SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Wednesday, 4 June 2014

BODYGUARD sebuah cerpen

Mr Jo yang ganas hahaha

Uh... my lovely D'

Far yang naughty

Antasia the princess-wanna-be

Sam... the erk...

Xin the... hurm... 


Assalamualaikummm

Bismillahirahmanirahim. :)

Hyeeeee semua... hahaha kali ni cubaan kedua Asyu tak tau la jadi ke tak. Tapi insya-Allah tak la kaku sangat macam HIJACKING :)  harap komen untuk membaiki mutu tulisan Asyu :D


BODYGUARD


                Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Pening. Kenapa perlu aku yang menjadi pilihan dia? Urgh... malas aku nak melayan kerenah anak orang kaya ni. Gedik,berlagak, manja, sombong dan macam-macam lagilah pe’el perempuan yang ditugaskan untuk aku.

          Aku memerhati profile yang diberikan ketuaku melalui e-mail itu.

Nama : Puteri Qaisara Antasia binti Datuk Zaqri Hamidi
Umur : 24 tahun
Pendidikan : Degree in Economic from University of Cambrige.
Diploma in Science Social from University Malaya
Kegemaran : Beg dan baju berjenama.
Ketidaksukaan : Tempat orang ramai.

Laptopku tutup kasar. Puteri Qaisara Antasia satu nama yang amat tidak disukai buat mana-mana bodyguard di dalam Malaysia. Banyak songeh dan mencatat rekod paling banyak menukar bodyguards sudah seperti tukar baju sahaja gayanya.

Kali ini aku pula ditugaskan mengikuti si Puteri-berlagak-bagus. Ini semua kerana pengalamanku menyelamatkan 3 orang anak VVIP daripada di culik oleh penjahat durjana. Mungkin disebabkan Datuk Zaqri baru memenangi tendar bernilai jutaan ringgit, aku terpaksa mengawasi anaknya selama 24 jam selama seminggu. Ditekankan 24JAM dan yang paling tak best SEMINGGU!

Mulai esok pasti hidup aku tak akan tenang lagi. Aku membawa diri ke luar rumah sewaku sebelum itu sempat aku mencapai rokok. Benda yang dah sinonim denganku bila dilanda masalah. Buaian di tepi rumah menjadi sasaran.

Rokok dinyalakan. Aku sedut lalu ku lepaskan asap yang ku bentuk. Sudah jadi seperti mainan pula. Bentuk O dan bermacam lagi ku hembus.

Terasa bahuku ditepuk mesra. Terkejut juga dibuatnya, mujur aku tak ada sakit jantung dan seangkatannya.

“Kau ni Jo! Agak-agak la. Dah la dah malam. Cuba kasi salam ke apa ke?”marah aku. Siapa tak terkejut, sudahlah gelap gelita tiba-tiba ada tangan yang menepuk.

“Hahaha sorry la D’. Aku tengok kau syok sangat mengelamun. Relaksla... tomorrow not only you will stand that wicked girl.” Selamba badak sahaja Jo mengutuk bakal majikan kami.

“Hahaha selamba betul kau. Ya I know. But aku sorang je yang kena berdiri tepi dia. Korang semua ikut belakang. Macam kau tak tahu perangai princess-wanna-be tu.”kata ku sambil mengeluarkan sebatang rokok lagi.

Jo mengangguk kecil. Oh lupa nak beritahu, bodyguards yang ditugaskan untuk mengawasi keselamatan cik Antasia berjumlah 5 orang termasuk aku dan Jo.

“Just cannot wait for tomorrow, D’.”kata Jo yang turut mencapai sebatang rokok milikku.

“Hm... yelah tu cannot wait sangat. Jo kau tahukan kes kali agak berat jugak. Cik Antasia tu memang dah jadi target para penjahat yang tamak duit. Lagi-lagi Datuk ada terima surat ugutan berkaitan anak dia tu... haih payah la...” Aku sedikit risau dengan tugasan kali ini.

Yup... aku tahu. Dan tugas kau yang paling berat sekali. Apa-apa jadi kau kena alert 100%.”katanya. Aku menelan liur. Ya... its all on my shoulders.

“Dah la.. jom tidur. Hah, jangan tertinggal baju ke apa... karang tak pasal-pasal cik Antasia princess-wanna-be tu jejak kaki dekat rumah kita ni...” ujar Jo berseloroh. Aku mengangguk faham.


Esoknya...

“Hye bro!” tegur rakan setugasku yang tiba lebih awal.

“Yo Far...”balasku. kami bersalaman, Jo mula berubah mod. Keningnya terangkat.

“Where Sam and Xin?”tanya Jo dengan nada garang. Yup, Jo ialah ketua kami, namun aku pula ditugaskan untuk berdamping dengan princess-wanna-be tu.

“Er... er... they at the restroom maybe?” mengeletar Far dibuatnya. Jo memang ditakuti oleh freshie company kami. He is a legend.

“Hotak kau maybe! Pergi panggil dorang. Cik Antasia akan sampai dalam 5 minit lagi!” tengking Jo. Bercicit Far berkejar ke tandas. Aku menyimpul senyum. Jo... Jo...

Kami semua membuat dua baris. Far, aku, dan Jo di sebelah kanan, manakala Sam dan Xin di sebelah kiri. Tepat 5 minit berlalu, sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di depan kami.

“Hurm not bad..” kata si princess-wanna-be. Disentuh-sentuh muka aku yang cukup kacak ni. Rimas!

“Yes, Cik Antasia. Saya ialah ketua bagi group bodyguards kali ini. Nama saya Jo. This is, D’, Far, and that is Xin and Sam. D’ akan ditugaskan berada disamping Cik Antasia.”terang Jo dengan machonya. Nak tergelak aku melihat muka Jo jadi mangsa pegangan Cik Antasia. Dah layak jadi orang buta cik Antasia ni.

“Hm... whatever. But you guys looks yummy.” Mak oi mereyam bulu roma aku.

Aku memulakan tugas aku. Tapi memang rasa terganggu. Sekejap-sekejap dia naik tangan memegang abs aku. Kalau bukan majikan memang dah kena lempang perempuan gatal ni.

Sedang princess-wanna-be-yang-gatal tu mengsurvey baju, aku dapat mengesan seorang yang agak mencurigakan. Sebenarnya sedari cik Antasia masuk ke dalam mall ni lelaki itu asyik mengekori kami. Aku semakin curiga pabila lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Jo... I see a DOG with a cap.” Aku menginform melalui alat komunikasi yang memang disediakan untuk tugas begini.

“Roger that.” Balas Jo. Tidak sampai seminit lelaki yang ku lihat mencurigakan itu diheret Xin dan Far ke suatu tempat.

“Hurm.. you mr. Bodyguard here help me with this.” Arah cik Antasia. Aku sekali lagi menelan liur. Ada ke patut dia suruh aku menzipkan baju dia. Memang nama je Islam. Aku menggeleng kepala. Dengan mata bertutup aku menarik naik zip bajunya.

“Huh, typical nerd boy.”sindirnya. Berapi aku!

“Are you done cik Antasia? Your car is waiting for you.” Kata Jo yang nampak sedikit gelisah. Sah orang yang tadi aku curigai ada niat yang tidak baik.

Cik Antasia laju melangkah meninggalkan kami. Aku beri isyarat mata kepada Xin untuk mengiringi cik Antasia. Aku merapati Jo.

“Jadi is he the DOG?”tanya ku.

“Hurm... yup. Tapi terlepas. Lagi sikit nak dapat tau siapa si mastermind.”balas Jo yang masih tegang wajahnya. Aku menepuk bahunya berharap dia dapat bersabar.

Hari kedua, ketiga dan keempat berlalu tanpa ada gangguan lagi. Mungkin DOG itu sudah memberitahu bosnya mengenai kami berlima. Namun itu bukan alasan untuk aku tak pening kepala. Melayan kerenah princess-wanna-be ni memang boleh menyebabkan aku diserang migrain.

“Jo bila si princess-wanna-be nak habis ni? Aku dah lenguh kaki ni..” rungut Xin. Hahaha... sekarang semua ahli kami panggil Cik Antasia princess-wanna-be dibelakang dia. Aku tarik sengih.

“Kau ingat kau sorang ke lenguh. Si Far dengan Sam tu lagi penat. Dok jadi tukang angkut. Silap-silap mau tercabut tangan dia orang.”kataku mengundang ketawa kecil Jo. Pelik pula bila aku tak ada dengan Cik Antasiakan? Hahaha... dah dia tengah fitting baju tak akan aku nak ikut pulak...

Far dengan Sam sudah tersandar di dinding kedai ini. Gaya macam nak putus nyawa sahaja.
              
“Lambatnya cik Antasia ni tukar baju, Jo...” rungutku. Sebenarnya aku rasa tak sedap hati sedari tadi.

“Itulah.. selalunya tak lama macam ni. Cuba kau intai D’.”cadang Jo. Aku mula bergerak ke deretan bilik fitting baju.

“Cik Antasia? Cik Antasia? Oh... Cik Antasia?!”pelik. tak ada sahutan. Aku mula mengeladah bilik-bilik itu. Kosong!

“Jo we have a red code! Jo we have a red code!” aku sudah berlari mencari Cik Antasia setelah memaklumkan hal itu kepada Jo.

Kami mula berpecah. Xin dan Sam ke bilik kamera litar tertutup. Aku dan yang lain-lain mencari sambil menunggu arahan dari Xin dan Sam.

“Princess is at the back door. Repeat. Princess is at the back door.” Aku yang memang kebetulan berada di pintu belakang shopping mall tersebut terus memerhatikan orang yang lalu lalang.

Itu dia!

Aku mendekati orang yang mengheret cik Antasia. Dalam senyap aku melipat tangannya. Cik Antasia terlepas.

“Far cover the Princess now!”jeritku. konco-konco penculik mula mengelilingiku dan Jo.

Kami mula diserang. Aku dengan pantas mengeluarkan sejenis alat yang mengalirkan sedikit voltan berkuasa tinggi. Alat ini mampu membuatkan seorang dewasa pengsan serta merta apabila terkenanya.

Hampir separuh konco-konco itu telah aku tumbangkan tapi entah dimana silapnya alat itu tercampak jauh dariku. Tak ada pilihan lain aku terpaksa menggunakan kemahiran yang ada,

Tumbukan demi tumbukan ku hayunkan. Sesekali hinggap juga sepenumbuk dua ke badanku. Jo aku lihat masih stabil dengan alat itu. Namun dia kelihatan keletihan.

Akhirnya tinggal lagi seorang sahaja lagi. Kakiku tangkas menyelit saat lelaki itu ingin melarikan diri. Sepakanku berikan. Cukup membuat lelaki itu berbongkok senak. Senyuman puas terukir diwajah aku dan Jo. Mulut yang sedikit berdarah ku kesat.

“Mission accomplish.” Kami berhigh five. Lega tugas dah selesai.

Cik Antasia terpaku ditempatnya dengan mulut ternganga. Apa? Baru tahu kami ni bukan sekadar bodyguard atas nama je? We’re for real la darling!

“Wow!” heh, senyuman sinis ku tarik. Tu je yang dia mampu cakap? Heh.


Hari keenam.

Seperti kebiasaannya, Cik Antasia akan pergi melawat outlets-outletsnya. Aku mengekori dirinya rapat. sejak peristiwa semalam, aku rasa tidak sedap hati. Aku dapat rasakan tugas kami tidak habis sekadar disitu.

“Yo, D’. Kau agak-agakkan princess-wanna-be ni ada life tak? Aku bosan la setiap hari macam ni... bosan gila...” rungut Sam melalui alat perhubungan kami. Aku tergelak kecil. Ya... aku pun bosan.

“Sabarlah bro.. lagi dua hari je pun. Lepas tu kita lepak sama-sama dekat port biasa.”balas Xin.

“Dah-dah... lagi dua hari je lagi. Lepas tu jangan nak kacau aku dengan D’. Aku dengan dia nak lepak sensorang. Korang buat serabut pemandangan je...”balas Jo pula. Aku dengar Far sudah mengekek seorang diri.

Tanpa sedar aku juga turut ketawa. Xin dan Sam tayang muka-ada-aku-kesah?

Cik Antasia mengerling aku dengan ekor matanya. Gulp! Gerun aku! Macam nak makan orang cara dia pandang aku. Kuat sangat ke aku ketawa?

“Huh!” haih... pelik ni kenapa dengan princess-wanna-be ni?

“Habislah kau D’ princess-wanna-be bad mood... maybe she need a good lil’ kitty.. hahaha... kau jelah jadi kitty, D’.” Amboi! Far ni memang la nak kena luku dengan aku.

Aku tayang penumbuk ke arah rakan-rakanku. Dalam geram aku tetap mengekori cik Antasia. Hurm... ada cahaya merah dibelakang badan cik Antasia! Seperti.... penembak jarak jauh!

“Cik! Look out!” jeritku yang sudah menjatuhkan badan ke atasnya. Serentak dengan itu bunyi peluru melepasi sisi kiri kami, aku segera menoleh ke belakang. Cis!

“Jo... they play dirty with us! Sent Far!” kataku yang masih meniarap dengan Cik Antasia. Kalau aku bangun pada saat ni mungkin ada yang bakal kehilangan nyawa.

“Jahanam!”marahku tanpa sedar.

“Line clear D’. Take Princess to somewhere safe!”teriak Jo dialat penghubung kami. Kedengaran bunyi tembakan.

“Jo!” panggilku tak bersahut.

“Xin! Sam! Far!”teriakku lagi. Namun tiada sahutan. Nak tak nak aku kena pastikan keselamatan cik Antasia dahulu. Kami bergerak ke bilik keselamatan. Cik Antasia aku dudukkan disebuah bangku. Badannya menggigil. Lalu ku hulurkan kopi panas.

“Thanks” kata Cik Antasia. Aku sekadar mengangguk. Ada yang lebih penting dari hal ini.

“Xin!” panggilku.

“Yes D’!”jawabnya.

“How the situation?”tanyaku dengan hati yang berdebar.

“Jo... Jo... he injured..” berani betul orang tu!

“Do you get him?”tanya ku merujuk kepada si sniper.

“No... we.. can’t find him. There is no trace.”jawab Xin.

“Jahanam! Sekarang kamu semua berkumpul disini! Call ambulan for Jo.” arahku. Sekarang aku menjadi ketua sementelah Jo tiada untuk membuat keputusan.

Lima minit kemudian, Xin, Sam dan Far tiba di bilik ini. Aku memandang muka mereka dengan reaksi marah.

“This is a serious matters. Sam kau pergi report polis.” Arahku. Namun Cik Antasia pantas menghalang.

“No! My daddy will be mad!” katanya. Aku memandang wajahnya bagai nak makan.

“Are you crazy? Benda ni bukan benda main! Sekarang ni... depe tak nak culik kau dah! Dia orang nak BUNUH kau!”kataku seakan menyergah. Far menggosok belakang aku.

“Yes I know.. but we can’t report police.”katanya.

“Fine... anything happen... I will not responsible for it.”kata ku tegas.

“Please help me...” rayunya.

Nafas kasar ku hela. Mukanya ku pandang. Kenapalah hati aku lembut sangat!

“Okay... tomorrow is the last chance to capture the mastermind. Cik Antasia kau dah sedia?”tanyaku.

“Ya.. aku sanggup buat apa saja.”balasnya.

“You will be the bait.”kataku membuat Xin, Far dan Sam terbeliak. Cik Antasia sekadar menelan liur.

Hari terakhir.

“Far, Xin dan Sam dah ready?”tanyaku melalui alat penghubung. Hari ini Cik Antasia menjalankan aktivitinya seperti biasa.

“Ready!”

“Great. Make sure your eyes and ears always wide open.”pesanku lagi. Hari ini, Fin Xin dan Sam akan menjalankan tugas dalam baju biasa. Pelanku ini harus berjalan lancar.

Cik Antasia aku biarkan seorang diri. Namun aku tetap memerhatikan dia.

Tiba-tiba mulutnya ditekup oleh seorang lelaki berbadan besar.

“Guys.... the eagles just eat our bait. Cepat follow... Far kau tau tugas kau kan?”tanyaku.

“Okey D’.”jawabnya. motor berkuasa besar ku tunggang. Mengekori van yang membawa cik Antasia dari jarak jauh. Dibelakangku, Xin dan Sam mengekori dekat menggunakan sebuah teksi lama.

“Guys slow down... we’re here.”arahku. Van itu sudah berhenti disebuah banglo lama di dalam hutan. Kami bertindak memberhentikan kenderaan agak jauh dari situ.

Aku mengintai melalui celah dinding yang sudah mula berlubang itu. Kelihatan Cik Antasia diikat disebuah bangku. Di kiri dan kanannya ada 4 orang konco-konco lelaki jahanam itu. Manakala dihadapan Cik Antasia berdiri seorang lelaki yang agak tua. Mungkin itu si mastermind.

“Sam, Xin aku nak kita serang serentak. Cuba hubungi Far. Dia dah contact pihak berkuasa ke belum?”

“Okay. Aku dah tanya Far. Dia kata dalam 10 minit lagi pihak polis sampai.”

“Great. Sekarang kita bertindak.” Aku, Xin dan Sam bergerak secara perlahan ke arah pihak musuh.

Lelaki tua itu sudah mengeluarkan pistolnya. Picu ditarik.

Aku menerkam lelaki tua itu.  Tembakan rambang terlepas mengenai tepat di kaki kananku. Tanganya ku hentak membuat pistol miliknya terpelanting jauh. Kaki kiri menekan badan orang tua itu. Lalu ku lipat tangannya dan ku ikat dengan tali yang sememangnya aku bawa.

Selesai hal itu, aku membantu Xin dan Sam. Kali ini kerja kami lebih senang. Kerana pihak polis tiba tepat pada masanya.

“Kau okay D’?”tanya Far yang termengah-mengah.

“Okay. Sikit je...”bahunya ku paut lalu kami bergerak secara perlahan ke arah Cik Antasia.

Terkejut aku apabila menjadi mangsa pelukannya.

“Thanks D’.”kata cik Antasia. Aku tersipu-sipu malu. Far yang nakal sudah bersiul mengusik ku. Xin dan Sam menayang sengih. Malu aku dibuat mereka.

“Nothing.” Balasku.

Aku, Far, Xin dan Sam melangkah keluar dari banglo lama itu.

“Sekarang kita nak buat apa?”tanya Sam.

“Kita ke hospital, rawat luka aku, melawat Jo dan....”

“Dan enjoy!!!”jerit Far disahut teman lain. Aku menggeleng kepala melihat gelagat mereka.

Motosikal besar itu ditunggang Xin. Manakala aku dan yang lain menaiki teksi buruk yang entah dari mana Sam meminjamnya.

“D’ awak nak jadi bodyguard saya lagi tak?”tanya Cik Antasia yang melaung dari jauh.

Far sudah menyiku tanda mengusik.

“Maybe.,. but now I want to relaks. Goodbye Princess-wanna-be!”lambaiku pabila Sam sudah memandu teksi ini keluar dari perkarangan rumah.
“Hahaha... selamba badak kau D’!”jerit Far dan Sam tak percaya aku mengatakan Princess-wanna-be. Hahaha.. ada aku kesah? Yang penting aku nak tidoooo!!!


TAMAT :P

8 comments:

  1. "you guys looks yummy" erk seramnya. btw best kak asyu!
    Bravo. feewit~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha seram jugak niii :D thanks dak techik!!!

      Delete
  2. kakk syu best sangat..nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... thanks ary :) tgk la klu rajin klu x citer baru ye...

      Delete
  3. sorry banyak komen.. boleh tak buang *saya bukan robot.. ada tulis masa nak hantar komen. Susahlah nak komen.. Maaf kalau terasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe... hurm... nnt syu buang... asyu pun x reti sangat.. but thanks sbb kasi tau... :)

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)