi pemandu menyuakan air mineral yang baru sahaja dia minum seteguk. Aina memandang Raisul. Dilihatnya Raisul selamba rock sahaja menyuruh dia minum Aina apa lagi minum selamba rock jugak la. Asalkan dapat hilangkan perit ditekaknya.

'kurasakan pudar dalam hatiku..' tiba-tiba kedengaran lagu Acha Septriasa 'berdua lebih baik' dari beg tangan Aina. Aina pantas menjawab call itu.

“Hai.. Damien. I on the way ke....?” kata Aina sambil mengerling Raisul disebelahnya agar memberitahu di mana tempat mereka tujui. 'bengkel Ah San' bisik Raisul. Entah kenapa dia berbisik pun dia tak tahu.

“I on the way ke bengkel Ah San. You tahu ke kat mana? Okey i tunggu you kat situ. Bye... love you..”kata Aina perkataan 'love you' diperlahankan mungkin malu dengan Raisul. Namun kata-kata Aina yan perlahan itu bagai pisau yang tajam merobek keluar hati Raisul. Pada mulanya Raisul ingin melamar Aina selepas dia yakin bahawa Aina la orang yang dia cari-cari selama ini. Rasa cinta yang mengebu di hatinya selama lebih sepuluh tahun hancur begitu sahaja.



Aina pantas melangkah keluar dari kereta Raisul sebaik sahaja terlihat kelibat Damien Wong atau nama islamnya Muhammad Damien Akmal Wong bin Abdullah. Raisul mengekori Aina dengan langkah yang lemah. Tak sanggup pulak nak tengok buah hati Aina tu. Tapi dia ikut juga karang Aina kata dia tak bertanggungjawab pulak tau nak lari je..

'Wao..' hanya kata-kata itu saja yang muncul di benak hati Raisul. Memang teman lelaki Aina amat kacak dan boleh dikatakan perfect.. tapi jangan salah faham, Raisul ni straight okey! Muka teman lelaki Aina itu macam pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Yong Hwa. Badan tough macam Adi Putra tapi lagi fit... Dari tadi lagi Raisul terpacak kat tepi dua mahluk Allah ni tapi depa dua orang ni wat dek je kat dia..kesian pulak kat Raisul ni...

“Ehem..Ehem!”Raisul berdehem agar mereka menyedari kewujudan dia di situ.

“Opss, sorry sangat-sangat! Saya terlupa kat awak..”kata Aina sambil menyusun sepuluh jarinya seperti meminta ampun kat kerabat pulak. Tapi comel sangat-sangat....! hati Raisul sekali lagi dijentik cemburu apabila lelaki yang bernama Damien itu turut memandang Aina mesra. Raisul tersenyum sambil terangguk-angguk tak sanggup pulak dia Damien pandang Aina dalam aksi yang comel itu.

“Damien ni Raisul, Raisul ni Damien Akmal Wong.”Aina memperkenalkan mereka berdua sambil tersenyum lebar gembira sangat dapat jumpa Damien.

“Oo.. chinese muslim.. bila you convert ?” hish kurang sopan betul Raisul ni. Muka Aina dah cemburut. Damien memberi isyarat mata kepada Aina mengatakan dia tak apa-apa.

“Sudah hampir setahun. Memang sejak dulu saya berminat dengan agama islam malahan dari kecil, cuma saya kurang berani. Tapi tiga tahun yang lepas ada la seorang budak junior ni memberi galakan kepada saya supaya masuk islam. Budak junior tu banyak menolong saya mendalami agama islam. Budak tu Aina la..”terang Damien panjang lebar. Aina sudah memerah mukanya malu dipuji sebegitu tinggi oleh Damien.

“Wao.. you did something deeds Aina. Bawak orang masuk islam. Tunjuk jalan kat dia. You make me spceehless.”mulut Raisul tak sudah-sudah ayat pujian cakap lidah kelu, tak de idea,tak terkata la tu semua tipu je.. tau la suka kat Aina. Aina apalagi kembang la hidung dia..

“Apek Am, you sudah mari ka.. you punye kereta sudah lama siap ma..”kata seorang lelaki cina mungkin tauke bengkel kereta ini. Raisul terangguk-angguk. Dia mengerling ke arah Aina nak tahu apa reaksi Aina mendengar 'apek am' tadi. Seperti dijangka Aina membisu sepertinya amat terperanjat.

“Apek Am??”tanya Damien keliru. 'Ingat kawan Aina ni melayu.. tapi memang dia ada la muka macam cina sikit mata dia sepet..'Damien ternyata keliru.

“Oh.. dulu ada seorang budak perempuan masa saya sekolah menengah panggil saya apek katanya saya macam anak orang cina jual sayur. Budak tu memang nakal. Sampai sekarang nama itu lekat dengan saya.”terang Risul sambil ketawa terbahak-bahak. Damien turut ketawa mendengar cerita Raisul itu. Aina masih terdiam.


Sepuluh tahun beberapa bulan lalu...


Ketawa Amri di kelas darjah 6 Waja itu kedengaran amat bingit di telinga Aina yang sedang asyik menyiapkan tugasannya. Dia pelik melihat makhluk Allah itu sedang asyik bersuka ria tanpa risau dengan tugasan yang melambak yang baru tadi diberi oleh cikgu mereka. Cikgu ni pun satu dah tau hari ni hari first sekolah tak payah la bagi banyak sangat homework.

“Woi, apek Am tolong senyap sikit boleh tak?!”kata-kata nyaring Aina itu menarik perhatian seisi kelas.

“Oo.. sesedap mulut je kau panggil aku apek. Aku melayu tau..”kata Amri membalas bengang dengan kata-kata Aina itu.
“Eleh, muka macam anak apek jual sayur nak berlagak.”kata-kata Aina itu disambut sorakkan dari rakan-rakan sekelasnya. Aura pergaduhan mula terbit. Amri mula marah tapi dia diamkan saja dia ada idea bagaimana nak kenakan budak berlagak pandai tu...

“Aina... oo.. Aina hish.. berangan la pulak budak ni” panggil Damien sambil menarik hujung tudung Aina apabila menyedari Aina tidak mempedulikan mereka.

“Damien sayang jom balik... okey bye-bye Raisul Amri.” Aina berkata dengan lenggok yang manja teramat sambil memegang tangan Damien. Damien pelik dengan tingkah laku Aina itu selalunya kalau dia nak bermanja sikit pun Aina dah angkat high heels warna merah kesayangannya itu lalu di baling ke arah kepalanya. Raisul sudah tak terkata. Pelik dengan perubahan drastik Aina itu. Dia tahu Aina sudah tahu dia siapa buktinya nama panjangnya disebut.

Damien hanya mengikuti langkah Aina yang laju. Dia bagai terpukau dengan gaya manja nak mampus Aina itu.

“Huh, Damien lupa pulak i nak tanya you datang naik apa? kereta ke?”tanya Aina yang sudah waras itu tadi dia ikutkan sangat rasa geramnya pada Raisul tu yang dia jadi gedik nak mampus tu.

“Tak la i datang naik kaki la.. hehehe tadi i ada kat kedai runcit belakang bengkel tu. Saja je beli makanan kudap-kudap sambil menjamu mata..” kata Damien nak hilangkan gemuruh di hatinya. Masih terasa debar tatkala Aina memegang erat tangannya.

“Gatal jugak you ni.. hm, Damien i nak mintak maaf pasal tadi...” kata Aina agak malu-malu.

“Pasal apa?”tanya Damien buat-buat bodoh.
“Pasal saya tarik tangan awak tadi..”kata Aina tersipu-sipu.

“Apa pulak nak mintak maaf. Saya suka lain kali awak guna je saya ni. Saya rela jadi boneka awak kalau awak manja macam tadi.”kata Damien seselamba yang mungkin padahal dalam hati dah gelak terguling-guling apabila melihat reaksi terkejut Aina. Aina yang terkejut dan geram teramat sangat, pantas menyerang.. serangan cubitan maut. Damien tak sempat mengelak akhirnya dia tewas. Terdengar la jeritan seorang lelaki di dalam kereta myvi pink itu.

“ouch! ganas giler anak Encik Amin ni.. mengalahkan tentera Nazi tau tak... sakit aku, kamu saja je nak mendera akukan. Cakap je love kat aku tapi perangai macam mak tiri Cinderella bukan awek aku...huh..” Damien dah menarik muka. Konon-kononnya merajuk la tu.. Aina dah memandang ke atas kepalanya digeleng-gelengkan. Nak ketawa pun ada kesian pun ada. Aina dah malas nak layan Damien nanti makin di layan makin mengada-ngada.

'Aik lama pulak mamat sebelah ni nak merajuk selalu tu aku tak pujuk pun dia okey' hati Aina mula berkata-kata risau lak dia, yelah kata buah hati.

“Em.. awak tak payah la merajuk... saya tak pandai la nak pujuk.”kata Aina. Aina sudah memberhentikan keratanya di tepi jalan. Tiba-tiba Aina menyanyi lagu 'Sorry Sorry' dengan gaya-gaya tarinya sekali. Penat di buatnya,dia menoleh la ke arah Damien, rupa-rupanya dia tengah sedap buat taik mata. Penat je dia menari ,idea bernas lagi hebat dari dia untuk memujuk Damien itu.

“Huargh!!” Damien jerit tiba-tiba. Aina yang terkejut menjerit sambil tangannya asyik memukul Damien. Damien hanya ketawa geli hati.

“Hish! Awak ni memang saja je nak kena pukul dengan sayakan..”kata Aina sambil memalingkan mukanya kali biar dia pulak merajuk.

“Hm.. tak payah la merajuk sangat.. Aina awak hantar saya balik ye..”kata Damien buat tak kisah dengan rajuknya Aina itu.. memang tak kisah pun. Aina menarik muka tangannya pantas memasukkan gear drive. Keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Akhirnya tempat yang di tuju tiba.

“Hm..okey la bye Aina” kata Damien sambil laju membuka pintu. Aina mula menarik muka empat belas, dia makan hati yelah tadi Damien merajuk bukan main dia minta maaf sekali dengan menari lagi. Tiba-tiba Damien berpaling.

“Aina I'am sorry okey...”kata Damien dengan mata yang redup bercahaya sekali tengok dah macam mata anak anjing lak...eih haram.. dua kali tengok macam nak nangis pun ada..

“Apa sorry-sorry ingat lagu Super Junior ker..... bye!”kata Aina terus memecut keretanya. Damien dah terkedu tak sangka Aina merajuk betul-betul...


No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)